Lcs Jangan Curah Cuka Ke Luka Hukum Mereka Yang Terbabit


 bharian.com.my
Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri 
[email protected]
- Ogos 12, 2022 @ 8:24pm

LENGGONG: Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berharap isu kepincangan dalam projek kapal tempur pesisir (LCS), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak berpanjangan sehingga musim Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kerana akan mempengaruhi kepercayaan rakyat kepada parti itu.

Saarani yang juga Menteri Besar Perak, berkata berdasarkan kenyataan dibuat beberapa individu berwibawa dalam isu itu, dapat dilihat bahawa UMNO tidak terbabit dengan isu berkenaan.

"Saya tengok kepada kecenderungan kenyataan orang-orang berwibawa (dalam isu) itu menunjukkan UMNO tidak terbabit, malahan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dan Kabinet sudah membuat keputusan untuk bersifat 'transparent' (telus).

"(Iaitu) dengan membiarkan laporan (laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan Dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK)) yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang untuk dibuka (disiarkan kepada umum)," katanya kepada pemberita pada program Hari Bertemu Pelanggan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan di Dataran Tasik Raban, di sini, petang tadi.

Saarani berkata demikian sebagai mengulas laporan media yang memetik penganalisis politik menyifatkan isu skandal LCS turut berisiko 'menghukum' Barisan Nasional (BN) termasuk seluruh pemimpin UMNO yang berimej bersih khususnya dalam menghadapi PRU 15 kelak.

Kata Saarani lagi, sudah tentu isu itu dapat dijadikan sebagai 'peluru' untuk tujuan politik dan untuk berlaku adil, ia diharapkan tidak diheret berpanjangan sehingga PRU-15 kelak.

"Untuk berlaku adil kepada UMNO, janganlah mengheret isu ini berpanjangan sehingga pilihan raya. Kadang-kadang orang ramai menghukum UMNO (dalam) semua benda walaupun akhirnya didapati UMNO tidak bersalah.

"Jadi mengapa pula hendak diseretkan (UMNO)? Kena berlaku adil kalau hendak menghukum, jangan hukum UMNO (sebaliknya) kena hukum orang yang buat salah itulah," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Saarani berkata tiada keperluan untuk pihak bertanggungjawab terhadap skandal bersifat kegagalan itu meminta maaf kepada kerajaan negeri sebagai mana saranan segelintir pihak, memandangkan perkara itu di bawah Kerajaan Persekutuan yang tiada kaitan dengan kerajaan negeri.

Beliau malah menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenangnya campur tangan dalam isu berkenaan yang dilihat akan memburukkan lagi keadaan.

"Jangan campur tangan, jangan campur aduk dan jangan 'tambah garam' atau 'mencurah cuka' ke dalam luka (mengenai LCS).

"Sebab pada saya beberapa pandangan yang sudah diberikan oleh mereka yang berwibawa termasuk bekas Panglima armada, semua itu kenyataan rasmi. Jadi saya tidak mahu terbabit," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/lcs-jangan-curah-cuka-ke-luka-hukum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skandal Lcs Heret Pihak Terbabit Ke Muka Pengadilan Tldm

Skandal Lcs Heret Pihak Terbabit Ke Muka Pengadilan Tldm

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 257 hits
satuberita myBy August 7 2022TENTERA Laut Diraja Malaysia menyokong sebarang ketirisan di dalam projek perolehan Littoral Combat Ship disiasat dan pihak terbabit dibawa ke muka pengadilan seberapa segera Dalam satu kenyataannya TLDM menghar...
Isu Kapal Tempur Lcs Zahid Jangan Lari Tanggungjawab Liew

Isu Kapal Tempur Lcs Zahid Jangan Lari Tanggungjawab Liew

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 246 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 7 2022 1 13 PMBekas timbalan menteri pertahanan Liew Chin Tong mengingatkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak lari daripada tanggungjawabnya berhubung isu projek pembinaan enam kapal tempur pesisi...
Jangan Berhenti Desak Isu Lcs Peserta Protes Beritahu Rakyat

Jangan Berhenti Desak Isu Lcs Peserta Protes Beritahu Rakyat

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 187 hits
freemalaysiatoday com August 14 2022 5 22 PMPeserta protes membawa plakad antaranya tertera H20 letak jawatan buang penyamun RM6 bilion hilang dan kapal hilang radar KUALA LUMPUR Rakyat digesa jangan berhenti mendesak isu berkaitan projek k...
Jangan Libatkan Imej Negatif Dengan Umno Dalam Isu Lcs

Jangan Libatkan Imej Negatif Dengan Umno Dalam Isu Lcs

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 190 hits
Pemuda UMNO hipokrik Nak tanya imej apa yang nak dibawa PM dari DAP Menteri Kewangan dari PEJUANG 3 MENTERI Pertahankan dari PKR AMANAH PAS Apakah nak diberitahu PM Menteri Kewangan 3 Menteri Pertahankan ITU Tak tahu belaka naif lurus bendu...
Lcs Jangan Biarkan Perasuah Kabur Mata Rakyat Tangkap Ikan Bilis Jerung Besar Bermaharajalela

Lcs Jangan Biarkan Perasuah Kabur Mata Rakyat Tangkap Ikan Bilis Jerung Besar Bermaharajalela

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 249 hits
Jangan biarkan perasuah kabur mata rakyat tangkap ikan bilis jerung besar bermaharajalela setelah pendakwaan dibuat ke atas bekas Pengarah Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pendakwaan t...
Jawatankuasa Khas Palimen Syor Dakwa Pihak Terbabit Lcs

Jawatankuasa Khas Palimen Syor Dakwa Pihak Terbabit Lcs

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 177 hits
Jawatankuasa Khas Palimen syor dakwa pihak terbabit LCSPosted By on August 14 2022Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah berpuas hati dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam tindakannya menyiasat skandal pembinaan kapal tempur pesisi...
Daftar Pekerja Asing Sebagai Buruh Jangan Benar Mereka Mengahwini Wanita Tempatan

Daftar Pekerja Asing Sebagai Buruh Jangan Benar Mereka Mengahwini Wanita Tempatan

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 410 hits
KUANTAN Angkatan Pembela Rakyat meminta kerajaan membentangkan Rang Undang Undang khusus untuk pekerja asing di Dewan Rakyat dan Dewan Negara secepat mungkin Penyelaras badan bukan kerajaan itu Mohd Shukri Mohd Ramli Jamaluddin berkata RUU ...
Lcs Jangan Terpedaya Naratif Palsu Bn Ph Tidak Buat Apa Apa Masa 22 Bulan Ini Buktinya

Lcs Jangan Terpedaya Naratif Palsu Bn Ph Tidak Buat Apa Apa Masa 22 Bulan Ini Buktinya

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 189 hits
Setelah isu skandal kapal tempur pesisir dibangkitkan dan secara terang terangan ia berlaku ketika zaman Barisan Nasional namun naratif palsu daripada penyokong BN mengatakan Pakatan Harapan tidak berbuat apa apa sepanjang 22 bulan memerint...
Perlu Lebih Sensitif Perjelas Isu Lcs Jangan Sampai Dedah Rahsia Keselamatan Negara

Perlu Lebih Sensitif Perjelas Isu Lcs Jangan Sampai Dedah Rahsia Keselamatan Negara

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 189 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bimbang penjelasan mengenai isu keselamatan yang berkait dengan kontroversi Kapal Tempur Pesisir berisiko mendedahkan rahsia keselamatan negara Presiden UMNO yang juga bekas Timbalan Perdana Men...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti