Lelaki Ini Ambil Gambar Di Dalam Kaabah Yang Tak Semua Umah Islam Dapat Dilihat Sejak Beribu Tahun Lamanya


Anda pernah terfikir tak apa yang ada di dalam Kaabah yang hanya boleh dimasuki oleh Raja Saudi sahaja? Ada yang kata kalau masuk dalamtu , jangan tengok atas kerana kita boleh nampak pintu langit betul-betul di atas Kaabah. Tengok gambar- gambar ini betul-betul
SELAMA beratus-ratus tahun, soalan apa ada di dalam Kaabah menjadi misteri kepada berjuta-juta umat Islam yang melakukan tawaf mengelilingi ‘Rumah Allah’ itu. Hanya golongan diraja Arab Saudi, pemimpin negara Islam dan orang tertentu dibenarkan memasukinya terutama semasa acara mencuci Kaabah yang dilakukan setahun sekali.
Bagaimanapun, pada tahun 2009 masyarakat dunia dapat menyaksikan rahsia Kaabah menerusi sebuah klip video yang dimuat naik ke dalam YouTube. Rakaman video selama lebih empat minit itu didakwa adalah yang pertama seumpamanya yang boleh ditonton oleh orang ramai.
Sebelum ini, keadaan di dalam bangunan batu yang terletak di dalam Masjidil Haram di Mekah itu sekadar digambarkan dan diceritakan dari mulut ke mulut.
Paparan di dalam video itu hampir menyamai cerita seorang wartawan dari Singapura, Ahmad Mohd. Don. Menurut beliau, keadaan di dalam Kaabah itu gelap. Tidak ada sebarang lampu. Satu-satunya cahaya yang menerangi bahagian dalam Kaabah itu datangnya dari pintu Kaabah yang terbuka.
“Asap kemenyan memenuhi ruang dalam Kaabah itu. Lantainya pula dibasahi air mawar yang mengeluarkan bau semerbak,” kata beliau yang mendapat peluang memasuki Kaabah semasa menunaikan haji di Mekah pada 8 September 1983 atas undangan khas kerajaan Arab Saudi.

Dinding
Tambah Ahmad, hampir di setiap bahagian dinding Kaabah itu, para undangan menunaikan sembahyang sunat dengan khusyuk.
Mereka menghadap tiap bahagian dinding Kaabah. Lantai Kaabah dibuat daripada marmar putih. Begitu juga dindingnya. Pada satu bahagian dinding itu, kelihatan ukiran ayat-ayat suci.
“Terdapat beberapa batang tiang di dalam Kaabah. Besar tiang itu kira-kira satu pemeluk. Pada satu bahagian dinding itu disalut dengan kayu yang berukiran. Mungkin ukiran ayat-ayat suci al-Quran.
“Terdapat juga para yang di atasnya diletakkan beberapa buah cerek yang kelihatan diperbuat daripada tembaga.
“Tidak saya ketahui apakah yang ada dalam cerek itu. Berkemungkinan besar ia berisi air mawar yang digunakan untuk mencuci bahagian dalam Kaabah,” katanya yang cuma menghabiskan masa selama lapan minit di dalamnya bagi memberi peluang kepada tetamu lain yang menunggu giliran untuk memasuki Kaabah.

Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah menjelaskan bahawa tiada apa-apa sekatan dari sudut agama untuk membuat rakaman gambar atau video di dalam Kaabah.
Bahkan, jelas beliau, undang-udang baharu oleh pihak berkuasa Arab Saudi turut membenarkan penggunaan kamera di kawasan Masjidil Haram. Sebelum ini undang-undang negara itu melarang penggunaan alat elektronik tersebut di kawasan Kaabah.
Tambah Daud, orang awam berpeluang memasukinya semasa lawatan pemimpin Arab Saudi mahupun pemimpin negara Islam lain ke Masjidil Haram.
“Pintu Kaabah akan dibuka semasa lawatan pembesar dan juga ketika hari pertukaran kain Kaabah menjelang Hari Raya Aidiladha,” katanya kepada Jurnal.
Daud turut menyangkal dakwaan dan cerita yang menyatakan orang yang mendongak ke bumbung Kaabah selepas memasukinya boleh ditimpa musibah.
Menurut Daud, orang ramai juga boleh melihat replika Kaabah di Muzium Islam Hudaibiyah, Mekah. Ia menyerupai isi kandungan sebenar di dalam Kaabah termasuklah tiga batang tiang dan hiasan ayat-ayat al-Quran.
PINTU Kaabah yang seberat lapan tan diperbuat daripada emas tulen.
Kunci

Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat lapan tan (8,000 kilogram).
Pintu Kaabah itu pula hanya boleh dibuka oleh pemegang kunci dari Bani Syaibah. Menurut sejarah Islam, apabila Nabi Muhammad SAW meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah dikuasai oleh Bani Syaibah.
Pada tahun ketujuh Hijrah, berlaku perang pembukaan kota Mekah yang dimenangi tentera Islam. Berikutan itu, Saidina Ali diarahkan supaya mengambil kunci itu daripada Bani Syaibah, malangnya pintu Kaabah tidak dapat dibuka walaupun menggunakan anak kunci yang sama.
Anak kunci itu kemudian dipulangkan kepada Bani Syaibah atas perintah Allah menerusi ayat 58, surah An-Nisa’ yang mafhumnya, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”
Pada masa itu, Bani Syaibah belum memeluk Islam. Tindakan Rasullulah memulangkan semula kunci Kaabah itu telah membuka hati ketua Bani Syaibah untuk memeluk Islam diikuti semua pengikutnya.
Keturunan Bani Syaibah telah diamanahkan untuk memegang kunci Kaabah sehingga hari ini.
Apa Ada Di Dalam Kaabah? Minyak & Emas? Sering Diaju Soalan Dari Non Muslim, Lelaki Ini Dedah Perkara Sebenar

Menunaikan ibadah di Tanah Suci Mekah merupakan impian setiap umat Islam di dunia ini. Untung kepada sesiapa yang sudah menjejakkan kaki ke sana. Kaabah merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram, Mekah dan ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah ketika berada di sana.
Tetapi tahukah anda apa yang ada disebalik Kaabah? Jom kita baca penjelasan ringkas dari individu ini. Semoga perkongsian ini akan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita.
Pernahkah anda terfikir apa yang ada di dalam Kaabah?
Seorang pengguna Twitter bernama Abdal Aziz telah berkongsi apa sebenarnya yang terdapat di dalam Kaabah, kerana dia sering ditanya oleh ramai orang terutama sekali dari non-muslim. Rasanya tidak salah jika dia ingin memberitahu kerana sedikit sebanyak dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita.
Jadi, di bawah ini dia menjelaskan secara ringkas mengenai soalan diajukan itu.
Imej dari dalam Kaabah

Belakang pintu emas itu ada tangga yang boleh bawa kita ke atas siling Kaabah.

Bumbung itu dibuat dengan kayu bersulam Perak asli. Kiswah Kaabah itu warnanya hijau dari dalam. Lampu yang bergantung itu adalah hiasan hadiah pembesar Islam dari zaman Nabi SAW.

Inilah tempat Khas Nabi solat ini, ditulis Lailahaillah Muhammad Rasulullah

Di atas benda putih inilah Nabi SAW akan solat bila dia masuk ke dalam Kaabah

Dalam kotak putih ini berisi minyak wangi mewah yang digunakan Khadam 2 tanah Suci untuk mencuci Kaabah dari dalam.

3 tiang/kayu utama membuatkan Kaabah lebih utuh ini dibina dari kayu dan Emas tulen.
Sumber dari KakiViral
The post Lelaki Ini Ambil Gambar Di Dalam Kaabah Yang Tak Semua Umah Islam Dapat Dilihat Sejak Beribu Tahun Lamanya! appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/lelaki-ini-ambil-gambar-di-dalam-kaabah-yang-tak-semua-umah-islam-dapat-dilihat-sejak-beribu-tahun-lamanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejak Awal Tahun 2019 Sudah 843 Hektar Lahan Terbakar Di Riau

Sejak Awal Tahun 2019 Sudah 843 Hektar Lahan Terbakar Di Riau

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 299 hits
Wilayah itu meliputi Kabupaten Rokan Hilir 117 hektar Dumai 43 5 hektar dan Bengkalis 627 hektar Kemudian Kepulauan Meranti 20 2 hektar Siak 5 hektar Kampar 14 hektar dan Kota Pekanbaru 16 hektar
Umat Islam Di Malaysia Semakin Resah Tindakan Pihak Berkuasa Terhadap Penghina Islam Dilihat Terlalu Sambil Lewa

Umat Islam Di Malaysia Semakin Resah Tindakan Pihak Berkuasa Terhadap Penghina Islam Dilihat Terlalu Sambil Lewa

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 651 hits
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan telah menjelaskan bahawa seorang lelaki Cina berusia 68 tahun yang telah menghina Nabi Muhammad s a w isteri baginda dan agama Islam telah pun direman selama tiga hari bermu...
Mangsa Didera Sejak 2 Tahun Lalu

Mangsa Didera Sejak 2 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 414 hits
JOHOR BAHRU Dua tahun menderita sebelum seorang kanak kanak lelaki berusia 12 tahun yang dipercayai didera ibu kandung dan bapa tiri sehingga mengalami kecederaan teruk diselamatkan polis semalam Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asist...
Compilation Gambar Pilihan Mama Syafi 0 Hingga 10 Tahun

Compilation Gambar Pilihan Mama Syafi 0 Hingga 10 Tahun

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 337 hits
Assalamualaikum semua maafkanlah mama yang masih tak move on dengan anak mama yang sorang ni Semasa mengorek gambar gambar kek aritu mama pun sambil sambil tu melayan gambar gambar lama Syafi Memang menggamit kenangan gitew So hari ini mama...
Kanak Kanak 2 Tahun Meninggal Akibat Difteria Tak Pernah Imunisasi Sejak Lahir Dr Noor Hisham

Kanak Kanak 2 Tahun Meninggal Akibat Difteria Tak Pernah Imunisasi Sejak Lahir Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 502 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia dua tahun satu bulan di Johor Bahru meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria pada 21 Februari lalu Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kanak kanak berkenaan tidak pernah...
Hina Islam Di Instagram Mahasiswa Usu Dituntut 1 Tahun 6 Bulan Penjara

Hina Islam Di Instagram Mahasiswa Usu Dituntut 1 Tahun 6 Bulan Penjara

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 279 hits
Mahasiswa Fakultas Pertanian Universitas Sumatera Utara Agung Kurnia Ritonga didakwa telah menyebarkan kebencian bernuansa Suku Ras Agama dan Antargolongan melalui Instagram Dia dituntut dengan hukuman 1 tahun 6 bulan penjara
Penyatuan Ummah Yang Di Gerakkan Umno Dan Pas Beri Menafaat Pada Semua Bukan Hanya Pada Masyarakat Melayu Islam Saja

Penyatuan Ummah Yang Di Gerakkan Umno Dan Pas Beri Menafaat Pada Semua Bukan Hanya Pada Masyarakat Melayu Islam Saja

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 454 hits
UMNO dan Pas mencapai kata sepakat untuk bersetuju menjalinkan kerjasama secara formal antara kedua2 parti bagi menghadapi Pakatan Harapan dalam setiap PRK dan juga PRU 15 yang akan datang Pengerusi bersama Jawatankuasa Induk UMNO dan Pas D...
Hina Islam Nabi Individu Dipenjara 10 Tahun 10 Bulan

Hina Islam Nabi Individu Dipenjara 10 Tahun 10 Bulan

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 300 hits
Diterbitkan Hari ini 10 22 pagiPolis Diraja Malaysia telah menfailkan pertuduhan terhadap empat pemilik akaun media sosial kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad dengan seorang daripada mereka telah dijatuhi hukuman penjara Ketua Polis Neg...
Hina Islam Nabi Muhammad Polis Fail 4 Pertuduhan Dengan Seorang Dijatuhi Penjara 10 Tahun

Hina Islam Nabi Muhammad Polis Fail 4 Pertuduhan Dengan Seorang Dijatuhi Penjara 10 Tahun

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 300 hits
Polis Diraja Malaysia telah menfailkan pertuduhan terhadap empat pemilik akaun media sosial kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad dengan seorang daripada mereka telah dijatuhi hukuman penjara Loading Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025