Larangan Jual Arak Untuk Kawal Pihak Tak Bertanggungjawab


 azrulhakimie
Dapat kurangkan aksesibiliti lesen dan masalah sosial KUALA LUMPUR – Pendekatan Kementerian Wilayah Persekutuan melarang penjualan arak di kedai serbaneka dan runcit sekitar bandar raya ini bertujuan mengawal pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menjual samsu (arak) haram.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berkata ia juga dapat mengurangkan aksesibiliti pengeluaran lesen penjualan produk itu selain dapat mengurangkan masalah sosial.
“Kita perlu kawal pengeluaran lesen ini, beri (lesen penjualan) untuk tempat-tempat khas sahaja,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau membangkitkan perkara itu selepas beberapa Ahli Parlimen daripada blok pembangkang antaranya Teresa Kok (PH-Seputeh), Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang), Tan Kok Wai (PH-Cheras) dan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang mempersoalkan keputusan kementerian itu tentang isu penjualan arak.
Mengulas lanjut, Shahidan berkata minuman itu masih boleh didapati di premis-premis yang dibenarkan antaranya pasar raya besar, kompleks perdagangan dan pusat beli-belah.
“Kita juga benarkan penjualan arak (liquor) di premis khusus menjual minuman keras berlesen yang beroperasi di Kuala Lumpur seperti pub, bar dan restoran secara dine-in.
“Pengusaha atau pemilik premis itu juga masih boleh memperoleh Lesen Minuman Keras (LMK) daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengikut syarat ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata bagi kedai ubat tradisional seperti kedai ubat Cina, penjualan ‘liquor campuran’ dan liquor pure yang diluluskan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tujuan perubatan tradisional masih boleh dijual.
Beliau berkata beberapa pertubuhan bukan kerajaan juga telah mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan DBKL dalam mengawal selia penjualan minuman keras.
“Saya juga telah mengadakan sesi libat urus berkaitan perkara ini bersama pengeluar, pembotol, pengedar, pemborong dan peruncit termasuk pemilik kedai serbaneka. Mereka memahami hasrat dikenakan Lembaga Perlesenan Eksais Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/larangan-jual-arak-untuk-kawal-pihak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mca Bersikap Kuno Bantah Larangan Jual Arak

Mca Bersikap Kuno Bantah Larangan Jual Arak

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 252 hits
Oleh Zuhayati Yazid Individu celupar tak hormat undang undang perlu dikenakan tindakan Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah BANGI Individu atau pihak yang membantah larangan penjualan minuman keras di kedai runcit kedai serbaneka dan kedai ubat Cin...
Nasib Pedagang Ikan Hias Imbas Larangan Jual Beli Hewan Di Facebook

Nasib Pedagang Ikan Hias Imbas Larangan Jual Beli Hewan Di Facebook

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 294 hits
Nasib Pedagang Ikan Hias Imbas Larangan Jual Beli Hewan di Facebook Sebelumnya platform media sosial seperti Facebook dan Instagram melarang penjualan hewan peliharaan beberapa akun yang menjual ikan hias kemudian diblokir yang membuat peda...
Arak Tidak Bawa Kebaikan Mengapa Mca Pertahan Penjualan

Arak Tidak Bawa Kebaikan Mengapa Mca Pertahan Penjualan

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 266 hits
BANGI 2 Rabiulakhir 1443H Ahad Pengambilan minuman keras yang mengundang seribu kemudaratan bukanlah satu keperluan dalam kalangan masyarakat bukan Islam Atas dasar itu Pengerusi Pertubuhan Keilmuan Nasional Zambri Isa menyifatkan langkah D...
Bahaya Minum Arak

Bahaya Minum Arak

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 268 hits
Abul Laits berkata Awaslah kau dari minum khamar kerana ia mengandungi sepuluh bahaya iaitu Peminumnya seperti orang gila dan menjdai tertawaan anak kecil dan tercela dikalangan orang orang berakal Ibn Abud Dunia berkata Saya melihat orang ...
Mana Suara Hadi Awang Lepas Dapat Tan Sri Nama Arak Kekal Timah Hadi Awang Dan Pimpinan Pas Jangan Tidur

Mana Suara Hadi Awang Lepas Dapat Tan Sri Nama Arak Kekal Timah Hadi Awang Dan Pimpinan Pas Jangan Tidur

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 292 hits
Panas Kabinet setuju nama arak Timah kekal Menteri Pas bersubahatNovember 14 2021 Kerajaan bersetuju membenarkan arak keluaran tempatan Timah mengekalkan namanya kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta L...
Polis Rampas Rokok Arak Tak Bercukai Bernilai Lebih Rm900 000

Polis Rampas Rokok Arak Tak Bercukai Bernilai Lebih Rm900 000

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 270 hits
Siasatan awal mendapati rumah berkenaan dijadikan stor simpanan sejak lebih sebulan lepas kata Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am Muhammad Abdul Halim PETALING JAYA Polis Melaka merampas 2 097 karton rokok dan 483 kotak arak pelbagai...
Pemuda Umno Tempelak Kerajaan Ismail Sabri Kerana Gagal Kawal Harga Barang

Pemuda Umno Tempelak Kerajaan Ismail Sabri Kerana Gagal Kawal Harga Barang

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 321 hits
malaysiamerdeka comPEMUDA Umno meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna lebih pro aktif mengawal harga barang keperluan asas rakyat pasca pandemik dan menjelang musim hujan Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut ...
Sistem Maklumat Bersepadu Halal Melibatkan Enam Sistem Kawal Selia Sijil Halal

Sistem Maklumat Bersepadu Halal Melibatkan Enam Sistem Kawal Selia Sijil Halal

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 195 hits
PUTRAJAYA 23 November Sistem Maklumat Bersepadu Halal berfungsi sebagai pangkalan data sedang dibangunkan JAKIM dengan kos RM3 4 juta Ia merangkumi enam sistem kawal selia berkaitan pensijilan halal Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Y...
Cara Kawal Populasi Siput Gondang Emas Di Sawah

Cara Kawal Populasi Siput Gondang Emas Di Sawah

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 1013 hits
Siput gondang emas merupakan perosak tanaman padi utama di Malaysia Serangan siput gondang emas menyebabkan kerosakan apabila siput memakan anak padi yang baru tumbuh sampai ke pangkal pokok mengakibatkan pokok padi tidak dapat pulih Seekor...
20 Idea Kerja Dari Rumah 2025 Edition

Exploring The Underwater Caves Of The Yucat N Peninsula

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Buat Program Infaq Bagi Bantuan Sana Sini Tapi Akaun Tiktok Boikotpakmat Dakwa Pak Mat Western Liat Bayar Gaji Staf

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Kek Lapis Penganan Pilah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dinda Dania Katana Chord

Malulah Timbalan Menteri Adam Adli Kalah Teruk Di Hang Tuah Jaya

Eur Usd 11 April Penurunan Dolar Nampaknya Tiada Tanda Akan Berhenti

Traveloka Promo Epic Sale 2025 Diskaun Sehingga 60

Makan Kenduri Di Telok Panglima Garang

3 Beranak Ke Ikea Cheras