Lawatan Anwar Gagal Siapa Kata Gagal Usaha Tarik Pelabur Telah Berjaya




 Pembangkang yang mendakwa lawatan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab saudi gagal kerana tidak bertemu Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan Putera Makhkota Mohamad bin Salman sebaik baiknya memeriksa hasil lawatan tersebut.

Menurut Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, lawatan Anwar yang dibanding dengan hasil kunjungan bekas PM Mahiaddin Yassin jelas sekali tidak kena kerana misi delegasi Malaysia adalah untuk menarik pelabur Arab, bukannya semata mata pertemuan politik.




"Mengapa begitu kecil jiwa kita menilai kejayaan atau kegagalan lawatan PM Datuk Seri Anwar ke Saudi? Tidakkah boleh kita melihat kejayaan PM dalam tempoh hanya 3 hari lawatannya ke Saudi?




"PM mengadakan pertemuan dengan OIC dan Liga Muslim Dunia di Makkah


"Menyaksikan pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman (MOU) antara Dagang Nexchange Bhd dan Ajlan & Bros Holding Group Co; Dewan Perniagaan Antarabangsa Kuala Lumpur dan Wadi Makkah Knowledge Co; dan Qhub International Sdn Bhd dan Eromman Technologies Sdn. Bhd.



"Juga mendengar taklimat ahli perniagaan Malaysia mengenai penglibatan meluas mereka dalam bandar futuristik Neom, projek mega terbaru Arab Saudi, dan pelbagai peluang pihak industri dari Malaysia di sana," kata Dr Agus dalam satu kenyataan.







                   Misi utama DS Anwar bertemu pemain utama industri di Arab Saudi




Dr Agus menolak kejayaan lawatan mengikut definisi pembangkang mengikut satu per satu apa yang dilakukan Mahiaddin 2 tahun lalu, iaitu bertemu Raja Salman melalui sidang video atau dijemput masuk ke dalam Kaabah sebagai penghormatan pemimpin negara.




Tambah beliau, kerajaan Arab Saudi telah pun meminta lawatan PM dipanjangkan 2 hari lagi untuk pertemuan bersama Raja Salman dan Putera Mahkota yang telah mengubah jadual asal mereka, tetapi PM terpaksa pulang kerana dijadualkan menghadiri majlis iftar bersama Yang di-Pertuan Agong pada 25 Mac, lawatan ke Kemboja pada 27 Mac serta lawatan ke China pada 29 Mac bertemu Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Qiang.







Tiga MoU kerjasama syarikat Malaysia - Arab Saudi berjaya ditandatangani




"Tidakkah padat jadual itu? Tidakkah melibatkan perubahan besar jika ditangguhkan kepulangan dua hari lagi? Fahamilah kekangan masa PM kita yang bekerja kuat untuk negara," katanya.



Mengenai hujah Raja Salman kononnya tidak suka kepada Anwar, Dr Agus berkata, Ketua Negara Arab Saudi itu adalah antara yang pertama menghantar perutusan tahniah sebaik sahaja Anwar diangkat sebagai PM. Manakala Putera Mahkota pula menzahirkan agar rakyat Malaysia terus sejahtera di bawah kepimpinan PM yang baharu.




Justeru, Dr Agus menolak cara pembangkang berpolitik yang memainkan isu remeh temeh untuk sengaja memalukan PM.



"Bermain politik pun janganlah sampai ke tahap dendam dan benci. Kita sama-sama perlu menjaga imej dan hubungan baik dua negara (Malaysia - Arab Saudi).




"Jika tidak berpuas hati juga dengan hasil lawatan dan kos lawatan PM ke Arab Saudi, tanya PM sendiri di parlimen. Setiap Selasa PM sedia menjawab.




"Jangan pula tidak datang masa itu. Dari situlah, baru rakyat tahu apa sebenarnya isu yang dikecohkan oleh pembangkang ini," lata Dr Agus lagi.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/03/n-anwar-gagal-siapa-kata-gagal-usaha.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lawatan Ke China Pulangan Besar Kepada Negara Kata Pm

Lawatan Ke China Pulangan Besar Kepada Negara Kata Pm

papar berkaitan - pada 2/4/2023 - jumlah : 221 hits
MALAYSIA dan China bersetuju untuk memantapkan dan membawa hubungan dua hala kedua dua negara ke tahap yang lebih tinggi dipacu dengan kerjasama lebih mendalam dan bermakna dalam pelbagai aspek Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerjasam...
Alasan Anwar Gagal Mengadap Raja Arab Tak Meyakinkan Pmo Atau Wisma Putra Perlu Tampil Jawapan Jujur

Alasan Anwar Gagal Mengadap Raja Arab Tak Meyakinkan Pmo Atau Wisma Putra Perlu Tampil Jawapan Jujur

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 382 hits
Meskipun Anwar Ibrahim menjelaskan ketiadaan pertemuan antara beliau dengan Raja Salman Abdulaziz Al Saud atau dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman dalam lawatannya ke Arab Saudi yang berakhir semalam adalah disebabkan pimpinan kerajaa...
Kami Sedang Usaha Bawa Pulang Lelaki Dipenjara Di Kemboja Kata Zambry

Kami Sedang Usaha Bawa Pulang Lelaki Dipenjara Di Kemboja Kata Zambry

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 250 hits
Zambry Abdul Kadir berkata kes itu dipantau Wisma Putra selama ini dengan wakil di Phnom Penh menghulurkan bantuan konsular sejak Hemakavin dipenjarakan di Kemboja PETALING JAYA Wakil Kementerian Luar sudah mengadakan beberapa pertemuan den...
Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

From Startup To Unicorn Status

Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2

Testastretta Tempest Rough Crafts Savage Custom Ducati Monster

Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik

Selesai Urusan Pasport


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How To Encourage Siblings To Play Together Nicely

Spend Time Dengan Cousin Kat Jumptopia Space Warriors Paradigm Mall Jb

Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

Disyaki Angkara Hutang 3 Rumah Rosak Akibat Letupan

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up