Lebih Sejuta Belia Ini Akan Undi Siapa Buat Kali Pertama Kali
Sedikit imbasan, selepas Pakatan Harapan (PH) diberi mandat selama 22 bulan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kita diuji pula dengan peletakan jawatan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Februari 2020.
Waktu itu Covid-19 sedang perlahan-lahan memasuki negara. Ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac 2020, rakyat makin resah kerana mangsa dijangkiti Covid-19 meningkat.
Disebabkan itu, genap 18 hari selepas pelantikan, Muhyiddin terpaksa mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac 2020.
Terus bergolak, Malaysia bertukar pemimpin nombor satu sekali lagi 17 bulan kemudian apabila Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diangkat sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Sejak Mei 2018, boleh disimpulkan rakyat Malaysia rata-rata sangat ‘penat’ dan ‘sesak nafas’ dengan gelombang politik negara. Ketidakstabilan itu menjadikan kita lebih berhati-hati dan mahu memilih pemimpin terbaik dalam semua segi agar tidak dilanda ‘tsunami’ politik sekali lagi ~ Merak Jalanan
Jadi.. Lebih sejuta belia usia 18 hingga 20 tahun yang mengundi kali pertama ni..berhati-hatilah memilih..
PUTRAJAYA - Seramai 1,393,549 pemilih berusia 18 hingga 20 tahun di seluruh negara akan mengundi kali pertama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), November ini.
Berdasarkan statistik umur Daftar Pemilih yang dikemas kini sehingga 9 Oktober, seramai 86,914 pengundi berusia 90 tahun ke atas.
Bagi lingkungan umur 21 hingga 29 tahun, seramai 4,614,429 orang pengundi layak.
Manakala bagi usia 30 hingga 59 tahun pula adalah seramai 11,354,094 orang serta pemilih warga emas pula adalah seramai 3,724,652 orang.
Bagi pecahan negeri pula, Selangor merekodkan bilangan pemilih tertinggi iaitu 3,677,848 orang diikuti Johor, 2,616,575 orang.
Pemilih di Perak adalah 2,036,872, Sarawak (1,943,074), Sabah (1,689,074), Kedah (1,575,805), Kelantan (1,404,073), Pulau Pinang (1,226,626), Kuala Lumpur (1,151,407).
Dan Pahang (1,136,944), Terengganu (992,856), Negeri Sembilan (850,865), Melaka (657,324), Perlis (195,927), Labuan (44,484) dan Putrajaya (42,881).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan seramai 21,173,638 orang pengundi pada PRU15 kali ini ~ Sinar Harian
Seperti dicanangkan Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub dalam pelancaran kempen #SatuJari Sempena PRU15 pada Selasa, rakyat seharusnya memilih pemimpin yang ada enam kriteria - bersih daripada rasuah, bertanggungjawab, sedia membela nasib rakyat, berintegriti, jujur dan bijak.
Selain itu Prinsip yang dipegang oleh Calon perlu juga diambil kira.. jangan dipilih Calon yang sanggup menggadai Prinsip hanya kerana gila nak berkuasa..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/10/lebih-sejuta-belia-ini-akan-undi-siapa.html