Lee Tuck Luah Keinginannya



KUALA TERENGGANU: Arkitek Terengganu FC (TFC), Lee Tuck mengakui 'panas’ dan tidak senang duduk selepas mengetahui pemain kelahiran Kosovo, Liridon Krasniqi sah bergelar pemain naturalisasi Malaysia.

Pemain berdarah kacukan England-Malaysia itu menyatakan dia begitu teruja untuk mengikut jejak pemain tengah Johor Darul Tazim (JDT) berkenaan menyarung jersi skuad kebangsaan andai semua syarat yang ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) lengkap sepenuhnya.

Pada 3 Februari lalu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan Liridon sudah mendapat kerakyatan Malaysia melalui penaturalisasian selepas menerima kad pengenalan MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya sekali gus menjadi pemain naturalisasi kedua Harimau Malaya selepas pemain sayap Pahang, Mohamadou Sumareh yang mendapat status itu pada 2018.

“Selepas mendapat perkhabaran Liridon menjadi pemain naturalisasi kedua Malaysia, saya begitu gembira dan ucap tahniah kepadanya kerana berjaya menjadi pemain naturalisasi.

“Jika ditanya, ya saya masih berminat untuk menjadi pemain naturalisasi di Malaysia dan berharap ianya menjadi kenyataan pada satu hari nanti selepas semua dokumen dan syarat lengkap.

“Buat Liridon, ini peluang yang baik untuknya, namun dia perlu bekerja lebih keras memberikan yang aksi terbaik untuk Malaysia kerana sudah pasti harapan besar disandarkan kepadanya, tapi saya yakin dia mampu lakukan yang terbaik,” ujar Tuck.

Pemain berusia 32 tahun itu mula beraksi dalam kancah bola sepak tempatan dengan mewakili Negeri Sembilan pada 2017 selama semusim sebelum menyertai Terengganu bermula 2018 hingga kini.

Peluang Tuck untuk mendapat taraf kerakyatan Malaysia dijangka tidak berdepan banyak masalah kerana memiliki pertalian darah kerana dikhabarkan neneknya berasal dari Malaysia.

Namun jika pemain tengah itu gagal mengemukakan bukti pertalian itu, pemain yang pernah menyarung jersi kelab Bangkok FC dan Nakhon Ratchasima di Thailand, perlu menunggu sehingga 2022 sebelum cukup tempoh lima tahun berturut-turut beraksi di Malaysia sebelum layak menjadi pemain naturalisasi.

Ketika ditanya persiapan pasukan TFC, Tuck akui berjalan dengan lancar sebelum 'berperang’ dengan Perak pada Sabtu ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak.

“Persiapan pramusim berjalan dengan lancar setakat ini dan permainan kami semakin meningkat dari minggu ke minggu kerana sedar berdepan pasukan yang kuat bermula liga iaitu Perak diikuti Kedah dan Selangor, jadi amat penting buat kami membuat persediaan rapi menjelang perlawanan pertama itu pada 29 Februari ini,” ujar Tuck.

Selain Tuck, beberapa pemain kacukan lain sudah mewakili negara sebelum ini seperti Matthew Davies, Natxo Insa, Kiko Insa, Brendan Gan, Junior Eldstal dan Darren Lok.

Namun, sehingga kini keputusan sama ada pemain itu bakal mengikut jejak pemain terdahulu yang sudah menjadi pemain tempatan masih menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat sukan bola sepak khususnya di Terengganu. - Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/lee-tuck-luah-keinginannya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sanjar Menangis Luah Perasaan Supaya Rakan Sepasukan

Sanjar Menangis Luah Perasaan Supaya Rakan Sepasukan

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 318 hits
Photo Razzi HarunKuala Nerus Tamat perlawanan perlawanan pertama TFC kelihatan Sanjar Shaakhmedov menangis teresak esak menuju ke bilik persalinan Penjaring terbanyak pasukan Terengganu FC musim lepas itu dan juga penjaring gol tunggal perl...
Teknik Lipat Baju Tuck In Lagi Kemas Tak Mudah Terlerai Jimat Ruang

Teknik Lipat Baju Tuck In Lagi Kemas Tak Mudah Terlerai Jimat Ruang

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 810 hits
Guna konsep lipat baju dan tuck in memang sangat mudah dan menjimatkan ruang Lagi pun kalau anak kecil yang suka selongkar almari dan sepahkan baju masih ada harapan lagi baju itu tak terlerai dari lipatan Hanya guna beberapa langkah ini an...
Budak Tebing Drama Lakonan Adam Lee Aedy Ashraf

Budak Tebing Drama Lakonan Adam Lee Aedy Ashraf

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 1625 hits
Nantikan drama bersiri Budak Tebing di slot Lestary TV3 Dibarisi pelakon seperti Adam Lee Aedy Ashraf Bella Dowanna Eyka Farhana dan ramai lagi Drama terbitan Country Universal Sdn Bhd dibawah arahan Feroz Kader JUDUL BUDAK TEBINGTARIKH TAY...
Netizen Luah Perasaan Hashtag Notmypm Mula Kedengaran Sejak Muhyiddin Dilantik Pm Ke 8

Netizen Luah Perasaan Hashtag Notmypm Mula Kedengaran Sejak Muhyiddin Dilantik Pm Ke 8

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 494 hits
Drama konflik politik Malaysia akhirnya menemui episod akhir apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan Malaysia selepas menerima berkenan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatatuddin Al Mustafa Bil...
Langkah Politik Dr Mahathir Gagal Fahmi Luah Dalam Lukisan

Langkah Politik Dr Mahathir Gagal Fahmi Luah Dalam Lukisan

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 357 hits
Fahmi Reza menggambarkan Speaker Dewan Rakyat menghalang sidang khas dijadual Isnin Foto ihsan Twitter FahmiKUALA LUMPUR 28 Feb Aktivis dan kartunis Fahmi Reza menarik perhatian umum dengan hasil seni terbarunya berkait situasi politik sema...
Ramai Mula Boikot Produk Sajat Rakan Baik Luah Rasa Kesal Terus Dikecam Netizen

Ramai Mula Boikot Produk Sajat Rakan Baik Luah Rasa Kesal Terus Dikecam Netizen

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 415 hits
Tindakan usahawan kosmetik Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menunaikan umrah di Makkah dengan berpakaian wanita lengkap bertelekung mengundang kontroversi dan menimbulkan kemarahan ramai Bukan sahaja Sajat malah ...
Rosnani Luah Suka Duka Anak Seni Jalan Ampas Dalam Showtime 1958

Rosnani Luah Suka Duka Anak Seni Jalan Ampas Dalam Showtime 1958

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 828 hits
Melalui Showtime 1958 seniwati Rosnani Jamil berkongsi kenangannya bersama arwah suami Jamil Sulong serta rakan rakan seperjuangan lain dalam menempuhi suka duka sebagai anak seni suatu ketika dulu Sebagai individu yang melihat sendiri peri...
Gambar Menyedihkan Najwa Mahiaddin Luah Perasaan Di Twitter Selepas Ayahnya Digugurkan Jawatan Dunia Politik Kotor

Gambar Menyedihkan Najwa Mahiaddin Luah Perasaan Di Twitter Selepas Ayahnya Digugurkan Jawatan Dunia Politik Kotor

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 563 hits
Pengumuman tergempar senarai anggota Kabinet baharu yang telah dilakukan oleh PM Datuk Seri Najib Razak pada tengah hari tadi nyata mengejutkan rakyat Malaysia apabila Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah dilantik sebagai Timbalan Mentri ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi