Lemak Pedas Nismilan
Banyak hari Kjee tak turun dapur. Lapan hari kot. Demam yang tak kebah2 walaupun dah telan paracetamol. Tak kuasa nak ke klinik sebab di pintu klinik, Dr Amin nanti tanya, ada demam, batuk? Then dia suruh balik jer kalau ada dua simptom itu. Sebab itu malaslah nak pergi. Udah ler nak jalan pun tak larat! Dah suruh UP standby nombor fon ambulans if things get worse. 😅 Mujur genap 10 hari petang semalam Kjee rasa lain macam. Rasa dalaman Kjee dah kuat. Dan pagi ini tersedar kul 5. Terus bangun, mandi dan tunggu azan Subuh. Sejak 10 hari lalu, my kekasih awal dan akhir yang sediakan makan minum. Tiap pagi ada aje sarapan yang membuka selera. Lunch dia beli dan dinner Kjee hanya lalu minum satu mug nestum.
Dan selepas balik dari sarapan di Rest Taqwa, Gombak tadi (terpaksa pergi sebab kesian UP missed his roti canai), Kjee suruh UP gi kedai runcit Aceh beli kacang panjang dan cili padi. UP diam aje apabila Kjee kata nak masak Lemak Kuning Pedas cara Nismilan. Alaaa yang letak hati ayam, ayam dan organ dalam ayam yang ada. Sepatutnya letak juga telor ayam gostan. Tapi tak ada stok susah sebenarnya nak dapat. 👇
So Kjee hanya guna apa yang ada. Tengkok ayam yang peniaga ayam di pasar bagi free kat UP masa dia beli ayam dan hati ayam pun ada. Kjee nak lauk ini dimasak pedas2 sebab tekak ini teringin setelah banyak hari tak selera makan. So tumbuk 11 biji (😱) cili padi merah Bangla yang terlajak pedas tu dengan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan opkos kunyit hidup. Orang Nismilan pantang guna kunyit serbuk tau. Tumbuk sama garam sampai halus dan tumis sehingga pecah minyak. Ketua dua batang serai dan masukkan. Harus tumis sampai terbersin satu rumah baru okay ya! 😁 Masukkan ayam, tengkok dan hati ayam (yang telah Kjee rebus dulu takut hancur). Golek2 seketika, letak air pada lesung dan tuang dalam periuk. Orang tua2 kata air lesung tu yang buat sedap. Wallahualam. Dah mendidih dan ayam/tengkok dah masak, letak satu kotak santan dan satu asam keping. Rasa. Kalau guna serbuk penambah rasa boleh ler letak. Padam api. Terus masukkan segenggam kacang panjang. Kacau2. Siap
Kjee suka masuk kacang panjang setelah padam api supaya kacang masih rangup dan bunyi kruk krak bila makan. Itu jer. Bawah ini foto lama yang Kjee buat dulu.
Yang bawah lauk hari ini Kjee buat pekat2. Sikit aje kuahnya. Taburkan daun kunyit yang dimayang masa nak hidang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dapurkakjee.com/2022/10/lemak-pedas-nismilan.html