Lebih 2 000 Kanak Kanak Tanpa Dokumen Daftar Sekolah


Imej sekadar hiasanPUTRAJAYA, 30 APR: Seramai 2,635 kanak-kanak tanpa dokumen telah dibantu untuk mendaftarkan diri bagi mengikuti sesi persekolahan sejak awal tahun ini.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, langkah ‘corrective’ yang diambil oleh kerajaan itu mampu menyelamatkan kanak-kanak berkenaan daripada terjebak dengan gejala sosial dan seterusnya memberi mereka harapan masa depan yang lebih cerah.

“Selama ini mereka ini terbiar dan apabila terbiar mereka menjadi masalah kepada masyarakat apabila terlibat dengan gejala sosial.

“Kita (di kementerian) cuba mengambil langkah ‘corrective’ atau pembetulan iaitu dengan membawa mereka mendaftar ke sekolah di mana pihak sekolah akan bantu mereka untuk mendapatkan dokumen,” katanya pada sidang media mengenai inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan dalam tempoh setahun kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) memerintah.
Menurut Maszlee, usaha mendekatkan anak-anak tersebut dengan persekolahan dan pendidikan diharap dapat menjadi pemangkin untuk membantu mereka membina masa depan dan seterusnya mengubah nasib diri dan keluarga.

“Ini adalah antara langkah ‘groundbreaking’ dalam bidang pendidikan yang diambil kerajaan, yang mempunyai impak holistik pada masyarakat dan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Maszlee turut menarik perhatian bahawa laporan penilaian awal mengenai pemansuhan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun bagi murid Tahap 1 akan dikeluarkan pada Jun ini.

Format baharu berteraskan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) itu melibatkan 1.3 juta murid di seluruh negara dan merupakan antara inisiatif yang dilaksanakan kerajaan dalam usaha memperkasa sistem pendidikan negara ke aras reformasi pendidikan yang inklusif dan berkualiti.

Mazlee berkata, laporan awal itu dijangka menunjukkan beberapa kekurangan yang perlu ditambah baik kerana ia akan mengambil sedikit masa untuk menampakkan keberkesanan format berkenaan dalam sistem pendidikan negara.

“Malah di Finland pada awal pelaksanaan sistem ini mereka menghadapi beberapa masalah untuk menyesuaikan diri tetapi selepas beberapa tahun baru nampak keberkesanannya pada pelajar,” katanya.
Kerajaan pada awal tahun ini telah memansuhkan peperiksaan bagi murid Tahap 1 iaitu bagi murid darjah 1, 2 dan 3, sebagai usaha menghapuskan pembelajaran yang terlalu berasaskan peperiksaan.

Menurut Maszlee, pembelajaran tidak berasaskan peperiksaan akan menggalakkan lagi interaksi dan kerjasama antara ibu bapa dan guru dalam usaha kedua-dua pihak itu untuk membangunkan potensi pelajar ke tahap optimum.

“Bukanlah bermaksud kita mansuhkan terus peperiksaan, tetapi kita tukarkan kepada penilaian yang lebih holistik, iaitu dikira daripada keterlibatan mereka, daripada kerja rumah, daripada ujian-ujian, dan peperiksaan adalah salah satu daripada elemen-elemen tersebut,” katanya.

Beliau berkata menerusi sistem itu guru-guru juga mempunyai ruang untuk lebih kreatif dalam pembelajaran selain berpeluang melihat aspek diri mereka yang perlu penambahbaikan.

“Kalau sebelum ini apabila dia (guru) buat ujian, dia menilai murid, tapi apabila dia buat pentaksiran menyeluruh dia juga akan kenal diri dia sendiri, apa benda yang dia kurang beri pada murid, jadi dia akan cuba perbaiki.

“Jadi it works both ways (beri kesan timbal balik), kita bukan sahaja jadikan sekolah untuk pembangunan murid semata-mata, tetapi pembangunan untuk cikgu juga,” kata Maszlee.

Selain itu, dalam usaha melaksanakan polisi pendidikan yang inklusif, Kementerian Pendidikan juga telah memperkenalkan “Zero Reject Policy” atau Dasar Penolakan Sifar kepada murid-murid berkeperluan khas (MBK).

Menurut Maszlee, sejurus dasar itu diumumkan, 1,486 MBK yang tidak membuat pendaftaran awal secara dalam talian telah hadir ke sekolah pada 2 Januari dan mencecah 5,486 pada 15 Januari iaitu pertambahan hampir lima kali ganda.

“Ini menunjukkan selama ini (ramai) murid-murid berkeperluan khas ini agak tersisih daripada pendidikan,” kata Maszlee.
Selain itu, kementerian di bawah kerajaan PAKATAN juga telah memperkenalkan beberapa lagi inisiatif bagi meningkatkan sektor pendidikan negara termasuk membantu meringankan kos sara hidup antaranya melalui Bantuan Awal Persekolahan dan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi yang memanfaat warga B40, mengurangkan beban tugas guru dan membaiki lebih 300 sekolah daif di seluruh negara.

Pencapaian lain termasuk meningkatkan kewibawaan institusi pendidikan tinggi dengan mengambil langkah-langkah seperti meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan memberi mandat kepada pelajar di semua universiti awam (IPTA) untuk mengendalikan pilihan raya kampus sendiri.

Turut dijalankan ialah peningkatan kerjasama dalam pendidikan tinggi iaitu kerjasama IPTA dengan pihak institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) serta universiti antarabangsa, selain pelaksanaan Sistem Jaminan Kualiti Tunggal pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) .

— BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/04/lebih-2000-kanak-kanak-tanpa-dokumen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Istimewa Kena Tolong Lebih Sedikit Ibu Bangsa Cina Sanggup Hantar Anak Oku Muslim Ke Masjid Daftar Sekolah Tahfiz

Dia Istimewa Kena Tolong Lebih Sedikit Ibu Bangsa Cina Sanggup Hantar Anak Oku Muslim Ke Masjid Daftar Sekolah Tahfiz

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 462 hits
Dia istimewa kena tolong lebih sedikit Ibu bangsa Cina sanggup hantar anak OKU Muslim ke masjid daftar sekolah tahfiz
Dia Tertidur Rupanya Kanak Kanak Dilaporkan Hilang Rupa Rupanya Tertidur Dalam Bas Sekolah

Dia Tertidur Rupanya Kanak Kanak Dilaporkan Hilang Rupa Rupanya Tertidur Dalam Bas Sekolah

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 401 hits
Dia Tertidur Rupanya Kanak kanak dilaporkan hilang rupa rupanya tertidur dalam bas sekolah Seorang kanak kanak yang dilaporkan hilang ketika berada di bawah jagaan sebuah tadika di Presint 3 di sini ditemui selamat selepas tertidur dalam se...
Seorang Bekas Pelajar Kolej Memusnahkan 66 Buah Komputer Berharga Lebih Daripada Usd 58 000

Seorang Bekas Pelajar Kolej Memusnahkan 66 Buah Komputer Berharga Lebih Daripada Usd 58 000

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 351 hits
Caranya hanya dengan menggunakan satu peranti USB pembunuh Seorang bekas pelajar Kolej Saint Rose Albany New York didakwa telah memusnahkan sebanyak 66 buah komputer Keseluruhan kerugian kemusnahan peralatan komputer tersebut dianggarkan le...
Daftar Darjah 1 Tahun 2020 Untuk Sekolah Rendah Agama Dhia Batrisya

Daftar Darjah 1 Tahun 2020 Untuk Sekolah Rendah Agama Dhia Batrisya

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 589 hits
DAFTAR DARJAH 1 TAHUN 2020 UNTUK SEKOLAH RENDAH AGAMA DHIA BATRISYA Alhamdulillah pendaftaran sekolah rendah agama untuk darjah 1 tahun 2020 telah di buka Apa lagi memang kena cepat cepatlah daftar Kang penuh susah pulak sian Dhia tu nanti ...
Empat Tahun Penantian Akhirnya Terjawab Ditampar Polis Lelaki Menang Saman Lebih Rm100 000

Empat Tahun Penantian Akhirnya Terjawab Ditampar Polis Lelaki Menang Saman Lebih Rm100 000

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 444 hits
Empat tahun lalu laporan polis dibuat oleh seorang lelaki terhadap anggota penguatkuasa yang menampar wajahnya sehingga telinga berdarah tidak diendahkan Walau bagaimanapun lelaki berusia 32 tahun itu tidak berdiam diri sebaliknya mengambil...
Aisy Dah Daftar Sekolah

Aisy Dah Daftar Sekolah

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 613 hits
Halah halah halah Anak ibu dah nak masuk darjah 1 tapi tahun 2021 lah Rasa macam kecik lagi Baru masuk tadika pulak tu Ni kena daftar untuk masuk darjah 1 pula Cepatnya lah masa berlalu Sekejap saja dah nak masuk darjah 1 pula ABC 123 pun t...
Ubah Suai Bilik Stor Kediaman Pm Lebih Rm200 000

Ubah Suai Bilik Stor Kediaman Pm Lebih Rm200 000

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 401 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu yang kerja pengubahsuaian bilik stor dan kabinet dapur di kediaman bekas Perdana Menteri di Jalan Langgak Duta pada 2014 lebih RM200 000 Saksi keenam pendakwaan seorang pereka hiasan ...
Kanak Kanak Menatap Handphone Lebih Dari 2 Jam Cenderung Mengalami Masalah Kelakuan Di Usia 5 Tahun Kajian

Kanak Kanak Menatap Handphone Lebih Dari 2 Jam Cenderung Mengalami Masalah Kelakuan Di Usia 5 Tahun Kajian

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 722 hits
Kanak kanak menatap handphone lebih dari 2 jam cenderung mengalami masalah kelakuan di usia 5 tahun KajianKanak kanak yang banyak menghabiskan masa menatap skrin gajet setiap hari akan menyebabkan mereka bersikap buruk apabila mencapai usia...
Informasi Along Pinjam Rm3 000 Kena Bayar Rm30 000 Tiada Pihak Berkuasa Memantaunya

Informasi Along Pinjam Rm3 000 Kena Bayar Rm30 000 Tiada Pihak Berkuasa Memantaunya

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 381 hits
KETUA Biro Aduan MCA Johor Michael Tay ketika melihat laporan polis yang dibuat pengadu seorang pemandu peribadi dikenali sebagai Harun 33 yang menanggung hutang dengan lima sindiket pinjaman wang berlesen berjumlah RM30 000 di Taman Maju d...
Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin

Unboxing Hadiah Daripada Blogger Kak Amie Terima Kasih Sudi Menghargai

The Graduate A Slick Bmw Boxer Bobber Built From R65 And R100 Parts


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lelaki Bongkar Kecurangan Seorang Wanita Sarat Mengandung Semasa Menonton Perlawanan Di Stadium

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin

Artis Paling Muda Di Dunia Yang Menjalani Pembedahan Penukaran Jantina

Tiga Tanda Kiamat Yang Harus Difikirkan

Asean Trying To Avoid Using Us Dollar In Trade Says Anwar

Pas Slams Gov T For Treating People As Tax Collection Machines Burdening Rakyat