Latih Anak Puasa Bukan Terus Suruh Tahan Lapar Dahaga Cerita Dulu Kebaikannya


Hari ini merupakan hari pertama umat Islam di seluruh dunia menjalani ibadah puasa. Sesungguhnya, ketibaan bulan yang mulia ini sangat dinanti-nantikan. Ketika Ramadan, semua umat Islam tidak melepaskan peluang untuk mengejar pahala dan membuat kebaikan.
Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tempoh PKP telah disambung lagi sehingga 12 Mei nanti. Biarpun banyak ujian yang melanda kita, bersyukurlah. Ada hikmah yang tersembunyi di sebalik dugaan ini.

#Syukurbersama kerana kita dapat berada di rumah bersama keluarga dan fokus untuk beribadat. Tiada masalah untuk si ayah mengetuai solat terawih. Ganjarannya besar, sama seperti melakukannya di masjid.
#Syukurbersama kerana ibu bapa dapat melatih anak-anak berpuasa. Pada waktu ini, anak-anak berada di rumah dan tidaklah terlalu letih jika berpuasa. Pasti proses berpuasa dirasakan lebih mudah kerana mereka tidak perlu berasak-asak di sekolah dengan cuaca panas dan sebagainya.
Bercerita tentang mendidik anak-anak untuk berpuasa. Ia seharusnya dilakukan secara perlahan-lahan tanpa desakan. Latih anak untuk sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah SWT supaya dapat menerima bulan Ramadan secara positif.
Berikut adalah panduan mendidik anak-anak kecil untuk mula berpuasa: 1. Pastikan Anak Tahu Pengertian Puasa
Bukan mudah untuk mendidik anak-anak kecil berpuasa. Pasti mereka akan banyak bertanya tentang ibadah ini. Terangkan kepada mereka tentang berpuasa. Selain menahan diri dari lapar dan dahaga, pastikan mereka juga tahu tentang kelebihan berpuasa yang lain seperti mengingati golongan yang kurang berkemampuan, menahan diri dari melakukan perkara yang jahat, dapat belajar mensyukuri nikmat serta banyak lagi.
2. Latih Perlahan-Lahan
Jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi jika anak baharu belajar berpuasa. Lakukan secara berperingkat terutamanya untuk anak yang masih kecil. Biarkan mereka berpuasa selama 1-2 jam, kemudian dipanjangkan waktunya sehingga mereka berjaya berpuasa sepanjang hari.
3. Suruh Anak Tidur Awal
Ini penting. Jika anak masuk tidur awal, maka lebih mudah untuk mengejutkan mereka bangun sahur. Jangan dibangunkan dalam keadaan stres, kejutkan mereka dengan lembut supaya dapat menggalakkan mereka bangun dan makan dengan berselera.
4. Ajarkan Cara Niat Yang Betul
Setiap malam sebelum masuk tidur, pastikan anda membimbing mereka untuk melafaz niat puasa. Terangkan pengertiannya. Percayalah dalam tempoh dua minggu, mereka pasti boleh membacanya sendiri tapi pastikan masih di bawah seliaan anda.

5. Juadah Berbuka Yang Menarik
Ii umpama reward untuk anak-anak. Seharian berpuasa pasti buat mereka rasa letih. Lapar dan dahaga sudah tentu. jadi untuk memberi ganjaran kepada mereka, sebaiknya buatkan juadah yang menarik untuk berbuka puasa. Sesekali tanyakan apa yang mereka mahu untuk berbuka puasa nanti.
6. ‘Tutup’ Dapur
Janganlah andabekerja di dapur terlalu awal. Jika mampu, masaklah agak lewat sedikit supaya tidak membuatkan mereka terasa ingin mengikut anda ke dapur. Jika ke dapaur, ia akan menggalakkan anak-anak untuk membuka peti sejuk atau mencari makanan yang boleh dimakan.
Diharapkan dengan perkongsian ini, dapat memberi idea kepada anda yang masih menyimpan niat dan masih mencuba untuk menggalakkan anak-anak berpuasa. #Syukurbersama kerana kita masih mempunyai kesempatan untuk berpuasa bersama keluarga tahun ini.
Kami di NU Ideaktiv juga bersyukur dapat menjalani kehidupan yang baik walaupun masih di dalam tempoh PKP ini. Begitu juga dengan rakyat Malaysia lain, saksikan video ini:

The post Latih Anak Puasa, Bukan Terus Suruh Tahan Lapar & Dahaga. Cerita Dulu Kebaikannya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/latih-anak-puasa-bukan-terus-suruh-tahan-lapar-dahaga-cerita-dulu-kebaikannya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Kena Ada Simpanan Andai Allah Ambil Suami Dulu Kita Mampu Besarkan Anak

Isteri Kena Ada Simpanan Andai Allah Ambil Suami Dulu Kita Mampu Besarkan Anak

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 784 hits
Kehidupan seorang wanita yang bergelar isteri pada zaman dahulu dengan sekarang amat berbeza Dengan keadaan hari ini memerlukan isteri isteri untuk lebih bijak bertindak serta tidak mengharapkan sepenuhnya atas bantuan daripada suami Sekura...
Buku Cerita Atas Talian Engkaulah Adiwiraku Ajar Anak Tentang Covid 19 Cara Santai

Buku Cerita Atas Talian Engkaulah Adiwiraku Ajar Anak Tentang Covid 19 Cara Santai

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 412 hits
Sebuah buku cerita atas talian baharu telah dihasilkan bertujuan untuk membantu kanak kanak memahami tentang wabak COVID 19 Pengisiannya telah disusun khas dengan kerjasama lebih daripada 50 organisasi yang bekerja di sektor kemanusiaan ter...
Paksa Anak Bangun Sahur Kalau Nak Ajar Anak Kecil Berpuasa Walaupun Dia Tak Dapat Puasa Penuh

Paksa Anak Bangun Sahur Kalau Nak Ajar Anak Kecil Berpuasa Walaupun Dia Tak Dapat Puasa Penuh

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 438 hits
Sesuai dengan tuntutan agama setiap individu yang beragama Islam perlu berpuasa pada siang hari apabila tiba bulan Ramadan Namun begitu anak anda yang masih belum mencapai akil baligh tidak lagi diwajibkan untuk berpuasa oleh agama Pun begi...
Buku Gratis Fikih Puasa Untuk Anak

Buku Gratis Fikih Puasa Untuk Anak

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 300 hits
Buku ini manfaat sekali untuk ayah bunda supaya mudah mengajarkan anaknya fikih puasa Posting ditampilkan lebih awal di
Hempas Je Anak Kau Ibu Pantang Meroyan Dengar Suara Suruh Bunuh Baby Sendiri

Hempas Je Anak Kau Ibu Pantang Meroyan Dengar Suara Suruh Bunuh Baby Sendiri

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 503 hits
Sepanjang tempoh berpantang emosi seorang wanita haruslah dijaga sebaiknya agar tidak dipengaruhi aura negatif yang membuatkannya meroyan Suami harus memainkan peranan yang penting pada waktu ini untuk memastikan si isteri tidak merasa terb...
Tak Perlu Paksa Kalau Anak Tak Larat Ini Tip Ajar Anak 5 6 Tahun Puasa

Tak Perlu Paksa Kalau Anak Tak Larat Ini Tip Ajar Anak 5 6 Tahun Puasa

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 320 hits
Mendidik anak anak berpuasa pada usia awal sememangnya dituntut Namun sebagai ibu bapa usah memaksa anak dengan keras kerana mereka memerlukan masa untuk menerima waktu waktu sebegini Pada usia anak 5 hingga 6 tahun anak anak diajar untuk b...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Top Marketing Strategies For Buzz

Persediaan Persekolahan

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


From Paris London

Drama Abang Bunga Macho

Rayola Pai Indak Ka Babaliak Chord

Indonesia Beli Dron Bayraktar Turkiye

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

V Speed A Made To Order Custom Buell Xb12 From Florida