Lelong Lelong Jawatan Ahli Parlimen Untuk Dibida


 


Panas! Bersatu dan UMNO berebut tarik wakil rakyat Sabah lompat partiFebruary 28, 2021 Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mungkin mendapat manfaat daripada tindakan Ahli Parlimen pembangkang melompat parti untuk menyertainya, namun penganalisis berkata, ia boleh menjadi titik pertembungan dalam hubungan antara Umno dengan PPBM di negeri itu.
GRS kini mempunyai 48 daripada 79 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu kurang lima kerusi untuk membentuk majoriti dua pertiga selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik Hassan A Gani Pg Amir keluar Warisan dan mengisytiharkan sokongan kepada GRS (yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan PBS).
Penganalisis percaya, dari segi dalaman, ia adalah persaingan antara PN-PPBM dan Umno Sabah untuk menguasai lebih banyak kerusi DUN bagi memperkukuh kedudukan masing-masing sebagai parti dominan di negeri itu.
Pakar sains politik Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, pasti akan ada persaingan antara PN dan Umno bagi memastikan ADUN yang keluar parti bergabung dengan mereka.
PN memenangi 17 kerusi dan Umno 14 kerusi pada pilihan raya negeri tahun lalu.
“Ini tidak dapat dielakkan kerana kedua-duanya mahu menunjukkan mereka mempunyai pengaruh dan kuasa lebih besar daripada yang lain,” katanya.
Di satu pihak, PN mahu menambah angka 17 kerusi untuk memperkukuhkan posisinya sebagai parti dominan dalam GRS, sementara Umno Sabah pula mahu mengatasi jumlah kerusi yang dikuasai oleh sekutu mereka, sekali gus muncul semula sebagai parti terbesar.
Jumlah kerusi yang dimiliki setiap parti juga mencerminkan kekuatan akar umbi masing-masing, katanya.
“Ini juga sebenarnya mencerminkan persaingan antara dua parti itu di peringkat nasional,” kata Awang Azman.
Susulan tindakan Hassan meninggalkan Warisan, wujud spekulasi bahawa lebih ramai wakil rakyat pembangkang akan melompat parti.
Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin berkata, partinya bersedia menerima mana-mana ADUN atau Ahli Parlimen yang mahu menyertai Umno.
Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sabah, Lee Kuok Tiung berkata, perlumbaan untuk menarik wakil rakyat itu adalah antara PPBM dan Umno.
Katanya, PPBM Sabah sendiri hanya memenangi 11 kerusi dalam pilihan raya lepas, dengan baki enam kerusi dikuasai oleh STAR, parti komponen PN bersama-sama SAPP dan PAS.
Persaingan itu akan menimbulkan ketegangan antara PPBM dan Umno. Ia timbul sebelum ini berhubung jawatan ketua menteri, yang akhirnya diserahkan oleh Umno kepada PPBM.
“Tetapi saya percaya mereka dapat mengetepikan perbezaan yang wujud. Ketegangan itu masih ada walaupun ia tidak ditunjukkan secara terbuka.
“Ia adalah ‘ketegangan yang stabil stabil’ bagi saya, ” katanya.
Namun, Awang Azman percaya wujud persaingan dalaman yang kuat dalam kalangan komponen GRS, walaupun PN dilihat berada di atas pada masa ini kerana gabungan itu mengetuai kerajaan negeri dan persekutuan.
PPBM mempunyai faktor tarikan lebih baik kerana dipimpin oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
“Tetapi kita tidak boleh mengelak daripada melihat PRU15 – jentera Umno lebih kuat (berbanding PPBM) dan sentimen dalam kalangan ahlinya adalah parti itu lebih kuat – itu kelebihan mereka.
“Jadi, ia bergantung pada Ahli Parlimen bebas dan parti yang akan mereka sertai – adakah mereka melihat Umno sebagai parti yang mampu menawarkan masa depan yang lebih cerah selepas PRU15 atau PPBM akan menjadi lebih dominan?”
GRS memperoleh 38 kerusi dalam pilihan raya Sabah tahun lalu, dengan PN memenangi 17 kerusi, BN-Umno Sabah 14 dan tujuh kerusi PBS.
Warisan Plus memenangi 29 kerusi daripada 73 kerusi yang dipertandingkan, sementara sekutunya PKR memenangi dua dan Upko satu. Baki tiga kerusi dimenangi oleh calon Bebas yang memberi sokongan kepada GRS.
Enam ADUN dilantik selepas pembentukan kerajaan GRS, menjadikan 79 ahli di DUN Sabah. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/lelong-lelongjawatan-ahli-parlimen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokongan Dua Ahli Parlimen Pkr Kuatkan Pn Muhyiddin

Sokongan Dua Ahli Parlimen Pkr Kuatkan Pn Muhyiddin

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 413 hits
Dua Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat meninggalkan parti hari ini dan menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Presiden Bersatu Perkara itu disahkan oleh Muhyiddin dalam media sosialnya hari ini...
Buku 30 Dalil Zahid Kena Letak Jawatan Kini Sampai Ke Rumah Ahli Umno

Buku 30 Dalil Zahid Kena Letak Jawatan Kini Sampai Ke Rumah Ahli Umno

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 295 hits
MALAYSIA DATELINEBuku 30 Dalil Zahid kena letak jawatan kini dikatakan sudah sampai kepada rumah ahli ahli Umno di peringkat bahagian dan cawangan seluruh Malaysia Menurut sumber buku bercetak itu dihantar dengan menggunakan khidmat pos dan...
Ahli Parlimen Kl Boikot Mesyuarat Dengan Annuar Musa

Ahli Parlimen Kl Boikot Mesyuarat Dengan Annuar Musa

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 281 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ahli Parlimen di Kuala Lumpur memutuskan untuk tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Konsultasi Wilayah Persekutuan esok berikutan gesaan pertemuan khusus mereka dengan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa ti...
Tawaran Berpaling Tadah Sprm Mohon Ahli Parlimen Pkr Buat Aduan

Tawaran Berpaling Tadah Sprm Mohon Ahli Parlimen Pkr Buat Aduan

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 330 hits
March 6 2021 6 00 PMKelmarin Natrah Ismail memaklumkan beliau dijanjikan manfaat jika bersetuju untuk berpaling tadah daripada PKR PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memohon Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail membuat adu...
Ahli Parlimen Umno Bn Diminta Sokong Pn Sehingga Parlimen Bubar

Ahli Parlimen Umno Bn Diminta Sokong Pn Sehingga Parlimen Bubar

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 286 hits
PONTIAN Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional telah diminta untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional sehingga Parlimen dibubarkan kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Ahmad Maslan Beliau berkata sokongan itu penting untuk memastik...
Ahli Parlimen Dap Fitnah Mca Tak Berani Tunjuk Bukti

Ahli Parlimen Dap Fitnah Mca Tak Berani Tunjuk Bukti

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 234 hits
Kenyataan media Pengerusi Biro Perundangan MCA Datuk Tay Puay Chuan Ahli Parlimen DAP fitnah MCA tak berani tunjuk bukti Keputusan Mahkamah Persekutuan baru baru ini membenarkan rayuan Ahli Parlimen Kepong YB Lim Lip Eng dan membatalkan sam...
Saya Dah Lapor Sprm Siasatlah Segera Kata Ahli Parlimen Pkr

Saya Dah Lapor Sprm Siasatlah Segera Kata Ahli Parlimen Pkr

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 421 hits
March 7 2021 4 07 PMAhli Parlimen Sekijang Natrah Ismail sebelum ini tegas menolak untuk memberi sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin PETALING JAYA Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail memaklumkan sudah memb...
Ahli Mt Umno Cadang Sidang Parlimen Di Dewan Sekolah

Ahli Mt Umno Cadang Sidang Parlimen Di Dewan Sekolah

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 347 hits
TAHNIAH di atas kejayaan PKP Kalau PKP gagal mana mungkin shopping complex buka sepenuhnya apatah lagi PKP masih berkuat kuasa sehingga 4 Mac 2021 Ramai sungguh orang pergi shopping di Alamanda dan Mall IOI Putrajaya Macam nak sambut hari r...
Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Falsafah Kaca Kosong

Digital Assets Vault Backup Step By Step

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Kek Batik Jawa