Lawatan Pm Ke Brazil Kukuh Hubungan Diplomatik 65 Tahun


 
Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang media sempena Sidang Kemuncak Apec 2024. (Gambar Bernama)
LIMA: Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Brazil berlangsung dari 16 hingga 19 Nov bakal mengukuhkan lagi hubungan diplomatik yang terjalin selama 65 tahun selain dapat meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan.
Menteri Luar Negeri, Mohamad Hasan, berkata lawatan kerja tersebut terdiri dua komponen utama: pertama, pertemuan dua hala dengan Presiden Brazil Luiz Inácio Lula Da Silva, pada 17 Nov dan kedua, penyertaan dalam Sidang Kemuncak G20 di bawah kepengerusian Brazil pada 18 hingga 19 Nov.
“Kali terakhir Malaysia menghadiri Sidang G20 ialah pada 2015 di Turki, selaku pengerusi Asean ketika itu. Tahun 2025 amat signifikan kepada Malaysia dan Brazil.”
“Tatkala Malaysia menjadi pengerusi Asean, Brazil akan menerajui BRICS dan turut menjadi tuan rumah bagi Persidangan Pihak-Pihak ke-29 (COP29) Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC),” katanya kepada pemberita hari ini.
G20 dianggotai 19 negara dan dua kesatuan iaitu Argentina, Australia, Brazil, Kanada, China, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Mexico, Rusia, Arab Saudi, Afrika Selatan, Korea Selatan, Turki, United Kingdom, Amerika Syarikat Kesatuan Eropah (EU) dan Kesatuan Afrika (AU).
Ia merupakan perkumpulan geoekonomi yang amat berpengaruh dalam sosioekonomi, perdagangan dan kewangan dunia selain memainkan peranan penting dalam menentukan piawaian antarabangsa dalam hal ehwal ekonomi dunia.
Pertemuan dua hala, perbincangan dengan industri Brazil
Dalam pertemuan dua hala antara perdana menteri dan Presiden Lula, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan pelbagai peluang untuk memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Brazil.
Katanya, topik utama perbincangan termasuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara, serta memajukan industri halal yang berpotensi.
Malaysia dan Brazil akan turut membincangkan isu global yang berkepentingan bersama seperti perubahan iklim, reformasi institusi antarabangsa termasuk perhimpunan agung PBB, dan pembaharuan sistem kewangan global.
Mohamad berkata, satu perbincangan meja bulat dengan pemain industri Brazil juga dijadualkan diadakan untuk mempromosikan peluang perniagaan, khususnya dalam sektor semikonduktor dan halal.
Penyertaan dalam Sidang Kemuncak G20
Beliau berkata, salah satu tumpuan utama lawatan ini adalah penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak G20 yang bertemakan ‘Building a Just World and a Sustainable Planet’ (Membina Dunia dan Planet yang Lestari).
Di bawah Kepengerusian Brazil, G20 akan melancarkan ‘Global Alliance against Hunger and Poverty’ yang bertujuan membasmi kemiskinan dan kelaparan di seluruh dunia.
Tema ini selaras komitmen kerajaan Madani dalam meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat Malaysia, terutama dalam usaha membasmi kemiskinan tegar.
Pada 18 Nov, Anwar yang juga menteri kewangan akan menyampaikan pandangan Malaysia dalam dua sesi penting G20: pertama sesi ‘Social Inclusion and the Fight against Hunger and Poverty’, dan kedua sesi ‘Reform of Global Governance Institutions’.
Katanya, kedua-dua sesi ini, memberi peluang kepada Malaysia untuk menyuarakan pandangan mengenai inisiatif untuk menangani isu kemiskinan, ketidaksetaraan, dan reformasi sistem pemerintahan global. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/11/lawatan-pm-ke-brazil-kukuh-hubungan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Negara Di Amerkika Selatan Yang Tiada Hubungan Diplomatik

Negara Di Amerkika Selatan Yang Tiada Hubungan Diplomatik

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 203 hits
RMS Brazil antara negara di Amerika Selatan yang memutuskan hubungan diplomatik downgrade dgn Israel negara lain adalah Chile Bolivia Colombia Honduras Chile dan Belize
Xi Jinping Kenang 50 Tahun Hubungan China Malaysia Seru Kerjasama Yang Lebih Erat Pada Masa Hadapan

Xi Jinping Kenang 50 Tahun Hubungan China Malaysia Seru Kerjasama Yang Lebih Erat Pada Masa Hadapan

papar berkaitan - pada 8/11/2024 - jumlah : 277 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Presiden China Xi Jinping di Dewan Besar Rakyat di Beijing China pada 7 November 2024 Foto ReutersBEIJING 7 Nov Presiden Xi Jinping menzahirkan rasa puas hatinya ketika bertemu Perdana Menter...
Ini Jumlah Potensi Eksport Berjaya Diraih Ketika Lawatan Sulung Pmx Ke Brazil

Ini Jumlah Potensi Eksport Berjaya Diraih Ketika Lawatan Sulung Pmx Ke Brazil

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 238 hits
Ini jumlah potensi eksport berjaya diraih ketika lawatan sulung PMX ke BrazilSITI NUR ZAWANINovember 19 2024Lawatan kerja Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil adalah kunjungan pertama dilakukan beliau sejak menjadi Perdana Menteri pada 2022 K...
Tergamak Bunuh Sorok Ibu Tiga Tahun Dalam Peti Ais

Tergamak Bunuh Sorok Ibu Tiga Tahun Dalam Peti Ais

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 200 hits
AZMI NORDINPeti ais dipercayai tempat mayat mangsa disorokkan dalam kejadian di Jalan Haji Abu 6 di sini hari ini KUALA LUMPUR Seorang lelaki tergamak membunuh ibu sendiri dan menyimpan mayatnya di dalam peti ais sejak tiga tahun lalu dalam...
Kelantan Remaja 15 Tahun Ditahan Seludup 475kg Beras

Kelantan Remaja 15 Tahun Ditahan Seludup 475kg Beras

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 220 hits
FMT ReportersBeras seludup yang ditemui dalam kereta Proton Persona yang dipandu seorang remaja lelaki 15 tahun di Pasir Mas Kelantan PETALING JAYA Seorang remaja berusia 15 tahun ditahan di Pasir Mas Kelantan kerana disyaki menjadi penghan...
Kwsp Rekod Pendapatan Pelaburan Rm57 57 Bilion Ada Potensi Dividen Tahun Depan Dapat Lebih

Kwsp Rekod Pendapatan Pelaburan Rm57 57 Bilion Ada Potensi Dividen Tahun Depan Dapat Lebih

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 263 hits
KWSP rekod pendapatan pelaburan RM57 57 bilion ada potensi dividen tahun depan dapat lebih Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM57 57 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2024 ...
Terkini Pelakon Song Jaerim Ditemui Meninggal Dunia Hari Ini Pada Usia 39 Tahun

Terkini Pelakon Song Jaerim Ditemui Meninggal Dunia Hari Ini Pada Usia 39 Tahun

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 224 hits
Dunia hiburan Korea telah digemparkan dengan berita kematian pelakon Song Jae rim Artikel Berkaitan Menurut laporan media pada 12 November Song Jae rim telah ditemui meninggal dunia pada petang hari ini pada usianya 39 tahun Namun setakat i...
Kagum Si Cilik 2 Tahun Hafal 57 Logo Kereta Raih Rekod Mbor

Kagum Si Cilik 2 Tahun Hafal 57 Logo Kereta Raih Rekod Mbor

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 267 hits
Hebat betul Seorang kanak kanak comel bernama M Rajamitheran baru je berusia 2 tahun 11 bulan dah berjaya mencipta sejarah dalam Malaysian Book of Records pada 25 Oktober lepas Rajamitheran dengan pantasnya dapat menyebut 57 logo kereta dal...
Move On Pas Kita Sudah 67 Tahun Merdeka

Move On Pas Kita Sudah 67 Tahun Merdeka

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 165 hits
GRS tidak mahu bersama PASMOVE ON PAS KITA SUDAH 67 TAHUN MERDEKANak tanya nak selamat Malaysia dari siapa Komunis dah tak ada penjajah pun dah balik Malaysia tiada masalah diplomatik dgn negara luar Nak selamatkan dari siapa Yg hampir duit...
Macc Proceeds With Asset Forfeiture Of Daim S Uk Properties

Cara Beli Ev Charger Rumah Di Malaysia Panduan Kos Pemasangan

We789 9 May We789 100 Top 95 By Kay

Semangat Untuk Maju Harus Diteruskan

The Role Of International Law In A Globalized World Challenges And Opportunities

Bun Cheese Gula Gebu Gebu

Boonlert1688 11 May Boonlert1688 Top 34 By Gwendolyn

Why You Should Upgrade To The Huawei Freebuds 6 Today


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mekdi Belanja Rider Mcdonald S Malaysia Celebrates 70 000 Delivery Heroes

Ctos Sme Biz Day Brings Digital Gameplan To Johor

Ringgit Climbs As Trump Ramps Up Pressure On Fed To Cut Interest Rates

Ensuring Benefits For Rakyat With Responsible Use Of Mobile Data

Coitus In Melaka Disrupted Datuk Claims Hotel Staff Barged In Mid Act Sparks Online Frenzy

Kelebihan Bulan Muharram Amalan Yang Disyariatkan