Lebih 3 700 Mangsa Banjir Di 7 Negeri


 
Hujan lebat sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak dilanda banjir. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Selangor, Perak dan Pahang meningkat manakala bilangan mangsa di Johor, Kelantan, Sarawak dan Melaka menunjukkan penurunan, malam ini.

Di Selangor, laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 1,321 mangsa daripada 317 keluarga berbanding 800 mangsa daripada kira-kira 200 keluarga pagi tadi.
Sebanyak 20 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di negeri berkenaan iaitu empat dalam daerah Kuala Selangor, empat di Sepang serta masing-masing tiga dalam daerah Sabak Bernam, Klang, Petaling dan Hulu Langat.
Di Perak, mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 642 orang daripada 188 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 540 orang daripada 153 keluarga sejak 8 pagi tadi.
Ads by KioskedKesemua mangsa ditempatkan di 10 buah PPS termasuk tiga PPS yang baru dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu di daerah Kerian, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Baru Trong di Larut Matang Selama (LMS) dan SK Layang-Layang Kiri di daerah Perak Tengah.
Beberapa daerah di negeri itu terus merekodkan penurunan mangsa banjir khususnya di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Shahriman Beruas, SMK Layang-Layang Kiri dan Sekolah Agama Rakyat Shafie Batu Hampar.
Di Johor, tiga daerah masih terjejas dengan banjir kilat iaitu Tangkak, Kluang dan Segamat namun bilangan mangsa semakin berkurangan kepada 289 orang setakat 8 malam ini berbanding 325 orang pagi tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), dalam satu kenyataan, memaklumkan kesemua mangsa yang terdiri daripada 72 keluarga itu masih ditempatkan di lima PPS.
Menurut kenyataan itu, seramai 39 orang ditempatkan di Balai Raya Kampung Batu Badak dan 14 orang masih berada di Dewan Komuniti Tasek, Segamat manakala hanya enam orang lagi di Dewan Utama Kampung Ithnin Maarof di Kluang.
Di SK Simpang 5 Darat dan Sekolah Agama Simpang 5 Darat, Tangkak pula menempatkan mangsa paling ramai iaitu masing-masing 122 dan 108 orang berikutan banjir termenung.
Ads by KioskedJPBD turut memaklumkan paras air di Sungai Lenik (Ladang Cha’ah), Segamat masih merekodkan paras bahaya dengan bacaan 6.19 meter namun cuaca di seluruh negeri itu cerah kecuali di daerah Segamat dan Batu Pahat yang dilaporkan mendung.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir terus merekodkan penurunan kepada 1,053 orang daripada 364 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 1,483 orang daripada 509 keluarga pagi tadi.
Menurut laman sesawang Info Bencana JKM, kesemua mangsa banjir ketika ini ditempatkan di enam PPS di Rantau Panjang dan Pasir Mas membabitkan SK Gual Tinggi, SK Tok Deh, SK Gual Periok, Masjid Mukim Padang Licin, PPS Putat Tujoh dan SK Kubang Kual.
Di Pahang, jumlah mangsa banjir mencatatkan sedikit peningkatan kepada 272 mangsa melibatkan 83 keluarga di Raub dan ditempatkan di lapan PPS setakat 8 malam ini berbanding 236 orang daripada 70 keluarga petang tadi.
Seramai 143 mangsa kini berada di Pusat Kegiatan Kemas Gali manakala selebihnya ditempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Pia (39 orang), SK Tersang (28 mangsa) selain 18 mangsa masing-masing ditempatkan di SK Muhammad Jabar dan Balai Raya Kampung Ria.
Selain itu, Balai Raya Kampung Sungai Pasu dan Balai Raya Kampung Sengkela masing-masing dihuni 10 mangsa dan enam lagi mangsa ditempatkan di Masjid Kampung Kuala Semantan.
Ads by KioskedDi Melaka, jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 48 mangsa daripada 12 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 37 mangsa melibatkan 12 keluarga pada 8 pagi tadi.
Mangsa yang terjejas adalah dari Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Pulau, Kampung Belimbing dan Kampung Panchor.
Kesemua mangsa kini ditempatkan di PPS Dewan Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Durian Tunggal.
Di Sarawak, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Medamit, Limbang mengalami sedikit penurunan iaitu 123 orang setakat 7 malam ini berbanding 133 orang pada 3 petang tadi.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, kesemua mangsa terdiri daripada 39 keluarga dari kawasan hujung Jalan Medamit di daerah itu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/11/lebih-3700-mangsa-banjir-di-7-negeri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jumlah Mangsa Banjir Di 4 Negeri Meningkat Malam Ini

Jumlah Mangsa Banjir Di 4 Negeri Meningkat Malam Ini

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 148 hits
JUMLAH mangsa banjir di empat negeri iaitu Johor Melaka Kelantan dan Perak merekodkan peningkatan malam ini manakala Selangor pula menunjukkan penurunan Keadaan banjir di Pulau Pinang semakin pulih selepas pusat pemindahan sementara terakhi...
Mangsa Banjir Meningkat Di Enam Negeri Mana Zahid Ismail Sabri

Mangsa Banjir Meningkat Di Enam Negeri Mana Zahid Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 144 hits
Berbaki tujuh hari sahaja lagi sebelum lebih 21 juta rakyat Malaysia akan membuang undi dalam Pilihan Raya Umum Ke 19 pada 19 November ini banjir akibat hujan lebat terus berlaku dan menjejaskan kehidupan rakyat Terbaharu sehingga jam 8 pag...
Awani Ringkas Jumlah Mangsa Banjir Kini Lebih 2 000

Awani Ringkas Jumlah Mangsa Banjir Kini Lebih 2 000

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 140 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIV...
Awani Ringkas Kemungkinan Banjir Di 7 Negeri Jps

Awani Ringkas Kemungkinan Banjir Di 7 Negeri Jps

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 90 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIV...
Lokasi Berisiko Banjir Di 6 Negeri Kl Dalam Tempoh 24 Jam

Lokasi Berisiko Banjir Di 6 Negeri Kl Dalam Tempoh 24 Jam

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 185 hits
MalaysiakiniAgensi Pengurusan Bencana Negara petang tadi menerbitkan senarai pelbagai lokasi di enam negeri dan wilayah persekutuan yang berpotensi dilanda banjir kilat dalam tempoh 24 jam akan datang Menurut perkongsian di Twitter Nadma se...
Mangsa Banjir Di Pps Tetap Akan Mengundi Esok

Mangsa Banjir Di Pps Tetap Akan Mengundi Esok

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 122 hits
BANJIR yang masih belum pulih di Kampung Kubang Kual menyebabkan lebih 100 mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan Kubang Kual Rantau Panjang di Pasir Mas terpaksa terus menetap di pusat itu sehingga hari pe...
Ismail Sabri Arah Semua Agensi Bantu Mangsa Terjejas Banjir

Ismail Sabri Arah Semua Agensi Bantu Mangsa Terjejas Banjir

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 414 hits
PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan semua agensi termasuk Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi perhatian sepenuhnya kepada usaha membantu Keluarga Malaysia yang ditimpa musibah banjir Menerusi catatan di la...
Nurul Lawat Mangsa Banjir Kilat Di Mengkuang Titi

Nurul Lawat Mangsa Banjir Kilat Di Mengkuang Titi

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 170 hits
BANJIR DI MENGKUANG TITI Mulai jam 6 00 petang semasa saya di Pasar Ban Busuk hujan turun tanpa henti di Permatang Pauh semalam Yb Nurul Izzah turun melawat mereka di Mengkuang Titi sebentar tadi 30 keluarga mangsa banjir 2 buah Pusat Pemin...
Syarat Kempen Sukar Bantu Mangsa Banjir Hamzah

Syarat Kempen Sukar Bantu Mangsa Banjir Hamzah

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 160 hits
TAIPING Usaha untuk menghulurkan bantuan kepada lebih 3 000 mangsa banjir di seluruh negara ketika ini sukar dilakukan kerana kekangan syarat kempen Pilihan Raya Umum Ke 15 Setiausaha Agung Perikatan Nasional Datuk Seri Hamzah Zainudin berk...
Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Filem Ngesot

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office

Sultan Pahang Mohon Mendoakan Tengku Hassanal Segera Mendirikan Rumah Tangga

Mahalini Dah Peluk Islam



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Don T Let Renovations Ruin Your Home And Your Budget Or Some Tips For Choosing A Contractor

15 Fresh And Vibrant Spring Flowers Centerpiece Decorations

Saraswathy Lodges Report Against Satees Portal For Alleged Defamation

Netizens Inciting Hatred Against Footballers Being Tracked Down

Two Malaysians Injured In Narathiwat Blast Discharged From Hospital