Lelaki Ini Kongsi Rahsia Sejak Beri Duit Nafkah Kat Isteri Rezeki Dia Selalu Mudah Dan Sentiasa Cukup



Tak pernah dia sedar betapa murahnya rezeki selepas menghulurkan sedikit wang perbelanjaan buat isteri untuk kegunaan harian. Namun setelah menjadi rutin bulanannya, perkara ini diteruskan hingga kini. Walaupun mungkin bukan beratus ringgit, tapi jika sekali anda buat si isteri gembira, maka lumayanlah rezeki yang Tuhan turunkan buat anda

Tak ramai yang ambil kisah hal ini. Namun begitu, perkongsian Doktor Mahyuddun Mohemed ini membuka mata ramai betapa pentingnya wang nafkah buat isteri

WANG NAFKAH BULANAN ISTERI: DUITMU BUAT DIRIMU, DUITKU DUITMU JUA
Sengaja aku menghulurkan duit nafkah bulanan buat isteriku di hadapan anak-anak kami. Tersengeh-sengeh Kak Long dan Nabila melihat wang yang bertukar tangan. Itu bukan pertama kali mereka melihat aku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang suami itu

“Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Hasif masih terlalu kecil untuk faham namun tahap curiosity beliau begitu tinggi. Dia akan sentiasa bertanya apa-apa yang dia tidak faham

“Suami memang WAJIB beri nafkah setiap bulan pada isteri tahu Hasif. Nanti Hasif dah jadi suami pun, Hasif pun kena beri duit kat isteri.” Isteriku mengajar ilmu kehidupan dan kewajipan seorang suami. Hasif mengangguk faham

“Best la jadi orang perempuan Mama. Gaji Papa dan Mama kan sama. Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Nabila pula bertanya

“Kalau gaji suami lagi sikit dari gaji isteri dia pun, dia masih kena beri nafkah setiap bulan. Kena bagi, walaupun sedikit. WAJIB. Melainkan kalau isteri dia kata tak payah la…” Nabila sengeh. Puas hati dengan jawapan isteriku


Ramai suami yang pandang remeh Nafkah Bulanan buat isteri masing-masing. Ada yang TIDAK TAHU dan ada yang BUAT-BUAT TAK TAHU. Ada juga LANGSUNG TAK AMBIL TAHU

JANGAN TERKEJUT KITA SEORANG LELAKI YANG BERGELAR SUAMI TIDAK TAHU YANG MEMBERI NAFKAH BUAT ISTERI ITU WAJIB

Ada yang tidak pernah beri wang kepada isteri. Jika isteri tidak memaafkan dan menghalalkan, maka suami akan sentiasa berada dalam keadaan berdosa

Berilah Duit Nafkah bulanan kepada isteri kita. Tak mampu banyak, beri sedikit. Tak mampu RM200, berilah RM100. Jika tak mampu juga, berilah RM50 atau RM10. Jika masih tidak mampu juga, suami perlu minta isteri halalkan perbelanjaan yang dibuat dengan menggunakan wang isterinya

“Okay sayang, bulan ni, bil air sayang bayar, bil letrik abang bayar yer?”
“Loan kereta Myvi bulan ni Ayang bayar yer, Abang tak cukup la duit bulan ni sebab nak kena tukang baiki dapur tu”
Biasa dengar tak dialog kat atas? Atau biasa buat? Sebenarnya, kalau kita nak bahagi-bahagikan pembayaran bil letrik, air, pinjaman kereta atau rumah sekalipun, kita kena minta isteri halalkan

“Sayang, sayang halalkan bil air yang sayang bayarkan bulan ni yer!” Cakap macam tu kat isteri anda. Kalau cakap baik-baik, pasti isteri kita gembira aje nak tolong kita dengan perbelanjaan rumah tangga

Aku takut berdosa. Aku juga pernah TIDAK TAHU mengenai wang nafkah buat isteri dan urusan perbelanjaan keluarga

Aku tidak malu mengakui yang kami sama-sama tidak tahu perkara ini waktu mula-mula mendirikan rumah tangga 18 tahun dahulu. Masa tu student lagi. Kat luar negara pulak tu. Bila mula bekerja pada 2002, kami belanja sendiri-sendiri. Perbelanjaan dan bil pula dibahagi-bahagikan. Aku tidak beri duit nafkah kepada isteriku kerana waktu itu aku TIDAK TAHU mengenai perkara ini. Isteriku juga TIDAK TAHU. Lagipun, sangkaku, gaji isteriku pun sama banyak dengan gaji aku. Kenapa nak kena beri lagi

Tapi sangkaanku silap. Gaji aku hanya cukup-cukup sahaja. Cukup bulan gaji habis. Pernah terjadi, duit tinggal RM10 sahaja sehari sebelum gaji masuk

Perkara ini berubah lebih kurang 10 tahun yang lalu (aku tak ingat tarikh sebenar) apabila kami mula TAHU mengenai Duit Nafkah seorang isteri ini. Duit untuk isteri belanja beli apa sahaja yang dia mahu dan bila sahaja dia mahu

DUIT INI TIDAK TERMASUK DUIT BELANJA DAPUR, IKAN, AYAM, SAYUR. TIDAK TERMASUK BAJU KAIN ISTERI. TIDAK TERMASUK SYAMPU, UBAT GIGI DAN TOILETRIES LAIN. PERBELANJAAN INI SEMUANYA MESTI DITANGGUNG OLEH SUAMI. TAPI KALAU ISTERI TERSAYANG NAK TOLONG, TAKDE SALAHNYA KAN

Aku mula memberi Duit Nafkah Bulanan buat isteriku dan aku mohon beliau halalkan setiap sen yang aku tidak lunaskan sebelumnya. AlhamdulilLah isteriku halalkan. AlhamdulilLah leganya hati. Lapangnya dada

Pasti ada suami yang merasakan ia seakan tidak adil. Namun percayalah, terdapat keberkatan dalam memberikan Duit Nafkah isteri kita. Islam itu Adil. Percayalah

Sejak memberi wang nafkah bulanan buat isteri, rezekiku bertambah dan mencurah-curah. Kehidupan menjadi lapang dan mudah. Segala keperluan sentiasa dalam kecukupan. Isteri apatah lagi, gembira sokmo. Bibir sentiasa dihiasi Senyuman manis

Ada keberkatan dalam pemberian Wang Nafkah Bulanan isteri kita

A Happy Wife leads to a Happy Home & Happy Family. (A grumpy wife… Anda jawab sendiri…)
Jika anda belum lakukan, mulai dengan hari ini. Berilah Duit Nafkah belanja isteri anda. Anda akan lihat perubahan positif dalam kehidupan anda sekeluarga, InsyaAllah

Kongsikan dengan suami-suami di luar sana. Semoga beroleh keberkatan rezeki dan kelapangan dalam kehidupan

Sumber: http://bit.ly/2yGXcyN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sensasi247.blogspot.com/2019/10/lelaki-ini-kongsi-rahsia-sejak-beri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Rezeki Selalu Tak Cukup Sebab Berhutang Nafkah Dengan Isteri

Kenapa Rezeki Selalu Tak Cukup Sebab Berhutang Nafkah Dengan Isteri

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 382 hits
Perkara pertama yang golongan suami perlu utamakan setiap kali mendapat gaji adalah nafkah isteri Janganlah diabaikan nafkah isteri Biarpun hanya sedikit berikan kepada isteri kerana pentingnya isteri redha dengan pemberian nafkah suami Jik...
Rahsia Kenapa Orang Gila Selalu Sihat Dan Tidak Mudah Sakit

Rahsia Kenapa Orang Gila Selalu Sihat Dan Tidak Mudah Sakit

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 451 hits
Pernah kamu berfikir kenapa orang gila tidak pernah sakit Apa lagi orang gila yang berkeliaran di pinggir jalan mereka tidak pernah mandi makan minum pula sembarangan ada juga yang tidak pakai baju dan langsung tidak ambil peduli mengenai k...
Sri Mulyani Perempuan Yang Selalu Dipercaya Jadi Menteri Sejak Era Sby Hingga Jokowi

Sri Mulyani Perempuan Yang Selalu Dipercaya Jadi Menteri Sejak Era Sby Hingga Jokowi

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 233 hits
Usai bertemu dengan Presiden Jokowi Sri Mulyani memastikan dirinya bakal kembali menjabat sebagai Menteri Keuangan
Hati Suami Tenang Bila Mudah Maafkan Isteri Ganjarannya Juga Besar Di Sisi Allah

Hati Suami Tenang Bila Mudah Maafkan Isteri Ganjarannya Juga Besar Di Sisi Allah

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 582 hits
Dalam rumah tangga penting adanya sikap tolak ansur bagi menjaga keharmonian hubungan suami isteri Ketepikan rasa ego dalam diri masing masing kerana ia tak membawa anda ke mana pun malah merugikan buat pasangan Sentiasalah bermuhasabah dir...
Bawa Perut Ke Sana Sini Tak Mudah Suami Tolonglah Jangan Buat Selamba Jaga Isteri Tu

Bawa Perut Ke Sana Sini Tak Mudah Suami Tolonglah Jangan Buat Selamba Jaga Isteri Tu

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 428 hits
Wanita sekarang terlalu berdikari Ketika mengandung pun boleh buat macam macam perkara Ketika seorang isteri hamil anda hanya mampu melihat susah payahnya dia membawa kandungan Benar anda tidak mampu memindahkan kandungan itu kepada diri an...
10 Ciri Ciri Isteri Pembawa Rezeki Suami Mengalir Deras

10 Ciri Ciri Isteri Pembawa Rezeki Suami Mengalir Deras

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 527 hits
Ramai suami yang mungkin tidak tahu bahawa sebenarnya rezekinya dengan izin Allah jadi semakin murah malah mengalir deras atas sebab peranan isteri Seorang isteri yang membuat rumah tangga lebih bahagia menuju ke syurga sekaligus menjadi su...
Rahsia Buat Scone Yang Sedap Mudah

Rahsia Buat Scone Yang Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 471 hits
Petang petang kalau pekena scone panas panas dengan secawan kopi memang padu sedapnya Lebih sedap bila secone hasil air tangan sendiri barulah anda mendapatkan rasa scone atau roti bantat yang lemak ini secara segar dan panas Lebih sedap ka...
Wahai Suami Melukai Hati Isteri Boleh Membuatkan Pintu Rezeki Sempit Benarkah

Wahai Suami Melukai Hati Isteri Boleh Membuatkan Pintu Rezeki Sempit Benarkah

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 462 hits
Suami yang merupakan imam memiliki kedudukan penting keluarga Mereka bertugas menjadi pemimpin dan memastikan kebutuhan keluarga tercukupi Dengan kedudukan yang krusial ini tidak jarang suami yang tidak menghargai posisi istri Terlebih jika...
Kunci Allah Nak Bagi Rezeki Suami Jaga Isteri Kerana Doa Mereka Ajaib

Kunci Allah Nak Bagi Rezeki Suami Jaga Isteri Kerana Doa Mereka Ajaib

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 534 hits
Kunci Allah Nak Bagi Rezeki Suami Jangan Sakiti Isteri Kerana Doa Mereka Ajaib Jika anda tergolong di kalangan suami yang sering kesempitan hidup dikelilingi hutang dan rezeki seolah olah tersekat cuba renung renungkan diri anda Adakah anda...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya