Lebih 30 000 Peluang Pekerjaan Dalam Sektor Pembinaan Diwujudkan Arthur


BH ONLINE Foto hiasan - BERNAMA KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) menganggarkan lebih 30,000 peluang pekerjaan dapat diwujudkan dalam pelbagai bidang, khususnya sektor pembinaan pada tahun hadapan.
Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata peluang pekerjaan itu akan ditawarkan di bawah Program Pekerjaan Jangka Pendek (mySTEP) dan Latihan Profesional dan Pendidikan untuk Usahawan Berkembang (PROTÉGÉ) yang akan bermula pada Januari 2022.
"Dalam Belanjawan 2022, kita (KKR) ingin merancakkan sektor pembinaan supaya mewujudkan peluang pekerjaan kepada warga tempatan, terutama kepada golongan belia," katanya pada program Selamat Pagi Malaysia di TV1 terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.
Justeru, beliau berkata, penggiat industri perlu menggunakan teknologi dan mekanisasi untuk pelaksanaan projek pembinaan selaras dengan peralihan industri pembinaan dalam alaf industri 4.0 supaya menarik minat dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada warga tempatan.
"Ia juga akan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing untuk jangka masa panjang.
"Selain itu, syarat wajib syarikat kontraktor yang mendapat kontrak kerajaan melebihi nilai ambang RM10 juta yang perlu memperuntukkan satu peratus daripada nilai kontrak bagi melaksanakan program PROTÉGÉ juga akan merancakkan peluang pekerjaan di sektor pembinaan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, kerajaan akan meneruskan projek pembangunan berimpak tinggi bernilai RM3.5 bilion antaranya pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) dan Jalan Central Spine dalam usaha merangsang pemulihan ekonomi negara.
Katanya, kerajaan juga akan terus melaksanakan projek kecil dan sederhana bernilai RM2.9 bilion yang dikhususkan kepada kontraktor G1-G4 di seluruh negara dan memperuntukkan RM200 juta bagi projek berskala kecil khusus untuk penyertaan Bumiputera.
"Untuk tahun ini, RM200 juta diperuntukkan bagi Program Pembangunan Kontraktor Kecil Penyenggaraan membabitkan 564 kontraktor G1-G4 iaitu 337 dari Semenanjung dan 227 dari Sabah, Sarawak dan Labuan," katanya.
Dalam belanjawan 2022, KKR menerima RM7.3 bilion meliputi bajet mengurus sebanyak RM823 juta, manakala bajet pembangunan bernilai RM6.48 bilion. - BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/lebih-30000-peluang-pekerjaan-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kekurangan Pencapaian Dan Peluang Pekerjaan Bagi Mereka Yang Berada Dalam Kemiskinan

Kekurangan Pencapaian Dan Peluang Pekerjaan Bagi Mereka Yang Berada Dalam Kemiskinan

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 242 hits
Gambar hiasanRamai merentasi spektrum politik melihat pendidikan sebagai kunci untuk menyelesaikan segala ketidaksamaan Perkara ini akan dapat direalisasikan sekiranya setiap anak Malaysia diberikan peluang yang sama dan akses kepada pendid...
Kes Covid 19 Kembali Lebih 5 000 Catat 5 439 Jangkitan

Kes Covid 19 Kembali Lebih 5 000 Catat 5 439 Jangkitan

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 281 hits
Oleh GAMBAR Abd Razak Aid SELEPAS tiga hari berturut turut kes COVID 19 dilaporkan di bawah angka 5 000 bagaimanapun jumlah tersebut kembali melonjak hari ini Pada hari pertama bulan Disember ini sebanyak 5 439 jangkitan COVID 19 telah dike...
Lebih 500 000 Peminjam Ptptn Tidak Pernah Buat Bayaran Balik

Lebih 500 000 Peminjam Ptptn Tidak Pernah Buat Bayaran Balik

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 253 hits
Oleh Menara Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang terletak di jalan Yap Kwan Seng Kuala Lumpur GAMBAR Abd Razak Aid SERAMAI 539 284 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional tidak pernah membuat bayaran balik setakat...
Hidangan Siakap Lebih Rm1 000 Peniaga Bakal Didakwa

Hidangan Siakap Lebih Rm1 000 Peniaga Bakal Didakwa

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 238 hits
Oleh Foto resit yang tular dalam isu hidangan ikan siakap berharga lebih RM1 000 di sebuah restoran di Langkawi KUALA TERENGGANU Peniaga yang mengenakan harga lebih RM1 000 pada hidangan ikan siakap di sebuah restoran di Langkawi sehingga i...
Lebih 70 000 Hadir Rumah Terbuka Mb

Lebih 70 000 Hadir Rumah Terbuka Mb

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 243 hits
Lebih 70 000 tetamu membanjiri Rumah Terbuka Menteri Besar Negeri Sembilan di kediaman bondanya dekat Rantau di sini hari ini SEREMBAN Lebih 70 000 tetamu membanjiri Rumah Terbuka Menteri Besar Negeri Sembilan di kediaman bondanya dekat Ran...
Majoriti Lebih 10 000 Undi Mahathir Malu Besar Di Prk Slim

Majoriti Lebih 10 000 Undi Mahathir Malu Besar Di Prk Slim

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 211 hits
Mohd Zaidi Aziz calon BN menang besar di PRK Slim Mohd Zaidi 13 060 undi Calon Mahathir 2 115 undi Calon bebas 276 undi Majoriti 10 945 undi Pada PRU 14 Mohd Khusairi Abdul Talib 8 327 undi Calon PH 6 144 undi Calon PAS 4 103 undi Majoriti ...
Negeri Sembilan Rekod Lebih 1 000 Kes Cerai Pasangan Islam Setakat September

Negeri Sembilan Rekod Lebih 1 000 Kes Cerai Pasangan Islam Setakat September

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 266 hits
BERNAMA Bagaimanapun angka itu dilihat rendah berbanding jumlah kes keseluruhan tahun lepas dengan 2 563 manakala sebanyak 3 177 kes direkodkan pada 2019 Perintah kawalan pergerakan yang bermula tahun lalu secara umumnya menyaksikan kes per...
Bon Bitcoin Volcanic El Salvador Akan Memangkinkan Pertumbuhan Emas Digital Sehingga 1 000 000 Lebih 5 Tahun

Bon Bitcoin Volcanic El Salvador Akan Memangkinkan Pertumbuhan Emas Digital Sehingga 1 000 000 Lebih 5 Tahun

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 257 hits
Samson Mow ketua pegawai strategi penyedia teknologi blockchain Blockstream yakin bahawa bon El Salvador akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan emas digital sehingga 1 000 000 dalam tempoh 5 tahun Walaupun pembetulan semasa dan kejatuhan...
Lebih 20 000 Pegawai Anggota Polis Positif Covid 19 Sejak Tahun Lepas

Lebih 20 000 Pegawai Anggota Polis Positif Covid 19 Sejak Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 325 hits
BernamaDaripada jumlah tersebut seramai 1 794 orang merupakan pegawai kanan polis 10 577 orang pegawai rendah polis 1 137 orang pegawai awam manakala 10 258 orang adalah ahli keluarga Gambar fail MARANG Seramai 23 766 pegawai dan anggota po...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Sinopsis Filem Mantera

Tambah Koleksi Rantai Loket Dan Subang Telinga Emas 916 Raya

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Understand Your Target Audience


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perbualan Bersama Tok Wan Cucu Arwah Pak Lah Kongsi Momen Buat Ramai Menangis

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Zahnita Wilson Akui Burnout Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga Tuntut Keadilan Di Mahkama

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Bantuan Tunai Rm300 Ke Dalam Mykad Melalui Pautan Palsu