Lelaki Didenda Rm5 000 Kerana Langgar Perintah Kuarantin Makan Mi Di Kafe




SIBU, 4 Jun — Seorang penyelia tapak didenda RM5,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas dia mengaku bersalah melanggar perintah kuarantin di rumah.
Jeffery Jambo Dan, 27, telah mengingkari perintah itu pada kira-kira pukul 9.30 pagi, 25 Mei lepas, apabila dia pergi ke sebuah kafe di Sibu Jaya untuk menikmati sepinggan mi kampua, dan telah memuat naik gambarnya di laman sosial Facebook yang kemudian menjadi tular.
Majistret Muhammad Faizal Che Saad menjatuhkan hukuman itu terhadap Jeffery setelah menimbang kepentingan awam, terutama bagi menghalang orang ramai melakukan kesalahan yang sama seperti tertuduh.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Muhammad Faizal bertanya Jeffery adakah dia memahami syarat untuk dikuarantin setelah pulang dari Kuala Lumpur dan adakah tertuduh menyedari tindakannya yang tidak bertanggungjawab akan memberi kesan bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga masyarakat, Jeffery kemudian menjawab dia memahami kesalahannya.
Jeffery didakwa mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Ketika rayuan mengurangkan hukuman, Jeffery yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan, dengan alasan dia telah menyesal kerana melanggar perintah itu dan dia perlu menjaga seorang anak, ibu bapa dan adik-beradiknya.
Pegawai Pendakwa Wilfred John Mujang bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran kerana tertuduh telah melanggar perintah pemantauan atau pengawasan kontak yang dikenakan terhadapnya.
Beliau menegaskan tertuduh sengaja melanggar perintah kuarantin di rumah dan telah mengkhianati petugas barisan hadapan yang telah bekerja kuat untuk menghentikan penyebaran COVID-19.
“Ini akan menjadi pengajaran kepada tertuduh, individu yang sedang menjalani kuarantin dan individu lain yang sedang disiasat serta kepada masyarakat umum pada amnya untuk mematuhi peraturan dan perundangan seperti yang dinyatakan dalam Undang-Undang 342 dan garis panduan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan yang akan menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia,” kata Wilfred.
Ketua Pegawai Kesihatan Persekitaran Sarawak, Billy Sujang ketika ditemui pemberita berkata kes berkenaan merupakan kes pertama pelanggaran kuarantin yang dibawa ke mahkamah, untuk menunjukkan kesungguhan Jabatan Kesihatan dalam mengekang penularan COVID-19.
Beliau juga menyambut baik keputusan mahkamah sebagai pengajaran kepada mereka yang sedang menjalani kuarantin.
Billy berkata Jeffery masih dalam kuarantin ketika dia keluar dari rumah dan menyiarkan gambar dirinya di Facebook, dan tertuduh memberitahu dalam komen di hantarannya bahawa orang ramai boleh menanggalkan gelang tangan QR dan memakainya semula, mengajar orang ramai untuk melanggar undang-undang.
Pemakaian gelang tangan plastik itu diwajibkan terhadap individu yang memasuki Sarawak, untuk memastikan mereka mematuhi perintah kuarantin selama 14 hari bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.
— BERNAMA




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/04/lelaki-didenda-rm5000-kerana-langgar-perintah-kuarantin-makan-mi-di-kafe/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=lelaki-didenda-rm5000-kerana-langgar-perintah-

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Britain Tolak Desakan Pecat Penasihat Utama Didakwa Langgar Perintah Berkurung

Covid 19 Britain Tolak Desakan Pecat Penasihat Utama Didakwa Langgar Perintah Berkurung

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 288 hits
LONDON Kerajaan Britain semalam menolak desakan untuk memecat penasihat utama Dominic Cummings yang didakwa melanggar peraturan perintah berkurung dengan melakukan perjalanan ketika mempunyai simptom jangkitan COVID 19 Cummings yang mengumu...
Korea Selatan Hukum Penjara Lelaki Langgar Arahan Kuarantin

Korea Selatan Hukum Penjara Lelaki Langgar Arahan Kuarantin

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 447 hits
Korea Selatan hukum penjara lelaki langgar arahan kuarantin Dikemas kini 9 minit yang lalu Diterbitkan pada 26 May 2020 2 54P
Lelaki Lari Dari Pusat Kuarantin Sebab Nak Makan Mi Siap Post Gambar Di Facebook

Lelaki Lari Dari Pusat Kuarantin Sebab Nak Makan Mi Siap Post Gambar Di Facebook

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 491 hits
Sehingga ke hari ini masih ada individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan ini termasuklah individu yang menjalani kuarantin cuba melarikan diri Seorang lelaki di Sibu Sarawak dikuarantin selama 14 hari di sebuah hotel Namun pada ha...
Musim Panas Untuk Pound Kadar Negatif Brexit Penarikan Perintah Kuarantin

Musim Panas Untuk Pound Kadar Negatif Brexit Penarikan Perintah Kuarantin

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 366 hits
Dengan akhir bulan terakhir musim bunga dan permulaan bulan pertama musim panas mata wang Britain akan memulakan musim panas Menurut beberapa penganalisis pound akan menghadapi kesukaran besar pada bulan Jun Pakar menjangkakan bahawa mata w...
Pelitup Muka Kerajaan Hanya Galak Kalau Diwajibkan Boleh Didenda Rm1 000

Pelitup Muka Kerajaan Hanya Galak Kalau Diwajibkan Boleh Didenda Rm1 000

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 372 hits
DR Noor Hisham Abdullah menyambut 1 Syawal bersama petugas kesihatan di Hospital Putrajaya FOTO BERNAMA SEKIRANYA kerajaan mahu mewajibkan pemakaian pelitup muka bagi mengekang COVID 19 mereka yang ingkar boleh dikenakan denda maksima RM1 0...
Perintah Kawalan Pergerakan Tidak Sah Dan Langgar Undang Undang

Perintah Kawalan Pergerakan Tidak Sah Dan Langgar Undang Undang

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 443 hits
Sesetengah pihak hanya pandai merungut dan mencari salah tapi tidak disertakan dengan fakta yang sah Mereka hanya melemparkan tuduhan begitu sahaja terhadap kerajaan supaya rakyat termakan dan mengkritik kerajaan Dalam masa negara ini berja...
Hiburan Ingkar Arahan Pkpb Aiman Tino Didenda Rm1 000

Hiburan Ingkar Arahan Pkpb Aiman Tino Didenda Rm1 000

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 342 hits
Penyanyi Aiman Tino dikenakan kompaun sebanyak RM1 000 kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat apabila beliau dan bapanya difahamkan pergi memancing Aiman dan bapanya Yusri Ishak mendakwa dirinya terperangkap ketika po...
Pegawai Positif Covid 19 Pm Muhyiddin Jalani Kuarantin 14 Hari Mulai Hari Ini

Pegawai Positif Covid 19 Pm Muhyiddin Jalani Kuarantin 14 Hari Mulai Hari Ini

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 346 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari bermula petang ini Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata salah seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca Kabinet di pejab...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos