Lee Chong Wei Antara Pengguna Terawal Basikal Buatan Yonex Berharga Rm28 000
Lee Chong Wei Antara Pengguna Terawal Basikal Buatan YONEX Berharga RM28,000
Ada satu rasa teruja bilamana sebuah jenama pengeluar raket badminton terkenal, YONEX mula menceburi bidang pembuatan basikal.
Tidak pasti apa mimpi yang membuatkan YONEX mahu menceburi bidang sukan ini. Namun, jika anda mempunyai kepakaran di dalam teknologi serat karbon, rugi rasanya jika kepakaran itu digunakan untuk satu kepentingan sahaja.
Untuk pengehauan anda, YONEX mula menceburi bidang pembuatan basikal sejak beberapa tahun yang lalu. Kini di dalam katalog Yonex, mereka mempunyai lima buah basikal dengan kesemuanya hadir dengan teknologi moden yang membantu penunggang untuk bergerak lebih pantas.
Yonex juga dikatakan sudah menaja pelbagai pasukan profesional di Jepun. Selain itu, basikal keluaran Yonex juga dikatakan sudah dipamerkan di pelbagai jenis pameran dan kini sedang giat dipromosikan.
Di Malaysia pula, orang yang bertanggungjawab memberi pendedahan kepada umum mengenai basikal keluaran YONEX adalah Datuk Wira Lee Chong Wei. Mengikut gambar yang tular di media sosial, Chong Wei kelihatan memakai basikal keluaran YONEX jenis AEROFLIGHT yang mempunyai berat 836 gram dan berharga hampir RM30,000.
Tidak pasti adakah basikal ini dibeli oleh Chong Wei atau pun diberi secara percuma kepada bekas pemain nombor satu dunia tersebut. Namun di dalam satu temubual bersama wartawan Astro Arena pada bulan Mei tahun ini, Chong Wei mendedahkan bahawa dia sedang menunggu ketibaan basikal baharunya ini.
Selain daripada AEROFLIGHT, jenama yang bertapak dari tahun 1946 ini ada mengeluarkan basikal lain jenis CARBONEX, CARBONEX DISC, CARBONEXHR dan yang terakhir sekali adalah CARBONEX HR DISC, basikal paling mahal keluaran YONEX yang mencecah sehingga RM44,000 untuk badan sahaja.
Kini YONEX tidak lagi tertumpu kepada sukan seperti Badminton mahupun Tennis. Syarikat yang sudah berumur 75 tahun ini kini sedang menceburi bidang sukan golf dan papan luncur salji. Mungkin selepas itu YONEX akan berkembang jauh lagi dalam industri sukan dan berdiri setaraf dengan jenama-jenama besar yang lain. Vc
Lee Chong Wei Antara Pengguna Terawal Basikal Buatan YONEX Berharga RM28,000
Baca Artikel Menarik :
Rosmah menangis ketika perbicaraan
Najib saran tangguh PRN di Melaka
Akaun bank tinggal RM1, macam mana nak beli Datuk?
Keluarga 69! Wanita Mengaku Sanggup Kongsi Suami Dengan Kakak, Ibu Sendiri [VIDEO]
Hina Kisona, berdepan minta maaf – Roslin Hashim
Bekas Pelakon Filem Lucah Tikam Anak Umur 2 tahun Kerana Balas Dendam
Doktor Di Jepun Kesan Satu Lagi Gejala Covid-19, Kali Ini Tak Selesa Di Dubur…
Nadia Brian dijodohkan dengan Iqram sebab perangai pelik oleh netizen
Kenyataan saya ‘dipotong’ sampai orang bukan Islam salah faham – Syakir Nasoha
Kes suami Zeti apa jadi bila mahu didakwa?
Resepi kacang pool sedap, pasti tambah
Layari Laman Facebook MYKMU
Pukul rakan hingga mati tak puas hati upah baiki tandas
The post Lee Chong Wei Antara Pengguna Terawal Basikal Buatan YONEX Berharga RM28,000 appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/10/06/lee-chong-wei-antara-pengguna-terawal-basikal-buatan-yonex-berharga-rm28000/