Lebihan Bayaran Deposit Keselamatan As 790 354 855 Masuk Ke Akaun Najib


Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa lebihan bayaran deposit keselamatan berjumlah AS$790,354,855.00 kepada Aabar Investment PJS Ltd (Aabar) yang dibayar oleh 1MDB dimasukkan ke akaun milik Najib Razak untuk tujuan penyelewengan.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata demikian semasa membacakan pernyataan saksinya pada hari ke-15 perbicaraan kes Najib membabitkan dana 1MDB.

Loading… “Kesimpulannya, pengambilalihan Genting (Genting Sanyen) telah selesai melalui pembiayaan menggunakan bridging loan berjumlah RM700 juta dan terbitan Bon berjumlah AS$1.75 bilion.
“Saya akui memang terdapat lebihan yang sangat banyak daripada hasil pembiayaan untuk pengambilalihan tersebut,” katanya.
Bagaimanapun saksi pendakwaan kesembilan menegaskan bahawa beliau langsung tidak tahu menahu bahawa lebihan wang untuk pembayaran deposit keselamatan berjumlah AS$790,354,855 kepada Aabar adalah untuk diseleweng oleh pihak lain.
“Pembayaran deposit keselamatan itu dibuat secara penuh percaya berdasarkan dokumentasi yang disediakan oleh Jasmine Loo (peguam 1MDB) Terence Geh (Pengarah 1MDB) dan Tim Leissner (Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs Asia).
“Setelah penyiasatan dilakukan barulah saya tahu yang deposit keselamatan ini diaturkan oleh Jho Low (ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho) untuk membolehkan wang 1MDB masuk ke dalam akaun yang dikawal olehnya untuk tujuan penyelewengan yang seterusnya dimasukkan ke akaun milik Najib.
“Sekali lagi, Jasmine Loo sebagai pegawai yang dipertanggungjawabkan, telah datang kepada saya untuk membentangkan dapatan dan dokumen yang banyak bagi menunjukkan aspek teknikal kewangan dan proses pelaburan sepertimana sebelum ini, pemerolehan Tanjong Energy Holding Sdn Bhd (TEHSB).
“Beliau menunjukkan dokumen yang meyakinkan saya bahawa 1MDB perlu membayar kepada Aabar Investment PJS Ltd sebanyak AS$790,354,855 yang ditanggung melalui lebihan terbitan Bon AS$1.75 bilion sebagai deposit keselamatan kepada International Petroleum Investment Co (IPIC) yang merupakan penjamin Bon tersebut,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram.
Saksi penting pendakwaan itu berkata itu merupakan tindakan yang sama sepertimana beliau menyatakan alasan dalam remittance TEHSB sebelum ini yang 1MDB perlu lagi sekali membayar deposit keselamatan kepada anak syarikat IPIC iaitu Aabar sebagai cagaran dan akan dipulangkan semula selepas tawaran awam permulaan (IPO).
Beliau berkata seperti transaksi TEHSB sebelum ini, beliau beranggapan yang bayaran itu sudah dipersetujui oleh dua-dua belah pihak iaitu IPIC dan pemilik saham 1MDB dan Perdana Menteri iaitu Najib.
“Ini adalah kerana rundingan jaminan ini diterajui oleh PMO. Kemudiannya, saya telah dimaklumkan oleh Jasmine Loo bahawa dokumen remittance yang berjumlah AS$790,354,855 telah ditandatangani oleh Terence Geh dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB, Azmi Tahir, untuk dibayar ke akaun Aabar Investment PJS Ltd di BSI Bank SA, Lugano, Switzerland daripada akaun Falcon Private Bank (Hong Kong) milik syarikat 1MDB Energy (Langat) Limited (1MELL) (anak syarikat 1MDB).
“Sekali lagi, saya tidak tahu siapa yang menentukan jumlah pembayaran AS$790,354,855 tersebut yang pada pendapat saya adalah sangat besar jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan Bond yang diterbitkan sebanyak AS$1.75 bilion bagi pembelian IPP Genting Sanyen.
“Namun, saya tidak curiga dan tidak mempersoalkannya kerana pada masa itu saya menganggap ini adalah sesuatu yang sudah dipersetujui oleh Najib dan pihak IPIC, berdasarkan pelan tindakan dan perbincangan saya dengan Jho Low,” katanya.
Shahrol Azral berkata beliau juga percaya pada masa tersebut bahawa wang deposit keselamatan berkenaan akan dikembalikan semula kepada syarikat apabila IPO bagi perniagaan tenaga syarikat dibuat untuk penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE).
Katanya walaubagaimanapun, wang tersebut tidak pernah dikembalikan semula kepada syarikat walaupun setelah 1MDB gagal melaksanakan penyenaraian perniagaan tenaga ke KLSE.
Saksi itu berkata bayaran AS$790,354,855 kepada Aabar Investments PJS Limited dibuat pada 19 Okt 2012.
Beliau berkata proses pengambilalihan Genting, pada pandangannya dibuat dalam keadaan sangat tergesa-gesa jika dibandingkan dengan pengambilalihan TEHSB.
Katanya semua kelulusan hanya melalui Director Circular Resolution (DCR) tanpa dibentangkan dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (BOD) 1MDB.
“Keadaan tergesa-gesa ini disebabkan tekanan Jho Low yang menyatakan pinjaman dan jaminan daripada pihak IPIC ini harus disegerakan kerana ada faktor kerjasama G2G (kerajaan dengan kerajaan) dan juga mesti diselesaikan sebelum PRU ke-13 untuk memastikan cukup perhatian daripada Najib sebelum beliau akan sibuk berkempen.
“Selepas daripada itu, saya telah dipindahkan ke Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan jawatan CEO telah diambil alih oleh Hazem Abdul Rahman.
“Saya tidak tahu menahu secara terperinci kenapa opsyen Aabar telah ditamatkan kerana saya tidak lagi terlibat secara langsung dalam sebarang perbincangan dan urusan pihak terbabit. Walau bagaimanapun, saya hanya tahu maklumat ini secara am sahaja melalui media,” katanya.
Shahrol Azral dilantik sebagai pengarah di Pemandu yang merupakan unit di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 15 Mac 2013.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan keempat-empat kesalahan itu di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat yang sama. Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/09/lebihan-bayaran-deposit-keselamatan-as790354855-masuk-ke-akaun-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Najib Terima Bayaran Rm 30k

Peguam Najib Terima Bayaran Rm 30k

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 200 hits
Selepas dilantik Peguam Negara pernah kata tiada prinsip subjudis di Malaysia terutama untuk kes 1MDB Namun selepas dia bercakap demikian dia pernah memfailkan sekurang kurangnya 3 saman subjudis 1 Seorang peguam bernama Arun Kasi kerana me...
Najib Approves Us 2 2 Billion Share Capital For 1mdb Subsidiary

Najib Approves Us 2 2 Billion Share Capital For 1mdb Subsidiary

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 182 hits
KUALA LUMPUR The High Court here was told yesterday that former Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had given approval for a subsidiary of 1Malaysia Development Berhad to own 49 percent of the issued share capital in PetroSaudi Oil Se...
Nga Minta Najib Taubat Henti Sebar Berita Palsu

Nga Minta Najib Taubat Henti Sebar Berita Palsu

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 247 hits
Ini berhubung hantaran di Facebook yang kononnya timbalan speaker itu mengajak orang Cina yang tidak puas hati membuat bantahan terhadap Sultan Selangor
Ex 1mdb Ceo Sings Like A Canary Najib Is Looking At 20 Years

Ex 1mdb Ceo Sings Like A Canary Najib Is Looking At 20 Years

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 201 hits
This is from FMT I was coached to downplay Najib Jho Low s roles in 1MDB says ex CEOOctober 1 2019 1MDB CEO Shahrol told High Court he was coached to downplay Najib JoLoby people close to Najib when he was questioned by PAC MACCShahrol 9th ...
Najib 1mdb Trial Day 16 Defence Needs Two Weeks To Cross Examine Ex 1mdb Ceo Shafee

Najib 1mdb Trial Day 16 Defence Needs Two Weeks To Cross Examine Ex 1mdb Ceo Shafee

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 275 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged abuse of power and money laundering of 1MDB funds enters its 16th day today at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of the pr...
Yakin Najib Dan Zahid Hamidi Akan Ke Penjara Hisham Mahu Kejar Kerusi Pm Semula

Yakin Najib Dan Zahid Hamidi Akan Ke Penjara Hisham Mahu Kejar Kerusi Pm Semula

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 171 hits
Kenapa tiba tiba saja Hishammuddin Hussein mahu dijadikan Setiausaha Agung BN Dan mengapa perlu ada desakan untuk tujuan itu Bukankah kuasa melantik Setiausaha Agung BN terletak pada Pengerusi BN Di atas ini adalah antara beberapa persoalan...
Dividen Ltat Hanya 2 Presiden Patriot Juga Salahkan Najib

Dividen Ltat Hanya 2 Presiden Patriot Juga Salahkan Najib

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 191 hits
PERSATUAN Patriot Kebangsaan senada dengan kepimpinan kerajaan dalam isu dividen rendah Lembaga Tabung Angkatan Tentera dengan menyifatkan ia berpunca daripada kelemahan pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Presiden Patr...
Najib Jaga Harta Negara

Najib Jaga Harta Negara

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 259 hits
Ini Fakta 1 Aset Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang ditinggalkan oleh DS Najib adalah RM 10 billion Tun M cuma RM 1 4 billion DS Najib bukan perompak DS Najib bina masa depan ATM ketika mereka dihasut untuk undi PH2 Aset Tabung Haji yang ...
Najib Shafee S Second Bid To Oust Sri Ram Abuse Of Legal Process Agc

Najib Shafee S Second Bid To Oust Sri Ram Abuse Of Legal Process Agc

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 216 hits
The Attorney General s Chambers and two others want the Federal Court to determine whether Najib Abdul Razak and his lawyer Muhammad Shafee Abdullah s second legal bid to oust Gopal Sri Ram from prosecuting the duo s criminal cases amount t...
Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Ultimate Guide To Ghibli Park

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat Dan Sebab Sebab Perlu Sujud Sahwi

April 18 2024 Pesan Orang Alim

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Jangan Terpedaya Kolaborasi Dengan Zico Netizen Gesa Untuk Boikot Lagu Baru Jennie Bp Atas Sebab Ini

10 Amazing Wordpress Design Resouces

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak