Lelaki Jual Data Milik Agensi Kerajaan Di Darkweb Diberkas




SINAR HARIAN


OlehAHMAD ISMADI ISMAIL04 Januari 2024 

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menggodam dan menjual data milik agensi kerajaan di laman sesawang 'darkweb' pada 25 Disember lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di ibu kota.

"Hasil siasatan yang dilakukan, mendapati lelaki disyaki memiliki kepakaran teknologi maklumat itu telah menjual data di laman sesawang tersebut dengan harga AS$200 (RM927) untuk setiap set data dan pembayaran adalah dalam bentuk mata wang kripto," katanya dalam sidang akhbar di sini, pada Khamis.

Ramli berkata, pengesanan terhadap lelaki itu berjaya dilakukan hasil kecekapan Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency, JSJK.

"Lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan polis pada 29 Disember lalu sementara siasatan dilengkapkan. Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Ramli berkata, portal SemakMULE JSJK dibangunkan pada 2018 telah memenangi tempat kedua dalam Majlis Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AlPSA) 2023 anjuran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

"Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan kepada PDRM khususnya dari aspek penyampaian perkhidmatan awam demi kesejahteraan rakyat," katanya.

Beliau berkata, portal tersebut dibangunkan dengan matlamat untuk memberikan akses secara langsung kepada masyarakat dalam menyemak akaun bank serta nombor telefon yang mungkin digunakan oleh scammer.

"Setakat ini, sejumlah 160,095 akaun bank serta nombor telefon telah disenaraikan di dalam portal ini.

"Sejak mula dibuka sehingga sekarang, portal SemakMULE telah dilawati sebanyak 24,257,824 kali dan jumlah carian yang dibuat telah mencecah 21,215,287 carian," katanya.

 
Menurutnya, daripada jumlah carian tersebut, sejumlah 1,575,219 percaya, carian telah memberikan jawapan positif.

"Kita percaya, maklum balas tersebut telah membantu pengguna dan menyelamatkan wang mereka dari dipindahkan ke akaun scammer.

"Masyarakat dinasihatkan agar terus menggunakan kemudahan ini untuk mengelakkan kerugian akibat terpedaya dengan scammer," ujarnya.

 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/01/lelaki-jual-data-milik-agensi-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Noktah Miskin Tegar Khayalan Fantasi Semua Kerajaan Data Padu Vs Data Ekasih

Noktah Miskin Tegar Khayalan Fantasi Semua Kerajaan Data Padu Vs Data Ekasih

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 260 hits
Setiap kerajaan yang memerintah pastinya akan menggamikkan memori menarik supaya rakyat dan netizen politik dapat bersorak sakai Menoktahkan miskin tegar menurunkan kadar kemiskinan dan pelbagai lagi dakyah dalam menyedapkan telinga untuk d...
Kerajaan Beri Jaminan Segerakan Skim Gaji Baharu Penjawat Awam

Kerajaan Beri Jaminan Segerakan Skim Gaji Baharu Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 249 hits
Oleh Helmi Mohd Foad Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi memberikan jaminan bahawa pihak kerajaan akan menyegerakan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang ditangguhkan sebelum ini Perdana Menteri memberitahu skim tersebu...
Pesanan Untuk Zahid Hamidi Sekadar Pertemuan Dua Tiga Pemimpin Ia Bukanlah Gerakan Menjatuhkan Kerajaan Namanya

Pesanan Untuk Zahid Hamidi Sekadar Pertemuan Dua Tiga Pemimpin Ia Bukanlah Gerakan Menjatuhkan Kerajaan Namanya

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 223 hits
Di kala hampir semua pemimpin blok pembangkang dan pimpinan parti dalam kerajaan sendiri menolak kewujudan Langkah Dubai tak semena mena sekembalinya daripada menunaikan umrah Ahmad Zahid Hamidi mengakui pula kewujudan gerakan untuk menjatu...
Sanusi Akui Ada Langkah Jatuhkan Kerajaan Anwar

Sanusi Akui Ada Langkah Jatuhkan Kerajaan Anwar

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 291 hits
Anne MuhammadPETALING JAYA Menteri Besar Kedah Sanusi Nor mengesahkan wujud rancangan pembangkang menjatuhkan kerajaan mengikut proses dibenarkan Perlembagaan Memang kerja pembangkang nak jatuhkan kerajaan melalui proses proses yang dibenar...
Drama Langkah Dubai Politik Murahan Kerajaan

Drama Langkah Dubai Politik Murahan Kerajaan

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 411 hits
Duk heboh pasal langkah dubai kononnya nak menjatuhkan kerajaan nak menukar PMX seolah malaysia ni sudah diambang pemerintahan teruk dan perlu ditukar Kononnya Maka cerita langkah dubai dimulai Nampak PN ni dari golongan tycoon politik siki...
Lokman Adam Malam Ini Kita Sambut Tahun Baharu Bukan Kerajaan Baharu

Lokman Adam Malam Ini Kita Sambut Tahun Baharu Bukan Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 368 hits
HarapanDaily comAKMAL MANAF nbsp Malam ini saudara saudara kita akan sambut Tahun Baharu tanpa kerajaan baharu Itu sindiran Datuk Lokman Noor Adam terhadap blok pembangkang Perikatan Nasional Pengarah Komunikasi UMNO itu berkata beliau yaki...
Buruh Asing Terpedaya Kerana Kerajaan Gagal Bendung Sindiket

Buruh Asing Terpedaya Kerana Kerajaan Gagal Bendung Sindiket

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 207 hits
Dineskumar RaguPETALING JAYA Seorang aktivis mengaitkan peningkatan kes buruh asing terpedaya dan terkandas di Malaysia tanpa pekerjaan dengan kegagalan kerajaan membendung kegiatan sindiket pemerdagangan orang Aktivis hak buruh asing Andy ...
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Rayhana Oo Rayhana

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej