Lega Sikit Bil Elektrik Tak Perlu Bayar Dengan Adanya Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan


Selamat pagi sekalian. Pagi ni cerita dia pasal diskaun bil elektrik pkp. Bulan lepas bil elektrik cecah RM200 juga lah, antara bil elektrik tinggi masa pkp ni. Lebih dari biasa purata setiap bulan. Ini bukan kes bil melambung sebab 3 bulan sekali tu ye. Memang bulan lepas terlebih sikit dari biasa

Bila difikirkan, memang ada guna terlebih. Almaklumlah musim tengah panas masa tu. Lebih masa lah bukak air cond. Kira betul lah bil elektrik naik bulan lepas. Guna lebih, bil pun lebih lah. Tup tup bulan ni katanya ada Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) tambahan

Ramai yang mengeluh dan mengadu bil elektrik tinggi masa pkp. Boleh dikatakan bil elektrik tinggi dalam tahun 2020. Kena faham sebab kita duduk rumah 24/7 masa pandemik COVID-19 ni. Tapi yang tak fahamnya ada yang rumah ditinggalkan berbulan tapi bil elektrik melambung macam ada penghuni pulak. Kira tak logiklah macam tu kan. 
Jangan terus melenting marah-marah, kau orang boleh je buat aduan pada TNB dengan saluran yang betul. Mereka akan selesaikan masalah kau orang mengikut prosedur dan of courselah akan melaluinya proses-prosesnya. 
Bab ni memang kena sabar lah sebab bukan hanya satu dua aduan je. Rasanya orang TNB pun pening dengan bermacam aduan. Beberapa hari yang lepas pembaca meter TNB datang check meter tapi tak dapat bil. Katanya mereka akan hantar bil melalui pos. Then, dia hulurkan sekeping kertas ni. 

Rumah Fiza ni meter elektrik dia kat tepi bukan direct terus boleh tembak meter tu. Rumah design lama, pemaju dulu entah macam mana design rumah tak tahu lah. Bila tanya TNB, urusan pindah meter tu bukan dibawah mereka. Kena bagi kerja tu kat sub kontraktor buat. Kalau nak pindahkan, kena bayar lah dalam RM180 lebih macam tu

Tak payah lah kalau macam tu, nak kena bayar bagai. Padahal memang meter tu dipasang macam tu. Setiap kali pembaca meter nak baca meter dia akan masuk rumah jiran sebelah tembak dari sebelah. Kalau ada yang extreme sikit mungkin akan panjat panggar kot. Ini kes kalau tak ada rumah. 
Kadang tu risau juga nak buka pagar kalau tinggal sorang-sorang. Dah bermacam macam kes orang menyamar dan menipu. Kita pun jadi takut. Jadi kenalah berhati hati. Ambil parcel pun jauh jauh je suruh letak je dalam pagar dan bagi no ic. Sekarang pun tak perlu sign parcel dah kan. Mostly minta ic je

Sambung semula kisah tadi. Disebabkan pembaca meter tak dapat nak tembak meter, so dapat bil elktrik bacaan anggaran je. Sebab tu setiap bulan bayar bil elektrik online ikut average je. Tak tahu bil berapa jumlah pun still bayar average yang sama setiap bulan. Kalau terkurang boleh tambah, kalau ada lebih boleh bawa ke bulan depan. 
Janji setiap bulan maintain bayar walau berapa sekalipun. Kalau peram sampai 2-3 bulan tu fahamlah banyak dia macam mana. Mahu pening dok fikir nak membayarnya banyak banyak tu. Sekarang pun dah senang nak check bil elektrik online dengan aplikasi myTNB tu. 

Kau orang dah download ke belum? Kalau belum, cepat-cepat download. Boleh lah tengok graf naik turun bil elektrik kau orang. Dari situ, boleh lah kawal penggunaan elektrik kalau nak berjimat cermat. 
Selepas dapat bil, 2 hari lepas tu check lah dalam aplikasi myTNB. Maka benarlah bagai dikata. Lega sikit bila tengok bil elektrik dah dibayar dengan adanya Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) tu. Siap ada lebihan bayar lagi tu haaa.. Kiranya tak perlu lah kita bayar bil elektrik ye untuk bulan Julai ni. Betul

Tak salah faham kan? Alhamdulillah. syukur lah kan. Lega! Ada extra duit untuk bayar bil tu boleh guna untuk persiapan raya haji. Harap-harap bolehlah balik beraya di kampung. Jangan PKPP jadi PKP semula sudah lah. Menangis tadah besen lah kita..huwaaa
Bantuan Prihatin Elektrik (BPE)?BPE adalah pakej bantuan tambahan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia bersama TNB kepada semua pelanggan domestik dalam bentuk manfaat penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan, bersamaan penggunaan elektrik sehingga 300kWj pertama untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP
Diskaun Prihatin diberikan kepada para pelanggan bermula April 2020 sehingga Disember 2020, manakala BPE adalah bantuan tambahan yang diberikan secara sekali gus bagi meringankan beban kenaikan bil yang lebih tinggi sepanjang April 2020 hingga Jun 2020 yang dihadapi para pelanggan
Semua pelanggan domestik TNB akan menerima BPE yang jumlahnya akan dimasukkan secara sekaligus ke dalam bil bulan Julai 2020.-credit : TNB



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azhafizah.com/2020/07/lega-sikit-bil-elektrik-tak-perlu-bayar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan Rm77 Dari Tnb

Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan Rm77 Dari Tnb

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 526 hits
Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan Dari TNBAku terima notis dari TNB yang mengatakan aku bakal menerima bil Elektrik bulan Julai 2020 dan penyata terperinci Bantuan Prihatin Elektrik yang akan dihantar kepada aku melalui pos dalam tempoh tu...
Dapat Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan

Dapat Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 486 hits
Terkejut den ingat dalam peti surat dapatlah bil elektrik terkini sekali dapat kertas je macam flyers dari TNB Kertas ini mengatakan yang TNB telah baca meter pada hari ini Flyers dari TNBIntipati Flyers dari TNBAnda akan menerima bil Bulan...
Semak Bil Elektrik Sesb Online

Semak Bil Elektrik Sesb Online

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 1602 hits
Semak Bil Elektrik SESB Online Sekarang anda tidak perlu untuk bersusah payah lagi menunggu giliran untuk membayar bil SESB anda selaras dengan pembangunan teknologi ketika ini pihak SESB menawarkan anda untuk membayar bil elektrik secara o...
Hiburan Tak Perlu Bayar Sewa Rumah Baru Selama Setahun Rezeki To Ki Hasil Bantuan Pusat Zakat Maiwp

Hiburan Tak Perlu Bayar Sewa Rumah Baru Selama Setahun Rezeki To Ki Hasil Bantuan Pusat Zakat Maiwp

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 453 hits
Seteleh bergelut dengan beberapa kontroversi membabitkan anak anak dan rumah tangga kini hidup To ki lebih terurus apabila dia telah menerima sebuah rumah kediaman baru untuk dia dan isterinya Perkara itu telah disahkan sendiri oleh Ustaz A...
Cara Jimatkan Bil Elektrik Jika Menggunakan Aircond Yang Tidak Ramai Orang Ketahui

Cara Jimatkan Bil Elektrik Jika Menggunakan Aircond Yang Tidak Ramai Orang Ketahui

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 488 hits
Sudah menjadi lumrah masyarakat kita setiap rumah mesti memasang aircond bukan Ya tidak salah untuk melakukan ini Cara Jimatkan Bil Elektrik Jika Menggunakan Aircond Yang Tidak Ramai Orang KetahuiCredit Pic Walaubagaimanapun ia mungkin akan...
Korban Banjir Bandang Di Masamba Dapat Bantuan Rp1 97 Miliar Dari Kemensos

Korban Banjir Bandang Di Masamba Dapat Bantuan Rp1 97 Miliar Dari Kemensos

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 258 hits
Rencananya santunan akan diberikan pada Jumat 17 Juli 2020 besok Selain memberikan santunan Kemensos juga memberikan bantuan berupa logistik dan makanan kepada para pengungsi
Borang Permohonan Bantuan Kita1keluarga Sehingga Rm800

Borang Permohonan Bantuan Kita1keluarga Sehingga Rm800

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 611 hits
SOURCE appeared first on Borang Permohonan Bantuan Kita1Keluarga Sehingga RM800 Ini satu berita baik untuk anda yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur Selangor dan Putrajaya Kepada anda yang mahukan bantuan tunai untuk keperluan keluarga dan ...
Kakitangan Awam Pahang Dapat Bantuan Khas Kewangan Rm500

Kakitangan Awam Pahang Dapat Bantuan Khas Kewangan Rm500

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 338 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang hari ini telah mengumumkan pembayaran Bantuan Khas kewangan sebanyak RM500 seorang kepada kira kira 8 000 penjawat awam di Pahang ianyanya merangkumi Gred JUSA hingga kebawah Pengumuman dibuat oleh Menteri Bes...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever