Lelaki Ini Kongsi 22 Tips Mudah Menghafal Al Quran Dalam Masa 4 Bulan


Lelaki Ini Kongsi 22 Tips Mudah Menghafal Al-Quran Dalam Masa 4 Bulan. 22 Tips Mudah Bagaimana Saya Menghafal Al-Quran Dalam Masa 4 Bulan | Perkongsian ini adalah dari Fadhil Azman yang berasal dari Singapura. Berusia 22 tahun, beliau kini menyambung pelajaran di University of Jordan dalam bidang Islamic Theology. Artikel asal adalah dalam Bahasa Inggeris dan telah ditukarkan ke Bahasa Melayu untuk memudahkan kita semua memahaminya, dan semoga dapat memberi inspirasi pada yang lain.

22 Tips Mudah Menghafal Al-Quran Dalam Masa 4 Bulan “Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah atas segala rezeki dan rahmat yang diberi. Aku bermohon pada Allah agar selalu permudahkan urusanku dalam mengulang al-Quran & berikan aku petunjuk untuk berkongsi dan memberi inspirasi pada orang lain. Saya ingin berkongsi bahawa saya telah menghafal lebih kurang 9 juzu’ semasa di sekolah rendah, sekolah menengah dan matrikulasi. Jadi, sebenarnya saya cuma menghafal lebih kurang 20 juzu’ yang baru dan hanya mengulang 9 juzu’ lama sahaja dalam masa 4 bulan. Saya juga tidak mempunyai komitmen lain selain dari berbuat baik kepada ibu bapa. Tetapi, bagi sesiapa yang berkehendak menghafal ayat al-Quran kerana Allah, Insya Allah, Allah akan permudahkan. Ini adalah pengalaman saya dan semoga ia dapat memberikan inspirasi pada yang lain. Berikut adalah tips yang saya amalkan.

1. Betulkan niat Ini adalah poin yang paling penting yang perlu dititik beratkan, lakukannya ikhlas kerana Allah, mengharapkan rahmat-Nya, keredhaan-Nya & untuk memperoleh syurga. Bukan sebab kawan, keluarga atau untuk menunjuk-nunjuk. Ya Allah lindungilah kami darinya. Semoga Allah tetapkan hati kita untuk melakukannya semata-mata kerana Allah.

2. Mulakan sekarang Jangan tangguh-tangguh. Kalau niat sudah ada, itu sudah bagus. Jangan ingat kalau bertangguh, ia jadi lebih baik. Usah berikan alasan tidak cukup masa. Cari masa untuk diri sendiri dan dalam menghafal Al-Quran. Saya kenal beberapa orang, yang mempunyai niat, tetapi tidak mempunyai motivasi. Pada saya, untuk mencari motivasi, fikirkan tentang betapa besar faedah yang kita akan dapat. Percayalah, anda akan dapat banyak sangat kebaikan. Pahala juga dikira hanya dengan membaca satu huruf. Juga ada banyak kisah yang menarik dalam Al-Quran yang akan anda temui. Cuba baca Al-Quran selepas solat. Insya Allah, anda akan dapat momentum dari situ.

3. Gunakan mushaf yang sama Cara Mudah Menghafal Al-Quran Dalam Masa 4 Bulan. Saya telah menggunakan mushaf yang sama sejak berumur 14 tahun. Inilah perkara yang selalu diingatkan oleh asatizah (guru-guru). Sebabnya ialah, apabila anda menggunakan mushaf yang sama, mata anda telah terbiasa dengan cara penulisan, warna dan hiasan dalamnya. Ini membuatkan minda anda terbiasa dengannya Insya Allah.

4. Mendengar pembacaan ayat al-Quran Perkara ini mungkin susah, tetapi Allah boleh mempermudahkannya untuk anda: tinggalkan lagu-lagu anda, muzik pop dan rock. Dua benda yang bertentangan tidak dapat wujud dalam masa yang sama. Tetapi, sudah tentu terdapat beberapa pendapat mengenai hal ini. Adakah anda lebih suka mendengar muzik dari mendengar ayat al-Quran yang dikatakan menenangkan hati seseorang? Saya suka mendengar bacaan surah dalam Quran yang saya sedang hafal atau surah seterusnya yang akan dihafal kemudian, saya akan ulang surah yang sama sambil melakukan kerja lain. Perkataan tersebut akan masuk ke dalam minda kita tanpa disedari. Anda akan dapati menghafal surah menjadi lebih mudah. Saya juga akan membuka mushaf sambil mendengar bacaan Quran untuk membiasakan dengan mukasurat tersebut. Kemudian saya akan mulakan hafalan.

