Lelaki Itu Bukan Kiriman Tuhan


Pagi ini sis termenung di hadapan jendela dan teringat satu frasa yang pernah teman rapat sis katakan, “Lelaki itu bukan kiriman Tuhan jika hanya memberi derita.” Kata-kata itu cukup melekat dalam ingatan sis dan kali ini sis ingin berkongsi cerita tentang “Lelaki Itu” — satu perbahasan yang sering menjadi dilema ramai wanita.

Sebagai wanita, kita sering diajar untuk bersabar, bertahan dan memberi peluang. Namun, di mana batasnya? Apakah lelaki yang tidak menghormati kita, yang membelakangkan kejujuran atau yang hanya membawa kesedihan dalam hidup kita masih layak disebut sebagai “Kiriman Tuhan”? Jawapannya mungkin menyakitkan, tetapi ia perlu dijelaskan – TIDAK!







Cinta Bukan Alasan untuk BertahanSis pernah bertemu dengan seorang wanita, Nurul namanya. Dia mencintai seorang lelaki dengan sepenuh hati, tetapi lelaki itu tidak pernah menghargai pengorbanannya. Setiap kali dia terluka, lelaki itu meminta maaf dengan alasan cinta. Tetapi adakah cinta cukup sebagai alasan untuk terus bertahan? Tentu tidak. Cinta yang sebenar adalah tentang menghormati, menyayangi dan saling menyokong antara satu sama lain. Jika lelaki itu tidak mampu memberi semua ini, maka dia bukan kiriman Tuhan.


Lelaki Itu dan Perilaku BurukKita sering memaafkan perilaku buruk dengan alasan “manusia tidak sempurna.” Tetapi ada garis yang jelas antara ketidaksempurnaan dan sikap yang tidak boleh diterima. Jika lelaki itu sering bersikap kasar, berbohong atau mengabaikan keperluan emosional kita, maka itu adalah tanda amaran yang jelas. Tuhan tidak akan mengirimkan seseorang untuk merosakkan hidup kita - sebaliknya, Dia ingin kita belajar mengenali nilai diri kita sendiri.


Kenali Nilai Diri Sendiri
Wanita sering terlupa betapa berharganya mereka. Kita layak untuk dicintai, dihormati dan dihargai. Lelaki yang benar-benar kiriman Tuhan akan memastikan kita merasa selamat, tenang dan dihormati. Dia akan menjadi pemberi semangat dan bukanya perosak!

Jika lelaki itu hanya membuat kita merasa kurang berharga, maka mungkin sudah tiba masanya untuk melepaskannya!


Hidup Ini Lebih Indah Tanpa Luka yang Tidak Perlu
Sis tahu bahawa meninggalkan hubungan yang tidak sihat bukanlah perkara mudah. Ada ketakutan, keraguan dan rasa kehilangan. Namun, percayalah, hidup ini terlalu indah untuk dihabiskan dengan seseorang yang tidak menghargai diri kita. Lelaki itu mungkin pernah menjadi harapan kita, tetapi jika dia hanya membawa luka, maka dia bukanlah insan terbaik untuk kita.



Baca Juga:

Tanda Lelaki Curang Yang Perlu Di Alert!

Cantik Bukan Jaminan Bahagia







Pilihan di Tangan Sendiri!
Sebagai wanita, kita perlu berani membuat keputusan. Jangan biarkan perasaan cinta membutakan kita daripada realiti. Lelaki yang benar-benar kiriman Tuhan tidak akan pernah membuat kita meragui nilai diri kita.

Jadi, jika sedang berhadapan dengan “Lelaki Itu” yang membawa lebih banyak derita daripada bahagia, ingatlah bahawa korang berhak untuk melepaskan dan mencari kebahagiaan yang sebenar.

Hidup ini adalah tentang pilihan dan korang sentiasa mempunyai pilihan untuk memilih kebahagiaan diri sendiri. Ingatlah, Tuhan menciptakan diri kita dengan penuh cinta. Jangan biarkan sesiapa pun mengurangkan nilainya.


Semoga artikel ini memberi inspirasi kepada semua wanita di luar sana untuk lebih menghargai diri sendiri dan membuat keputusan yang terbaik. Wanita layak untuk dicintai dengan cara yang terbaik — oleh lelaki yang benar-benar kiriman Tuhan!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aniemohamed.blogspot.com/2025/01/lelaki-itu-bukan-kiriman-tuhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Kesetiaan Kerjasama Dengan Pas Itu Kena Faham

Tiada Kesetiaan Kerjasama Dengan Pas Itu Kena Faham

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 211 hits
Pemimpin Bersatu kritik PAS adakan perhimpunan untuk NajibFMT ReportersPETALING JAYA Seorang pemimpin Bersatu mengkritik perhimpunan diketuai PAS untuk menyokong Najib Razak pada 6 Jan mengatakan ia mencerminkan kesediaan Perikatan Nasional...
Gula Itu Racun

Gula Itu Racun

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 383 hits
Gula itu racun Salah satu mitos yang selalu disebarkan di dalam medsos dan tiktok adalah gula itu racun Gula bukan racun tetapi gula adalah salah satu bentuk karbohidrat yang diperlukan oleh tubuh manusia sebagai sumber tenaga Gula yang dia...
Mayat Lelaki 23 Tahun Itu Ditemui Terapung Dalam Kolam Ikan

Mayat Lelaki 23 Tahun Itu Ditemui Terapung Dalam Kolam Ikan

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 314 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang lelaki ditemui lemas dalam kolam ikan di Kampung Old Stream dekat Bidor awal pagi tadi Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mayat lelaki 23 tahu...
Tips Apa Itu Tasreh Raudah Dan Apa Pula Nusuk

Tips Apa Itu Tasreh Raudah Dan Apa Pula Nusuk

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 466 hits
Ramai yang bertanya Apa itu Tasreh Raudah dan apa pula Nusuk Terutama bagi mereka yang pertama kali ingin menunaikan umrah perkara ini mungkin kedengaran asing Jom Shasha jelaskan satu persatu 1 Apa Itu Raudah Raudah ialah kawasan istimewa ...
Apa Itu Bleed Area Dalam Print Design

Apa Itu Bleed Area Dalam Print Design

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 566 hits
RAMAI DESIGNER KANTOI FA BLEED PUN TAK TAU Berikut adalah penulisan dan perkongsian asal di Okay jujur cakap ramai graphic designer yang power buat design lawa lawa tapi bila sampai bab preparing Final Artwork untuk printing ramai yang kant...
Duta Tuhan Tu Agama Dia La

Duta Tuhan Tu Agama Dia La

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 160 hits
Apa nak pelik bila kata dia Dia Kristian Itu fahaman agama dialah Kita tak payah nak Bila orang Kristian kata dia duta tuhan walaun sengaja bikin Tapi Malah Syiah juga hina walaun biarkan Malahan boleh pula ajak semua muslim Sepatutnya kita...
Pindah Ke Rumah Mewah Dan Megah Jess No Limit Banyak Hal Tentang Tuhan Di Dalamnya

Pindah Ke Rumah Mewah Dan Megah Jess No Limit Banyak Hal Tentang Tuhan Di Dalamnya

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 310 hits
Bukan karena hal duniawi atau ingin pamer kekayaan Jess berharap rumah yang ia bangun untuk keluarganya itu justru mengingatkannnya untuk lebih rendah hati
Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 347 hits
Sedia maklum kehidupan rakyat Palestin sehingga ke hari ini masih dipenuhi dengan cabaran serta ujian tetapi mereka sama sekali tidak patah semangat atau menyerah demi pertahankan tanah air mereka Kenapa tetap melahirkan anak Dapat dilihat ...
Speaker By Election Needed For Three Perlis State Seats

National Pride Does Not Pay The Bills For Malaysia S Medal Winners

As Gold Prices Climb Many Malaysian Families Find A Hidden Financial Cushion

Selamat Menyambut Malam Raghaib

Rutin Harian Orang Malaysia Di Musim Hujan

Pelaburan Online Yang Selamat Panduan Praktikal Untuk Elak Risiko Scam

Calon Utama Pm Bangladesh Kembali Ke Tanah Air Setelah 17 Tahun Berada Di Perantauan

Tindakan Pecat Tiga Adun Bukti Ketegasan Pas Pertahan Prinsip Disiplin Amp Amanah Mb Perlis


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

Delicious Healthy Muffin Recipes Sally S Baking Addiction

Bukan Urusan Kita

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

Vibrasi Ayat Ayat Tuhan

Derma Arab 1mdb Ejen Propaganda Kekal Berkuasa Najib Kekal Penjara Kajang