Filem Best Keluar Bulan Mac 2020


Jom tengok 13 filem menarik yang ditayangkan di pawagam bulan Mac ini. Ada tiga filem tempatan yang menarik untuk ditonton - Bulan Dan Pria Terhebat, Roh, dan Escape



Guns AkimboTarikh Tayangan: 5 Mac 2020Genre: Aksi / KomediPelakon: Daniel Radcliffe, Natasha Liu Bordizzo, Samara Weaving, Mark RowleySinopsis : Ketika mabuk, Miles seorang pembuat permainan video yang gemar membuat `kacau` di internet, telah mengkritik hebat penyiaran pertandingan pertarungan maut haram oleh sebuah kelab yang dipanggil Skizm. Pertandingan itu disiarkan secara langsung kepada jutaan penonton yang gemar menyaksikan orang tak dikenali bertarung hingga mati. Kritikan itu telah mencetuskan kemarahan Riktor, dalang di sebalik semuanya, yang kemudian mahu Miles terlibat sebagai salah seorang peserta pertandingan itu. Mimpi ngeri Miles menjadi kenyataan apabila dia terbangun dan mendapati senjata berat dipasang di tulangnya dan kini dia perlu berdepan dengan lawan pertamanya, iaitu pembunuh bernama Nix. Dia berjaya melarikan diri daripada Nix tetapi apabila Nova, bekas kekasih yang masih disayanginya, telah diculik, dia perlu berhenti melarikan diri dan bertarung demi menyelamatkan wanita itu



The Invisible ManTarikh Tayangan: 5 Mac 2020Genre: NgeriPelakon: Elisabeth Moss, Oliver Jackson-Cohen, Aldis Hodge, Storm Reid, Harriet DyerSinopsis : Dengan bantuan adiknya serta rakan mereka sejak kecil, Cecilia Kass menyembunyikan diri daripada teman lelakinya, seorang saintis kaya dan bijak namun kuat mengongkong dan bersikap kasar. Cecilia cuba mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik selepas berpisah dengan teman lelakinya itu. Lelaki itu kemudiannya membunuh diri dan meninggalkan sebahagian besar hartanya kepada Cecilia. Bagaimanapun, dia mula mengesyaki bahawa lelaki itu sebenarnya masih hidup berikutan berlakunya kejadian-kejadian menakutkan sehingga mengancam nyawa orang-orang yang dia sayangi. Dia kini perlu membuktikan bahawa dirinya diburu seseorang yang tidak boleh dilihat



OnwardTarikh Tayangan: 5 Mac 2020Genre: AnimasiPelakon: Tom Holland, Chris Pratt, Julia Louis-Dreyfus, Octavia SpencerSinopsis : Ian dan Barley Lightfoot merupakan adik beradik bunian yang tinggal di pinggir bandar sebuah dunia fantasi, di mana manusia tidak wujud. Sebaliknya ia didiami oleh makhluk seperti bunian, troll, ikan duyung dan macam-macam lagi. Suatu hari, kedua-dua remaja itu memulakan pengembaraan demi meneroka jika masih ada lagi kuasa magik di dunia. Mereka berharap untuk menggunakan kuasa magik bagi meluangkan masa sehari bersama bapa mereka, yang meninggal ketika mereka masih kecil. Apabila salah seorang daripada mereka cuba menghidupkan semula bapa mereka menggunakan satu sihir, hanya bahagian bawah badan bapa mereka yang muncul. Memandangkan sihir itu hanya bertahan selama 24 jam, mereka perlu mencari jalan untuk mengembalikan bahagian atas badan bapa mereka sebelum terlambat



BloodshotTarikh Tayangan: 12 Mac 2020Genre: Aksi / Drama / FantasiPelakon: Vin Diesel, Eiza González, Sam Heughan, Toby Kebbell, Guy PearceSinopsis : Seorang askar Marin, Ray Garrison, mendapati dirinya kini mempunyai kuasa luar biasa selepas dihidupkan semula oleh pasukan saintis rahsia, RST, selepas dia dan isterinya dibunuh. Dengan teknologi canggih nanoteknologi di dalam uratnya, dia kini menjadi mesin pembunuh biotek yang lebih kuat bernama Bloodshot, yang mampu pulih secepat mungkin. Dia tidak dapat ingat masa lampau pada mulanya tetapi apabila memorinya kembali, dia meloloskan diri dari fasiliti itu dan memburu orang yang membunuhnya dan isterinya. Bagaimanapun, dia mendapati sesuatu tentang konspirasi ini



Bulan Dan Pria TerhebatTarikh Tayangan: 12 Mac 2020Genre: Aksi / KomediPelakon: Zizan Razak, Zahirah MacWilson, Khir Rahman, Bell Ngasri, Maya KarinSinopsis: Setelah Melati diculik sindiket perdagangan manusia yang diketuai oleh Ricky, Bulan, seorang pelatih pasukan khas dari Indonesia, nekad untuk mencari semula adiknya di Malaysia. Dia kemudiannya bertemu dengan Haris, seorang pemandu e-hailing. Selepas mendapat tahu tentang masalah Bulan, Haris menawarkan diri untuk membantunya. Walaubagaimanapun, mereka kini berdepan bahaya apabila Ricky dan pembantunya Agus telah menghantar pembunuh upahan bernama Tony untuk memburu dan membunuh mereka



Trolls World TourTarikh Tayangan: 12 Mac 2020Genre: Animasi / KekeluargaanPelakon: Anna Kendrick, Justin Timberlake, J Balvin, Rachel Bloom, Flula Borg, Kelly Clarkson, James Corden, Ozzy Osbourne, Anderson Paak, George Clinton, Mary J. BligeSinopsis : Sambungan filem "Trolls" ini berkisarkan tentang Queen Poppy dan Branch yang menemui beberapa dunia Trolls yang baharu. Setiap satu daripadanya mempunyai genre muzik yang berbeza. Namun satu ancaman misteri menyebabkan Poppy, Branch dan rakan-rakan mereka perlu menjelajah ke tempat baharu demi menyatukan semua Trolls untuk menentang ancaman tersebut



My SpyTarikh Tayangan: 12 Mac 2020Genre: Aksi / KomediPelakon: Dave Bautista, Chloe Coleman, Kristen Schaal, Ken JeongSinopsis : Seorang pekerja CIA bernama JJ telah diturunkan pangkat dan terpaksa menjalankan operasi pemantauan rutin atas keluarga Sophie. Bagaimanapun, gadis pintar teknologi yang berusia 9 tahun itu menjumpai kamera-kamera tersembunyi di dalam rumahnya dan berjaya mengesan di mana operasi itu dijalankan. Setelah mendapat tahu tentang rahsia perisik itu, dia cuba memujuknya untuk mengajar cara menjadi seorang perisik dengan balasan tidak akan mendedahkan penyamarannya. Walau enggan pada mulanya, perisik itu kemudiannya mengalah dengan pesona dan kepintaran gadis itu



I Still BelieveTarikh Tayangan: 19 Mac 2020Genre: Drama / RomantikPelakon: KJ Apa, Britt Robertson, Melissa Roxburgh, Shania Twain, Gary SiniseSinopsis: Sebuah filem biografi yang sama judul dengan sebuah lagu nyanyian bintang muzik Kristian, Jeremy Camp, yang memaparkan kisah cinta bersama isteri pertamanya, Melissa. Biarpun menyedari hidup Melissa tidak lama kerana menghidap kanser ovari, Jeremy masih nekad untuk mengahwininya. Melissa meninggal dunia selepas empat bulan setelah mereka berkahwin. Filem ini turut menceritakan kehidupan Jeremy ketika remaja, perjalanannya sebagai seorang penyanyi terkenal dan pertemuan dengan isteri keduanya, Adrienne



A Quiet Place Part IITarikh Tayangan: 19 Mac 2020Genre: Seram / NgeriPelakon: Emily Blunt, Cillian Murphy, Millicent Simmonds, Noah Jupe, Djimon HounsouSinopsis: Kesinambungan kepada filem "A Quiet Place" (2018), di mana ahli keluarga Abbott yang terselamat berjuang untuk terus hidup selepas situasi ngeri yang berlaku di rumah mereka. Kini mereka meneruskan hidup mereka dengan mengembara ke dunia luar. Dalam pada mereka meneruskan perjalanan tanpa hala tuju yang tertentu, mereka turut mendapati kali ini terdapat ancaman lain yang menanti mereka, selain makhluk asing yang memburu menggunakan deria bunyi



Kaiji: Final GameTarikh Tayangan: 19 Mac 2020Genre: Suspens / NgeriPelakon: Tatsuya Fujiwara, Sota Fukushi, Nagisa Sekimizu, Mackenyu ArataSinopsis: Kaiji bergelut untuk menyara kehidupannya, dan sering berfikir jika dia mempunyai wang mencukupi untuk membeli minuman keras. Dia berasa marah apabila mendapati harga minuman keras semakin meningkat. Suatu hari, dia mendapat tahu bekas ketua kem buruh bawah tanahnya, Otsuki, telah diangkat sebagai Presiden syarikat Teiai yang berkuasa selepas memenangi pertandingan judi. Otsuki kemudiannya memperkenalkan Kaiji kepada "Babel no Tou", sebuah permainan berisiko yang memberi peluang untuk menjadi kaya. Dia turut diperkenalkan kepada tiga permainan lain, "Saigo no Shinpan", "Dream Jump" dan "Golden Janken", yang mana semuanya mempunyai situasi hidup dan mati. Namun Kaiji nekad untuk bermain



RohTarikh Tayangan: 19 Mac 2020Pelakon: Farah Ahmad, Mhia Farhana, Harith Haziq, Namron, JunainahSinopsis: Berlatarbelakangkan zaman peperangan, di mana tinggal sebuah keluarga daif di pinggir hutan. Mereka kemudiannya didatangi seorang kanak-kanak perempuan misteri. Kejadian-kejadian aneh mula menghantui mereka selepas kanak-kanak itu meramalkan sesuatu yang ngeri



EscapeTarikh Tayangan: 26 Mac 2020Genre: NgeriPelakon: Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf, Zamarul Hisham, Jalaluddin Hassan, Riz Amin, Jue Aziz, Pablo Amirul, Fiza FukazawaSinopsis: Adam terpaksa mendedahkan lokasi cip peranti senjata yang diseludupnya kepada pihak berkuasa apabila dia dituduh sebagai pengganas dan dikurung di dalam sebuah bilik misteri. Malangnya, dia mendapati pihak berkuasa itu sebenarnya adalah kumpulan pengganas yang mempunyai rancangan jahat. Walaupun tidak mengingati apa-apa kerana mengalami amnesia, kini Adam perlu mencari jalan untuk membebaskan diri dari bilik itu dan menyelamatkan dunia sebelum terlambat




MulanTarikh Tayangan: 26 Mac 2020Genre: Pengembaraan / Drama / KekeluargaanPelakon: Crystal Liu Yifei, Donnie Yen, Jason Scott Lee, Yoson An, Gong Li, Jet LiSinopsis : Adapatasi dari cerita lagenda mengenai pahlawan wanita Hua Mulan. Dia telah menyamar sebagai lelaki supaya dia dapat mengambil alih tempat bapanya dalam tentera




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.versimy.com/2020/03/filem-best-mac-2020.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Akhbar Kpk 9 Mac 2020 Bulan Kesedaran Kanser Kolorektal

Kenyataan Akhbar Kpk 9 Mac 2020 Bulan Kesedaran Kanser Kolorektal

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 289 hits
Menurut laporan Registri Kanser Kebangsaan Malaysia 2012 2016 secara keseluruhannya kanser kolorektal merupakan kanser yang kedua paling kerap berlaku di Malaysia selepas kanser payudara Dari segi jantina pula kanser kolorektal m
Harga Minyak Petrol Dan Diesel Bulan Mac 2020

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Bulan Mac 2020

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 1416 hits
Harga minyak petrol dan diesel bulan Mac 2020 Disini ada perkongsian mengenai harga minyak petrol RON95 RON97 dan diesel terkini bagi setiap minggu pada bulan Mac 2020 Untuk info harga runcit minyak petrol dan diesel akan ditetapkan semula ...
Drama Korea Terbaru Bulan Mac 2020

Drama Korea Terbaru Bulan Mac 2020

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 544 hits
Berikut senarai drama Korea terbaru bulan Mac 2020 Nobody Knows Genre Detektif MisteriEpisod 16Tarikh 2 Mac 21 April 2020Pelakon Kim Seo Hyung Ryu Duk Hwan Park Hoon Ahn Jin Ho Moon Sung Geun Min Jin Woong Kang Ye Won Jun Suk Chan Baek Soo ...
Terkini Bantuan Sara Hidup Rm 200 Pada Bulan Mei Diawalkan Ke Mac 2020

Terkini Bantuan Sara Hidup Rm 200 Pada Bulan Mei Diawalkan Ke Mac 2020

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 317 hits
Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 sebentar tadi Perdana Menteri Interim mengumumkan bahawa bayaran RM 200 Bantuan Sara Hidup pada Mei telah diawalkan ke Mac Manakala bayaran tambahan Bantuan Sara Hidup bernilai RM 100 pula akan dikredit...
Malaysia Dijangka Mengalami Cuaca Sejuk Sehingga Mac 2020

Malaysia Dijangka Mengalami Cuaca Sejuk Sehingga Mac 2020

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 208 hits
Kepada mereka yang nak shopping baju sejuk bulan Desember boleh berbuat demikian walaupun tak travel jauh ke negara yang sedang mengalami musim sejuk tapi tak mengapa kerana Malaysia dijangka akan mengalami cuaca paling sejuk yang pernah di...
Keputusan Spm 2019 Diumum Pada 3 Mac 2020

Keputusan Spm 2019 Diumum Pada 3 Mac 2020

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 437 hits
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2019 akan diumumkan pada Khamis ini menurut Kementerian Pendidikan Kementrian itu dalam satu kenyataan hari ini berkata calon calon boleh mendapatkan keputusan mereka dari sekolah masing masing...
Pergerakan Harga Gbp Chf Untuk 11 Mac 2020

Pergerakan Harga Gbp Chf Untuk 11 Mac 2020

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 227 hits
Pasangan mata wang GBP CHF melakukan pergerakan dalam pembentukan pola menjual di pasaran Ia cuba mencapai jurang harga saksama sebelumnya pada 1 1967 1 1999 Sekiranya senario ini menjadi kenyataan pasangan GBP CHF boleh mencapai sasaran se...
Hidangan Warisan By Hotel Tenera Brings You The Best Of Childhood Favorite Cuisines 2020 Ramadhan Buffet

Hidangan Warisan By Hotel Tenera Brings You The Best Of Childhood Favorite Cuisines 2020 Ramadhan Buffet

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 329 hits
Hidangan Warisan by Hotel Tenera Brings You The Best of Childhood Favorite Cuisines 2020 Ramadhan Buffet Last week I was invited to attend a ramadhan buffet preview by Hotel Tenera For 2020 Hotel Tenera a hotel that looms elegantly in the m...
Giveway Mac 2020 Rm900 Untuk Di Menangi

Giveway Mac 2020 Rm900 Untuk Di Menangi

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 278 hits
Giveway Mac 2020 RM900 Untuk Di Menangi Seperti yang mama announce semalam di jemput semua untuk join Giveway Mac 2020 RM900 Untuk Di Menangi ini Semalam ada sedikit isu teknikal dimana link ada sedikit masalah Terima kasih kepada korang ya...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Utilizing Crowdfunding For Business

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Berebut Kasih



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Office Rental Near Kl Sentral Station Advantages For Business Connectivity

Gaji 2005 Yuran Pengalaman 2016

The Cultural Impact Of Online Casino Gaming On Filipino Society

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Polis Tahan Pemandu Peribadi Kerana Melakukan Khianat Dan Memukul

Pn Talks Of Gov T Change After Kkb Azmin Holds Back On Revelations Against Ph