Sampai je hotel terus collect tiket. Tak boleh check in lagi sebab baru pukul 10am. hahaha! Gigih ye datang awal pagi sebab taknak bazir masa. Nak enjoy puas² dalam Legoland. yay
Kids dah ready with their swim suit. Maknanya apa??
yaaa kita serbu waterpark dulu! Gelapkan kulit. bahaha~
For the first time, aku merasa naik slide tinggi²!! yahuuu! Best bila ada anak dah besar, boleh naik slide extreme sama². Adik², apak dorang lah jaga
Ni pun best! Build A Raft River. Duduk je atas pelampung tu relek² nanti arus air tu yang bawak korang keliling pool. Kadang rasa nak terlelap duk atas pelampung tu. hahaha~
Pukul 2.30pm, ada Surfer's Retro Show betul² depan Waze Pool. Dapat la rehat jap few minutes sebelum berendam lagi dalam pool
Tengok, terbakar dah muka anak² aku! haha~ Eh maskot Lego tu pun jejoget sama ye. Habis jejoget berebut bebudak nak bergambar dengan maskot Lego
This time, kami dapat bilik tema Adventure
Lego and kids is unseparatable (wujud ke word ni? lulz). Masuk je bilik terus punggah Lego. Ada orang tanya, kenapa macam banyakkkk je Lego dalam bilik aku
Sebab aku request extra Lego kat kaunter masa check in. wkwkwk~ Yaa ramai tak tahu. So aku bagitau lagi sekali, korang boleh request extra Lego masa check in ye. Tapi, kena return balik ke kaunter masa check out. Tidak kalu, cc korang kena charge nanti. huhu~
Nak main Lego kat lobi pun boleh. Upon request ye
Masuk je entrance terus bergambar dengan kereta salji- versi musim panas Khatulistiwa..lulz~
Sebelum masuk sini, all parents kena kuatkan mental ye. Coz candy's everywhereee!!
2x anak² aku paw apak dorang candy floss. Seketul RM5
Then ada aktiviti juga area entrance ni. Korang cari booth untuk buat LEGO cupcakes ni. Ajak anak² untuk sama² cipta Lego cupcakes - menggunakan LEGO bricks!
Hasil nya nanti akan dipamerkan kat sini. Semua orang boleh tengok Lego cupcake korang. Best ke best sangat?
Macam biasa, akan ada show kat pentas - area main entrance juga. Baru duk entrance dah macam² aktiviti pihak Legoland sediakan. haha! Untuk timetable show, korang boleh request pada staff yang jaga kat pintu masuk, atau ambil je pamphlet yang disediakan area entrance tu. Jangan lepaskan peluang untuk tengok semua show yang ada tau! Rugi kalau terlepas sebab show semua besttttt!
Bab SOP aku pernah cerita kat entry sebelum ni (KLIK). Legoland memang amalkan SOP yang agak ketat ye. Jadi tak perlu risau untuk having fun dengan anak² and untuk tengok show
Next, ajak anak² untuk join Gingerbread Hunt! Permainan dia ialah, korang kena cari 10 huruf tersembunyi dalam kawasan Miniland! Lepastu gabungkan 10 huruf tadi jadikan 1 perkataan. Upload gambar di Instagram dan tunjuk pada kaunter (entrance) and korang akan dapat hadiah misteri! yayy! Dengar macam banyak je 10 huruf tu kan? Aku amek masa tak sampai 30 minit pun cari semua huruf² tu *tiupkuku*
ye tau korang tak sabar. Bagi mama snap gambar dulu k
Leka betul bebudak tengok fish. Mungkin aku kekecik dulu pun minat tengok haiwan sampai leka macam tu sekali. haha~
Pastu anak² aku pulak bertukar jadi fish!! Korang buat apa dalam akuarium tu hah!!
"MAMA!! SHARK!!" - dorang ngata aku ke, dorang memang nampak shark? hurmm
Cukup la sejam spend masa dalam Sealife. Sebab Sealife memang tutup pukul 6pm. haha~
Waktu malam pula, anak² aku berpeluang join event story telling show di lobi hotel. Memang tak sempat rehat tau duk sini. Ada je aktiviti menarik nak dibuat. Tak join kang rasa rugi pulak. haha
The actors and actress. Well done gaiss! Great performance
Habis show dalam pukul 9pm, baru pergi dinner kat Bricks Restaurant. Dinner start from 6pm - 10pm. Kalau pukul 9pm baru dinner, memang kitorang duk je lah kat restoren tu sampai tutup! hahaha~
Banyak jugak lah memasing makan walaupun dah tengah malam. Lapar ye lepas jejoget? hahaha~
Sekarang tengah banyak promo tau. Kita pun kena tolong support local tourism kan? Jom reward anak² pergi Legoland! 
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |