Lari Ada Tempat Lari Tiada Tempat


 
Semasa saya menulis artikel ini Florida antara negeri paling besar di Amerika Syarikat sedang membuat persiapan menghadapi taufan Milton yang kata pakar mempunyai potensi menjadi ‘one of the most devastating storms on record’.
Pihak berkuasa mengarahkan penduduk berpindah. Ribuan akur. Memerperkuhkan kediaman yang ditinggalkan sebaik mungkin sebelum berangkat keluar mencari perlindungan di luar Florida. Beberapa jam sebelum Milton melanda pegawai kerajaan menasihati penduduk yang belum pindah berbuat demikian. 
There is still time. No one has to die in this, kata mereka.
Bagaimanapun, golongan yang belum berpindah punya sebab tersendiri. Bukan kerana degil mahupun tak ikut arahan. Sebaliknya tidak mampu dan tidak terdaya. Untuk mendapatkan petrol bagi kenderaan mereka untuk melarikan diri semakin susah. Malah mustahil. Bekalan di kebanyakan tempat terputus. Begitu juga untuk mendapatkan gas bagi kereta yang menggunakan bahan itu. Mereka tidak yakin boleh sampai ke destinasi dengan kandungan tangki kenderaan sedia ada.
Mereka bimbang terkandas atas jalan dalam keadaan Milton menghampiri pantas. Umum tahu keadaan sebelum taufan mendarat. Milton belum tiba tetapi cuaca sudah semakin mengganas.
Lalu ramai yang memutuskan tekad untuk kekal di kediaman masing-masing yang sudah diperkukuhkan dengan tampalan papan, papan lapis, dan zink. Harapannya langkah itu boleh mengurangkan impak. Selain itu, mereka hanya boleh tunggu dan doa ‘to ride out the storm’. Tetapi risiko tetap tinggi.
Di Lubnan rakyat juga melarikan diri. Bukan daripada bencana alam yang ganas tetapi bencana dicipta manusia yang lebih ganas. Israel terus membedil dengan segala peralatan senjata serba canggih dicipta untuk membunuh.
Jumlah korban semakin meningkat. Yang melarikan diri juga semakin ramai. Tidak seperti di Florida. Tidak ada amaran awal dikeluarkan. Israel menggila cepat dan pantas. Orang muda dan tua, lelaki, wanita serta kanak kanak. Membawa barangan yang sempat dicapai dan memulakan perjalanan mencari perlindungan.
Yang punya kenderaan memberi tumpang kepada rakan taulan. Kenderaan sarat dengan manusia dan barangan mereka. Yang lain berjalan memikul apa yang terdaya.
Kalau di Florida penduduk yang melarikan diri sedang menghadapi bencana besar menjelang tiba. Rakyat Lubnan sudah dan sedang menghadapi bencana semasa melarikan diri seperti dikatakan tadi. Serangan udara Israel terus dilancarkan semasa rakyat Lubnan cuba melarikan diri. Ramai terkorban. Yang selamat meneruskan perjalanan seboleh mungkin apabila serangan dihentikan. Tetapi tidak lama sebelum serangan dilancar semula lebih kerap.
Mereka menuju Syria yang sendirinya bukan tempat selamat. Malah kata Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) Filippo Grandi yang membuat tinjauan di Beirut, ratusan ribu menjadi mangsa dalam beberapa hari lalu. Beliau mengulangi rayuan agar gencatan senjata dikuatkuasakan segera demi kemanusiaan. Kita tahu beliau bercakap kepada dinding.
Benjamin Netanyahu sudah pun berteriak ‘Lubnon akan menyaksikan kemusnahan dan penderitaan yang terjadi di Gaza jika rakyat Lubnan tidak menyingkirkan Hizbullah’. Jelas ditolak White House. 
We do not want to see Lebanon turned into another Gaza. That is not what we want to see, kata jurucakapnya Karine Jean Pierre. Memang sedap didengar. Apa pun kita tahu kata-kata itu tidak membawa makna. Apa yang dilakukan AS untuk menghentikan genosid Israel di Gaza? Masih mahu menyuarakan ketidaksetujuan akan hasrat Netanyahu di Lubnan?
Beberapa hari lalu Joe Biden bertemu Netanyahu di White House. Pertemuan pertama mereka dalam masa dua bulan. Selama dua bulan itu gambaran yang dipaparkan kepada dunia ialah ada ketegangan hubungan AS-Israel kerana Biden dilihat semakin tidak berkenan dengan cara Netanyahu mengendalikan masalahnya di Gaza.
Namun, pada pertemuan di White House tempoh hari Biden menegaskan sokongan negaranya kepada Israel tetap kuat dan memberi jaminan ‘iron clad support to Israel’. Biden yang tidak akan mempertahankan jawatan pada pilihan raya presiden bulan depan turut menyatakan naibnya Kamala Harris yang mahu menjadi presiden bersependapat dengannya. Tidak perlu menjadi pakar dasar luar Amerika untuk tahu siapa calon yang berhasrat duduk di White House tidak mampu kehilangan sokongan lobi Israel terutama ketika pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi.
Dalam pada itu, portal NDTV World memetik Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant bercakap pula mengenai Iran. Beliau berikrar ‘our attack on Iran will be deadly, precise and surprising’.
Berbalik kepada apa dilihat Grandi, pegawai tertinggi UNHCR yang disebut tadi semasa berada di Lubnon dan juga Syria baru-baru ini. Kata beliau dua minggu serangan udara Israel membunuh ratusan dan memaksa lebih sejuta rakyat Lubnan melarikan diri.
Mereka menuju Syria tetapi jalan di perbatasan Syria-Lubnan sudah pun dihancurkan serangan Israel dan kata Grandi mangsa terpaksa cuba menyeberangi dengan berjalan kaki walaupun laluan sudah dirosakkan.
Taktik yang digunakan Israel di Lubnan sama dengan apa digunakan di Gaza. Mengusir rakyat sampil meneruskan serangan. Semasa anda membaca artikel ini pasti taufan Milton sudah mendarat di Florida dengan kebengisan dan kekuatannya. Tak kira jika ia akan kelak dikategorikan sebagai ribut tahap lima, empat atau tiga. Tetap bahaya. Harap tidak ada kehilangan nyawa. Yang pasti harta-benda akan musnah.
Namun, taufan Milton seperti apa juga bencana alam akan reda juga akhirnya. Ini kepastian. Ketika itu rakyat Florida akan tampil ‘to pick up pieces’ dan cuba mulakan hidup baharu.
Di Lubnan dan Gaza keganasan Israel tidak akan reda. Ini juga satu kepastian. Malah bertambah ganas. Rakyat Lubnan dan Gaza tidak ada ‘pieces to pick up from’. Sedih? Itu istilah yang amat lembut untuk menggambarkan apa dilalui mereka. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT,

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/10/lari-ada-tempat-lari-tiada-tempat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
28 Tempat Larangan Merokok Di Bawah Akta 852

28 Tempat Larangan Merokok Di Bawah Akta 852

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 206 hits
Berikut adalah 28 tempat yang dilarang di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 Bangunan dobi dan bangunan tempat kerja turut tersenarai sebagai tempat dilarang merokok namun tindakan penguatkuasaan bagi kedua duanya ak...
Lelaki Dibelasah Ramai Ramai Angkara Berebut Tempat Duduk

Lelaki Dibelasah Ramai Ramai Angkara Berebut Tempat Duduk

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 104 hits
Izz Laily Husseinam hmetro com myTangkap layar video tular memaparkan sekumpulan lelaki bertindak seperti samseng memukul seorang lelaki lain berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Senai FOTO TULARKulai Tujuh tujuh lelaki ditahan susulan...
Sarapan Dengan Husband Tempat Biasa

Sarapan Dengan Husband Tempat Biasa

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 121 hits
Assalamualaikum Seawal 6 20am dah sampai KL hari ni mulanya plan nak sarapan kat Wanjo Kg Baru tapi fikir balik kang lambat jammed nak balik office sudahnya ke mamak kayangan macam biasa di Bangsar Sampai je terus order laki bini order roti...
Pengalaman Menyertai Melaka Explorace 2024 Menang Tempat Ketiga

Pengalaman Menyertai Melaka Explorace 2024 Menang Tempat Ketiga

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 210 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kali ini aku nak berkongsi tentang pengalaman aku menyertai sebuah acara explorace baru baru ini yang dikenali sebagai Melaka Explorace 2024 Melaka...
Suami Hadap Alahan Isteri Hamil Pokok Limau Jadi Tempat Lepak Hilang Loya

Suami Hadap Alahan Isteri Hamil Pokok Limau Jadi Tempat Lepak Hilang Loya

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 151 hits
Perit rasanya bila mengalami alahan ketika awal mengandung atau morning sickness Jika wanita sanggup berkorban demi anak yang dikandung dalam perut macam mana pula halnya dengan suami atau bakal bapa Mampukah Melalui perkongsian oleh satu a...
Jangan Bingung Ini 5 Tempat Indah Di Sekitar Labuan Bajo Untuk Liburan Akhir Tahun

Jangan Bingung Ini 5 Tempat Indah Di Sekitar Labuan Bajo Untuk Liburan Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 143 hits
Labuan Bajo yang terletak di ujung barat Pulau Flores Nusa Tenggara Timur adalah salah satu surga tersembunyi di Indonesia yang kini mulai mendapatkan perhatian luas dari para wisatawan baik lokal maupun mancanegara Dikenal sebagai pintu ge...
Dia Hanyalah Skandal Berstatus Isteri Orang Tiada Tempat Di Dalam Keluarga Abang Jofliam Bersuara

Dia Hanyalah Skandal Berstatus Isteri Orang Tiada Tempat Di Dalam Keluarga Abang Jofliam Bersuara

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 126 hits
Semalam kecoh mengenai kes melibatkan usahawan pizza wagyu Jofliam dan hari ini abangnya iaitu Syah Johfi tampil bersuara melalui platform bagi menjelaskan situasi yang berlaku daripada pihak keluarganya
Gerakan Tiada Tempat Kredibiliti Kritik Pn Kata Pemimpin Bersatu

Gerakan Tiada Tempat Kredibiliti Kritik Pn Kata Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 137 hits
freemalaysiatoday com01 Oct 2024Mahathir Rais berkata parti pimpinan Dominic Lau itu tidak banyak menyumbang kepada kejayaan PN selama ini Presiden Gerakan Dominic Lau berkata kajian mendalam mengenai trend pengundian Melayu akan membantu P...
Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Hi Johorean Let S Donate Blood And Give Back


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Despite Us Pullout Pm Anwar Says Malaysia Still All In On Paris Agreement