Lelaki Kelar Isteri Sebelum Kelar Diri


Lelaki Kelar Isteri Sebelum Kelar Diri
GEORGE TOWN, 27 Ogos (Bernama) — Seorang guru wanita cedera di leher akibat dikelar suaminya sebelum lelaki itu mengelar dirinya menyebabkan cedera parah dalam kejadian di Taman Tunas, Sungai Ara dekat sini awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata kejadian kira-kira 6 pagi itu disedari ibu kepada wanita tersebut selepas terdengar jeritan anaknya yang berada di bilik di tingkat atas rumah teres dua tingkat berkenaan.
“Kejadian berlaku sebelum solat Subuh pagi tadi dan ia disedari ibu mangsa yang terdengar jeritan anaknya dari bilik sebelum bergegas ke tingkat atas untuk melihat apa yang berlaku dan mendapati menantunya sedang menindih mangsa (isteri suspek).
“Wanita itu mendakwa melihat suspek cuba mengelar mangsa dan dia terus bertindak menarik anaknya sebelum membawa lari keluar, dalam masa sama wanita tersebut melihat menantunya mengelar tangan serta lehernya sendiri di atas katil,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.
Beliau berkata mangsa yang berusia 28 tahun cedera dileher dan dalam keadaan stabil manakala suaminya yang juga seorang guru berumur 30 tahun kritikal akibat kecederaan parah di leher dan pergelangan tangan kiri, dengan kedua-duanya kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang, di sini.
Sazalee berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Beliau berkata pasangan yang telah berkahwin sejak enam tahun lepas dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun itu, dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah kewangan, kemurungan atau isu berkaitan orang ketiga malah mereka juga hidup dalam keadaan bahagia.
“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan pisau yang diambil di dapur rumah itu sebelum bertindak mengelar isteri dan dirinya sendiri, kita percaya kejadian berlaku ketika mangsa baru bangun tidur dan mahu solat sebelum bersiap ke sekolah.
“Kami masih menjalankan siasatan lanjut kerana lelaki itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau masalah kesihatan mental dan kemurungan,” katanya.
Beliau berkata polis akan merekodkan keterangan pasangan itu dan suspek akan direman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Sumber: Bernama
The post Lelaki Kelar Isteri Sebelum Kelar Diri appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/27/lelaki-kelar-isteri-sebelum-kelar-diri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Tindih Isteri Sebelum Kelar Dua Dua Kerja Guru Polis

Suami Tindih Isteri Sebelum Kelar Dua Dua Kerja Guru Polis

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 3565 hits
KOSMO Anggota polis hadir ke kediaman mangsa di Sungai Ara sebentar tadi Foto DANIAL SAAD KOSMO BALIK PULAU Polis mengesahkan suspek lelaki dikatakan bertindak menindih isterinya di atas katil sebelum cuba mengelar leher mangsa dengan sebil...
Guru Kelar Isteri Disahkan Negatif Dadah Alkohol

Guru Kelar Isteri Disahkan Negatif Dadah Alkohol

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 1736 hits
BALIK PULAU Guru lelaki yang didakwa mengelar leher isterinya di Taman Tunas Muda Sungai Ara minggu lalu disahkan negatif daripada sebarang pengambilan dadah dan alkohol Ujian Saringan Negatif Ketua Polis Daerah Barat Daya Asisten Komisione...
Suami Kelar Isteri Di Bayan Lepas

Suami Kelar Isteri Di Bayan Lepas

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 2084 hits
Buletin TV3 nbsp Ketua Polis Daerah Barat Daya Asisten Komisioner Sazalee Adam meninjau lokasi kejadian suami kelar isteri dan diri sendiri di Lintang Bayan 1 Taman Tunas Muda Sungai Ara Bayan Lepas Pulau Pinang Foto NSTPBAYAN LEPAS Seorang...
Sama Macam Dulu Sebelum Ada Baby Atikah Suhaime Kembali Fit Lepas Bersalin Berjaya Dapat Berat Ideal

Sama Macam Dulu Sebelum Ada Baby Atikah Suhaime Kembali Fit Lepas Bersalin Berjaya Dapat Berat Ideal

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 453 hits
Selepas lima bulan melahirkan anak pertamanya pelakon Datin Atikah Suhaime mendedahkan kejayaannya mendapatkan semula bentuk badannya seperti sebelum menimang cahaya mata Menerusi perkongsiannya di Insta Story ibu cantik manis ini turut ber...
Datang Ziarah Sebelum Ke Sandakan Sabah

Datang Ziarah Sebelum Ke Sandakan Sabah

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 959 hits
Gambar di atas adalah Family Adik Etuza tiga orang anakdan suaminnya Mereka masa ini datang ziarah kami sebelum gerak ke Sandakan Adik datang ziarah kami sebelum balik ke Sandakan Adik dan suami sama sama berkerja di Sandakan Seorang Cikgu ...
Ukraine Tekankan Gencatan Senjata Sebelum Rundingan Damai

Ukraine Tekankan Gencatan Senjata Sebelum Rundingan Damai

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 257 hits
Ukraine Tekankan Gencatan Senjata Sebelum Rundingan Damai KYIV 16 Ogos Ukraine pada Sabtu menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk mengadakan rundingan damai dengan Rusia tanpa terlebih dahulu melaksanakan gencatan senj...
Fikir Sebelum Bercakap Utusan Beritahu Ahmad Maslan

Fikir Sebelum Bercakap Utusan Beritahu Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 1921 hits
Akhbar Utusan Malaysia hari ini menasihati Datuk Ahmad Maslan supaya menjadi pemimpin yang bijak susulan pelantikan beliau sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri yang berkuat kuasa Rabu lalu Melalui ruangan pojok Awa...
Bahaya Jering Rebus Masalah Kencing

Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Catatan Hujung Minggu 23 November 2025

Pak Choy Goreng Telur Resipi Simple Tapi Luar Biasa Sedap

Kempen Beli Barangan Malaysia 2025 Lokal Lagi Gempak Dorong Ekonomi Produk Tempatan

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Good Morning


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Check Up Klinik Kesihatan

Bi Tasawwur On The Go Anak Anak Tremendous

Dinner Dengan Nasi Lemak Atas Bukit Tg Puteri Pasir Gudang

Perbandingan Metal Detector Vlf Vs Pi Mana Lebih Sesuai Untuk Cari Emas

Solat Ketika Musafir Buku Ringkas Tapi Padat

Sakaratul Maut Dan Penyesalan Atas Kesempatan Yang Luput