Lelaki Indonesia Puji Tempat Bersejarah Di Kuala Pilah


Lelaki Indonesia Puji Tempat Bersejarah Di Kuala Pilah
Semenjak dibina, Menara Berkembar Petronas sering menjadi pilihan sebagai lokasi wajib pergi bagi pelancong yang datang ke Malaysia.
Bukan sahaja pelancong asing, malah bangunan ikonik itu turut menjadi tempat yang ingin dilawati oleh warga tempatan.
Berbanding tumpuan terhadap mercu tanda moden di ibu kota, ada juga pelancong yang lebih tertarik untuk melawati tempat bersejarah yang menyimpan nilai budayanya tersendiri.
Sebahagian daripada mereka mencari pengalaman yang unik, jauh daripada kesibukan bandar bagi melihat warisan tempatan yang masih terpelihara.
Itulah yang memacu keinginan seorang Tiktoker warga Indonesia, yang memilih untuk ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Tidak disangka, lelaki berkenaan memilih untuk melawati Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti.
“Kamu ke Malaysia, tapi bukan ke Menara Kembar,” ungkap lelaki tersebut.
Menurutnya, dia tidak menyangka terdapat tempat yang ‘sesyahdu’ itu di Malaysia yang hanya berjarak 2 jam perjalanan dari ibu kota.
Dengan berpakaian lengkap baju melayu dan berkain samping, lelaki berkenaan kelihatan teruja melihat kemegahan seni bina tersebut.
Masak lemak menangi hati pelancong Bukan itu sahaja, dia turut mengagumi hidangan tempatan Negeri Sembilan, masak lemak.
“Saya cuba makanan di Negeri Sembilan, sedap gila. Lupa namanya. Ikan atau ayam kuah kuning,” imbaunya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji pilihan lokasi lelaki berkenaan. Malah, turut memberi cadangan tempat menarik untuk dikunjungi.
“Bagus awak, dik. Awak bijak. Ini baru namanya merantau ke negara orang, bukan ke Menara Berkembar je, cari Nasi Kandar, Bukit Bintang. Pergi mengenali budaya, makanan-makanan orang di setiap negeri, daerah di Malaysia. Pasti awak akan dapat banyak pengalaman dan seronok,” puji warga maya.
“Ini yang saya rindukan di Malaysia, (tempat) yang begini. Biarpun saya orang Indonesia, saya sangat suka. Tambah pula di kampungnya, kampung Melayu. Orangnya baik-baik dan ramah. Ya Allah, jadi rindu,” ulas seorang lagi.
“Cuba negeri-negeri lain seperti Kedah, Terengganu, Kelantan, Perak, Perlis dan lain-lain. Suasana kampung yang tenang dan damai. Pasti awak tak dapat lupakan kenangan di sana,” cadang yang lain.
@ceritajar Ternyata di Malaysia ada tempat se Syahdu ini. Cuma 2 jam dari Kuala Lumpur #malaysia #n9
♬ suara asli – 𝑫𝒆𝒏𝒊 𝒈𝒖𝒔𝒕𝒊𝒂𝒏𝒂 – 𝐃𝐞𝐧𝐢 𝐠𝐮𝐬𝐭𝐢𝐚𝐧𝐚

Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti Sebagai makluman, istana ini merupakan istana lama yang pernah menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan suatu ketika dahulu. Terkenal dengan seni bina tradisional Minangkabau, istana ini kemudiannya dibuka sebagai muzium kepada orang ramai.
Istana ini turut terkenal dengan binaan yang tidak menggunakan sebarang paku malah, pernah menerima pengiktirafan sebagai istana kayu tertinggi di Malaysia oleh Malaysia Book of Records.
Pengunjung dapat melihat pelbagai koleksi keluarga DiRaja, antaranya termasuk senjata api, pakaian dan dokumen berkaitan keturunan DiRaja.
BACA: Gunung Berapi Berlumpur Meletus, Api Menjulang Setinggi Dua Meter BACA: Gigih Tolak Air, Pekerja KLIA Raih Pujian Ramai BACA: “Baki Akaun Tinggal RM17”, Kisah Dua Ayah Berjuang Cari Rezeki & Pengakhiran Buat Ramai Sebak Sumber: TikTok Jar, Majlis Daerah Kuala Pilah, Arkib Negara Malaysia
The post Lelaki Indonesia Puji Tempat Bersejarah Di Kuala Pilah appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/15/lelaki-indonesia-puji-tempat-bersejarah-di-kuala-pilah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuala Ketil Tu Tempat Jin Bertendang Ja Malam Pukoi 10 Lembu Dok Ataih Jalan

Kuala Ketil Tu Tempat Jin Bertendang Ja Malam Pukoi 10 Lembu Dok Ataih Jalan

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 178 hits
memang sejenis makhluk yang Dia hina orang lain konon padahal dialah yang sebenarnya ni memperlekehkan rakyat Sabah Bukan setakat sebab dia cakap kempen dia Sabah tu cukup dengan beri je Tapi dia anggap orang Sabah sebagai ibarat Dia anggap...
Indonesia Tempat Wisata Menarik Di Bandung

Indonesia Tempat Wisata Menarik Di Bandung

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 246 hits
Tempat Wisata Menarik Di Bandung Aku tahu ramai yang akan ke Bandung cuti sekolah bulan Disember nanti Untuk memudahkan perjalanan aku senaraikan beberapa tempat menarik untuk anda semua bincang bersama supir supaya teratur perjalanan Bagi ...
Bikin Kalap Ini Lho Tempat Belanja Murah Di Taipei Di Kalangan Turis

Bikin Kalap Ini Lho Tempat Belanja Murah Di Taipei Di Kalangan Turis

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 193 hits
Jalan jalan ke Taiwan rasanya nggak lengkap kalau kamu nggak mampir ke tempat belanja murah di Taipei ini Semuanya dijamin bikin kalap dompet kamu
Celebrate A Grand Festive Season At Grand Millennium Kuala Lumpur

Celebrate A Grand Festive Season At Grand Millennium Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 215 hits
Hello Everyone Make this holiday season truly unforgettable with a spectacular Christmas and New Year celebrations at the Grand Millennium Kuala Lumpur Experience a grand celebration featuring an exquisite spread of festive delicacies thoug...
Yikon Genomics Buka Makmal Genetik Canggih Pertama Di Kuala Lumpur

Yikon Genomics Buka Makmal Genetik Canggih Pertama Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 175 hits
Bidang kesihatan reproduktif dan pencegahan di Asia Pasifik melangkah setapak ke hadapan apabila Yikon Genomics peneraju global dalam teknologi genetik berketepatan tinggi membuka makmal pertamanya di Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur ...
Asean Perkukuh Kerjasama Tangani Cabaran Media Sosial Kuala Lumpur Sedia Jadi Hos Sidang Kemuncak Ke 47

Asean Perkukuh Kerjasama Tangani Cabaran Media Sosial Kuala Lumpur Sedia Jadi Hos Sidang Kemuncak Ke 47

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 217 hits
KUALA LUMPUR 19 Okt Negara negara ASEAN bakal memperkukuh usaha bersama dalam menangani cabaran keselamatan dalam talian melalui penyelarasan dasar dan tindakan serantau sejurus selepas Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 yang berlangsung dari 26 h...
Marrakech 5 Tempat Paling Indah Menarik Untuk Dilawati

Marrakech 5 Tempat Paling Indah Menarik Untuk Dilawati

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 203 hits
Nama Marrakech sering mengundang bayangan souq yang bersimpang siur aroma rempah yang memanaskan deria dan gema azan yang bergema di langit senja Namun di sebalik hiruk pikuk itu kota purba ini mengajak kita berfikir dan mengenal makna diri...
Pmx Di Tempat Ke 10 Tokoh Islam Paling Berpengaruh Di Dunia

Pmx Di Tempat Ke 10 Tokoh Islam Paling Berpengaruh Di Dunia

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 172 hits
KUALA LUMPUR 30 Okt Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disenaraikan di kedudukan ke 10 dalam nbsp The World s 500 Most Influential Muslims nbsp edisi 2026 terbitan Pusat Kajian Strategik Diraja Islam di bawah Institut Pemikiran Islam ...
Erra Fazira Nikah Dengan Ezwan Zain Dalam Majlis Tema Serba Putih

Attention

Tiada Prospek Kejayaan Agc Tarik Balik Rayuan Terhadap Pembebasan Rosmah

Irresistible Beef Meatball Recipe No Dairy

Yufid Kids Ada Untuk Anak Anak Kita Ayo Dukung Tim Yufid Kids

Rightist Akmal Slammed For Politicising Uec Casting Unfounded Fear Of Uec A Threat To National Edu Policy

Jenis Pewangi Sah Digunakan Untuk Solat Panduan Lengkap 2026

Konvokesyen Universiti Malaya Ke 65


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Seni Makan Sedap Ketika Kenikmatan Bertemu Kesukaran Buang Air Besar

Pm Thailand Bubarkan Parlimen Pulangkan Kuasa Ke Rakyat Demi Demokrasi Yang Kembali Seimbang

Pengguna Android Dikesan Jadi Sasaran Perisian Hasad Droidlock

Infinix Lancar Gtbuds 4 Dengan Harga Rm229

Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng