Lelaki Nasihat Jaga Kata Kata Bila Ziarah Orang Sakit Jangan Runtuhkan Semangat


Lelaki Nasihat Jaga Kata-Kata Bila Ziarah Orang Sakit, Jangan ‘Runtuhkan’ Semangat
Kita merasakan kata-kata yang diucapkan tidak membawa makna apa-apa, namun ia kadang kala memberi kesan yang besar kepada orang lain. Disebabkan itu juga ada pepatah yang mengatakan lidah itu lebih tajam dari mata pedang.
Jika melihat seseorang menghadapi ujian hidup, kita tidak seharusnya menambahkan lagi beban luka yang perlu dipikul oleh mereka.
Sama juga apabila melawat orang sakit di hospital, jangan jatuhkan semangat mereka dengan mengatakan hal-hal yang mengguris hati. Tanpa disedari, ucapan kita boleh menjadi sebab seseorang pesakit berputus asa untuk meneruskan rawatan.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Mohd Muzaidi, yang berkongsi pengalamannya ketika di hospital. Menurutnya, pelawat sepatutnya tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak baik, sebaliknya memberikan semangat kepada pesakit.
Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
“Sepanjang aku jaga arwah isteri, ada satu benda paling besar aku belajar…Jangan jadi penasihat tak bertauliah.” Hospital. Bagi orang lain tempat rawatan. Bagi aku dan arwah, hospital tu rumah kedua.
Kalau bukan temujanji, arwah akan ditahan wad sebab kesihatan makin merosot. Tekanan darahnya jatuh, kadang-kadang sampai perlukan darah.
Tapi untuk dapatkan satu beg darah tu bukan mudah. Stok dekat HRPZ sangat terhad. Nak minta pun kena ada surat sokongan doktor. Kadang kena “bertikam lidah” dulu dengan blood bank.
Saat tu aku sedar betapa bernilainya setiap penderma darah. Sebab darah tu bukan sekadar cecair merah, tapi nyawa untuk seseorang bertahan satu hari lagi.
Kalau kau tengah baca ni, aku mohon. Jangan takut untuk derma darah. Ramai yang sedang tunggu, mungkin juga ada seorang suami lain yang sedang doa untuk nyawa isterinya.
Sepanjang aku jaga arwah, aku jumpa ramai pesakit lain. Ada yang sebaya aku, ada yang jauh lebih muda selebihnya yang tua.
Tapi ada satu kisah yang sampai hari ni aku masih rasa perit bila teringat.
Seorang ibu muda, baru 20-an. Ada dua anak kecil. Dia datang hospital untuk rawatan kanser, tapi akhirnya hanya mampu terbaring. Kanser dah merebak ke tulang belakang.
Awalnya dia ikut dengan rawatan doktor. Tapi lama-lama, dia berhenti. Kau tahu sebab apa? Sebab mulut manusia.
Jiran datang ziarah. Bukannya bawa doa, tapi bawa racun.
“Tak payah ikut doktor. Cuba ubat kampung. Ramai dah sembuh…”
Sekali dua dia dengar. Lama-lama dia percaya. Semangat dia untuk sembuh hilang. Harapan dia runtuh.
Dan bila kanser dah sampai tahap 4… jiran yang kononnya tahu segalanya tu? Hilang.
Yang tinggal cuma ibu muda tu seorang, tubuh makin lemah… dengan dua anak kecil menangis perlukan pelukan seorang ibu.
Bayangkan hati seorang suami, seorang anak. Kau sanggup tengok? Dari situ aku belajar, kalau kita melawat orang sakit:
1. Jangan lama-lama. Cukuplah sekadar doa dan senyuman.
2. Kalau nak bawa buah tangan, tanya dulu. Jangan sampai jadi mudarat.
3. Kalau tak tahu, jangan bagi nasihat. Diam itu lebih selamat.
4. Jangan cerita pasal kematian orang lain. Itu menikam harapan.
5. Hormati privasi pesakit. Kalau dia tak nak orang tahu, jangan sesekali sebarkan
Kau tahu apa kesannya bila kita silap adab? Pesakit hilang harapan. Emosi dia runtuh.
Dan waris yang menjaga..koyak mental, sebab kena tengok orang yang dia sayang makin jatuh semangat hari demi hari.
Aku masih ingat pesan seorang doktor India, masa awal arwah mengandung. Dengan suara lembut dia cakap:
“Encik… isteri encik ada kanser kan? Mental dia paling rapuh sekarang. Encik kena jadi benteng. Jangan biar orang luar kacau emosi dia. Kalau tak, rawatan pun dia akan tolak…”
Sejak hari tu, aku asingkan hidup aku. Dunia aku hanya untuk arwah. Dia tak nak orang tahu. Dia tak nak simpati. Dia cuma nak nampak kuat.
Dan aku jadi saksi, betapa dia berjuang setiap saat. Tersenyum walau sakit, menahan walau lemah, berdiri walau tak larat. Dia lawan sampai ke hembusan nafas terakhir.
Kawan..aku tulis ni bukan sekadar cerita. Aku tulis sebab aku ada pengalaman sendiri juga keluhan dari waris pesakit lain yang aku jumpa, ada peluang ni aku ke depan sebagai wakil untuk mereka yang masih berjuang.
Kadang-kadang mulut manusia lebih kejam daripada penyakit itu sendiri. Jadi aku merayu.
1. Kalau kau ziarah, bawa doa.
2. Kalau kau bercakap, bawa harapan.
3. Kalau kau tak tahu, tolonglah diam.
Sebab pesakit itu sedang bertarung dengan nyawa. Dan kadang-kadang, kata-kata kita boleh jadi ubat. Tapi silap sikit, kata-kata kitalah yang jadi racun paling berbisa.
Sumber: Mohd Muzaidi
The post Lelaki Nasihat Jaga Kata-Kata Bila Ziarah Orang Sakit, Jangan ‘Runtuhkan’ Semangat appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/30/lelaki-nasihat-jaga-kata-kata-bila-ziarah-orang-sakit-jangan-runtuhkan-semangat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Pendang Dari Pas Kalau Tak Mampu Hujah Jangan Jadi Badut Kata Mahfuz

Ahli Parlimen Pendang Dari Pas Kalau Tak Mampu Hujah Jangan Jadi Badut Kata Mahfuz

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 759 hits
Malaysiakini nbsp Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar mengecam Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim yang digantung 10 hari daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selepas mencabar wakil rakyat lain untuk bertumbuk Menurutnya tindakan itu bukan s...
Isu Bendera Kena Matang Jangan Jejas Kerjasama Umno Dap Kata Nur Jazlan

Isu Bendera Kena Matang Jangan Jejas Kerjasama Umno Dap Kata Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 1003 hits
Ahli MKT Umno berkata semua pihak dalam kerajaan perpaduan tidak patut keruhkan kerjasama ketika ini Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Nur Jazlan Mohamed berkata isu Jalur Gemilang tidak boleh mengganggu kepentingan kedua dua parti secara ke...
Dah Dapat Pemimpin Yg Baik Pertahankan Jangan Buang Masa

Dah Dapat Pemimpin Yg Baik Pertahankan Jangan Buang Masa

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 1360 hits
Alif JamilSejarah politik Malaysia bukan kekurangan pemimpin tapi terlalu kerap rakyat ditipu Kita pernah disogok dgn penyelamat bangsa yg akhirnya hanya menguntungkan kroni Kita pernah percaya pada slogan suci tapi akhirnya poket sendiri d...
Jangan Percaya Sangat Mona Din Ini Dengar Boleh Pendedahan Eksklusif Kes Zara Plot Twist Secara Rahsia Dibongkar Just

Jangan Percaya Sangat Mona Din Ini Dengar Boleh Pendedahan Eksklusif Kes Zara Plot Twist Secara Rahsia Dibongkar Just

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 1506 hits
Pakatan Rahsia Plot Twist burukkan Arwah Zara Qairina Pendedahan panas oleh Mona Din membongkar siri sesi tertutup bersama influencers TikTokers dan media di Sabah yang kononnya bertujuan membersihkan nama sekolah dalam kes tragis arwah Zar...
Jangan Dengar Bisikan Syaiton

Jangan Dengar Bisikan Syaiton

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 527 hits
Alif JamilSaya rasa terpanggil untuk jelaskan supaya anak muda tidak terpengaruh dan tertipu dgn sibodo kaki cetak duit ni Pertama Rang Undang Undang Pekerja Gig RUU ini secara khusus memberi pengiktirafan undang kepada pekerja Gig yg menja...
Umie Aida Tegur Erma Fatima Jangan Terlalu Terbuka

Umie Aida Tegur Erma Fatima Jangan Terlalu Terbuka

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 1165 hits
Umie Aida Tegur Erma Fatima Jangan Terlalu Terbuka Pelakon Datin Seri Umie Aida tampil memberi peringatan penuh makna kepada kakaknya yang juga pengarah terkenal Erma Fatima agar lebih berhati hati dalam berkongsi hal peribadi dan perniagaa...
Solidariti Nasi Goreng Indonesia Jangan Lepaskan Anjing Tersepit

Solidariti Nasi Goreng Indonesia Jangan Lepaskan Anjing Tersepit

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 2104 hits
Wartawan cabuk pun jangalah main cedok saja berita dari media sosial dan tulis macam mewakili suara seluruh rakyat Malaysia Penuh laporan berita hari ini kononnya rakyat Malaysia bersolidariti dengan para pemandu Grab dan Gojek di Indonesia...
Bangsa Melayu Islam Jangan Lupa Apa Yang Hadi Awang Pernah Uvapkan

Bangsa Melayu Islam Jangan Lupa Apa Yang Hadi Awang Pernah Uvapkan

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 944 hits
Che Ibrahim Bayangkan jika ucapan seperti ini dibuat oleh pimpinan UMNO atau PKR atau Amanah
Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah

Berkunjung Ke Pasar Pagi Baling Kedah

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Mendaki Rawang Bypass

Marjeena Cafe Parit Buntar

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Texas88 Types Of Games Available At Agent

Jpbm Pahang Terima 11 Kes Kecemasan Ketika Lakukan Aktiviti Mendaki Gunung Bukit Dalam Tempoh Lapan Bulan

Kerajaan Pahang Akan Terus Pantau Aktiviti Ladang Haram Biar Pun Semua Kawasan Diceroboh Telah Dibersihkan

Melaka Remaja Perempuan Ditikam Ketika Menunggang Motosikal

High Voltage High Speed Utility Giant Tnb Makes Rtd S Fast And Furious List Of Shame

Can Now Private Entity Mahb Guarantee No More Aerotrain Breakdowns After Having Clocked The 20th Mark