Lee Jinwook Lee Yeonhee Sibuk Rancang Perkahwinan Dalam Drama Terbaru
Satu gambar hasil sesi fotografi Lee Jin-wook dan Lee Yeon-hee baru-baru ini berjaya meraih perhatian. Mereka berdua bakal digandingkan sebagai pasangan dalam “Welcome To Wedding Hell” satu siri asal Kakao TV tidak lama lagi.
Vogue Korea keluaran Jun yang menampilkan gambar Lee Jin-wook dan Lee Yeon-hee. Imej di mana gandingan romantik itu sangat menyerlah walaupun mereka sekadar membuat renungan mata yang menjadikannya gambar itu mustahil untuk tidak dilihat.
Dalam pada itu, kedua-dua pelakon itu menunjukkan visual mempesonakan mereka setelah tampil dalam majalah Vogue Korea yang dikeluarkan pada 21 Mei lalu. Gambar itu diambil di tebing Sungai Han di luar Seoul. Lee Jin-wook dan Lee Yeon-hee berdiri di hadapan kamera, berlatarkan cahaya matahari musim bunga dan angin musim bunga yang lembut. Kedua-dua pelakon itu secara realitinya sedang menantikan tayangan pertama “Welcome To Wedding Hell”, dan walaupun telah lama mereka bekerjasama, keserasian mereka masih menyerlah.
Siri asal Kakao TV “Welcome To Wedding Hell” itu diarahkan oleh Song Je-young, dan Seo Joo-wan dan merupakan satu siri sebuah percintaan yang dibintangi oleh Lee Jin-wook dan Lee Yeon-hee sebagai pasangan dalam usia 30-an yang sedang membuat persiapan untuk berkahwin. Walaupun mereka mengharapkan pengakhiran yang menggembirakan seperti cerita dongeng, realiti persiapan mereka ternyata agak berbeza.
Minggu lalu, drama itu melancarkan poster perkahwinan romantis pasangan itu. Bagaimanapun, pihak produksi turut mendedahkan bahawa mereka akan mengeluarkan versi realistik tidak lama lagi, sebagai tambahan kepada versi fantasi ini.
Dalam poster realistik baharu, konsep halangan perancangan perkahwinan ditonjolkan. Seo Joon-hyung iaitu Lee Jin-wook dan Kim Na-eun iaitu Lee Yeon-hee kelihatan serius dan termenung sambil berdiri di hadapan senarai semak perancangan perkahwinan mereka yang panjang. Walau bagaimanapun, turut kelihatan kebanyakan kotak tidak disentuh, dan banyak item senarai semak mereka disenaraikan sebagai “GAGAL.” Begitu banyak yang perlu disediakan sebelum perkahwinan mereka menjadi satu kapsyen di dalam poster itu dinyatakan seperti,
Adakah hari perkahwinan semua seperti ini?
Kedua-dua pelakon itu sangat mengesyorkan para penonton untuk menyaksikan “Welcome To Wedding Hell”. Melalui satu sesi temu bual diikuti dengan penggambaran, Lee Jin-wook berkata,
Semasa penggambaran karya ini, ada kalanya saya tertanya-tanya sama ada setiap episod adalah ‘realiti’. Tetapi apabila saya mendengar cerita orang yang berpengalaman, mereka berkata bahawa pada hakikatnya, perkara yang lebih buruk berlaku.
Dalam pada itu, Lee Yeon-hee turut berkata ,
Saya ingin mengesyorkannya kepada mereka yang masih samar-samar berfikir bahawa mereka akan berkahwin suatu hari nanti, dan saya ingin mengesyorkannya kepada bakal pasangan. Ia adalah karya seni.
Dalam pada itu, siri asal “Welcome To Wedding Hell” yang dihasilkan merupakan siri 12 episod yang berdurasi kira-kira 30 minit setiap episod dan akan ditayangkan di Kakao TV setiap Isnin, Selasa dan Rabu bermula dengan tayangan pertama pada 23 Mei ini.
Terserlah betul keserasian mereka berdua kan? Korang rasa macam mana?
Tak sabarnya tunggu hasil karya mereka berdua!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/lee-jinwook-lee-yeonhee-sibuk-rancang-perkahwinan-dalam-drama-terbaru/