Latihan Rumusan Set Mac 2020



SET PERCUBAAN SPM JOHOR 2019

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan-kelebihan memiliki aura positif dan cara-cara membentuk aura positif dalam kalangan remaja. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Aura boleh diertikan sebagai suatu medan tenaga yang hidup tetapi tidak dapat dilihat oleh mata kasar dalam diri seseorang. Aura tenaga ini terdiri daripada ion positif dan ion negatif. Aura seseorang itu memancar dan berupaya mempengaruhi setiap orang di sekelilingnya. Remaja yang beraura positif sememangnya senang didekati kerana aura positif yang terpancar di wajahnya akan menjadi magnet menarik perhatian orang lain untuk mendekati dirinya. 
Persekitaran keluarga yang positif berperanan penting dalam usaha untuk membina aura positif. Ibu bapa yang sentiasa mengungkapkan kata-kata positif pastinya dapat membentuk sikap anak-anak yang tidak berputus asa dan tidak menganggap kegagalan sebagai suatu musibah yang besar. Pada masa yang sama, ibu bapa yang mengekalkan aura positif akan sentiasa mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang sehingga mampu menjadikan anakanak berfikiran matang khususnya dalam membantu remaja menghadapi fasa kritikal pencarian identiti dan tujuan hidup. Selain itu, pendekatan psikologi perlu digunakan dalam mendidik anakanak agar anak-anak lebih berkeyakinan dan berusaha membaiki kelemahan dirinya.
Secara umumnya, remaja sering ditimpa sesuatu perkara yang membuatkannya berubah menjadi marah dan sedih. Keadaan ini menyebabkan gelombang negatif masuk ke dalam tubuh remaja tersebut. Dalam hal ini, remaja yang beraura positif berupaya mengawal keadaan emosi, mental, fizikal dan tahap kerohanian dalam dirinya. Hakikatnya, semua aura pada asalnya bersifat positif tetapi perasaan negatif dalam diri seseorang dapat menukarkan aura positif kepada aura negatif. Selain itu, keadaan fizikal yang lemah disebabkan sakit, depresi atau keletihan dapat mengganggu lingkaran aura positif yang menyelubungi diri. Malahan pengaruh oleh elemen dari luar atau dalaman seseorang itu sendiri turut menyumbang kepada perubahan tersebut.  
Remaja sering mempelajari sesuatu perkara daripada sumber penyalur informasi seperti media massa. Rancangan yang berunsurkan keganasan dan seksual tidak sesuai untuk ditonton oleh golongan remaja yang tahap pemikirannya masih belum matang. Tidak mustahil juga aksi dan perlakuan negatif yang dipersembahkan oleh media itu akan ditiru oleh remaja yang akan mengurangkan lagi aura positif anak-anak. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu melaksanakan aktiviti yang boleh menyuburkan minda mereka dengan pelbagai ilmu yang bermanfaat. Hasilnya, anakanak lebih bijak memilih bahan media yang betul. Sesungguhnya, anak-anak yang beraura positif memiliki keperibadian yang baik dan bercita-cita untuk berjaya dalam kehidupan.
                                                                          Dipetik dan diubah suai daripada
    “Persekitaran membentuk aura positif remaja”
                                  Oleh Noraziah Mohd Amin
                                   Dewan Bahasa, Julai 2017
                                                                                          
SKEMA RUMUSAN  PENDAHULUAN
PEND
JAWAPAN
MARKAH
P1
Petikan membincangkan kelebihan-kelebihan/manfaat-manfaat/ faedahfaedah/kebaikan-kebaikan memiliki aura positif dalam kalangan anak-anak/ remaja/ seseorang.
2
P2
Petikan membincangkan kelebihan-kelebihan/manfaat-manfaat/ faedah-faedah/kebaikan-kebaikan memiliki aura positif dan perkara-perkara yang boleh menukarkan aura positif kepada aura negatif dalam diri seseorang.
2
P3
Rumusan ini membincangkan kelebihan-kelebihan/manfaat-manfaat/ faedah-faedah/kebaikan-kebaikan memiliki aura positif dan cara-cara membentuk aura positif dalam kalangan remaja.
2
P4
Petikan/Rumusan ini membincangkan kelebihan-kelebihan/ manfaat-manfaat/faedah-faedah/kebaikan-kebaikan memiliki aura positif.
1
P5
Petikan membincangkan kelebihan-kelebihan memiliki aura positif/ Rumusan ini membincangkan kelebihan-kelebihan memiliki aura positif.
0

ISI TERSURAT (kelebihan-kelebihan memiliki aura positif)
ISI
JAWAPAN
MARKAH
S1
senang didekati.                 
2
S2
membentuk sikap anak-anak yang tidak berputus asa.
2
S3
tidak menganggap kegagalan sebagai suatu musibah yang besar.
2
S4
menjadikan anak-anak berfikiran matang.
2
S5
anak-anak lebih berkeyakinan dan berusaha membaiki kelemahan dirinya.
2
S6
mengawal keadaan emosi, mental, fizikal dan tahap kerohanian dalam dirinya.
2
S7
anak lebih bijak memilih bahan media yang betul.
2
S8
memiliki keperibadian yang baik dan bercita-cita untuk berjaya.
2

ISI TERSIRAT (cara-cara membentuk aura positif dalam kalangan remaja)
ISI
JAWAPAN
MARKAH
T1
mengikuti aktiviti yang menambah ilmu pengetahuan/majlis ilmu.             
2
T2
mendampingi golongan berilmu/peribadi positif.
2
T3
meminta nasihat daripada orang berpengalaman.
2
T4
sentiasa muhasabah diri                                                                                   
2
T5
menjauhi pemikiran negatif                                                               
2
T6
sentiasa berdoa/solat hajat                                                                               
2

KESIMPULAN
ISI
JAWAPAN
MARKAH
K1
Kesimpulannya, remaja perlu berusaha memiliki aura positif agar kehidupan remaja lebih berkualiti/ dihormati.
2
K2
Kesimpulannya, remaja hendaklah memiliki aura positif.
1

Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)     Berikan maksud rangkai kata menyuburkan minda.                                       
[2 markah]
(ii)    Pengarang menyatakan beberapa keadaan yang boleh menukarkan aura positif kepada aura negatif dalam diri seseorang.
Nyatakan keadaan-keadaan tersebut.                                                              
[3 markah]
(iii)   Segelintir remaja sering berdepan dengan masalah tekanan perasaan dalam kehidupan mereka.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca remaja menghadapi masalah tersebut?      
[4 markah]  


SOALAN (i) Maksud rangkai kata menyuburkan minda  :
PILIHAN
JAWAPAN
MARKAH
(i)
Mengembangkan/memupuk/menyemai/     akal/ pemikiran.
2
(ii)
Mengembangkan/memupuk/menyemai       minda.
1
(iii)
Menyuburkan     akal/pemikiran.
1

SOALAN (ii) Keadaan-keadaan:
ISI
JAWAPAN
MARKAH
1
Perasaan negatif dalam diri seseorang.
1
2
Keadaan fizikal yang lemah disebabkan sakit, depresi atau keletihan.
1
3
Pengaruh oleh elemen dari luar atau dalaman seseorang itu sendiri.
1

SOALAN (iii) Punca-punca
ISI
JAWAPAN
MARKAH
1
Pengaruh media massa.
1
2
masalah hubungan dalam keluarga.                    
1
3
Bebanan pelajaran/tanggungjawab terhadap pekerjaan.
1
4
harapan ibu bapa yang terlalu tinggi.
1
5
kurang pengamalan/ mengamalkan ajaran agama. 
1
6
inginkan perhatian/dikenali ramai/ disanjungi.
1
7
sikap negatif dalam diri.
1

 
 
 
 
 
 
 
 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2020/03/latihan-rumusan-set-mac-2020.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dewan Rakyat Akan Bersidang Pada 18 Mei 2020 Ditangguhkan Dari 9 Mac 2020

Dewan Rakyat Akan Bersidang Pada 18 Mei 2020 Ditangguhkan Dari 9 Mac 2020

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 561 hits
Dewan Rakyat akan bersidang pada 18 Mei 2020 ditangguhkan dari 9 Mac 2020 Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen Ke 14 akan disempurnakan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah SinarBaharu...
Pergerakan Harga Bitcoin Untuk Mac 05 06 2020

Pergerakan Harga Bitcoin Untuk Mac 05 06 2020

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 300 hits
Selepas menyentuh blok pesanan kenaikan harga harian pada tahap 8435 37 BTC bergerak mendatar Sekarang ia cuba untuk keluar dan tutup di atas tahap 8915 25 dari kawasan penyatuan ini Selagi Bitcoin tidak menjejaki semula ke tahap 8657 91 ia...
Diari Pedagang Untuk 04 Mac 2020 Pasangan Mata Wang Eur Usd Biden Menjaringkan Kemenangan Untuk Super Tuesday

Diari Pedagang Untuk 04 Mac 2020 Pasangan Mata Wang Eur Usd Biden Menjaringkan Kemenangan Untuk Super Tuesday

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 309 hits
Ramai yang lupa mengenai pilihan raya presiden Amerika Syarikat yang sudah ditetapkan untuk bulan November di tengah wabak virus dan penurunan kadar Fed Dalam hal ini kursus dolar akan berubah dengan ketara jika Trump kehilangan Semalam yan...
Drama Korea Terbaru Bulan Mac 2020

Drama Korea Terbaru Bulan Mac 2020

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 606 hits
Berikut senarai drama Korea terbaru bulan Mac 2020 Nobody Knows Genre Detektif MisteriEpisod 16Tarikh 2 Mac 21 April 2020Pelakon Kim Seo Hyung Ryu Duk Hwan Park Hoon Ahn Jin Ho Moon Sung Geun Min Jin Woong Kang Ye Won Jun Suk Chan Baek Soo ...
Tuntut Boost E Tunai Rakyat Sebelum 8 Mac 2020

Tuntut Boost E Tunai Rakyat Sebelum 8 Mac 2020

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 482 hits
Dalam Belanjawan 2020 Menteri Kewangan pada ketika itu Lim Guang Eng telah mengumumkan Inisiatif e Tunai Rakyat berjumlah RM30 seorang yang layak dengan bajet berjumlah RM450 juta melalui eWallet Jadi peruntukan eTunai Rakyat dianggarkan di...
Giveway Mac 2020 Rm900 Untuk Di Menangi

Giveway Mac 2020 Rm900 Untuk Di Menangi

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 318 hits
Giveway Mac 2020 RM900 Untuk Di Menangi Seperti yang mama announce semalam di jemput semua untuk join Giveway Mac 2020 RM900 Untuk Di Menangi ini Semalam ada sedikit isu teknikal dimana link ada sedikit masalah Terima kasih kepada korang ya...
Filem Best Keluar Bulan Mac 2020

Filem Best Keluar Bulan Mac 2020

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 589 hits
Jom tengok 13 filem menarik yang ditayangkan di pawagam bulan Mac ini Ada tiga filem tempatan yang menarik untuk ditonton Bulan Dan Pria Terhebat Roh dan Escape Guns AkimboTarikh Tayangan 5 Mac 2020Genre Aksi KomediPelakon Daniel Radcliffe ...
Penerangan Umno Malaysia Berita Malaysia Seminggu 6 Mac 2020

Penerangan Umno Malaysia Berita Malaysia Seminggu 6 Mac 2020

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 323 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut