Lebih 300 000 Penduduk Dunia Sudah Dijangkiti Covid 19



Lebih 300,000 orang kini sudah dijangkiti dan 12,944 orang mati akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19) berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Universiti Johns Hopkins

Itali dilaporkan mencatatkan korban Covid-19 teramai dalam sehari iaitu 793 pada Sabtu lalu

Sementara itu di luar China, jumlah kes disahkan bertambah kepada 184,657

Itali, Sepanyol, Iran, Jerman, Amerika Syarikat dan Perancis antara negara paling teruk terjejas, kesemuanya merekodkan lebih 10,000 kes dan negara-negara ini mencatatkan lebih 130,000 jangkitan

Itali melaporkan 6,557 kes baru pada Sabtu, menjadikan keseluruhan sebanyak 53,578 sejak wabak mula dikesan pada 21 Februari

Kematian yang dicatatkan dalam tempoh 24 jam itu tertinggi dicatatkan, menjadikan jumlah korban sebanyak 4,825

Di Sepanyol, kes jangkitan menghampiri 25,000 pada Sabtu menjadikan keseluruhan sebanyak 5,000. Seramai 326 pesakit pula meninggal dunia dengan jumlah keseluruhan 1,328

Di Perancis, 112 kematian dilaporkan manakala kes jangkitan sebanyak 1,847 meningkat kepada 14,459

Seramai 6,172 orang dimasukkan ke hospital termasuk 1,525 pesakit berada di dalam unit rawatan rapi, separuh daripadanya di bawah umur 60 tahun

United Kingdom pula menyaksikan kes terkini sebanyak 5,018, dengan 233 kematian


Sebanyak 30 lagi kematian dilaporkan di Belanda, 136 orang meninggal dunia, 637 disahkan dijangkiti dengan keseluruhan kes 3,631

Pada Sabtu juga Cyprus, Finland, Lithuania, Bosnia dan Herzegovina masing-masing melaporkan kematian pertama akibat Covid-19

Dalam pada itu, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memberi amaran bahawa Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) akan menerima lebih ramai pesakit Covid-19 kerana negara itu berada dua hingga tiga minggu di belakang Itali


"Angka ini memang jelas dan ia semakin meningkat. Kita berada beberapa minggu, dua atau tiga minggu di belakang Itali

"Mereka (Itali) mempunyai sistem kesihatan yang terbaik tetapi doktor dan jururawat mereka sudah tidak mampu untuk menerima jumlah pesakit yang ramai. Kematian di Itali sudah mencapai ribuan dan ia semakin meningkat

"Kita perlu bekerjasama dan melakukan usaha secara kolektif untuk memperlahankan penyebaran wabak ini atau NHS kita juga akan mengalami jumlah pesakit yang sangat tinggi," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh CNN sempena Hari Ibu semalam

Dalam kenyataan itu, Boris berkata, negara tersebut telah mengambil tindakan yang sangat tegas dan belum pernah diambil walaupun ketika negara itu dalam keadaan aman atau pun perang

Sementara itu, Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte mengarahkan semua perniagaan dihentikan sehingga 3 April kecuali operasi perniagaan yang penting sahaja dibenarkan beroperasi


"Hanya aktiviti pengeluaran yang penting untuk negara dibenarkan," katanya menerusi satu hantaran video di Facebook yang disiarkan oleh Al-Jazeera

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez pula memberi amaran perkara buruk bakal melanda dan mahu seluruh rakyat di negara itu terus kuat

"Kita mesti bersedia secara psikologi dan emosi. Risiko kini di mana-mana," katanya dalam laporan CNN

Perdana Menteri India, Narendra Modi pula menasihatkan 1.3 bilion rakyatnya supaya menyertai perintah berkurung rakyat atau dikenali sebagai Janata Curfew


"Duduk dalam rumah dan kekal sihat," katanya dalam satu ciapan di Twitternya

Janata Curfew dikenakan dari jam 7 pagi hingga 9 malam bertujuan untuk memecahkan rangkaian jangkitan serta menilai keupayaan India untuk melawan pandemik tersebut

Sementara itu, Presiden El Salvador, Nayib Bukele mengumumkan negara itu menjalani perintah berkurung selama 30 hari

Bukele berkata, hanya seorang sahaja dibenarkan untuk keluar membeli barang keperluan, makanan dan ubat

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison mengumumkan penutupan kelab malam, panggung wayang, kasino dan tempat ibadat selepas mesyuarat Kabinetnya semalam

Hanya perkhidmatan penghantaran ke rumah dan pasar raya sahaja yang dibenarkan beroperasi termasuk sekolah akan terus dibuka

Jumlah kes positif Covid-19 di negara tersebut kini sudah mencapai sebanyak 1,315 orang

Sumber: Sinar Harian

from Sehinggit Media https://ift.tt/2UaFaBh
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/03/lebih-300000-penduduk-dunia-sudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Lebih 30 000 Maut Di Seluruh Dunia

Covid 19 Lebih 30 000 Maut Di Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 279 hits
Jumlah korban di seluruh dunia akibat Covid 19 melebihi 30 000 pada Sabtu lapor agensi berita Anadolu memetik data Johns Hopkins University Itali Sepanyol China dan Iran kekal negara paling banyak mencatatkan kematian tetapi Amerika Syarika...
Covid 19 Amerika Syarikat Kini Nombor Satu Di Dunia Dengan Lebih 82 000 Kes Positif

Covid 19 Amerika Syarikat Kini Nombor Satu Di Dunia Dengan Lebih 82 000 Kes Positif

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 353 hits
Diterjemahkan oleh Amerika Syarikat kini mempunyai jumlah kes positif COVID 19 tertinggi di dunia melepasi China dengan 82 404 kes keseluruhan BILANGAN kes positif jangkitan COVID 19 di seluruh dunia buat pertama kalinya melepasi angka sete...
Hampir 500 000 Kes Covid 19 Di Seluruh Dunia Naik Lebih 120 000 Kes Dalam Tiga Hari

Hampir 500 000 Kes Covid 19 Di Seluruh Dunia Naik Lebih 120 000 Kes Dalam Tiga Hari

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 301 hits
Peningkatan COVID 19 semakin serius di seluruh dunia dan kini mencecah 472 763 kes Dalam tempoh tiga hari sahaja sebanyak kira kira 120 000 kes dicatatkan di seluruh dunia berdasarkan data Kebanyakan daripada peningkatan mendadak itu meliba...
Kematian Global Covid 19 Meningkat Lebih 30 000

Kematian Global Covid 19 Meningkat Lebih 30 000

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 383 hits
Kematian global COVID 19 meningkat lebih 30 000Kematian global akibat wabak koronavirus mencecah lebih 30 000 dengan jumlah jangkitan melebihi 660 000 Covid 19 Kematian global meningkat lebih 30 000KEMATIAN global akibat wabak koronavirus m...
Lebih 3 000 Katil Di 34 Hospital Untuk Rawat Covid 19 34 Peratus Sudah Digunakan

Lebih 3 000 Katil Di 34 Hospital Untuk Rawat Covid 19 34 Peratus Sudah Digunakan

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 223 hits
Perdana Menteri mengumumkan akan menambah lebih 3 000 katil di hospital di seluruh negara Kerajaan menjangkakan kes kes baru akan terus dicatatkan dalam masa terdekat Oleh itu KKM telah melakukan persiapan termasuk menyediakan 3 585 katil d...
Lebih 82 000 Kes As Negara Paling Tinggi Jangkitan Covid 19

Lebih 82 000 Kes As Negara Paling Tinggi Jangkitan Covid 19

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 240 hits
G20 salur dana AS 5 trilion secara global untuk perangi wabak 27 03 2020WASHINGTON 2 Syaaban 1441H Jumaat Amerika Syarikat mencatatkan kes paling tinggi jangkitan pandemik COVID 19 di seluruh dunia melepasi China dan Itali AFP melaporkan le...
Amerika Kini Negara Paling Teruk Dilanda Wabak Covid 19 Catat Lebih 100 000 Kes Positif

Amerika Kini Negara Paling Teruk Dilanda Wabak Covid 19 Catat Lebih 100 000 Kes Positif

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 365 hits
Washington 28 Mac Menurut data terkini Amerika Syarikat telah mencatatkan lebih 104 142 kes COVID 19 setakat ini Angka kes menjadikan AS sebagai negara paling teruk terkesan akibat COVID 19 selepas Itali Sepanyol dan China Semalam sahaja se...
Lebih 35 000 Individu Sudah Buat Ujian Covid 19 Noor Hisham

Lebih 35 000 Individu Sudah Buat Ujian Covid 19 Noor Hisham

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 266 hits
SHAH ALAM 29 MAC Sejumlah 35 516 individu sudah melalui ujian saringan bagi mengesan Covid 19 di negara ini sehingga semalam kata ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata hasil saringan berkenaan 24 727 didapati negati...
100 000 Kes Baru Seluruh Dunia Dalam 4 Hari Who Beri Amaran Pandemik Covid 19 Semakin Cepat Menular

100 000 Kes Baru Seluruh Dunia Dalam 4 Hari Who Beri Amaran Pandemik Covid 19 Semakin Cepat Menular

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 332 hits
PERTUBUHAN Kesihatan Dunia memberi amaran bahawa pandemik Coronavirus semakin cepat MENULAR dengan rekod lebih 300 000 kes dilaporkan setakat hari ini Ia mengambil masa selama 67 hari sejak hari pertama dilaporkan sehinggalah mencapai 100 0...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kata Kata Nasihat Dalam Perjalanan

Abu Hurairah Sahabat Periwayat 5 374 Hadits

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Tahukah Anda Fasal Nama Tempat Terpanjang Dan Terpendek Di Malaysia