Lebih 20 Tahun Wanita Ini Struggle Lawan Kemurungan Sendirian Wanita Ini Dedah Keluarga Langsung Tak Ambil Tahu


Ramai yang dalam diam tak sedar diri mereka telah diserang Major Depression Disoder (MDD) atau dalam bahasa kita mudah fahami iaitu kemurungan.
Menurut satu perkongsian daripada pesakit MDD ini sendiri, Azeeda Azleen Adnan yang masih dirawat tentang penyakit ini menceritakan detik-detik ketika beliau menghadapi penyakit ini.
Tidak ramai yang tahu penyakit ini boleh membunuh kita dalam diam. Jangan malu dapatkan rawatan jika anda merasakan diri mengalami situasi ini.
Tanda-tanda orang yang mengalami depresi atau kemurungan
Berasa sedih hampir setiap hari dalam tempoh 2 minggu Hilang minat dalam perkara yang digemari Tiada selera makan atau terlebih berselera Rasa bersalah melampau Gangguan tidur sama ada kurang tidur atau terlebih tidur Hilang tumpuan dan sukar membuat keputusan Pergerakan dan pemikiran yang lambat Cepat penat Terfikir atau merancang bunuh diri Azeeda Azleen Adnan yang berkongsi mengenai kisah dirinya yang menghidap penyakit MDD setelah sekian lama dan baru sekarang berani untuk mendapatkan rawatan supaya dapat masalah ini dapat diatasi.
Tidak mendapat sokongan daripada ahli keluarga juga merupakan satu tekanan buat dirinya kerana sering diperlekeh oleh keluarga sendiri.
Dia mula mendapatkan rawatan ketika berusia 25 tahun dan dibantu oleh kawan baiknya sendiri.
Sebenarnya aku hidap MDD ni dari kecil lagi.
Disebabkan dulu info berkaitan “mental illness” tak meluas macam sekarang.
Lebih kurang dekat 20 tahun aku hadap sorang sorang.
Satu hari aku scroll fb ada orang share cara untuk check kesihatan mental kita.
Aku pon tekan link UJIAN SARINGAN KESIHATAN MENTAL atau bahasa scientifiknya DEPRESSION ANXIETY STRESS SCALE (DASS) 
Aku bincang dengan membe baik aku.
Dan dia suggestkan aku pergi check.
Dan tak semudah itu ya untuk terus jumpa pakar.
Dia ada step by step sebelum jumpa pakar.
Kita kena refer ke klinik kesihatan dulu.
24/1 aku jumpa dengan doktor cerita dekat dia apa yang hang rasa, apa yang hang fikir.
So aku tunjuk result ujian online aku tu.
Doktor suruh aku buat lagi ujian tu.
Kali ni jawab dalam kertas pulak.
Nervous dia tuu macam nak jawab spm nuhhh.
So lagi sekali memang result sangat teruk. Doktor cakap lepas seminggu datang balik untuk buat ujian tuu lagi nak tengok ada perubahan tak. Aku angguk je.
Lepas tu doktor tanya apa yang aku rasa sekarang (time tu laa) then aku just cakap “saya nak mati”.
Doktor tu terus call bahagian pakar psikiatri untuk refer aku ke sana.
So esok tu aku p ambek appointment untuk jumpa dengan pakar.
21/2 tarikh aku jumpa pakar psikiatri. Takut tu tak payah cakap lah.
Masa tuu macam macam dalam kepala otak ni. Aku fikir yang aku ni dah gila.
Yelaa first time jumpa doktor pakar sakit jiwa kot.
Masa tuu aku fikir apa pandangan orang sekeliling terhadap aku.
Tapi disebabkan aku nak sihat punya pasal, aku beranikan diri jugak.
So haritulah aku disahkan penghidap MDD.
Dan apa yang aku lalui sepanjang aku sakit ni memang sangat sangat perit.
Banyak kali dah aku cuba untuk bunuh diri. Yes banyak kali.
Ada terfikir nak gantung diri, ada terfikir nak accident je memanjang.
Selalu yang aku buat kelar tangan aku sendiri. Itu rasa satu kepuasan untuk lepaskan tekanan.
Pernah aku makan ubat 3 papan sekaligus sebab aku nak tenangkan fikiran aku yang tengah serabut gila tu. 1 papan ada 10 biji, so means aku makan 30 biji sekaligus.
Orang selalu kata “lawan je lah, hang jangan ikut sangat perasaan tu”.
Suara tu datang daripada minda aku sendiri dan minda aku jugak nak kena lawan.
Kau rasa boleh ka? Cuba anda fikir logik.
Boleh ke minda sendiri nak lawan minda sendiri.
Jadi itulah maksud berperang dengan mental dan emosi sendiri.
Contoh suara tu selalu bisik,
“kau memang tak berguna pun kalau hidup.”
“kau selalu menyusahkan orang.”
“ramai orang tak suka kau.”
“aku rasa baik kau mati saja.”
Menurut perkongsiannya, dia pernah dimasukkan ke wad selama seminggu. Namun, ianya bukan paksaan. Sebelum dimasukkan ke wad, doktor akan minta persetujuaan dulu daripada diri kita. Jangan risau. Tidak semua yang dimasukkan ke wad gila. Jangan salah anggap.
Aku sendiri tak dapat moral support dari family sendiri.
Yang aku sedih bila family and saudara terdekat anggap aku ni gila.
Diorang selalu ambil mudah penyakit aku. Sampai diorang cakap aku ni “buat teruk” “jiwa kacau” “gila”.
Mungkin niat diorang nak bergurau tapi bagi aku itu bukan gurauan.
Sakit tao bila dengaq perkataan tu dari mulut family sendiri.
Tambah bila aku dah ada sejarah masuk wad sakit mental.
Sampai parents aku cakap “jangan nak post apa apa kat facebook ka bagitau kat orang. Kami malu.”
Allah. Masa tuu aku menangis menangis dan menangis. Sumpah sedih. 
Aku masih lagi dalam pemantauan dan menerima rawatan pakar psikiatri, pakar rehabilitasi dan pakar kaunseling.
Masih bergantung pada ubat ESCITALOPRAM setiap malam untuk kurangkan mood sedih dalam diri.
Masa awal awal doktor bagi ubat SENTRALINE tapi tak memberi kesan apa apa jadi doktor tukar kepada ubat yang dos tinggi sikit untuk membantu aku.
Boleh dikatakan fighter jugak lah.
Fight dengan mental dan emosi sendiri.
Macam mana nak bantu penghidap “mental illness”?
– Orang sekeliling perlu bagi moral support kepada penghidap mental illness. Selalu ada dengan dia. Bagi dia rasa yang sebenarnya masih ramai lagi yang sayangkan dia.
Sebab penghidap ni akan fikir dia dah takdak guna untuk hidup kat dunia ni. Semua orang tak sayang dia. Semua orang tak perlukan dia. Jadi tindakan orang sekeliling buat bagi dia rasa dia masih lagi diperlukan.
Jadi pendengar yang baik. Kalau dia nak luahkan, dengar je jangan menyampuk. Kalau dia tengah lost, jangan keep pushing dia dengan soalan macam “kenapa” “apa jadi”, jangan paksa dia cerita baru boleh awak bagi nasihat.
Penghidap ni dia cuma perlukan kata kata semangat. Sentiasa yakinkan dia yang masih ramai lagi sayangkan dia. Kalau nasihat rasanya tak valid sangat untuk penghidap ketika dia tengah lost.
Adakah patut kita bagi penghidap ni masa untuk bersendirian?
– TAK PATUT! JANGAN TINGGALKAN PENGHIDAP BERSENDIRIAN (walaupun dia cakap nak bersendirian). Lagi dia menyendiri, lagi dia rasa sunyi dan rasa sangat ‘down’.
Dan masa tuu lah negative thinking akan menyelubungi dirinya. Tak mustahil masa tu dia akan bertindak di luar jangkaan seperti nak bunuh diri atau apa saja yang boleh menyakitkan diri dia.
Adakah perkhidmatan BEFRIENDERS membantu?
– Aku tak pasti sebab aku tak pernah try. Tapi banyak aku tengok feedback dia memang membantu. Yang lagi membantu sebenarnya orang terdekat dengan pesakit macam family atau kawan2 yang dia kenal.
Sebab setengah penghidap dia susah nak cerita atau luahkan masalah dia dengan orang yang dia tak kenal. Dia lebih selesa nak luahkan perasaan dan masalah dekat orang yang dia kenal.
Sumber: Azeeda Azleen Adnan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/03/lebih-20-tahun-wanita-ini-struggle-lawan-kemurungan-sendirian-wanita-ini-dedah-keluarga-langsung-tak-ambil-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Meninggal Lebih 2 Tahun Jenazah Utuh Bak Tidur Langsung Tak Dimamah Bumi

Meninggal Lebih 2 Tahun Jenazah Utuh Bak Tidur Langsung Tak Dimamah Bumi

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 344 hits
Kita sering mendengar bahawa amalan yang baik dan kerap membudayakan al Quran akan membantu kita daripada azab didalam kubur apabila mati kelak Perkara tersebut sering kedengaran apabila ada ulama ulama yang meninggal dunia bertahun tahun n...
Ramai Tak Tahu Menurut Kajian Wanita Lebih Bahagia Dengan Lelaki Tak Handsome

Ramai Tak Tahu Menurut Kajian Wanita Lebih Bahagia Dengan Lelaki Tak Handsome

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 803 hits
Meski sedap mata memandang namun tak semua wanita tertarik dengan lelaki kacak dan memilih mereka sebagai pasangan hidup Mungkin sebab itu juga ramai wanita memilih pasangan yang biasa dari segi rupa paras malah ada yang dilihat sangat berb...
Kemalangan Jam 7 30 Pagi Wanita Terkejut Ada Gambar Kemalangan Sama Diambil Sejam Lebih Awal

Kemalangan Jam 7 30 Pagi Wanita Terkejut Ada Gambar Kemalangan Sama Diambil Sejam Lebih Awal

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 415 hits
Mungkin ada sesetangah perkara yang tidak dapat dihuraikan penjelasannya namun tetap berlaku disekeliling kita Misteri apabila salah seorang mangsa kemalangan mendakwa dirinya terakam dalam sekeping gambar satu jam lebih awal sebelum tempoh...
Dedah Kisah Adik Alami Kemurungan Tak Terkawal Sehingga Masuk Ke Wad Sakit Mental

Dedah Kisah Adik Alami Kemurungan Tak Terkawal Sehingga Masuk Ke Wad Sakit Mental

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 359 hits
Sejak kebelakangan ini sering kali terdengar berita mengenai kematian bunuh diri akibat kemurungan ataupun depression yang sangat teruk nbsp Depression juga dikenali sebagai silent killer kerana dapat menarik nyawa si penhidap tanda disedar...
Berusia 24 Tahun Pemuda Ini Lebih Tajir Dibanding Donald Trump

Berusia 24 Tahun Pemuda Ini Lebih Tajir Dibanding Donald Trump

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 212 hits
Berkat saham yang USD 3 8 miliar Eric otomatis lebih kaya dari Presiden Donald Trump yang kekayaannya terus menurun sejak menjadi presiden Forbes mencatat kekayaan Trump sebesar USD 3 1 miliar
Xiaomi Akan Melancarkan Lebih 10 Telefon 5g Pada Tahun 2020

Xiaomi Akan Melancarkan Lebih 10 Telefon 5g Pada Tahun 2020

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 292 hits
Apple dan Google masih belum melancarkan sebarang peranti dengan kemampuan 5G kerana teknologi yang dilihat masih belum matang Tetapi pengeluar dari Asia telah mengeluarkan pelbagai model dengan sokongan 5G kerana berlumba lumba untuk mendo...
Lebih 40 Jam Terperangkap Dalam Lubang Perigi Suara Tangisan Budak 2 Tahun Menangis Jadi Perhatian Dunia

Lebih 40 Jam Terperangkap Dalam Lubang Perigi Suara Tangisan Budak 2 Tahun Menangis Jadi Perhatian Dunia

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 727 hits
Di saat masyarakat India sibuk meraikan perayaan Deepavali seorang kanak kanak berusia dua tahun menderita dipercayai jatuh ke dalam lubang perigi sedalam 100 kaki di Narukattupatti Daerah Trichy India Satu video yang menyayat hati di mana ...
Banjir Monsun Tahun Ini Dijangka Lebih Teruk Dari Tahun Lepas

Banjir Monsun Tahun Ini Dijangka Lebih Teruk Dari Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 496 hits
Gambar sekadar hiasanCyberjaya Musim Monsun Timur Laut pada tahun ini dijangka menyebabkan banjir yang lebih teruk berbanding tahun lepas kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Jailan Simon Beliau berkata Monsun Timur Laut pada ka...
Bagaimana Suami Isteri Buat 1 Business Lebih 5 Tahun Bersama

Bagaimana Suami Isteri Buat 1 Business Lebih 5 Tahun Bersama

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 458 hits
BAGAIMANA SUAMI ISTERI BUAT 1 BUSINESS LEBIH 5 TAHUN BERSAMA Korang buat business ni je ke korang tak gaduh ke P mana mana bila orang tau kami ni buat business yang sama suami isteri mesti akan dapat soalan cepuemas ni Nak tau RAHSIA dia Ra...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching