Lebih Raya Pj Utamakan Rakyat Bukan Kroni




Lebih raya PJ: Utamakan rakyat bukan kroniPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: May 27, 2022
ShareKelulusan projek pembinaan lebuh raya baharu di tengah tengah Petaling Jaya amat tidak wajar dan hanya menyusahkan penduduk setempat.
Bagi Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof yang sebelum ini meluluskan pembinaan lebuh raya di tengah tengah bandaraya itu ternyata tidak peka dengan kehendak penduduk dan kaedah penyelesaian pengangkutan moden.
Katanya, memang kesesakan lalu lintas perlu diselesaikan namun cara penyelesaian bukanlah secara semberono membina lebuh raya, sebaliknya meningkatkan jaringan pengangkutan awam.
“Pengangkutan awam merupakan hak asasi orang ramai sama seperti hospital, sekolah, pusat rekreasi dan perpustakaan yang diperlukan untuk gaya hidup mampan dan sihat. Pengangkutan awam adalah perkhidmatan sosial untuk rakyat.
“Kajian di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan bahawa bagi setiap AS$1 yang dibelanjakan untuk pengangkutan awam ia akan membawa pulangan ekonomi sebanyak AS$4. Pada masa sama, ia akan membantu menjana pendapatan bagi perniagaan tempatan, pekerjanya dan kawasan kejiranan mereka.
“Malangnya, kerajaan dan juga pemaju swasta rabun bagaimana mereka melihat perkembangan pengangkutan awam. Kami tidak memerlukan lebuh raya bertingkat dan jejambat bertingkat kerana ia tidak mengurangkan kesesakan lalu lintas tetapi hanya beralih dari satu kawasan kesesakan ke kawasan lain seperti yang kita lihat di India dan A.S,” katanya.
Tegas Maria, penyelesaian masalah pengangkutan dengan membina lebuh raya baharu adalah lapuk dan digunakan ketika era pembangunan di AS pada 1970an atau negara membangun baharu pada era 1980an.
Pendekatan terkini, ujarnya ialah dengan pengangkutan awam berintegrasi yang memudahkan pengguna bergerak.
Namun, kata Maria, pengangkutan awam pula tidak dirancang dengan baik sehingga tidak mencapai tujuan ia direkabentuk.
“Satu contoh yang baik ialah laluan untuk MRT3 yang pada mulanya berhasrat untuk diarahkan di Bukit Gasing berketumpatan rendah, dan bukannya meluaskan capaiannya untuk memberi perkhidmatan kepada kawasan berpenduduk tinggi seperti Taman Medan, seksyen 51 dan hab pembangunan Petaling Jaya Sentral.
“Contoh lain pula PJD Link yang telah kembali menghantui penduduk Petaling Jaya. Sebelum ini projek ini dilabel sebagai Kidex tetapi ditolak kerana mempunyai laluan yang tidak praktikal serta memotong kawasan kediaman dan komersial yang besar, menyebabkan banyak penduduk dan syarikat berpindah kerana pemerolehan harta secara besar-besaran diperlukan untuk memberi laluan kepada lebuh raya.
“Setakat ini pemaju Kidex/PJD Link tidak menunjukkan kepada Kerajaan Negeri mahupun penduduk yang terjejas tiga daripada kajian wajib, iaitu kajian impak sosial, alam sekitar dan pengangkutan, yang diperlukan sebelum kelulusan sebarang pembangunan.
“Banyak mesyuarat, bantahan dan bantahan konkrit telah dibangkitkan untuk menghentikan PJD Link tetapi ia seolah-olah tidak dapat didengari, terutamanya oleh Menteri Kerja Raya,” katanya.
Oleh itu, Maria membidas cara kerja Kementerian Kerja Raya dan kerajaan Malaysia yang ketingalan zaman, tidak diamalkan di negara maju serta gagal mengambil kira pendapat penduduk terjejas di sepanjang laluan lebuh raya
“Adalah pra-matang bagi Menteri Kerja Raya untuk meluluskan kerja-kerja pembangunan tanpa berunding terlebih dahulu dengan Kerajaan Negeri dan penduduk.Terdapat banyak cara untuk menyelesaikan masalah ini dan membangunkan satu
lagi lebuh raya bertingkat adalah langkah yang salah.
“Semua lebuh raya ini memerlukan kelulusan Kerajaan Negeri masing-masing setelah menunjukkan ia memenuhi 3 laporan di atas. (Dalam hal ini) saya menggesa kerajaan negeri Selangor menolak PJD Link dan mencari alternatif sistem pengangkutan awam yang lebih mampan,” katanya.
Tegas beliau, satu mesyuarat perundingan antara Kerajaan Negeri, wakil rakyat dan penduduk sangat berguna dalam menyelesaikan kedudukan Selangor di dalam PJD Link Sistem.
Pengangkutan bawah tanah atau pintar, katanya, akan membantu mengurangkan kesesakan, menyediakan akses mobiliti yang lebih besar untuk golongan muda, warga emas serta golongan kurang upaya dan pastinya menyelamatkan bumi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/lebih-raya-pj-utamakan-rakyat-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tajuddin Maklumkan Telah Berkhidmat Demi Negara Dan Rakyat Lebih 45 Tahun

