Jangan Berhenti Desak Isu Lcs Peserta Protes Beritahu Rakyat


freemalaysiatoday.com
Anne Muhammad dan Reshna Reem Ganesan
-August 14, 2022 5:22 PM

Peserta protes membawa plakad antaranya tertera ‘H20 letak jawatan’, ‘buang penyamun’, ‘RM6 bilion hilang’ dan ‘kapal hilang radar!’.
KUALA LUMPUR: Rakyat digesa jangan berhenti mendesak isu berkaitan projek kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM6 bilion supaya tindakan dapat diambil terhadap pihak terlibat.

Pengasas bersama Muda, Amir Abd Hadi, yang mengetuai protes “Mana Kapal LCS” berkata menjadi hak orang ramai untuk menyuarakan kebimbangan mereka mengenai isu itu.

“Mereka tidak boleh mendiamkan kita. Kami akan terus memperjuangkan kebenaran dan memastikan mereka yang terlibat bertanggungjawab,” katanya di hadapan kira-kira 200 peserta yang hadir.

Amir turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan imej kapal yang tidak lengkap hasil lawatan media ke tapak pembinaan LCS di Lumut, Perak, semalam.

“Memalukan kerana kapal itu kelihatan sama seperti yang mereka tunjukkan kepada kami pada 2017,” katanya.

Amir menggesa Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein meletak jawatan kerana gagal bertanggungjawab ke atas projek LCS yang mengalami kelewatan selama bertahun-tahun
Kira-kira 200 peserta protes isu kapal tempur pesisir (LCS) berhimpun di depan pusat membeli-belah Sogo.

Sementara itu, Naib Presiden Muda, Shahrizal Denci mempersoalkan bagaimana Malaysia mahu melawan lanun di perairan negara tanpa adanya kapal perang.

“Macam mana mahu lawan lanun di Semporna kalau pakai kapal kayu,” soalnya.

Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyambut baik tindakan kerajaan bersetuju laporan LCS dinyahklasifikasikan serta laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) disiarkan kepada umum.

“Namun, semuanya mesti didedahkan secara terbuka. Jangan sunting sebarang nama dalam laporan itu,” katanya.

Protes yang berlangsung dalam hujan di depan pusat membeli-belah Sogo hari ini turut dihadiri gabungan mahasiswa, NGO dan wakil parti politik yang semuanya memakai baju berwarna hitam.

Mereka turut membawa replika LCS dan plakad dengan tulisan antaranya “H20 letak jawatan”, “buang penyamun”, “RM6 bilion hilang”, “kapal hilang radar!” serta “Jawab surat panglima TLDM”.

Turut kedengaran laungan “hidup rakyat” dan “mana LCS”. Peserta protes bersurai pada 3.30 petang.

Sebelum protes berlangsung, anggota polis menghalang kenderaan dari memasuki Jalan Tuanku Abdul Rahman.

LCS mendapat perhatian selepas Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengkritik kelewatan projek itu.

PAC berkata, sehingga kini tiada satu pun LCS disiapkan dan diserah kepada tentera laut walaupun perjanjian kontrak pada Januari 2014 menggariskan bahawa LCS 1 iaitu dua kapal pertama sepatutnya diserahkan kepada kerajaan pada April 2019.

Semalam, dalam lawatan media ke Lumut, Perak, Boustead Naval Shipyard (BNS) menunjukkan terdapat lima LCS sedang dalam pembinaan dengan salah satunya sudah mencapai kemajuan 60%, manakala empat lagi mencapai kemajuan 48%, 43%, 36% dan 22%


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/jangan-berhenti-desak-isu-lcs-peserta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Berhak Tahu Isu Lcs Kata Ismail Sabri

Rakyat Berhak Tahu Isu Lcs Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 272 hits
Rakyat berhak tahu isu LCS kata Ismail Sabri nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 21 Aug 2022 12 01AM
Jangan Libatkan Imej Negatif Dengan Umno Dalam Isu Lcs

Jangan Libatkan Imej Negatif Dengan Umno Dalam Isu Lcs

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 194 hits
Pemuda UMNO hipokrik Nak tanya imej apa yang nak dibawa PM dari DAP Menteri Kewangan dari PEJUANG 3 MENTERI Pertahankan dari PKR AMANAH PAS Apakah nak diberitahu PM Menteri Kewangan 3 Menteri Pertahankan ITU Tak tahu belaka naif lurus bendu...
Perlu Lebih Sensitif Perjelas Isu Lcs Jangan Sampai Dedah Rahsia Keselamatan Negara

Perlu Lebih Sensitif Perjelas Isu Lcs Jangan Sampai Dedah Rahsia Keselamatan Negara

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 191 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bimbang penjelasan mengenai isu keselamatan yang berkait dengan kontroversi Kapal Tempur Pesisir berisiko mendedahkan rahsia keselamatan negara Presiden UMNO yang juga bekas Timbalan Perdana Men...
Isu Kapal Tempur Lcs Zahid Jangan Lari Tanggungjawab Liew

Isu Kapal Tempur Lcs Zahid Jangan Lari Tanggungjawab Liew

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 252 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 7 2022 1 13 PMBekas timbalan menteri pertahanan Liew Chin Tong mengingatkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak lari daripada tanggungjawabnya berhubung isu projek pembinaan enam kapal tempur pesisi...
Lcs Jangan Biarkan Perasuah Kabur Mata Rakyat Tangkap Ikan Bilis Jerung Besar Bermaharajalela

Lcs Jangan Biarkan Perasuah Kabur Mata Rakyat Tangkap Ikan Bilis Jerung Besar Bermaharajalela

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 250 hits
Jangan biarkan perasuah kabur mata rakyat tangkap ikan bilis jerung besar bermaharajalela setelah pendakwaan dibuat ke atas bekas Pengarah Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pendakwaan t...
Selepas Skandal Lcs Isu Beli Meriam Howitzer Tak Ikut Kehendak Atm Pula Timbul

Selepas Skandal Lcs Isu Beli Meriam Howitzer Tak Ikut Kehendak Atm Pula Timbul

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 171 hits
Selepas skandal kapal perang pesisir LCS bernilai RM9 billion terbongkar dan terkini pembelian senjata meriam Howitzer secara rundingan terus tidak mengikut kehendak pihak Angkatan Tentera Malaysia pula timbul Bahkan ada di antara pembelian...
Skandal Lcs Rafizi Akan Dedah Syarikat Palsu Yang Modus Operandi Mirip Mirip Isu Imdb

Skandal Lcs Rafizi Akan Dedah Syarikat Palsu Yang Modus Operandi Mirip Mirip Isu Imdb

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 219 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli akan mendedahkan nama syarikat dikatakan palsu yang didakwa ditubuhkan bagi tujuan penyelewengan dalam projek perolehan kapal tempur pesisir esok Modus operandi mirip mirip isu I...
Hishammuddin Kemuka Cadangan Rci Isu Lcs Ke Kabinet Esok

Hishammuddin Kemuka Cadangan Rci Isu Lcs Ke Kabinet Esok

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 274 hits
Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein berkata cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap isu kapal tempur pesisir akan dibawa ke Kabinet esok PETALING JAYA Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein akan membawa cad...
Isu Lcs Agc Akan Buat Keputusan Secepat Mungkin

Isu Lcs Agc Akan Buat Keputusan Secepat Mungkin

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 263 hits
Pejabat Peguam Negara akan melaksanakan keputusan secepat mungkin melibatkan isu perolehan projek kapal tempur pesisir Memetik laporan BH Online Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun meminta rakyat Malaysia bersabar sementara kertas siasatan ya...
Syed Saddiq Dijangka Terima Peruntukan Parlimen

Rodziah To Confirm On Monday Which Pkr Post She Seeks

Amanah Urges End To Religious Debates For Harmony

Adventure To Mount Everest Conquering The World S Tallest Peak

Serangan Bom Tembakan Di Golok Polis Sahkan Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Concerned Malaysians Want Justice For Late Customs Tribunal Officer Lim Ju Vynn Prevent A Teo Beng Hock 2 0

Langkawi Umno Rejects Return To Old Election System

Rasa Kekok Bila Buat Kelainan Dalam Mendekati Al Quran Sepanjang Bulan Ramadan Tahun 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan

Lirik Lagu Husnul Khotimah Ezyree Fayyad

Semak Keputusan Upkk 2025 Secara Online Dan Sms Upkk Jarak No Mykad Ke 15888

Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

Kemarau Kemenangan Sri Pahang Lebih Empat Bulan Berakhir Berjaya Tewaskan Pdrm 3 1 Malam Tadi

Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai