Legasi Hamilton Bersama Mercedes Amg Petronas Lebih Daripada Sebuah Perkongsian Perniagaan




KUALA LUMPUR, 11 Dis: Juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali Lewis Hamilton, menggambarkan perjalanan 12 tahun beliau bersama pasukan Mercedes-AMG Petronas yang bermula pada 2013, sebagai satu perkongsian mendalam dan sebenar, lebih daripada sekadar transaksi perniagaan tetapi satu ikatan yang dibina atas dasar kepercayaan, semangat dan impian bersama.
Hamilton menekankan amat jarang untuk mempunyai sebuah organisasi dengan setiap individu bekerja keras tanpa henti, dan beliau memberi kredit kepada kerjasama erat ini kepada kejayaan unit kuasa jentera yang menyaksikan enam gelaran kejuaraan dunia dicapai bersama sebagai sebuah keluarga.
Pemandu British berusia 39 tahun itu meluahkan betapa gembiranya dapat berada di atas litar dengan penuh keyakinan, mengetahui jentera itu bersedia untuk menamatkan perlumbaan dengan mudah kerana tugas yang dilaksanakan unit kuasa sehingga kemungkinan untuk kegagalan adalah sangat rendah.
“Ia seolah-olah ada keghairahan dan dorongan yang sebenar untuk menang serta berjaya, dan kami melakukannya bersama-sama, jadi saya fikir pada tahun-tahun yang akan datang, mereka yang berada dalam syarikat, dalam pasukan, dan yang mengikuti kami dari seluruh dunia akan sentiasa mengingati hari-hari indah yang kami lalui bersama kerana ia benar-benar epik.
“Apabila saya memulakan perjalanan ini, saya tidak meletakkan sebarang sasaran. Saya hanya berkata, kita akan beri segala-galanya dan lihat apa akan berlaku kemudian dan kami mencapai lebih daripada apa yang saya dan mana-mana di antara kami fikir akan capai,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama sekumpulan media di Menara Kembar Petronas, di sini semalam.
Mengimbas perjalanannya menyertai pasukan Silver Arrows, Hamilton yang berharap untuk dikenang sebagai seorang individu yang berperwatakan baik, mengingati perasaan gementar ketika sesi penyesuaian tempat duduk pertama, namun beliau yang berusia 28 tahun ketika itu sedar keterbukaan pasukan terhadap permintaannya akan membolehkan DNA beliau bersepadu dengan pasukan.
Namun, beliau mengakui ada kalanya meragui sama ada mampu melakukannya dan memberi kredit rahsia tempoh perkhidmatan yang panjang bersama Mercedes-AMG Petronas kerana pasukan itu sentiasa dahagakan kejayaan.
“Saya suka bekerja bersama pasukan ini dan saya rasa seperti kami belum selesai. Saya rasa seperti kami masih ada banyak lagi yang perlu diraih. Masih banyak lagi perkara yang perlu kami capai bersama, jadi kami terus bergerak dari satu tahun ke tahun berikutnya.
“Dan sepanjang perjalanan itu, tidak pernah ada persoalan, adakah kami akan teruskan pada tahun berikutnya? Ia seperti, okey, tahun depan ini yang perlu kami lakukan. Ini yang sedang kami usahakan,” katanya.
Ditanya detik paling diingati bersama pasukan ini, Hamilton berkata ia pastinya kejayaan menamatkan kemarau kemenangan selama 945 hari dengan menjuarai Grand Prix British 2024 di samping keluarga dan pasukannya.
Hamilton berkata ia menjadi peringatan penting untuknya terus maju pada masa hadapan dan beliau secara merendah diri mengakui adakalanya berasa bagai mimpi apabila melihat gambar atau video yang menunjukkan pencapaiannya, tetapi amat berbangga dengannya.
“Saya adalah sebahagian daripada sebuah rangkaian yang besar. Saya menghargai peranan kecil saya dalam rangkaian yang melibatkan begitu ramai orang yang telah bekerja bersama-sama dengan sangat baik. Kami telah mencipta ikatan yang hebat. Ia sangat menakjubkan,” katanya.
Hamilton yang menyertai Mercedes pada 2013 dan memenangi enam kejuaraan dunia bersama pasukan itu akan meninggalkan Silver Arrows yang pernah dominan pada akhir musim ini yang mempunyai format 24 perlumbaan untuk menyertai Ferrari pada 2025.
Juara dunia tujuh kali (2008, 2014, 2015, 2017, 2018, 2019, 2020) itu juga telah meraih lebih 100 kemenangan Grand Prix dan membantu pasukan meraih lapan kejuaraan pengeluar, mengukuhkan legasinya sebagai salah seorang pemandu terbaik dalam sejarah F1. – TVS




Source link
The post Legasi Hamilton bersama Mercedes-AMG Petronas: Lebih daripada sebuah perkongsian perniagaan appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/legasi-hamilton-bersama-mercedes-amg-petronas-lebih-daripada-sebuah-perkongsian-perniagaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Muda Tak Semestinya Layak Dipandang Rendah

Lebih Muda Tak Semestinya Layak Dipandang Rendah

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 139 hits
1 Ada seorang vendor IT Lelaki nampak muda lagi Cakap English pun hebat Dalam meeting dengan team kami ada la perbincangan hangat sikit Dia explain something tapi ada teammate aku tak faham Perempuan 30 something 2 Teammate aku pun mula la ...
Ayez Shaukat Fonseka Beri Bayangan Watak Samat Lebih Menyerlah Dalam Sekuel Takluk Lahad Datu

Ayez Shaukat Fonseka Beri Bayangan Watak Samat Lebih Menyerlah Dalam Sekuel Takluk Lahad Datu

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 121 hits
Pelakon dan juga penggusti profesional Ayez Shaukat Fonseka sekali lagi mencuri perhatian apabila wataknya sebagai Samat dalam filem Takluk Lahad Datu terus menjadi perbualan hangat di media sosial Filem ini yang mula ditayangkan pada 22 Og...
Johari Gesa Kerjasama Lebih Erat Malaysia Indonesia Hadapi Cabaran Minyak Sawit Global

Johari Gesa Kerjasama Lebih Erat Malaysia Indonesia Hadapi Cabaran Minyak Sawit Global

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 252 hits
Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Abdul Ghani kata penerimaan global terhadap biodiesel adalah penting untuk memerangi perubahan iklim JAKARTA Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Abdul Ghani menggesa kerjasama yang lebih erat anta...
Resipi Dugro Madu Baharu Lebih Sedap Berkhasiat Buat Si Manja

Resipi Dugro Madu Baharu Lebih Sedap Berkhasiat Buat Si Manja

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 92 hits
Anak anak yang sedang membesar memerlukan zat nutrisi yang cukup bagi menampung perkembangan 360 mereka Sumber sumber ini boleh didapati menerusi susu dan juga pengambilan makanan berkhasiat Si manja anda tak suka minum susu tanpa perisa da...
Banjir Mangsa Dipindahkan Meningkat Lebih 142 000

Banjir Mangsa Dipindahkan Meningkat Lebih 142 000

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 109 hits
BernamaKUALA LUMPUR Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara meningkat kepada 146 611 orang malam ini berbanding 142 684 petang tadi dengan Kelantan terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi Situasi banjir di tiga...
Kempen Ayambersamamu Komited Kanak Kanak Malaysia Lebih Sihat Dan Cergas Fizikal

Kempen Ayambersamamu Komited Kanak Kanak Malaysia Lebih Sihat Dan Cergas Fizikal

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 719 hits
Ayam Brand Meneruskan Komitmen Malaysia Lebih Sihat Menerusi Penganjuran Kempen Komuniti Penyayang Tahunan Ke 17 Kempen tahun ini memberi tumpuan kepada pemakanan sihat dan kecergasan fizikalAyam Brand satu jenama terkenal selama 132 tahun ...
Kerajaan Madani Lebih Menjaga Kebajikan Calon Di Kawasan Banjir

Kerajaan Madani Lebih Menjaga Kebajikan Calon Di Kawasan Banjir

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 125 hits
Fadlina SidekAnak anak kita di kawasan terjejas ini diuji lebih berbanding calon SPM yang lain Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara telah berusaha memastikan tiada calon yang tercicir untuk mendu...
China Dakwa Temui Simpanan Emas Lebih 1 000 Tan Dianggarkan Bernilai Rm367 Bilion

China Dakwa Temui Simpanan Emas Lebih 1 000 Tan Dianggarkan Bernilai Rm367 Bilion

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 107 hits
Deposit emas yang sangat besar dengan anggaran rizab lebih daripada 1 000 tan didakwa telah ditemui di Wilayah Hunan di tengah China Berdasarkan laporan media milik Kerajaan China ahli geologi dari Biro Geologi Wilayah Hunan telah mengesan ...
Sultan Pahang Titah Metmalaysia Agensi Terbabit Lebih Kerap Kemas Kini Data Ramalan Cuaca Dan Banjir

Sultan Pahang Titah Metmalaysia Agensi Terbabit Lebih Kerap Kemas Kini Data Ramalan Cuaca Dan Banjir

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 300 hits
RAUB Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah agar Jabatan Meteorologi Malaysia serta pihak berkuasa terbabit lebih kerap mengemas kini data ramalan cuaca dan kejadian banjir di negara ini Al Sultan Abdu...
Email Lists 100 Valid Any Country In The World

Kereta Isteri Terbabas Ketika Kejar Kekasih Suami

Berang Tak Dapat Pulang Suv Lelaki Rempuh Pusat Pengedar Kereta

Bolehkah Ambil Vitamin C 1000mg

Penang Lrt Unlikely To Be Cancelled Even If Federal Govt Changes Rafizi

B40 Youth And The Hidden Crisis We Must Address

Galaxyauto

Video Macam Tiada Perasaan Lelaki Kutip Tangan Sendiri Lepas Ditetak Parang Ketika Bergaduh Benua


echo '';
Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Rahsiamu Selamat Denganku Astro Ria

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

FFM 2024 Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Dan Segala Info Festival Filem Malaysia 33


Salamatul Insan Fi Hifdzil Lisan

Kerepek Tempe

Sanusi Lwn Guan Eng Kepala Bapak Hang Ini Pemberontak Syria

Kangen Band Aku Pinjam Cintamu Chord

Increase In Nurses Working Hours Followed Extensive Discussions Says Dzulkefly

Dr M Only Told Cabinet After Deciding Not To Continue Batu Puteh Appeal Trio Of Ex Cabinet Members Say