Lebih Banyak Pahala Jaga Anak Lelaki Sebab Lasak Dia Lain Macam


Bukan satu rahsia anak lelaki sememangnya lantang, aktif, lasak dan sukar dijaga. Sebelum anda naik darah, berikut beberapa tip yang ingin Pa&Ma kongsikan agar anda kekal waras ketika membesarkan mereka.
Sebelum mempunyai anak, kita pastinya mengidamkan anak-anak yang mudah dijaga. Bergelar ibu bapa, kita dengan pantas akan menyedari anak lelaki biasanya bertenaga, agresif dan lebih banyak akalnya berbanding anak perempuan.
PANTAU TAHAP AGRESIF ANAK
Ia perkara normal apabila anak lelaki suka bermain dengan senjata (pistol, pedang dan sebagainya), dan kemudian beraksi seolah-olah mereka membunuh orang jahat. Jika anak lelaki anda pernah bermain begini, ia menujukkan impian mereka untuk menjadi penyelamat dan menegakkan keadilan. Melakonkan watak sebagi polis dan penjahat atau bermain ala-ala situasi berdepan zombi dapat menggalakkan anak anda untuk bertindak mengikut logik (yang mana betul dan salah). Setiap kali mereka bermain begini, anda memainkan peranan penting untuk memantau dan menegur jika ia keterlaluan.
Banyak menonton rancangan di televisyen juga boleh menjadi faktor mereka bermain dengan kasar. Oleh itu, anda harus sentiasa peka dengan cara mereka bermain dan pastikan mereka tahu sejauh mana mereka boleh bermain secara kasar dan agresif.

Tidak perlu marah, cukup sekadar menerangkan perkara yang harus mereka tahu supaya mereka faham dan bukannya mengelak daripada melakukannya kerana takut dimarahi anda.
TUNJUKKAN CONTOH YANG BAIK
Anak lelaki biasanya lebih banyak menyimpan memori dan sentiasa ingat apa yang berlaku di persekitaran mereka. Untuk membentuk sahsiah diri yang baik dalam diri mereka, anda harus menjadi contoh terbaik. Bapa terutamanya digalakkan untuk melayan isteri, ibu dan adik-beradi perempuan dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang agar anak-anak dapat menjadikan anda contoh. Salah satu cara yang baik untuk mengajar anak lelaki cara untuk melayan orang lain dengan baik adalah dengan sentiasa bercerita kepada mereka akan kepentingan serta ganjaran menjadi manusia yang sentiasa baik dengan orang lain.
TEKANKAN CIRI-CIRI KEBAIKAN DAN SENSITIVITI
Untuk mengembangkan sisi sensitif anak lelaki anda, jelaskan kepada mereka kepentingan berkongsi alat mainan dengan rakan atau berbuat baik kepada haiwan. Anda juga boleh mebacakan cerita tentang lelaki dalam sejarah yang memperjuangkan keamanan dan kebaikan. Cari peluang untuk mewujudkan peranan sebagai lelaki yang positif dengan menghabiskan masa berkualiti dengan mereka atau mengalakkan mereka untuk menyertai kerja-kerja amal.

Meraikan anak lelaki dengan kasih sayang dan penghargaan juga boleh menjadikan mereka lebih mudah mendengar kata.
GALAKKAN EKSPRESI EMOSI
Sentiasa galakkan anak-anak anda untuk meluahkan perasaan mereka. Biasanya anak lelaki lebih suka memendam perasaan mereka, tetapi sebagai ibu bapa anda harus peka dan bijak untuk menggalakkan mereka bercerita. Anda boleh bercerita dan minta pendapat mereka tentang seusatu hal. Ini memberi mereka satu perasaan dihargai dan menjadikan mereka lebih bersikap terbuka untuk berkongsi sebarang masalah. Jangan menghakimi tetapi galakkan mereka untuk berceritadengan memberi pendapat yang neutral dan tidak menyalahkan mereka.

BERI ANAK RUANG
Anak lelaki suka bermain secara bebas. Mereka tidak selesa dikawal dan dikongkong. Beri ruang kepada mereka untuk bermain dengan menyediakan satu kawasan khas untuk mereka bermain. Di situ, biarkan mereka untuk menjadi diri sendiri tanpa dihalang untuk berbuat apa saja. Sesekali sertai mereka dan sediakan aktiviti yang boleh dibuat bersama.
Jika bermain dengan ayah, banyakkan permainan survival. Ibu pula boleh banyakkan bermain dengan aktiviti skil harian.
Jika diberi peluang dan ditunjukkan cara sebenar untuk membesar menjadi anak yang menyenangkan, ibu bapa harus mengambil inisiatif untuk melatih anak-anak sedari kecil. Elakkan terlalu banyak memarahi mereka kerana ia akan memberi impak kepada emosi serta tumbesaran mereka.

 

The post Lebih Banyak Pahala Jaga Anak Lelaki, Sebab Lasak Dia Lain Macam appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lebih-banyak-pahala-jaga-anak-lelaki-sebab-lasak-dia-lain-macam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Anak Sulung Sering Dapat Layanan Lebih Dari Yang Lain

Kenapa Anak Sulung Sering Dapat Layanan Lebih Dari Yang Lain

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 387 hits
Iya lah mereka yang menjadi penghuni pertama dari rahim si ibu Sayangnya si ibu dan si bapa lebih dari segalanya Tapi ada beberapa kriteria si sulung yang mungkin tiada pada adik adik yang lain Kriteria mereka mungkin ada yang sama dengan a...
Enggan Masukkan Anak Ke Tadika Lebih Awal Cik Epal Suami Pilih Didikan Anak Cara Tradisi Jepun

Enggan Masukkan Anak Ke Tadika Lebih Awal Cik Epal Suami Pilih Didikan Anak Cara Tradisi Jepun

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 1370 hits
Nama Cik Epal dan suaminya Jofni Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Jo melonjak naik selepas isu kes saman menyaman di instagram Dek kerana terlalu terbuka berkongsi segala hal mereka dikecam tanpa usul periksa Mendekati Cik Epal dan sua...
Anak Terbantut Bukan Masalah Ketinggian Saja Rupanya Ada 6 Risiko Lain Ramai Ibubapa Perlu Tahu

Anak Terbantut Bukan Masalah Ketinggian Saja Rupanya Ada 6 Risiko Lain Ramai Ibubapa Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 1444 hits
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia kajian tentang kes hipotirodisme di Malaysia menganggarkan 120 kelahiran bayi yang mendapat penyakit tersebut setiap tahun Mereka yang berpenyakit ini mempunyai risiko tinggi akan mengalami tumbesaran ...
Lebih Banyak Bukti Mengejutkan Dalam Perbicaraan Kes Najib Minggu Ini

Lebih Banyak Bukti Mengejutkan Dalam Perbicaraan Kes Najib Minggu Ini

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 304 hits
Bernama Lebih banyak keterangan mengejutkan daripada saksi penting dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak dalam SRC International Sdn Bhd minggu ini yang mendedahkan ketua pegawai eksekutif SRC Nik Faisal Ariff Kamil mendapat soko...
Anak Langsung Tak Nak Makan Nasi Mama Jangan Rasa Stress Boleh Gantikan Dengan Makanan Lain

Anak Langsung Tak Nak Makan Nasi Mama Jangan Rasa Stress Boleh Gantikan Dengan Makanan Lain

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 576 hits
Sememangnya ada di kalangan anak anak kita yang tidak suka makan nasi Malah langsung tidak boleh terima nasi dalam menu harian mereka Rungsing ibu dibuatnya bila anak anak tidak mahu langsung menjamah nasi seperti anak anak lain Sihatkah me...
Anak Menangis Nak Menyusu Ibu Pula Nak Bersolat Mana Satu Lebih Utama Solat Atau Menyusukan Anak

Anak Menangis Nak Menyusu Ibu Pula Nak Bersolat Mana Satu Lebih Utama Solat Atau Menyusukan Anak

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 477 hits
Situasi anak menangis nak menyusu ibu pula kalut nak bersolat adalah perkara biasa di kalangan ibu menyusu beranak kecil Dilema sungguh para ibu sebabnya kalau teruskan bersolat jadi tak khusyuk pula sebab anak akan meraung menangis selagi ...
Memeluk Anak 18 Kali Sehari Menjadikan Anak Lebih Pandai Dan Bijak

Memeluk Anak 18 Kali Sehari Menjadikan Anak Lebih Pandai Dan Bijak

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 367 hits
Anak yang berusia antara 1 5 tahun sehingga 3 tahun sememangnya suka memberontak campak barang merajuk mengamuk menjerit dan macam macam lagi drama yang mereka buat semata mata nak dapat perhatian Daripada perkongsian anak anak kita ni sebe...
Anak Yang Kerap Dirangsang Otak Kanan Dikatakan Menjadi Lebih Bijak

Anak Yang Kerap Dirangsang Otak Kanan Dikatakan Menjadi Lebih Bijak

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 316 hits
Otak kanan memainkan peranan penting mendapat anak bijak Semua ibu bapa mesti mengidamkan anak membesar dengan bijak kan Sebenarnya semua anak dilahirkan dengan keistimewaan masing masing Perlu diingat bahawa setiap kanak kanak berkembang p...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025