Lelaku Guna Duit Simpanan Buka Stesen Minyak


Bekas jurutera berhenti kerja untuk buka stesen minyak hasil simpanan sejak usia 15 tahun.  Menyimpan sejak remaja, modal buka stesen minyak

Berbekalkan azam, kesabaran dan disiplin tinggi sejak di bangku sekolah, seorang anak muda kini mampu berbangga apabila menjadi antara pengusaha stesen minyak bumiputera termuda di negeri ini. Imran Ariff Mohamed @ Razlan, 34 tahun membuat keputusan untuk menceburi bidang peruncitan petroleum setelah terbaca iklan di laman sesawang Petronas kira-kira lima tahun lalu.


Bermula dari saat itulah bekas jurutera elektronik komputer itu nekad meninggalkan kerjaya 'makan gaji' dan beralih ke bidang peruncitan petroleum selepas diterima menjadi wakil niaga Petronas secara 'Company Owned, Dealer Operate' (CODO) pada awal 2019.


Stesen minyak Petronas Jejawi adalah stesen minyak ketiga di negara ini yang mengunakan konsep kontena.

Menceritakan pengalaman dan detik sukar yang dihadapinya, anak muda kelahiran Jerantut, Pahang itu berkata beliau dikira bertuah kerana mempunyai modal awal hasil pampasan yang diterima setelah terbabit kemalangan pada usia 13 tahun.

Biarpun ia menjadi peristiwa hitam dalam sejarah hidupnya apabila mengalami kecederaan di bahagian kepala, beliau berazam menyimpan duit pampasan itu dalam bank dengan membuat pelaburan berisiko rendah melalui Amanah Saham Bumiputera (ASB).

"Pada usia muda, ketika belajar di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) saya disiplinkan diri supaya tidak guna duit simpanan ASB dan hanya melihat rakan-rakan lain memiliki telefon pintar mewah kerana menunggu peluang membuat pelaburan yang menguntungkan dan dapat menjamin masa depan saya dan keluarga," katanya kepada Bernama.

Beliau hanya mengeluarkan duit simpanan sebagai modal permulaan sebanyak RM250,000 pada 2019 apabila menerima tawaran menjadi wakil niaga Petronas.

Menceritakan pengalamannya, Imran Ariff berkata bukan mudah baginya untuk mendapat kepercayaan daripada Petronas dan beliau berusaha keras tanpa rasa putus asa dengan membuat pemohonan sebanyak dua kali bermula pada 2010.

"Pemohonan pertama saya ditolak kerana dianggap terlalu muda untuk menceburi bidang ini, kurang pengalaman dalam pengurusan perniagaan dan latar belakang kerjaya yang kurang sesuai.

"Usaha saya tidak terhenti setakat itu apabila pemohonan kali kedua saya diterima dan berjaya menyakinkan pihak Petronas dengan kertas kerja 'Bagaimana Seorang Jurutera Boleh Menguruskan Stesen Minyak dan Menaikan 'Sales'," katanya.

Beliau menguna kaedah kejuruteraan yang dipelajari ketika belajar di universiti dalam pengurusan stesen minyak dan ia menunjukan kesan positif.

Bagaimanapun, Imran Ariff mengakui agak terkesan dengan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal operasi (Mei 2020) namun keadaan kini bertambah baik.

"Saya guna media sosial bagi menarik minat orang ramai datang ke stesen minyak untuk mendapat barangan seperti cenderahati Petronas di kedai Mesra dan bukan hanya sekadar mengisi minyak sahaja.

"Alhamduillah beberapa produk seperti t-shirt Petronas habis dijual dalam masa yang singkat," katanya.

Ketika ditanya kenapa beliau memilih Petronas, anak muda itu menjawab dengan penuh semangat bahawa ia merupakan lambang negara yang paling dekat dengan dirinya.


"Petronas bagi saya bukan hanya sekadar entiti pernigaan tetapi ia melambangkan negara Malaysia," katanya.

Beliau tidak pernah menyesal meninggalkan kerjaya makan gaji kerana percaya bahawa usaha dengan berasaskan kesabaran pasti ada kejayaan.

"Ramai orang muda hari ini cepat mengalah apabila berdepan ujian gentir namun bagi saya perlu ada kesabaran untuk maju dalam perniagaan selain modal dan perancangan kewangan yang mantap," katanya.

Beliau terharu apabila stesen minyak berkonsepkan kotena yang ketiga seumpamanya ini menjadi tumpuan orang ramai yang teruja dengan seni bina dan konsep hijau stesen itu.


"Ada yang datang bukan hanya untuk mengisi minyak tetapi mahu berswafoto di hadapan stesen minyak saya. Untuk perancangan masa hadapan, saya bercadang menghiasi dinding stesen ini dengan lukisan mural bermotifkan negeri Perlis," katanya.–BERNAMA




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2020/05/lelaku-guna-duit-simpanan-buka-stesen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Muda Ini Kumpul Duit Sejak Tingkatan 3 Akhirnya Berjaya Buka Stesen Minyak Sendiri

Anak Muda Ini Kumpul Duit Sejak Tingkatan 3 Akhirnya Berjaya Buka Stesen Minyak Sendiri

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 378 hits
Kisah seorang anak muda bernama Imran Ariff Mohamed Razlan 34 yang berasal dari Jerantut telah berjaya membuka stesen minyak miliknya sendiri di Perlis membuatkan ramai anak muda yang lain rasa terinspirasi Korang boleh bayangkan tak yang b...
Hafiz Hamidun Rakam Album Guna Duit Simpanan Rm200 000

Hafiz Hamidun Rakam Album Guna Duit Simpanan Rm200 000

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 259 hits
Melibatkan kolabrorasi penyanyi serta pemuzik tempatan dan antarabangsa penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun bakal muncul dengan album baharu berjudul Marhaba Namun menurut Hafiz beliau yang sepatutnya melancarkan album berkenaan pada bulan ...
Buat Sabun Cuci Pinggan Guna Minyak Masak Terpakai Buih Banyak Kulit Tak Menggelupas

Buat Sabun Cuci Pinggan Guna Minyak Masak Terpakai Buih Banyak Kulit Tak Menggelupas

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 892 hits
Tidak dinafikan sepanjang tempoh PKPB kebetulan pula jatuh pada tarikh Aidilfitri kita banyak menggunakan sabun pencuci pinggan Kalau dikira semula berapa banyak sabun yang telah kita beli kerana banyak sangat pinggan mangkuk dan periuk bel...
Hukum Ibu Ayah Ambil Dan Guna Duit Raya Anak

Hukum Ibu Ayah Ambil Dan Guna Duit Raya Anak

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 710 hits
Hukum Ibu Ayah Ambil Pakai Duit Raya Anak Duit raya anak anak tak boleh mak pak pakai walaupun seringgit biarpun untuk membeli keperluan susu dan lampin anak anak itu sendiri Hukumnya haram kalau Ibu ayah tak ganti semula duit anak anak yan...
7 Cara Buat Duit Guna Blog Bagi Tahun 2020

7 Cara Buat Duit Guna Blog Bagi Tahun 2020

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 363 hits
Sudah masuk tahun 2020 adakah blog masih releven untuk jana pendapatan Kalau tanya aku ianya masih releven kerana aku sendiri berjaya berjaya buat duit guna blog sepanjang tahun 2020 ini Sekarang kita biasa dengar nak buat duit mudah buka a...
Tak Boleh Guna Duit Anak Sewenang Wenangnya Mufti Jelaskan Hukum Guna Duit Anak

Tak Boleh Guna Duit Anak Sewenang Wenangnya Mufti Jelaskan Hukum Guna Duit Anak

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 507 hits
Apakah hukum ibu bapa yang menggunakan duit simpanan anak anak tetapi menggantikan semula duit tersebut Boleh S S Dato Mufti terangkan sedikit mengenai perkara ini Terima kasih JAWAPAN Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kep...
Duit Anak Duit Masa Depannya Ibu Bapa Mesti Bijak Tahu Buat Simpanan

Duit Anak Duit Masa Depannya Ibu Bapa Mesti Bijak Tahu Buat Simpanan

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 309 hits
Duit raya atau duit simpanan anak apa yang anda buat Simpan dalam bank atau buat belanja beli apa apa Jika anda ada plan nak buat simpanan waktu anak masih kecil ini lah masa yang sesuai Simpanan ini untuk masa depan anak anak dan jika kons...
Kek Marble Minyak Oren Gebu Cik Matahariku Guna Resepi Azlina Ina Dengan Sukatan Cawan

Kek Marble Minyak Oren Gebu Cik Matahariku Guna Resepi Azlina Ina Dengan Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 1312 hits
As SalamKek Marble Minyak Oren Gebu Resepi Azlina Ina Dengan Sukatan Cawan Lama jugak saya tak share resepi kek Ada je saya buat kek time PKP dan PKPB ni cuma saya tak publish lagi dalam blog Bila Syawal keempat hari ini saya agak inilah ma...
Video Sharing Cara Mudah Guna Minyak Urut Moden Mmg Untuk Selsema Dan Pening Kepala

Video Sharing Cara Mudah Guna Minyak Urut Moden Mmg Untuk Selsema Dan Pening Kepala

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 404 hits
VIDEO SHARING CARA MUDAH GUNA MINYAK URUT MODEN MMG UNTUK SELSEMA DAN PENING KEPALA Hai korang Mudah je sebenarnya nak guna minyak urut moden MMG ni untuk selsema dan pening kepala Teknik sama je Cuma untuk selsema sapu jugak pada leher dan...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


From Christopher Wray

Amalan Paling Minima Mendapatkan Lailatul Qadar

Yang Nilai Baik Dan Buruk Itu Dari Allah Bukan Dari Manusia

Oh Baju Melayu

First Blog Post

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000