5. Pengulangan dan pembahagian halaman adalah asas untuk menghafal Baca keseluruhan halaman beberapa kali, anda boleh memilih untuk membahagikan halaman kepada tiga atau dua bahagian. Ini bergantung kepada berapa mudah untuk menghafal halaman tersebut. Hafal bahagian pertama sebelum meneruskan ke bahagian seterusnya. Elakkan pergi ke muka hadapan sebelum anda dapati hafalan tersebut tersimpan utuh dalam ingatan.

6. Pemahaman adalah kunci penting dalam menghafal Al-Quran Adalah sangat menyeronokkan jika anda memahami apa yang disampaikan oleh-Nya. Demi Allah, saya dapati al-Quran sangat cantik, ia boleh membawa anda ke titik terendah dan membuka anda kepada perubahan yang lebih besar. Fokus pada apa yang anda baca untuk memahami ayat tersebut. Jangan memikirkan hal lain ketika membacanya. Muat turun aplikasi terjemahan / tafsir al-Quran dalam telefon anda. Atau boleh juga menggunakan mushaf yang mempunyai terjemahan di bahagian tepi. Ustazah saya (semoga Allah anugerahkan kebaikan kepadanya) sentiasa menasihati kita bahawa kefahaman telah menjawab sebahagian dari soalan. Jadi, dalam konteks ini, pemahaman adalah sebahagian penghafalan ayat tersebut, Insya Allah.

7. Mulakan dengan perlahan-lahan Ambil selangkah demi selangkah, Insya Allah anda akan dapati menghafal dengan konsisten lebih mudah.

8. Jangan putus asa Tidak bermakna jika hari ini terasa susah, esok juga akan terasa susah. Bacalah doa sebelum memulakan hafalan. Ingatlah di mana jua anda sekarang (dalam menghafal) adalah satu langkah untuk menamatkan penghafalan seuruh al-Quran. Yang penting, jangan berhenti.

9. Berkawan dengan mereka yang turut menghafal Dengan mempunyai rakan yang turut menghafal, ia boleh membuatkan anda lebih bermotivasi untuk menghafal dan mengulang.

10. Merancanglah Secara asasnya, saya menghafal lebih kurang 4-6 halaman setiap hari. Untuk menghafal satu halaman, saya mengambil masa lebih kurang 30 min, bergantung pada tahap kesukaran halaman tersebut. Ada halaman yang mengambil masa 20 min untuk dihafal. Alhamdulillah, Allah permudahkan bagi saya. Manakala bagi halaman yang lebih susah, saya mengambil masa 45 minit.
11. Masa yang terbaik Untuk menghafal al-Quran adalah selepas subuh atau fajar, iaitu ketika minda masih segar. Ketenangan fajar akan memasuki minda anda. Ustaz saya selalu menasihatkan kami untuk lebih produktif pada waktu pagi. Selain itu, waktu selepas solat adalah masa yang sesuai untuk menghafal selain dari waktu antara Maghrib dan Isya’.
12. Jadilah produktif Bacalah al-Quran dalam perjalanan ke sekolah atau tempat kerja. Secara peribadi, saya lebih suka menaiki kereta api berbanding memandu kerana masa perjalanan tersebut saya boleh isi dengan menghafal atau mengulang.
13. Bawalah mushaf anda ke mana jua anda pergi Ia akan menjadi peringatan untuk anda membacanya Insya Allah.

14. Jagalah mata anda Dari memandang atau melihat aurat berlainan jantina. Telinga anda dari mendengar gossip. Mulut anda dari berkata belakang, mengumpat dan dari semua perbuatan yang dilarang. Ustazah saya sering kali mengingatkan dan meminta kami untuk menghafal puisi Imam Syafi’ie sebagai peringatan. Aku mengadu kepada Wakii’ (Imam Syafi’ie) mengenai ingatanku yang lemah. Dia menasihatku untuk meninggalkan dosa. Dan dia memberitahuku bahawa ilmu adalah cahaya. Dan cahaya Allah tidak akan sampai pada pendosa.
15. Bertaubatlah Bertaubatlah selalu, kadang kalau kita melakukan dosa tanpa menyedarinya. Apabila seseorang membuat dosa, dia perlulah segera bertaubat kepada Allah. Allah menerima taubat orang yang ikhlas, Insya Allah.
16. Minta seseorang mendengar bacaan anda ; tasmii’. Carilah seorang kawan, ahli keluarga atau guru untuk tasmii’ anda. Dia mestilah seorang yang tahu membaca al-Quran dengan betul, jadi apabila berlaku kesalahan kecil, dia dapat membetulkannya.
17. Muraja’ah (ulang) apa yang anda telah hafal. Carilah seseorang untuk mendengar anda mengulang bacaan. Seseorang itu perlulah memperkukuhkan hafalannya dengan selalu mengulang.

18. Makan kismis & madu Saya tidak pasti dengan mendalam mengenai hal ini, tetapi saya diajar bahawa memakan kismis & madu dapat mengukuhkan ingatan Insya Allah.
19. Tunaikanlah solat malam Buatlah sekurang-kuranya dua rakaat, kemudian berdoalah. Ia amat membantu Insya Allah. Doa semasa tahajjud diibaratkan seperti busar panah yang tidak pernah tersasar dari sasarannya” – Imam Syafi’ie
20. Berdoalah selalu dan harapkan pertolongan Allah “Jangan memandang rendah kuasa doa. Ketahuilah bahawa tiada yang lebih disukai Allah lebih dari hambanya berdoa kepada-Nya.” (Tirmidhi). Berdoalah kepada Allah agar memudahkan minda dan hati anda untuk menghafal dan tidak melupakan hafalan tersebut. Mohon padaNya agar dikuatkan ingatan dan mohonlah agar Allah singkirkan sifat malas dalam diri.
21. Doakanlah kebaikan untuk orang lain Semasa anda berdoa untuk diri sendiri, selitkan sekali doa untuk orang lain yang mungkin amat memerlukan rahmat Allah. Doa seorang Muslim untuk saudaranya (muslim lainnya) yang tidak berada di hadapannya akan dikabulkan oleh Allah. Di atas kepala orang muslim yang berdoa tersebut terdapat seorang malaikat yang ditugasi menjaganya. Setiap kali orang Muslim itu mendoakan kebaikan bagi saudaranya, niscaya malaikat yang menjaganya berkata, “Aamiin (semoga Allah mengabulkan) dan bagimu hal yang serupa.” (Muslim)

22. Minta ibu bapa anda mendoakan anda Apabila saya mula menghafal al-Quran, saya memberitahu ibu saya akan niat tersebut & meminta ibu bapa saya mendoakan saya. Ia sangat membantu. Itu sahaja, saya harap perkongsian ini bermanfaat dalam apa sudut sekali pun meskipun sedikit. Semoga Allah permudahkan bagi anda untuk menghafal dan mengulang al-Quran dan semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Semoga kita semua mendapat kekuatan untuk mengikut jejak langkah Fadhil Azman dalam menghafal al Quran. Aamiin.
The post Lelaki Ini Kongsi 22 Tips Mudah Menghafal Al-Quran Dalam Masa 4 Bulan appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/lelaki-ini-kongsi-22-tips-mudah-menghafal-al-quran-dalam-masa-4-bulan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Anak Bayi Tak Perlu Pakai Berus Lap Guna Kain Je Doktor Gigi Kongsi 5 Tips

Masa Anak Bayi Tak Perlu Pakai Berus Lap Guna Kain Je Doktor Gigi Kongsi 5 Tips

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 653 hits
Penjagaan gigi bayi boleh dimulakan seawal bayi lagi Buka bila tumbuh gigi baru nak mula Doktor gigi kongsi 5 tips penjagaan gigi si bayi dan kanak kanak Bila nak mula guna berus gigi dan kuantiti ubat gigi juga diulas Menurut Pegawai Pergi...
Diana Amir Kongsi Tip Kemas Mainan Anak Dengan Cara Paling Mudah Dan Jimat Masa Ibu

Diana Amir Kongsi Tip Kemas Mainan Anak Dengan Cara Paling Mudah Dan Jimat Masa Ibu

