Lelaki Ditembak Mati Bersenjatakan Senapang Patah


Oleh UtusanTV Seorang lelaki maut ditembak polis ketika cuba lari daripada pemeriksaan dalam kejadian di Jalan Simpang Tiga, Kuching, Sarawak malam tadi. SEORANG lelaki yang mati ditembak polis di persimpangan Jalan Simpang Tiga – Batu Lintang di Kuching, semalam didapati bersenjatakan senapang patah.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuching telah melepaskan dua das tembakan ke arah suspek untuk mempertahankan diri.
Menurut Aidi, anggota tersebut telah melepaskan tiga das tembakan ke arah tayar kenderaan suspek demi menjaga keselamatan dan harta benda orang awam sekali gus menyebabkan kenderaan tersebut berhenti.
“Selepas itu, anggota polis berkenaan bersama rakan setugas cuba menghampiri kenderaan suspek untuk tujuan pemeriksaan.
“Tiba-tiba, anggota berkenaan terlihat suspek memegang selaras senjata api.
“Untuk mempertahankan diri, anggota itu telah melepaskan dua das tembakan ke arah suspek.
“Dalam kejadian tersebut, pihak polis telah merampas selaras senapang patah dan beberapa butir peluru hidup daripada dalam kenderaan suspek. Suspek disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas mengenai kejadian tersebut, Aidi memaklumkan, semasa anggota tersebut bersama empat rakan setugas sedang menjalankan tugas rondaan telah terserempak dengan sebuah kenderaan dipandu dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota terbabit telah mengarahkan suspek berhenti untuk diperiksa namun suspek telah memecut kenderaannya dan cuba melarikan diri.
“Apabila sampai di persimpangan lampu isyarat di Jalan Simpang Tiga, kenderaan suspek telah melanggar lima buah kenderaan awam,” jelas beliau.
Aidi berkata, semakan mendapati suspek mempunyai 14 rekod jenayah lampau dengan pelbagai kesalahan jenayah seperti mencuri kenderaan, penipuan dan penyalahgunaan dadah.
Semalam, media melaporkan polis menembak mati seorang pemandu kereta dipercayai cuba merempuh sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan.
Dalam kejadian kira-kira 7.40 malam itu, lelaki yang memandu kereta jenis Proton Saga itu dikatakan berada dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak memecut laju kenderaannya ketika diarahkan polis untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan oleh anggota polis yang bertugas.
Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan selepas suspek cuba melanggar beberapa anggota trafik yang mahu menahan suspek.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/lelaki-ditembak-mati-bersenjatakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Keluarkan Senapang Patah Ketika Dihampiri Polis Mati Ditembak Ada 14 Rekod Jenayah

Lelaki Keluarkan Senapang Patah Ketika Dihampiri Polis Mati Ditembak Ada 14 Rekod Jenayah

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 304 hits
KUCHING Lelaki yang ditembak mati oleh polis dalam kejadian di Jalan Simpang Tiga di sini pada Rabu telah mengeluarkan senjata api semasa anggota polis menghampiri kenderaannya bagi tujuan pemeriksaan kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Ai...
Harimau Kumbang Serang Anggota Perhilitan Ditembak Mati

Harimau Kumbang Serang Anggota Perhilitan Ditembak Mati

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 329 hits
HARAKAH DAILYFoto hiasan IPOH Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Perak terpaksa menembak seekor harimau kumbang jantan yang menyerang kakitangan agensi terbabit di Kampung Kelatap Pos Perwor di sini semalam Jabatan PERHILITA...
20 Pelajar Terlibat Kematian Abrar Fahad Dihukum Mati

20 Pelajar Terlibat Kematian Abrar Fahad Dihukum Mati

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 562 hits
Bangladesh hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas 20 penuntut universiti kerana pembunuhan kejam pada 2019 yang membabitkan pemuda mengkritik kerajaan di media sosial Mayat Abrar Fahad 21 ditemui di asrama universitinya beberapa jam sele...
Lelaki Ditemui Mati Dalam Longkang Selepas Mengamuk

Lelaki Ditemui Mati Dalam Longkang Selepas Mengamuk

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 302 hits
Oleh Foto hiasan SUNGI PETANI Seorang lelaki yang mengamuk tanpa diketahui punca ditemui mati dalam longkang belakang rumahnya di Taman Dahlia di sini malam tadi Dalam kejadian jam 7 35 malam itu lelaki berusia 31 tahun terbabit disahkan me...
23 Ekor Sapi Dan 138 Kambing Mati Akibat Awan Panas Guguran Gunung Semeru

23 Ekor Sapi Dan 138 Kambing Mati Akibat Awan Panas Guguran Gunung Semeru

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 322 hits
Dinas Pertanian Lumajang mencatat 138 ekor kambing dan 23 ekor sapi mati akibat bencana awan panas guguran Gunung Semeru pada Sabtu Mereka saat ini berupaya membantu peternak yang terdampak termasuk mengevakuasi hewan ternak yang selamat
Ketua Komnas Ham Minta Hukuman Mati Koruptor Dihapuskan

Ketua Komnas Ham Minta Hukuman Mati Koruptor Dihapuskan

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 241 hits
Taufan mengambil contoh sejumlah negara di Eropa salah satunya Skandinavia yang tingkat korupsinya tercatat sangat rendah
Tak Sempat Solat Jumaat Warga Emas Ditikam Mati

Tak Sempat Solat Jumaat Warga Emas Ditikam Mati

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 380 hits
Siasatan mendapati suspek mengenali mangsa terbabit kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan Cha Hoong Fong PETALING JAYA Seorang lelaki warga emas yang mahu menunaikan solat Jumaat di masjid maut ditikam dua lelaki berhampiran pintu pagar ked...
Soroti Kasus Kekerasan Seksual Guru Pesantren Deddy Corbuzier Ingin Pelaku Dihukum Mati

Soroti Kasus Kekerasan Seksual Guru Pesantren Deddy Corbuzier Ingin Pelaku Dihukum Mati

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 251 hits
Tanpa mengundang bintang tamu Deddy di kanal Youtubenya mengungkapkan kekesalan dan kekecewaannya
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Rafizi Anwar Abai Sentimen Rakyat Hantar Isyarat Salah

Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Japan Keperluan Pakaian Musim Sejuk

Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Ikan Patin Masak Tempoyak

Thank You John Cena Bersara Selepas 24 Tahun

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd