Lebih 800 000 Pekerja Binaan Bakal Peroleh Manfaat Kad Hijau
Lebih 800,000 personel binaan akan memperoleh manfaat daripada Kad Pendaftaran Personel Binaan atau ‘Kad Hijau’ Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang baharu, yang dikuatkuasakan Ogos tahun ini.
Pengerusi CIDB Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali berkata menerusi Program Penambaikan Teknologi Kad Pendaftaran Personel Binaan, kad baharu itu akan membolehkan CIDB melakukan pengawalan yang lebih baik daripada segi keselamatan dan pengurusan pengeluaran kad.
Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();
“Sejak beberapa tahun ini kami dapati terdapat banyak pihak yang tidak bertanggungjawab melanggar undang-undang dengan mengeluarkan kad-kad pendaftaran palsu. Justeru, kita memerlukan satu kad yang telah ditambah baik ciri-ciri keselamatannya dan tidak mudah diklon,” katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ahmad Tajuddin berkata, kad baharu itu akan mengandungi pengenalan diri maya yang boleh diakses oleh pengguna sendiri, majikan dan para pegawai penguat kuasa CIDB untuk menyemak status personel binaan setelah peraturan mengenai pendaftaran personel binaan diperkenalkan pada 1997.
Beliau menambah, kad sedia ada hanya digunakan sebagai tanda pengenalan diri semata-mata manakala kad baharu itu membolehkan penyelia tapak atau pegawai keselamatan merekodkan kehadiran pekerja di tapak pembinaan dengan cara mengimbas kod QR pada kad dan boleh menjana laporan kehadiran bagi tujuan pengurusan.
Program itu dilaksanakan secara kerjasama antara CIDB Malaysia dan Bayo Pay (M) Sdn Bhd.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bayo Aznul Abdullah memberitahu Bernama, kad itu mempunyai dua fungsi iaitu sebagai pengenalan diri dan sebagai kad pembayaran yang memberi kemudahan kepada para pekerja untuk membuat pembayaran yang diterima di seluruh dunia, selain boleh digunakan bagi pengeluaran wang tunai di mana-mana mesin juruwang automatik (ATM) yang menerima kad pembayaran Mastercard.
Selain itu, Aznul berkata, mereka juga telah memperkenalkan dompet mudah alih untuk para pemegang kad yang mengandungi banyak ciri seperti pembayaran elaktronik, platform komunikasi dan platform untuk latihan dalam talian.
“Menerusi ciri pembayaran elektronik, personel binaan boleh melakukan aktiviti seperti penghantaran wang, pembayaran menggunakan kod QR dan pembelian aplikasi serta menambah nilai.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
“Sebagai platform komunikasi pula, mereka boleh melaporkan kemalangan-kemalangan di tapak pembinaan manakala platform latihan dalam talian pula menawarkan akses tiada had kandungan-kandungan latihan dalam talian kepada para pemegang kad,” kata beliau.
Dompet mudah alih itu boleh dimuat turun dari Apple Store dan Google Play Store mulai suku ketiga tahun ini.
– Bernama
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysianupdate.com/2019/06/lebih-800000-pekerja-binaan-bakal-peroleh-manfaat-kad-hijau/