Leka Dibuai Nafsu Songsang


MyMetro
Yusmizal Dolah Aling
[email protected]

PESERTA pesta gay yang ditahan penguatkuasa JAIS dalam serbuan di sebuah rumah. FOTO/NSTP
KUALA LUMPUR: Sekumpulan lelaki sedang leka berhibur dalam keadaan bogel ketika lokasi mereka berpesta di sebuah apartmen dua tingkat di Bandar Baru Bangi, Selangor diserbu sepasukan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), jam 10.15 malam kelmarin dipercayai terbabit dalam aktiviti seks songsang.

Hasil semakan pegawai JAIS mendapati hanya tiga daripada 16 peserta pesta gay itu berusia 18 hingga 30 tahun ditahan bukan beragama Islam.

Difahamkan, serbuan itu dilakukan JAIS hasil maklumat diterima daripada orang awam sejak beberapa minggu lalu berhubung penganjuran pesta lelaki songsang di premis terbabit.

Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim berkata, seramai 50 anggota penguat kuasa terbabit dalam operasi berkenaan yang diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasaan Agama Mahdi Al Hilmy Arshad dan dibantu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Beliau berkata, ketika serbuan dilakukan, semua lelaki terbabit sedang berpesta dan ada yang sedang berbogel beramai-ramai di tingkat atas premis berkenaan.

“Ia adalah parti eksklusif untuk gay yang terhad kepada jumlah tertentu saja. Pemantauan JAIS mendapati mereka berkomunikasi menggunakan aplikasi WeChat bagi mengelakkan kegiatan songsang itu dikesan pihak berkuasa.

“Rumah berkenaan disewa khusus untuk pesta itu dan penganjur mengenakan sejumlah bayaran kepada peserta.

“Antara barang yang disita termasuklah ubat kuat atau pil perangsang, kondom, pelincir, cincin zakar dan seluar dalam. Semua mereka dibawa ke ibu pejabat JAIS untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, hasil daripada rakaman percakapan dua daripada lelaki yang ditahan mengaku positif HIV .

Haris berkata, pihaknya akan sentiasa memantau kegiatan tidak bermoral seperti ini dan meminta orang ramai memberikan maklumat sekiranya mendapati wujud unsur-unsur yang bercanggah dengan agama.

“Kami akan terus mengambil tindakan mencegah kemungkaran ini dari terus berlaku dan mengharapkan semua pihak berperanan sewajarnya agar perlakuan seperti ini tidak berulang lagi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 November 2018 @ 10:00 AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/leka-dibuai-nafsu-songsang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Semua 300 Ribu Gay Jalin Hubungan Songsang Menteri Agama

Tidak Semua 300 Ribu Gay Jalin Hubungan Songsang Menteri Agama

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 572 hits
Jumlah 310 000 gay yang dikenal pasti perlu diperhalusi lagi kerana tidak semua daripada mereka terus terlibat dengan kegiatan songsang kata menteri agama Datuk Seri Mujahid Yusof berkata terdapat golongan itu yang hanya mempunyai kecenderu...
5 Tips Kembali Kepada Fitrah Tinggalkan Kehidupan Songsang

5 Tips Kembali Kepada Fitrah Tinggalkan Kehidupan Songsang

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 402 hits
Allah S W T menciptakan manusia terbahagi kepada dua jantina Iaitu lelaki dan perempuan Lelaki mempunyai penampilan yang berbeza dengan perempuan Begitu juga perempuan berbeza dengan lelaki dari segi pemakaian batas aurat bentuk fizikal dan...
Lokman Adam Cakap Ikut Nafsu Sokong Najib Nabi Muhammad Maksum

Lokman Adam Cakap Ikut Nafsu Sokong Najib Nabi Muhammad Maksum

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 367 hits
Pemimpin Umno Johor Datuk Md Jais Sarday membidas Ahli majlis tertinggi parti Datuk Lokman Noor Adam apabila menyamakan pendakwaan terhadap presiden parti itu dengan fitnah terhadap Nabi Muhammad Ketua Umno Kluang Jais Sarday menasihatkan L...
Emak Baru Bersalin Bapa Lepaskan Nafsu Durjana Pada Anak Tiri

Emak Baru Bersalin Bapa Lepaskan Nafsu Durjana Pada Anak Tiri

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 512 hits
Sejak akhir akhir ni banyak sangat berita tentang kes rogol yang berlaku kepada budak bawah umur Pedih hati admin mendengarnya Tambah tambah lagi kalau perkara ni dilakukan oleh orang seperti bapa tiri yang sepatutnya jadi pelindung anak te...
Nyaris Digilis Kereta Kerana Terlalu Leka Dengan Telefon Bimbit

Nyaris Digilis Kereta Kerana Terlalu Leka Dengan Telefon Bimbit

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 269 hits
Nyaris digilis kereta kerana terlalu leka dengan telefon bimbitSeorang wanita di China yang terlalu leka dengan telefon bimbitnya nyaris digilis kenderaan di sebelah kirinya lapor Dalam kejadian yang berlaku pada 11 November lalu di Hangzho...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih