Lelaki Ditolak Calon Pn Lunas Dakwa Kes Belum Selesai





Lelaki yang didakwa ditolak oleh calon Lunas dari PN Khairul Anuar Ramli mendakwa kes mahkamah terhadapnya masih belum selesai.
Zaharin Osman mendakwa kes yang berlaku pada 2021 itu masih belum selesai di Mahkamah Majistret Kulim.
“Dia (Khairul) menyatakan pada 28 Mac 2023, mahkamah membebaskan dia sedangkan mahkamah hanya melepaskan tanpa membebaskan beliau atas kesilapan teknikal.
“Saya sebagai pengadu tidak disapina sepanjang tarikh-tarikh sebutan di mahkamah dan kes ini belum ditetapkan perbicaraan lagi kerana saya dan saksi tidak pernah disapinakan untuk hadir di mahkamah,” katanya pada satu kenyataan hari ini.
Zaharin sedang membacakan kenyataan pada sidang akhbar.Zaharin mendakwa timbalan pendakwa raya kemudiannya memohon Khairul dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan buat sementara waktu dengan arahan untuk pertuduhan semula.
Malaysiakini sedang menghubungi Jabatan Peguam Negara bagi menyemak status kes ini.
Khairul sebelum ini berkata dia berada dalam perbicaraan mahkamah selama 18 bulan dan dibebaskan daripada pertuduhan pada 28 Mac tahun ini.
Bagaimanapun Zaharin mendakwa kes itu tidak boleh dibawa ke perbicaraan kerana pegawai penyiasat yang mengendalikan kes itu gagal memanggil saksi untuk menghadiri perbicaraan.
Pada 2 Ogos, Khairul (gambar, atas) mendakwa individu dalam video itu - yang didakwa Zaharin - telah melemparkan kata-kata kesat terhadap isteri calon Lunas dan mahu masuk ke pejabat dengan memakai kasut ke dalam pejabat tersebut untuk merampas barang-barang bantuan yang ada.
Dalam pada itu, Zaharin menyanggah dakwaan berkenaan, berkata Khairul telah menafikan haknya untuk mendapat sumbangan barangan tersebut.
“Saya selaku AJK Bahagian Bersatu Padang Serai telah pergi ke Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Padang Serai (“premis tersebut”) untuk mengambil sumbangan barangan asas daripada Parti.
“Walau bagaimanapun, Ketua Bahagian Bersatu Padang Serai; Encik Khairul Anuar Bin Ramli (“Encik Khairul”) telah menafikan hak saya untuk mendapat bantuan sumbangan barangan asas tersebut.
“Pada hari tersebut, Encik Khairul Anuar telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap saya kerana datang untuk meminta bahagian saya dan ketika saya sedang berada di hadapan pintu masuk premis tersebut, beliau secara tiba-tiba dengan perasaan amarah dengan niat untuk mencederakan saya, telah menolak saya dengan kedua belah tangannya, mengakibatkan saya jatuh ke belakang dan mengalami kecederaan,” dakwa Zaharin.
Katanya, Khairul kemudiannya didakwa pada 12 Sept 2021 mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan.
Zaharin hari ini berkata dia akan merujuk kes itu kepada SPRM untuk menyiasat jika terdapat pengaruh luar yang melengahkan proses atau melindungi mana-mana individu yang terlibat dalam kes itu.
“Saya juga berharap kes ini dapat diselesaikan dengan kadar segera kerana telah memasuki dua tahun lamanya.
“Di sini saya juga tidak teragak akan menyaman kepada beberapa individu yang telah memburukkan nama saya dan keluarga malahan ada juga ancaman keselamatan kepada diri serta ahli keluarga saya.
“Dengan penjelasan perkara yang berlaku ini, diharap kepada semua pihak mendapat maklumat yang benar dan tepat berkenaan kes yang telah menular di dalam media sosial,” kata Zaharin lagi.
Khairul sebelum ini berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu dan penerbitan media kerana memfitnah selepas video itu tular di media sosial minggu lalu. - Mkini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/08/lelaki-ditolak-calon-pn-lunas-dakwa-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Warga Asing Ditahan Kes Bunuh Calon Presiden Ecuador

6 Warga Asing Ditahan Kes Bunuh Calon Presiden Ecuador

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 136 hits
KESEMUA enam suspek yang ditahan berhubung pembunuhan calon presiden Ecuador Fernando Villavicencio dan seorang lagi suspek yang ditembak mati merupakan warga asing lapor Xinhua memetik pihak berkuasa pada Khamis Keenam enam suspek yang kes...
Adik Nik Aziz Dakwa Pemimpin Kelantan Tolak Nik Abduh Jadi Calon

Adik Nik Aziz Dakwa Pemimpin Kelantan Tolak Nik Abduh Jadi Calon

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 150 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Adik kepada bekas mursyidul am PAS Allahyarham Nik Aziz Nik Mat mendakwa seorang pemimpin Kelantan menolak nama Nik Abduh sebagai calon PRN di negeri itu Nik Din Nik Mat berkata nama bekas Ahli Parlimen Bachok itu...
Kelantan Pas Belum Capai Kata Sepakat Siapa Calon Mb

Kelantan Pas Belum Capai Kata Sepakat Siapa Calon Mb

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 184 hits
N Faizal GhazaliPAS Kelantan setakat ini belum mencapai keputusan muktamad untuk mencadangkan tiga nama calon menteri besar yang akan diserahkan kepada presiden parti Abdul Hadi Awang sebelum dipersembahkan kepada Tuanku Sultan Kelantan Sul...
Saifuddin Dakwa Ada Kes Kecurian Baru Ree Di Sik

Saifuddin Dakwa Ada Kes Kecurian Baru Ree Di Sik

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 169 hits
BernamaKetua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail mendakwa terdapat satu lagi kes kecurian unsur nadir bumi berlaku di dalam kawasan milik Perbadanan Menteri Besar Kedah baru baru ini Dia yang juga menteri dalam negeri berkata kes terbar...
Prn Penamaan Calon Dun Kota Lama Kecoh Nama Suri Rumah Ditolak

Prn Penamaan Calon Dun Kota Lama Kecoh Nama Suri Rumah Ditolak

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 126 hits
Hidayatidayu Razaliam hmetro com myLAY Tho yang tampil mahu menjadi calon DUN Kota Lama sebagai calon bebas tidak memenuhi syarat ditetapkan SPR FOTO Hidayatidayu RazaliKota Bharu Berlaku sedrkit kekecohan di Pusat Penamaan Calon Dewan Jubl...
Sanusi Tak Akan Jadi Mb Kerana Terpaksa Hadapi Kes Beliau Dan Tak Dapat Tumpu Pada Tugas

Sanusi Tak Akan Jadi Mb Kerana Terpaksa Hadapi Kes Beliau Dan Tak Dapat Tumpu Pada Tugas

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 139 hits
Psst Psst Little Bird Kedah menang Tapi Sanusi susah nak jadi MB kembali Too many liabilities Ada seorang Dr akan naik LM
Tak Lama Dah Kes Akan Dibicarakan

Tak Lama Dah Kes Akan Dibicarakan

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 92 hits
Ini tujuan dia Nak hasut ahli UMNO jatuhkan Zahid dan presiden baru akan sokong dia Tapi ahli UMNO kena perasan Dia sebut ganti UMNO Maknanya dia akan kuburkan UMNO dan tinggal parti dia je Mungkin itu yang ahli UMNO mahukan Guane boh Raja ...
Kes 1mdb Najib Minta Dibebaskan Jika Hakim Tarik Diri

Kes 1mdb Najib Minta Dibebaskan Jika Hakim Tarik Diri

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 180 hits
Hidir Reduan Abdul Rashid Najib Razak memohon pembebasan penuh jika permohonannya agar hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah menarik diri daripada kes rasuah 1MDB berjumlah RM2 28 bilion diterima Pasukan pembelaan memberitahu Mahka...
Lebuh Raya Hampir Siap Tapi Lantik Sub Kontraktor Lain Dengan Bayaran Tinggi

Hukum Gantung Ayat Al Quran Di Dinding Rumah

Ibu Penat Melampau Tidur Cukup Tapi Tetap Rasa Lesu Mungkin Petanda Sindrom Kelesuan Kronik

Rethinking The Education Blueprint

Cara Buat Serawa Kuinin Makan Sejuk Sejuk Sedap Sungguh

Why Consult Hamas On Business And Investments

Atelier Coffee Di Lebuh Armenian George Town Aesthetic Cafe

Volodymyr Zelensky A Leadership Unveiled Amidst Crisis In Ukraine



Biodata Arfie Shah Adwafri Shah Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla TV3 X Change Astro

5 Sebab Kenapa Sikap Golongan B40 Mampu Menyakitkan Hati Orang Ramai

8 Fakta Biodata Jazmy Juma Khan Hero Remaja Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla TV3 Gandingan Scha Elinnea

10 Fakta Biodata Harissa Adlynn Halim Pelakon Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Astro Ria Gandingan Redza Rosli

6 Makhluk Mitos Yang Digeruni dan Disanjung Masyarakat Asia Tenggara


Tak Pa Nak Pi Sangat Demontrasi Kena Tangkap Makan Tak Habih

Khasiat Bahagian Timun Yang Pahit

Roh Masuk Semula Ke Dalam Jasad

Impak Terapi Pertuturan Terhadap Kemahiran Komunikasi Kanak Kanak Autistik

Meraikan Detik Istimewa Setiap Hari Dengan Happy Bunch

Sun Sand And Style Discover Your Dream Home In Naples