Lelaki Dilaporkan Mati Akibat Hantavirus Merebak Melalui Tikus Di China


Virus penyakit berjangkit dipindahkan kepada manusia oleh tikus Lelaki dilaporkan mati akibat hantavirus di China
CHINA: Ketika penularan pandemik COVID-19 menurun di China, seorang rakyat negara itu dilaporkan maut akibat hantavirus yang juga satu lagi jenis penyakit berjangkit.Menurut agensi berita Anadolu yang memetik laporan akhbar tempatan harian China, The Global Times, semalam, mangsa adalah lelaki berasal dari wilayah barat daya Yunnan.
“Seorang lelaki dari Wilayah Yunnan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke Wilayah Shandong untuk bekerja, di dalam sebuah bas disewa pada Isnin lalu,” ciap akhbar itu.

Tambahnya, 32 lagi penumpang bas itu kemudian menjalani saringan kesihatan, namun maklumat mengenai keputusan ujian terbabit tidak dinyatakan.

Penyakit bawaan virus itu kali pertama dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) pada 1993 di mana ia dipindahkan kepada manusia oleh tikus.

Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit berpangkalan di AS, pemindahan virus itu daripada manusia kepada manusia tidak pernah ditemui kecuali di Argentina pada 1996 apabila wujud pandangan bahawa ‘hantavirus di Amerika Selatan boleh dipindahkan daripada manusia kepada manusia’.

Perkembangan baharu itu berlaku ketika seluruh dunia sedang bergelut untuk membasmi wabak COVID-19.

Berbanding COVID-19 yang mempunyai simptom seperti batuk, demam dan kesukaran bernafas, jangkitan hantavirus dalam badan akan mengakibatkan kelesuan, sakit otot serta sakit kepala. - BERNAMA

INFO:
* Sindrom Pulmonari Hantavirus (HPS) adalah penyakit pernafasan yang teruk, kadang-kadang membawa maut kepada manusia akibat jangkitan hantavirus.

* Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, hantavirus adalah daripada keluarga virus yang merebak melalui tikus dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit ke atas manusia.

* Menurut Perkhidmatan Kesihatan Awam Kanada, hantavirus boleh dijangkiti melalui partikel virus daripada air kencing, tahi atau air liur tikus.

* Gigitan tikus didakwa boleh menyebabkan jangkitan walaupun jarang berlaku.

* Hantavirus mempunyai tempoh pengeraman pendek antara satu hingga lapan minggu.

* Simptom pesakit termasuklah demam, keletihan dan sakit otot.

* Gejala lain termasuklah badan menggigil, sakit perut, sakit kepala, pening, mual, muntah dan cirit-birit.

* Pada peringkat seterusnya, paru-paru pesakit yang dijangkiti akan dipenuhi bendalir menyebabkan mangsa mengalami kesukaran bernafas.

* Manusia boleh dijangkiti hantavirus apabila bersentuhan dengan tikus yang membawa virus.

* Hantavirus boleh berjangkit jika seseorang menyentuh mata, hidung atau mulut selepas menyentuh kotoran, air kencing atau kawasan sarang tikus.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2020/03/lelaki-dilaporkan-mati-akibat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Virus Baru Dikesan Lelaki Di China Mati Akibat Hantavirus

Virus Baru Dikesan Lelaki Di China Mati Akibat Hantavirus

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 278 hits
Baru sahaja pandemik COVID 19 menurun di China tiba tiba dunia dikejutkan lagi dengan virus terbaru yang dikenali sebagai HantaVirus Menurut portal berita Anadolu China seorang rakyat negara itu dilaporkan maut akibat hantavirus Foto global...
Seorang Lelaki China Pula Mati Akibat Wabak Hantavirus

Seorang Lelaki China Pula Mati Akibat Wabak Hantavirus

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 287 hits
ANKARA Ketika penularan pandemik COVID 19 menurun di China seorang rakyat negara itu dilaporkan maut akibat hantavirus yang juga satu lagi jenis penyakit berjangkit Menurut agensi berita Anadolu yang memetik laporan akhbar tempatan harian C...
Lelaki China Terkini Maut Akibat Virus Hantavirus Apakah Itu Hantavirus

Lelaki China Terkini Maut Akibat Virus Hantavirus Apakah Itu Hantavirus

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 304 hits
Belum reda tentang Covid 19 di dunia terkini seorang lelaki China meninggal dunia akibat virus Hantavirus Apakah itu hantavirus Tak sangka Baca selanjutnya Lelaki China Terkini Maut Akibat Virus Hantavirus Apakah Itu Hantavirus
Belum Selesai Virus Corona Muncul Hantavirus Di China Seorang Pria Dilaporkan Meninggal Dunia

Belum Selesai Virus Corona Muncul Hantavirus Di China Seorang Pria Dilaporkan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 465 hits
Belum selesai virus corona atau Covid 19 muncul wabah Hantavirus di China Diketahui Hantavirus menewaskan seorang pria asal Yunnan di China Di tengah pandemi pembunuh koronavirus yang menciptakan ketakutan dunia virus mematikan lain Hantavi...
Virus Baru Dari Tikus Hantavirus Ragut 1 Nyawa Di China Saringan Kesihatan Mula Dilakukan

Virus Baru Dari Tikus Hantavirus Ragut 1 Nyawa Di China Saringan Kesihatan Mula Dilakukan

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 317 hits
Ketika penularan pandemik COVID 19 menurun di China seorang rakyat negara itu dilaporkan maut akibat hantavirus yang juga satu lagi jenis penyakit berjangkit Menurut agensi berita Anadolu yang memetik laporan akhbar tempatan harian China Th...
Lelaki Warganegara China Maut Akibat Hantavirus 32 Penumpang Bas Berisiko Kena Jangkitan

Lelaki Warganegara China Maut Akibat Hantavirus 32 Penumpang Bas Berisiko Kena Jangkitan

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 235 hits
Di Beijing China seorang lelaki disahkan meninggal dunia akibat dijangkiti penyakit berjangkit iaitu hantavirus Lelaki Warganegara China Maut Akibat Hantavirus 32 Penumpang Bas Berisiko Kena Jangkitan
Tikus Gergasi Mati Dalam Rumah

Tikus Gergasi Mati Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 1140 hits
TIKUS gergasi yang ditangkap di rumah keluarga Bengtsson Kors s Stockholm Satu keluarga di Sweden terkejut besar apabila mendapati tikus yang selama ini berkeliaran di rumah mereka bersaiz gergasi Keluarga Bengtsson Kors s mula mengesan ses...
Lelaki Berasal Dari Melaka Mangsa Ke 15 Mati Akibat Covid 19

Lelaki Berasal Dari Melaka Mangsa Ke 15 Mati Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 214 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan terdapat satu kematian baharu dilaporkan ke CPRC Kebangsaan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid 19 di Malaysia sebanyak 15 kes Kes kematian ke 15 ini merupakan kes ke 1519 lelaki wargane...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai