Gerakan Tiada Tempat Kredibiliti Kritik Pn Kata Pemimpin Bersatu


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters01 Oct 2024

Mahathir Rais berkata parti pimpinan Dominic Lau itu tidak banyak menyumbang kepada kejayaan PN selama ini.
Presiden Gerakan Dominic Lau (dua kanan) berkata kajian mendalam mengenai trend pengundian Melayu akan membantu PN bersiap sedia menghadapi PRU16. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu mempersoalkan gesaan Gerakan supaya gabungan pembangkang mengkaji secara mendalam peralihan undi Melayu kepada Umno dalam PRK baru-baru ini, dengan berkata sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) itu tiada kredibiliti.

Mahathir Rais berkata, Gerakan gagal memperoleh asas pengundi yang kukuh, khususnya dalam kalangan masyarakat Cina, dan hampir tidak melakukan sebarang usaha untuk membina semula parti, termasuk menawan kembali kerusi yang terlepas di Pulau Pinang.

Katanya, Gerakan juga secara konsisten diketepikan dalam politik negara.

“Adakah Gerakan, sebuah parti yang telah merosot selama lebih sedekad, mempunyai sebarang tempat untuk mengkritik rakan gabungannya?

Dan adakah Gerakan mempunyai kredibiliti untuk bercakap tentang trend mengundi Melayu sedangkan ia sendiri sukar kekal relevan dalam mana-mana demografik pengundi? soal setiausaha Bersatu Wilayah Persekutuan dalam kenyataan.

Mahathir berkata demikian sebagai respons terhadap cadangan Presiden Gerakan Dominic Lau bahawa kajian mendalam akan membantu PN bersiap sedia berdepan PRU16, terutama berdepan peningkatan kebarangkalian wujud gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang lebih padu.

Mahathir menganggap gesaan Lau supaya PN mengkaji peralihan undi Melayu sesuatu yang aneh kerana ia tidak banyak menyumbang kepada kejayaan pembangkang.

Katanya, Gerakan tidak memegang mana-mana kerusi Parlimen mahupun mencapai sebarang kejayaan penting pada pilihan raya. Malah, keputusan parti itu meninggalkan BN tidak mencetuskan sebarang kebangkitan mahupun memberikan rangsangan yang PN perlukan.

Menurutnya, sokongan akar umbi dan jentera pilihan raya Gerakan lemah jika dibandingkan dengan Bersatu dan PAS.

Jika Gerakan tidak menonjol dalam PN, apa haknya untuk kritik prestasi gabungan ini?

Mahathir menuduh Lau terlalu meremehkan isu kompleks undi Melayu, yang menurutnya tidak boleh dikategorikan dengan mudah.

Tingkah laku mengundi, katanya, berbeza di setiap wilayah dan kawasan, dipengaruhi oleh isu tempatan, kekuatan calon dan kawalan kerajaan negeri.

Fokus sempit Gerakan terhadap kekalahan (PN) baru-baru ini mengabaikan hakikat bahawa pengundi Melayu selama ini memang berpecah-belah, katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/10/gerakan-tiada-tempat-kredibiliti-kritik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalah Teruk Di Mahkota Bersatu Perlu Pemimpin Baharu Kata Penganalisis

Kalah Teruk Di Mahkota Bersatu Perlu Pemimpin Baharu Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 451 hits
freemalaysiatoday com01 Oct 2024Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari USM berkata pemimpin kanan seperti Hamzah Zainudin dan Azmin Ali sekalipun mesti memberi laluan kepada pemimpin muda Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dan Pengarah Pilihan ...
Kempen Negatif Bukti Bersatu Kurang Idea Kata Penganalisis

Kempen Negatif Bukti Bersatu Kurang Idea Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 163 hits
Parti itu mesti menawarkan lebih banyak kepada pengundi daripada sekadar retorik agama dan mengumpan kaum Serangan terhadap Umno dilihat sebagai tidak menarik kepada pengundi kerana Perikatan Nasional tidak menawarkan pengundi Mahkota sesua...
Bakal Digantung Kritik Pemimpin Pas Umno Tidak Terdesak Bersama Parti Pas

Bakal Digantung Kritik Pemimpin Pas Umno Tidak Terdesak Bersama Parti Pas

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 282 hits
Dalam satu hantaran di Facebook katanya Umno telah belajar dari kesilapan lalu dan tidak akan terjerumus ke lubang sama bagi kali kedua Umno tak terdesak dan tak bernafsu pun untuk bersama PAS lagi Kalau PAS rasa dia dah hebat sangat dengan...
Kekalahan Pn Boleh Gugat Hubungan Bersatu Pas Kata Penganalisis

Kekalahan Pn Boleh Gugat Hubungan Bersatu Pas Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 294 hits
freemalaysiatoday com 29 Sep 2024Penganalisis berkata kekalahan di PRK Mahkota itu juga membuktikan kelemahan Perikatan Nasional di kerusi campuran Perikatan Nasional yang diwakili Haizan Jaafar tewas pada PRK Mahkota selepas Barisan Nasion...
Pemimpin Pas Akui Hubungan Pas Bersatu Hambar Perlu Kefahaman Lebih Erat

Pemimpin Pas Akui Hubungan Pas Bersatu Hambar Perlu Kefahaman Lebih Erat

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 164 hits
Dakwaan hubungan PAS Bersatu hambar Dr Sam akui keduanya perlu kefahaman lebih eratFMT ReportersNaib Presiden PAS Ahmad Samsuri Moktar berkata setakat ini tiada perkara serius boleh menjejaskan kerjasama parti komponen dalam PN Naib Preside...
Gerakan In No Position To Critique Allies Says Bersatu Man

Gerakan In No Position To Critique Allies Says Bersatu Man

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 246 hits
Mahathir Rais says Dominic Lau s party has contributed little to Perikatan Nasional s success A Bersatu leader has questioned a call by Gerakan for the opposition to conduct an in depth study into the loss of Malay votes to Umno in recent b...
Pendakwaan Sangat Bergantung Pada Keterangan Dengar Cakap Kata Peguam Najib

Pendakwaan Sangat Bergantung Pada Keterangan Dengar Cakap Kata Peguam Najib

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 318 hits
freemalaysiatoday com19 Sep 2024 04 15 PMShafee Abdullah berhujah keterangan beberapa saksi pendakwaan diperhitungkan untuk memudaratkan Najib Razak Najib sedang dibicarakan atas 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berh...
Cara Semak Gula Dalam Darah Di Rumah

Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Sarapan Mi Sedaap Goreng Mudah Dan Cepat Siap

Akaun Emas Terbaik Di Malaysia Simpanan Digital Vs Fizikal

Kakitangan Kerajaan Dapat Cuti Kahwin 10 Hari Gaji Penuh

So What Will You Be Calling For Next A Ban On Cigarettes Alcohol And Kapcais

Pengalaman Mengajar Bahasa Inggeris Peringkat Spm

Importance Of Mobile Phones In Our Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saat Berita Duka Menyentuh Jiwa

Perfume Dah Tinggal Botol Kosong

Usik Bawa Lari Bola Pm Anwar Sempat Bergurau Dengan Kanak Kanak Di Surau

Rasa Tidak Puas Hati Ke Atas Windows Antara Sebab Populariti Linux Meningkat

Dua Kanak Kanak Lelaki Lemas Terjatuh Parit

The Forgotten Engineers Of The Roman Empire Builders Of Civilization