Lebih 14 000 Mangsa Banjir Dipindahkan Setakat Pagi Ini



KUALA LUMPUR – Lebih 14,000 mangsa banjir berada di pusat pemindahan sementara (PPS) dengan Pahang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 5,189 orang pagi Ahad.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tujuh daerah di Pahang iaitu Raub, Lipis, Bentong, Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan dilanda banjir dengan 116 PPS dibuka setakat jam 9 pagi Ahad.
Banjir turut menyebabkan laluan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ditutup di kedua-dua hala membabitkan Kilometer (KM) 113.4, KM84.6, KM198.7 dan KM74.4 setelah dinaiki air manakala hanya kenderaan berat dibenarkan melalui KM75.1.
Pemegang konsesi lebuh raya itu, ANIH Bhd memaklumkan, KM66.4 hingga KM66.1 arah ke Kuala Lumpur juga masih ditutup bagi kerja pembersihan akibat banjir lumpur, selain kejadian tanah runtuh menyebabkan KM67.8 dan KM69.5 ditutup bagi semua kenderaan untuk laluan ke ibu negara.
Hujan berterusan juga menyebabkan bacaan di 19 stesen sungai di Pahang melebihi paras bahaya antaranya Sungai Jelai di Lipis, Sungai Tembeling (Jerantut), Sungai Bentong (Bentong), Sungai Semantan (Temerloh), Sungai Pahang (Temerloh) dan Sungai Lembing serta Sungai Belat di Kuantan.
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat berterusan peringkat bahaya akan berlaku di Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan pada Ahad, manakala Temerloh, Maran dan Pekan dijangka dilanda hujan lebat berterusan tahap buruk.
Di SELANGOR, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor memaklumkan beberapa jalan ditutup untuk laluan kenderaan di sesetengah kawasan susulan banjir.
Jalan-jalan tersebut termasuk di bawah seliaan kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Klang Utara, Sungai Buloh, Subang Jaya, Kuala Langat, Sepang dan Shah Alam.
Sementara itu, Info Bencana JKM memaklumkan 4,596 orang dipindahkan setakat jam 7 pagi Ahad, membabitkan pembukaan 55 PPS.
Di KELANTAN, mangsa banjir terus menunjukkan peningkatan setakat 8 pagi ini, dengan 3,652 orang daripada 826 keluarga ditempatkan di 44 PPS.
Pegawai Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kelantan, Kapten Mohd Hanif Omar berkata, 21 PPS dibuka di Kuala Krai, 15 di Gua Musang, empat di Jeli dan masing-masing dua di Tanah Merah dan Pasir Mas.
Portal rasmi eBanjir Kelantan melaporkan lima sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai yang merekodkan bacaan 27.06 meter (m), Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard (16.94 m), Sungai Lebir di Tualang (36.59 m), Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah (24.01 m) dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas (10.04 m).
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat sedikit kepada 261 orang daripada 88 keluarga setakat jam 9 pagi Ahad.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu dalam satu kenyataan memaklumkan Dungun merupakan satu-satunya daerah yang dilanda banjir ketika ini dengan tiga PPS beroperasi.
Di MELAKA, jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 563 orang daripada 112 keluarga melibatkan daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah.
Di NEGERI SEMBILAN, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Seremban memaklumkan laluan menuju Jalan Seremban-Simpang Pertang yang menghubungkan jalan Pantai dan Jeram Toi, Jelebu ditutup sementara kepada pengguna jalan raya susulan tanah runtuh di kawasan tersebut malam Sabtu.
Pengarah APM Negeri Sembilan, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Syukri Madnor berkata, mangsa banjir di negeri itu terus meningkat kepada 413 individu daripada 96 keluarga dan 10 PPS dibuka setakat 8 pagi ini.
Lebih 14,000 mangsa banjir dipindahkan setakat pagi ini
 
Baca Artikel Menarik:
Wanita cantik tiba-tiba jadi lain (Video) 18 kali tonton video ini tetap menangis (Video) 176 bahagian Pemuda Umno mahu pemilihan parti selepas PRU15 Kelibat Long Tiger dirakam CCTV? Guan Eng minta 10% keuntungan – saksi Najib, Zahid doakan kesihatan Mahathir Restoran Ala Thai di Hulu Langat Guna Ayam Tak Disembelih Rosyam takkan jadi hero, penjahat la pulak Semua tahu Amy dah keluar Search 10 tahun abang pakai sari pun saya kenal Kerajaan Lanjut Moratorium Selama Dua Tahun Bagi Golongan B50 Ke Bawah – PM Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]

The post Lebih 14,000 mangsa banjir dipindahkan setakat pagi ini appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/12/19/lebih-14000-mangsa-banjir-dipindahkan-setakat-pagi-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mangsa Banjir Di Lapan Negeri Kini Cecah Lebih 70 000 Orang

Mangsa Banjir Di Lapan Negeri Kini Cecah Lebih 70 000 Orang

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 247 hits
Oleh Beginilah kejadian banjir yang melanda di sekitar Taman Seri Muda Shah Alam hari ini GAMBAR Abd Razak Aid JUMLAH mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara di lapan negeri kini mencecah angka 70 583 orang dengan Pahan...
Lebih 7 000 Pegawai Jkm Santuni Mangsa Banjir Kata Rina

Lebih 7 000 Pegawai Jkm Santuni Mangsa Banjir Kata Rina

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 347 hits
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Rina Harun berkata sumbangan daripada pelbagai pihak masih dialu alukan bagi memastikan tiada golongan tercicir PETALING JAYA Lebih 7 000 pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat digerakkan ke ...
Banjir 225 Mangsa Di Melaka Dipindahkan Ke Pps

Banjir 225 Mangsa Di Melaka Dipindahkan Ke Pps

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 254 hits
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA Pasukan bomba membantu memindahkan mangsa yang terjejas di Lubok China Alor Gajah hari ini MELAKA Seramai 225 penduduk di negeri ini terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas kediaman mereka di...
Hampir 5 000 Mangsa Banjir Dapat Bantuan Di Dun Sg Kandi

Hampir 5 000 Mangsa Banjir Dapat Bantuan Di Dun Sg Kandi

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 292 hits
Seramai hampir 5 000 mangsa banjir menerima pelbagai jenis sumbangan bantuan di Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis ADUN Sungai Kandis Zawawi Mughni berkata sumbangan itu diberikan oleh pelbagai pihak antaranya pihak Menteri Besar Selangor ...
Perlu Rm5 000 Beli Barang Keperluan Asas Mula Hidup Baharu Mangsa Banjir

Perlu Rm5 000 Beli Barang Keperluan Asas Mula Hidup Baharu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 233 hits
Perlu RM5 000 beli barang keperluan asas mula hidup baharu Mangsa banjir Sekurang kurangnya RM5 000 untuk bantuan wang tunai sebagai permulaan itu luahan mangsa banjir Mohd Shukur Ahmad Pembantu jurutera itu berkata beliau bukannya tidak me...
Mangsa Banjir Duduk Atas Bumbung Surau Lebih 12 Jam

Mangsa Banjir Duduk Atas Bumbung Surau Lebih 12 Jam

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 377 hits
Mangsa banjir duduk atas bumbung surau lebih 12 jam Kira kira 100 penduduk Taman Sri Nanding Hulu Langat terpaksa duduk atas bumbung surau sambil menahan kesejukan selama lebih 12 jam akibat terperangkap dalam kejadian banjir Ia dimaklumkan...
Banjir Perkembangan Banjir Di Taman Sri Muda Setakat Jam 7 Pagi

Banjir Perkembangan Banjir Di Taman Sri Muda Setakat Jam 7 Pagi

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 409 hits
Setakat semalam seramai 137 mangsa diselamatkan sehingga jam 10 malam menjadikan jumlah mangsa yang diselamatkan seramai 3 677 Semalam dua lagi mayat mangsa banjir ditemukan menjadikan 14 mayat yang ditemukan di Sri Muda Wartawan Astro AWAN...
Pdrm Kerah Aset 23 000 Pegawai Anggota Bantu Mangsa Banjir

Pdrm Kerah Aset 23 000 Pegawai Anggota Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 225 hits
Oleh Dua buah kenderaan dilihat tersadai di tengah tengah pembahagi Jalan Meru berdekatan Bandar Bukit Raja Selatan Interchange Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat NSTP Osman Adnan KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia dalam keadaan sedia untuk m...
Waris Mangsa Banjir Terima Rm10 000 Pm

Waris Mangsa Banjir Terima Rm10 000 Pm

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 201 hits
Waris mangsa banjir terima RM10 000 PM Kerajaan akan menyalurkan sumbangan RM10 000 kepada waris mangsa banjir yang meninggal dunia di bawah Bantuan Wang Ihsan Memaklumkan perkara itu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata j...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024