Tajuddin Maklumkan Telah Berkhidmat Demi Negara Dan Rakyat Lebih 45 Tahun

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 164 hits
Ahli Parlimen Pasir SalakTajuddin Abdul Rahman menyifatkan kritikan terhadapnya berhubung pelantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia sebagai tidak adil Oleh itu katanya dia tidak mahu mengulas kritikan orang ramai terhadapnya da...
Apa Lebih Debat Anwar Najib Rakyat Dapat Tegok 2 Badut Dengan Idea Idea Untuk Lelong Harta Negara

Apa Lebih Debat Anwar Najib Rakyat Dapat Tegok 2 Badut Dengan Idea Idea Untuk Lelong Harta Negara

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 343 hits
Debat Anwar Najib kata Anwar banyak mana pun projek mega tidak akan ada gunanya kalau tiada prinsip intigriti Namun sedar tak Anwar dan najib untuk dapat prinsip intigriti itu dan nak tegakkan prinsip intigriti itu nak dapat dari mana sumbe...
Telefilem Nawfal Nak Raya

Telefilem Nawfal Nak Raya

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 180 hits
Nawfal Nak Raya telefilem khas Aidilfitri bersiaran pada hari Ahad 15 Mei 2022 jam 9 00 malam di Awesome TV dan tonton telefilem Nawfal Nak Raya online lain awesometv myTELEFILEM NAWFAL NAK RAYASiaran TV Awesome TVWaktu siaran Ahad 15 Mei 2...
Penari Dalam Mv Raya Sekadar Untuk Hiburan Dsv

Penari Dalam Mv Raya Sekadar Untuk Hiburan Dsv

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 135 hits
Baru baru ini usahawan sensasi Datuk Seri Vida memaklumkan dirinya dipanggil ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi memberikan keterangan berhubung video muzik raya yang mencetuskan kontroversi Menurut laporan Datuk Seri Vi
Jepun Masih Utamakan Pemimpin Malaysia

Jepun Masih Utamakan Pemimpin Malaysia

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 237 hits
BERITAMP persoal penyertaan Jovian dalam rombongan Ismail Sabri
Asean Perlu Bersatu Utamakan Keselamatan Serantau Kata Hishammuddin

Asean Perlu Bersatu Utamakan Keselamatan Serantau Kata Hishammuddin

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 186 hits
Asean perlu bersatu utamakan keselamatan serantau kata Hishammuddin Dikemas kini 17 minit yang lalu Diterbitkan pada 22 May
Gambar Raya Bersama Keluarga

Gambar Raya Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 440 hits
Gambar Raya Bersama KeluargaGambar Raya Bersama Keluarga Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Hari Raya pastinya meriah bersama keluarga dan saudara mara Pada Hari Raya pertama pastinya menjadi rutin tahunan setiap hari raya bergambar bersa...
5 Saluran Terbaik Simpan Duit Raya Anak Untuk Jaminan Masa Depan

5 Saluran Terbaik Simpan Duit Raya Anak Untuk Jaminan Masa Depan

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 220 hits
SETIAP kali Syawal anak anak paling murah rezeki bila diberikan duit raya dari saudara mara serta tuan rumah ketika berkunjung Cerita pasal duit raya ini jangan terkejut kalau ada yang dapat sehingga cecah ribuan ringgit setiap kali raya Ib...
Makan Panipuri Di Malam Raya

Makan Panipuri Di Malam Raya

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 262 hits
Makan Panipuri di Malam Raya Kisah throwback di malam hari raya terkejutttz haritu Orang nak raya Aidilfitri tapi aku beli makan makanan Indian Hahahaa Adik aku cakap pernah viral kat Tik Tok Aku nampak cam menarik jugak untuk dicuba taklah...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Remaja Lemas Ketika Mandi Di Sungai Kg Kamansi Bingkor Keningau

Semak Kadar Dividen Asb 2024

Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil