Lelaki Kurang Siuman Bebas Tuduhan Bunuh Ibu


Lelaki dibebaskan dari tuduhan membunuh ibu klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt) Seorang lelaki yang sakit mental dibebaskan dari tuduhan membunuh ibu KOTA KINABALU: Seorang lelaki berumur 32 tahun, yang didakwa membunuh ibunya empat tahun lepas di Kota Belud, dibebaskan daripada tuduhan itu atas sebab tertuduh tidak siuman.

Bukhori Jinol diperintah agar ditahan di Hospital Mesra Bukit Padang di sini selama tempoh mengikut budi bicara Yang Dipertua Negeri.

Bukhari Jinol (tengah) yang membunuh ibunya empat tahun lalu dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas alasan gangguan jiwa. - NSTP / ERSIE ANJUMIN. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nurchaya Hj Arshad dalam menyampaikan keputusannya pada Rabu, berkata: “Tertuduh memang melakukan perbuatan membunuh mangsa, tetapi tertuduh didapati tidak berupaya memahami akibat perbuatannya, juga sama ada apa yang dia lakukan itu adalah salah atau melanggar undang-undang.


“Dengan itu, saya membebaskan tertuduh atas sebab ketidakwarasannya di bawah Seksyen 347 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) dan memerintah supaya tertuduh di bawah Seksyen 348 KTJ ditahan di Hospital Mesra Bukit Padang, di sini selama tempoh mengikut budi bicara Yang Dipertua Negeri.”

Bukhori dituduh membunuh ibunya, Teh Juari, 56, pada pukul 10.40 malam 1 Mei 2017 di sebuah rumah di Kg Linau, Kota Belud. Kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Bukhari (tengah) setelah dibebaskan pada hari Rabu. Bukhori pada 23 September 2019 diperintah untuk membela diri dan dia memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah dalam pembelaannya.

Dalam keterangan tersebut, Bukhori menyatakan antara lainnya, bahawa dia tidak waras disebabkan khayal syabu pada waktu kesalahan itu dilakukan dan dia tidak tahu perbuatannya itu salah.

Disebabkan penggunaan dadahnya, dia mengalami psikosis berpunca syabu yang menyebabkan dia mengalami khayalan dan halusinasi, dan pada waktu kesalahan itu dilakukan, dia melihat mangsa bukan sebagai ibunya tetapi sebagai ‘satan’, katanya dalam keterangan itu.


Bukhori diwakili oleh peguam dilantik, Ridwandean Borhan.

Terdahulu, dalam dapatannya, Nurchaya memutuskan antara lainnya bahawa profil Bukhori secara amnya menunjukkan dia mengalami penyakit mental secara genetik, tidak mengambil ubatan preskripsi sepanjang tempoh tiga bulan sebelum kejadian itu, dan mengambil bahan haram iaitu syabu, di samping keterangan pakar saksi pendakwaan bahawa Bukhori tidak waras dan dengan itu tidak mampu memahami akibat perbuatannya.

Atas sebab itu, Bukhori disahkan tidak waras dari segi perubatan, kata Nurchaya.

“Tidak diragui bahawa dia mengalami penyakit mental secara genetik tetapi daripada fakta yang dikemukakan oleh saksi pendakwaan dan keterangan tertuduh, corak kelakuan biasanya jelas menunjukkan dia bukan seorang yang agresif dan kebanyakan masanya menyendiri.

“Apabila dia tidak mengambil ubat preskripsinya dia menjadi resah dan merayau-rayau di sekitar kampung, namun masih tidak agresif.

“Gabungan salah guna dadah dan tidak mengambil ubatnya menyebabkan dia berkelakuan agresif. Ini jelas ditunjukkan pada malam kejadian jenayah itu apabila dia menyerang ibunya, si mati.”

Mahkamah juga memutuskan bahawa Bukhori memang berada di bawah pengaruh dadah serta tidak mengambil ubatnya selama tiga bulan kerana ahli keluarganya gagal mendapatkan ubat itu dari hospital.


