Lebih 300 Pelabur Forex Alami Kerugian Rm104 7 Juta




GEORGE TOWN – Seramai 388 individu mengalami kerugian sebanyak RM104.75 juta apabila ditipu satu skim pelaburan mata wang Forex rentas sempadan sejak 2016 hingga 2023.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, kesemua mangsa berusia lingkungan 18 hingga 80 tahun dan berasal dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.
Menurutnya, kebanyakan mangsa terdiri daripada golongan profesional seperti pekerja bank, penjawat awam, doktor, guru, pesara dan ahli perniagaan.
Tambahnya, kesemua mangsa dijanjikan akan mendapat keuntungan antara 1 hingga 2 peratus sebulan daripada jumlah yang dilaburkan.
Lee menceritakan modus operandi syarikat yang menjalankan skim pelaburan perdagangan mata wang Forex.
“Jumlah mangsa ini sebenarnya lebih ramai tetapi mereka takut untuk membuat laporan polis kerana bimbang dengan implikasi undang-undang.
“Sindiket penipuan ini dipercayai didalangi beberapa individu dari Malaysia, Indonesia dan Rusia,” katanya pada sidang akhbar di hadapan Bank Negara Cawangan Pulau Pinang di sini pada Isnin.
Sebelum itu, Hishamuddin hadir bersama lebih 50 mangsa untuk menyerahkan kesemua aduan yang diterima kepada Bank Negara untuk menjalankan siasatan serta mengambil tindakan segera terhadap suspek yang dipercayai berada di Pulau Pinang.
Tambahnya, konsep dan modus operandi ini melibatkan sebuah syarikat yang mana telah dilantik sebagai broker pelaburan yang bertapak di Malaysia
“Broker tersebut merupakan pihak yang menguruskan transaksi kewangan antara pelabur dan syarikat.
“Pelaburan tersebut telah diuruskan oleh seorang warga Rusia yang kononnya dikatakan mempunyai kepakaran dan berpengalaman luas dalam jual beli mata wang Forex serta aktif dalam mempromosikan dan mengadakan kelas-kelas di Malaysia,” katanya.
Jelas beliau lagi, kesemua mangsa melabur antara RM20,000 hingga lebih RM1 juta.
“Mangsa hanya sempat menerima dua hingga tiga kali keuntungan sebelum dalang sindiket mendiamkan diri. Tetapi ada juga mangsa yang langsung tidak mendapat keuntungan daripada mula mereka melabur.
“Apa yang menarik perhatian mangsa untuk menyertai skim pelaburan ini setelah mereka dijanjikan dengan tawaran pulangan yang menarik. Selain itu, terdapat bank-bank di Malaysia yang disyaki digunakan sebagai medium untuk menghantar wang ke luar negara bagi skim pelaburan tersebut,” katanya.
Sementara itu, salah seorang mangsa, Lee, 32 berkata, dia merupakan ejen kepada syarikat tersebut dan mempunyai 1,000 ahli di bawah seliaannya.
Bagaimanapun, dia turut diperdaya syarikat berkenaan apabila tidak dapat menghubungi ‘up line’ nya untuk berbincang mengenai pulangan pelaburan tersebut.
“Pada mulanya kami mendapat pulangan seperti yang dijanjikan namun sejak tahun lalu, langsung tiada pulangan yang diterima. Jumlah keseluruhan yang ditanggung oleh saya dan ahli di bawah seliaan adalah RM3 juta.
“Saya kasihan dengan ahli-ahli saya kerana ada yang sanggup menjual kereta dan rumah untuk melabur,” katanya.
Dia turut berterima kasih kepada pihak polis kerana membuka kertas siasatan terhadap semua aduan yang dibuat mangsa.
“Terima kasih kepada polis kerana tidak berdolak dalih ketika menjalankan siasatan terhadap semua aduan yang dibuat,” katanya.


Source link
The post Lebih 300 pelabur Forex alami kerugian RM104.7 juta appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/lebih-300-pelabur-forex-alami-kerugian-rm104-7-juta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Pekerja Bank Doktor Ahli Perniagaan 388 Pelabur Forex Rugi Lebih Rm100 Juta Akibat Ditipu

Hiburan Pekerja Bank Doktor Ahli Perniagaan 388 Pelabur Forex Rugi Lebih Rm100 Juta Akibat Ditipu

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 181 hits
Melalui laporan seramai 388 pelabur forex telah rugi sebanyak RM104 75 juta akibat ditipu oleh sebuah syarikat di luar negara Pelabur terdiri daripada golongan profesional Susulan itu mereka memohon bantuan daripada Pertubuhan Kemanusiaan M...
Kontraktor Projek Perumahan Generasi Baru Felda Di Pahang Dakwa Kerugian Lebih Rm30 Juta

Kontraktor Projek Perumahan Generasi Baru Felda Di Pahang Dakwa Kerugian Lebih Rm30 Juta

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 160 hits
KUANTAN Kontraktor yang terlibat dalam 10 projek Perumahan Generasi Baru Felda di Pahang mengalami kerugian lebih RM30 juta akibat pelaksanaan projek berkenaan terbengkalai hampir dua tahun Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul Datuk Jasr...
Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 149 hits
PETALING JAYA 26 November 2024 Persatuan Platform Aset Digital Malaysia memberi peringatan kepada para pelabur untuk lebih peka terhadap scammer berikutan dari kenaikan harga Bitcoin yang hampir mencecah US 100 000 dan juga peningkatan harg...
Wang Tunai Lebih Rm45 Juta Di Pejabat Rumah Kereta Bekas Pengarah Jans

Wang Tunai Lebih Rm45 Juta Di Pejabat Rumah Kereta Bekas Pengarah Jans

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 140 hits
BERNAMAKota Kinabalu Lebih RM45 juta wang tunai dirampas daripada bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Ag Mohd Tahir Mohd Talib dalam kes pengubahan wang haram pada 2016 kata Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat Beliau berkata berdasark...
Dah Enjoy Duit Tapi Kerja Tak Siap Siap Vida Tampil Perjelas Isu Hutang Lebih Rm1 Juta Minta Semua Pihak Bertenang

Dah Enjoy Duit Tapi Kerja Tak Siap Siap Vida Tampil Perjelas Isu Hutang Lebih Rm1 Juta Minta Semua Pihak Bertenang

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 102 hits
Dato Seri Vida memberi penjelasan tentang hutang lebih RM1 juta yang didakwa tidak dibayarnya kepada syarikat pembinaan Ah Design Communication sejak 2018 Menurut laporan usahawan itu berkata kontraktor terbabit sudah pun mendapat sebahagia...
Pelanggan 5g Di Malaysia Kini Lebih 17 5 Juta Meliputi 82 1 Kawasan Penduduk Menteri Digital

Pelanggan 5g Di Malaysia Kini Lebih 17 5 Juta Meliputi 82 1 Kawasan Penduduk Menteri Digital

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 299 hits
Menteri Digital Gobind Singh Deo dalam ucaptama 8216 Connected Industries Day Transforming Manufacturing with 5G and AI 8216 memaklumkan pengguna 5G di Malaysia kini sduah mencapai lebih 17 5 juta pelanggan Beliau berkata salah satu pencapa...
Ibu Rumah Tangga Kerugian Lebih Rm750 000 Ditipu Oleh Pelaburan Bitcoin

Ibu Rumah Tangga Kerugian Lebih Rm750 000 Ditipu Oleh Pelaburan Bitcoin

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 181 hits
JOHOR BAHRU Seorang suri rumah hilang lebih RM750 000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan bitcoin dalam talian Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam DSP Dr Mohd Roslan Mohd Tahir mengesahkan bahawa mereka telah menerima laporan daripada...
Peniaga Oku Kerugian Rm6 000 Akibat Barang Jualan Tenggelam Dalam Banjir

Peniaga Oku Kerugian Rm6 000 Akibat Barang Jualan Tenggelam Dalam Banjir

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 151 hits
CHUKAI Seorang peniaga OKU dari Kampung Padang Kemasik mengalami kerugian lebih RM6 000 akibat barang dagangannya terendam dalam banjir gelombang kedua yang melanda sejak Selasa lalu Zainal Abidin Kamarudin 50 mengakui dia sangat terkesan a...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Top Marketing Strategies For Buzz

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Persediaan Persekolahan

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


From Paris London

Drama Abang Bunga Macho

Rayola Pai Indak Ka Babaliak Chord

Indonesia Beli Dron Bayraktar Turkiye

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

V Speed A Made To Order Custom Buell Xb12 From Florida