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 573 hits
Pelakon dan pengacara Diana Amir mempunyai cara tersendiri untuk mendisiplinkan anak anaknya Menerusi perkongsian di akaun Instagram Diana berkongsi tip untuk memastikan anak anak mengemas kembali mainan selepas menggunakannya Anak anak kes...
Tips Merawat Burung Kenari Di Musim Hujan Agar Tidak Mudah Sakit

Tips Merawat Burung Kenari Di Musim Hujan Agar Tidak Mudah Sakit

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 339 hits
Sekarang ini merupakan musim hujan dan hampir setiap hari terjadi hujan Apabila kondisi seperti ini berjalan dalam jangka waktu yang lama tentu akan menjadikan suhu udara menjadi lebih dingin dan suasana lingkungan sekitar yang lembab Ditam...
Boleh Ke Anak Duduk Diam Dalam Car Seat Untuk Perjalanan Jauh Ibu Ini Kongsi 5 Tip Mudah

Boleh Ke Anak Duduk Diam Dalam Car Seat Untuk Perjalanan Jauh Ibu Ini Kongsi 5 Tip Mudah

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 438 hits
Baby Car Seat atau kerusi keselamatan bayi antara barangan yang penting yang perlu ada dalam setiap kereta bagi yang mempunyai anak Selain dapat mengurangkan risiko bayi tercampak keluar kereta baby car seat juga memudahkan untuk travel wal...
Makan Kurma Boleh Bantu Bukaan Servik Lebih Besar Mudah Untuk Bersalin Doktor Kongsi Cara Betul Makan Kurma

Makan Kurma Boleh Bantu Bukaan Servik Lebih Besar Mudah Untuk Bersalin Doktor Kongsi Cara Betul Makan Kurma

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 693 hits
Makanan sunah seperti kurma sangat digalakkan untuk diamalkan oleh ibu hamil termasuklah ketika dalam proses bersalin Dr Zubaidi Hj Ahmad Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor doktor Islam Malaysia berkongsi fakta berkenaan kenyataan in...
Biarlah Rahsia 8 Bulan Hamil Julia Ziegler Masih Belum Tahu Jantina Anak Nak Suprisekan Masa Lahir

Biarlah Rahsia 8 Bulan Hamil Julia Ziegler Masih Belum Tahu Jantina Anak Nak Suprisekan Masa Lahir

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 590 hits
Mahu jadikan ia sebagai kejutan pelakon Julia Ziegler mengakui tidak melakukan pemeriksaan jantina anak yang dikandung walaupun kini sudah hamil lapan bulan Mungkin bagi sesetengah pasangan lain teruja nak ketahui jantina anak tapi baginya ...
Ibu Kongsi 6 Aktiviti Rangsangan Untuk Bayi Yang Boleh Duduk Nampak Mudah Tapi Banyak Manfaatnya

Ibu Kongsi 6 Aktiviti Rangsangan Untuk Bayi Yang Boleh Duduk Nampak Mudah Tapi Banyak Manfaatnya

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 859 hits
Jangan pandang rendah kepada aktiviti rangsangan kepada si kecil Sesuaikan setiap aktiviti dengan tahap perkembangan anak Ibu ini berkongsi 8 aktiviti yang dilakukan bersama bayinya ketika anaknya sudah boleh duduk Rangsangan atau aktiviti ...
Tips Cara Mudah Untuk Cuci Rambut Gaya Salun

Tips Cara Mudah Untuk Cuci Rambut Gaya Salun

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 527 hits
AssalamualaikumMesti ramai yang rajin ke salun untuk cuci rambut kan Sebab bila cuci di salun rasa best bila dia dok garu garu kepala kita tu kan Bagi Zati memang layan juga lah kalau cuci rambut kat salun tu kadang kadang rasa nak tidur Ta...
Tips Dan Cara Mudah Supaya Sambal Tumis Lebih Sedap Dan Tahan Lama

Tips Dan Cara Mudah Supaya Sambal Tumis Lebih Sedap Dan Tahan Lama

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 852 hits
As Salam Tips Dan Cara Mudah Supaya Sambal Tumis Lebih Sedap dan Tahan Lama Apa lagi yang mak mak akan buat time cuti sekolah ni kalau tak marathon kat dapur around the clock huhu Kadang tu siap sound kat anak anak mama dah masak sekali har...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game