“Saya putuskan dalam keadaan ini, pengambilan dadah dan kegagalan mendapatkan ubat preskripsinya menyumbang kepada keadaan mentalnya yang memang sedia tidak seimbang sehingga menyebabkan ketidakwarasan atau tidak siuman, dan tertuduh tidak mampu memahami akibat perbuatannya,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Rozana Atan hadir untuk pendakwaan. – DE

SOURCE: Warta Oriental

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/lelaki-kurang-siuman-bebas-tuduhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahmad Maslan Bebas Tuduhan Gagal Isytihar Rm2 Juta Beri Penyataan Palsu

Ahmad Maslan Bebas Tuduhan Gagal Isytihar Rm2 Juta Beri Penyataan Palsu

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 252 hits
Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat di mahkamah di Kuala Lumpur pada 24 Ogos Foto Bernama Ahmad Maslan dibebaskan dengan tuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta kepada LHDN dengan membuat kenyataan palsu kepada SPRM KUALA L...
Bunuh Anak Berumur 3 Tahun Ibu Kandung Kekasih Didakwa

Bunuh Anak Berumur 3 Tahun Ibu Kandung Kekasih Didakwa

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 281 hits
Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak kanak lelaki berusia tiga tahun yang juga anak kandung kepada tertuduh wanita minggu lepas Ieda Nor Esbi Baharudin 35 dan te...
Sebak Lelaki Terduduk Menangis Ziarah Kubur Ibu Dan Kakak Selepas Bebas Dari Penjara

Sebak Lelaki Terduduk Menangis Ziarah Kubur Ibu Dan Kakak Selepas Bebas Dari Penjara

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 393 hits
Tidak dapat digambarkan dengan kata kata betapa sedihnya perasaan seorang anak apabila mendapat berita bahawa ibu tercinta telah pergi untuk selamanya Lebih menyayat hati apabila pemergian ibunya diketahui selepas dia keluar dari penjara Ki...
Ibu Kandung Kekasih Didakwa Bunuh Anak Berusia 3 Tahun

Ibu Kandung Kekasih Didakwa Bunuh Anak Berusia 3 Tahun

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 256 hits
SEORANG wanita bersama teman lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Bandar Baru hari ini kerana menyebabkan kematian seorang kanak kanak berusia 3 tahun yang merupakan anak kandung wanita tersebut UTUSAN FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR Pasangan kek...
Ibu Teman Lelaki Didakwa Bunuh Anak

Ibu Teman Lelaki Didakwa Bunuh Anak

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 253 hits
Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi menetapkan 14 Oktober ini untuk sebutan semula kes dan serahan laporan kimia PETALING JAYA Seorang wanita dan teman lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi atas tuduhan membunuh kana...
Hiburan Berat Badan Naik Hanya 8kg Ayda Jebat Hitung Hari Bergelar Ibu

Hiburan Berat Badan Naik Hanya 8kg Ayda Jebat Hitung Hari Bergelar Ibu

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 272 hits
Pelakon dan juga penyanyi Ayda Jebat khabarnya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk bergelar ibu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjar Ayda sepanjang kehamilan berat badannya hanya naik sebanyak 8 kilogram Dia dalam pada itu turut me...
Doakan Ibu Mentuaku

Doakan Ibu Mentuaku

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 230 hits
Hari ni ibu mentua Mama Yan masuk wad sebagai persediaan pembedahan mastektomi payudara kerana barah Doakan segala urusan dipermudahkan dan diangkat segala kesakitannya Dalam keadaan pandemik macam ni tak tahu boleh jaga tak lepas pembedaha...
Kes Kerakyatan Anak Ikut Ibu Kerajaan Tak Perlulah Rayu Gesa Nazri

Kes Kerakyatan Anak Ikut Ibu Kerajaan Tak Perlulah Rayu Gesa Nazri

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 283 hits
Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz menggesa kerajaan menggugurkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa anak yang dilahirkan warganegara Malaysia di luar negara turut diberikan kerakyatan secara automatik oleh ibu mereka Lapo...
Tak Sanggup Bayangkan Jika Makcik Ni Ibu Kita Seb4k Betul Bila Pemuda Ni Tanya Dia Pasal Anak

Tak Sanggup Bayangkan Jika Makcik Ni Ibu Kita Seb4k Betul Bila Pemuda Ni Tanya Dia Pasal Anak

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 331 hits
Kegigihan seseorang itu boleh diukur apabila melihat kepada usahanya Jika mengayuh basikal berkilometer jauhnya setiap hari demi mencari sesuap nasi itu adalah kegigihan yang nyata Mengayuh basikal sambil menjaja kuih Kehidupan kita tak sel...
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan

Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Warung Impian Kampung Dong Raub

Jangan Normalisasikan Wanita Tegur Ibu Beri Anak Makanan Belum Dibayar

Dendam Kena Paksa Belajar Pelajar Spm Mengamuk Ibu Dan Abang Jadi Mangsa

Malaysia Negara Ke 10 Paling Menakutkan Untuk Memandu

Sajikan Dengan Keaslian Jadikannya Rasa Italian Meraikan Warisan Kulinari Itali Di B I G Publika

Resepi Ayam Kukus Mudah