Laptop Lembap Cuba Buat Setting Ni Jadi Laju


Laptop Lembap? Cuba Setting Rare Ni, Confirm Jadi Laju
Kalau anda jenis yang banyak habiskan masa depan laptop untuk buat kerja, belajar atau sekadar hiburan pasti pernah melalui detik di mana laptop tiba-tiba jadi perlahan tanpa sebab yang jelas.
Nak buka satu fail pun ambil masa terlalu lama. Nak edit gambar terasa tersekat-sekat seperti video buffering atau lebih teruk lagi nak buka internet pun asyik loading tanpa henti.
Situasi sebegini memang cukup mencabar kesabaran apatah lagi kalau ketika itu anda sedang dikejar deadline penting atau perlu menyiapkan tugasan segera.
Rasa geram, stress dan hilang mood terus datang serentak. Tidak hairanlah ramai yang terus beranggapan laptop tersebut perlu diganti.  Namun, hakikatnya tidak semudah itu.
Sebelum anda keluarkan duit yang banyak untuk menggantikan laptop lama dengan yang baru, ada baiknya anda cuba dulu beberapa trik dan setting tersembunyi yang sebenarnya ramai orang tak pernah guna.
Kadangkala, masalah laptop lembap ini bukan berpunca daripada spesifikasi semata-mata tetapi cara kita mengurus dan mengoptimumkan prestasi sistem.
Sebenarnya, laptop anda masih mampu kekal laju dan lancar walaupun digunakan untuk kerja berat asalkan tahu rahsia bagaimana nak optimakannya dengan betul.
Kali ini, kami akan kongsikan beberapa setting rare yang jarang orang ambil peduli tetapi cukup berkesan untuk menjadikan laptop lembap anda kembali pantas seperti baru dibeli.
1. Aktifkan High Performance Mode Secara lalai (default), kebanyakan laptop akan berada dalam mod “Balanced” kerana sistem cuba untuk menjimatkan bateri.
Walaupun nampak bagus untuk penggunaan harian, tetapi mod ini tidak membenarkan CPU melepaskan kuasa sepenuhnya.
Akibatnya, bila anda buat kerja berat seperti rendering video, main game grafik tinggi atau membuka banyak tab serentak, laptop mula jadi perlahan kerana ia menahan kuasa untuk jimatkan tenaga.
Dengan menukar kepada High Performance Mode, anda memberi kebenaran kepada laptop untuk beroperasi pada tahap maksimum tanpa sekatan.
Caranya mudah saja, masuk ke Control Panel > Power Options, kemudian pilih “High Performance”. Hasilnya, anda akan nampak perbezaan yang ketara dari segi kelajuan dan respons laptop.
Ya, bateri mungkin cepat habis tetapi untuk kerja yang serius, prestasi lebih penting daripada jangka hayat bateri.
2. Matikan Startup Programs yang tak perlu Pernah tak anda rasa pelik kenapa laptop ambil masa terlalu lama untuk siap loading selepas butang power ditekan? Jawapannya mudah iaitu kerana terlalu banyak program yang automatik berjalan di belakang tabir sebaik sahaja laptop dihidupkan.
Contohnya aplikasi chat, software editing atau aplikasi cloud yang anda tak gunakan setiap masa. Semua ini bukan saja melambatkan proses boot tetapi juga menggunakan RAM tanpa anda sedar.
Bila RAM penuh, laptop jadi lebih perlahan untuk kerja lain. Solusinya, buka Task Manager (Ctrl + Shift + Esc), pergi ke tab Startup dan disable aplikasi yang tidak penting.
Jangan risau, disable tidak bermaksud anda padam aplikasi tersebut. Ia hanya tidak akan terbuka secara automatik. Lepas buat setting ini, anda akan dapati laptop lebih cepat siap sedia digunakan dan lebih ringan untuk multitasking.
3. Gunakan Storage Sense atau Disk Cleanup
Laptop kita umpama stor. Kalau terlalu penuh dengan barang yang tak berguna, ruang kerja jadi sempit dan kita sendiri pun susah nak bergerak.
Begitu juga dengan laptop. Fail sementara, cache lama dan sisa data software yang sudah dipadam sebenarnya masih tersimpan dalam sistem. Lama-kelamaan, ia boleh makan banyak ruang hingga menyebabkan laptop terasa sempit dan perlahan.
Windows ada fungsi terbina iaitu Storage Sense yang boleh ditetapkan untuk bersihkan fail-fail sementara secara automatik mengikut jadual yang kita tetapkan.
Kalau nak buat secara manual pula, gunakan Disk Cleanup untuk hapuskan fail sistem yang tidak perlu. Dengan ruang simpanan yang lebih lapang, laptop dapat bernafas semula dan kelajuannya juga akan lebih terasa.
Bayangkan macam rumah yang dibersihkan habis-habisan. Ianya akan menjadi lebih lega, lapang dan selesa.
4. Update driver dan sistem operasi Selain itu, ramai pengguna ambil mudah soal update kerana menganggap ia membazir masa.
Tetapi sebenarnya setiap kali pengeluar sistem atau hardware keluarkan update, ia bukan sekadar untuk tambah ciri baharu malah seringkali ada penambahbaikan dari segi prestasi dan keselamatan.
Contohnya, driver grafik yang lama boleh menyebabkan software editing atau game berjalan dengan tersangkut-sangkut.
Begitu juga dengan update Windows, kadangkala ia datang dengan patch untuk memperbaiki bug yang boleh memperlahankan sistem.
Jadi, jangan malas untuk semak update di bahagian Windows Update atau Device Manager. Walaupun kadang-kadang ambil masa untuk install dan restart, tetapi hasilnya laptop jadi lebih stabil, laju dan selamat digunakan.
BACA : Pilihan Warna Cat Rumah Yang Popular Untuk 2025
5. Naik taraf kepada SSD (Jika masih guna HDD)
Kalau laptop anda masih menggunakan HDD (Hard Disk Drive), inilah punca utama kenapa ia terasa perlahan.
HDD menggunakan cakera berputar untuk membaca data dan proses ini jauh lebih perlahan berbanding SSD (Solid State Drive) yang menggunakan cip memori moden.
Dengan SSD, anda boleh buka laptop dalam beberapa saat saja berbanding HDD yang boleh mencecah hampir satu minit.
Begitu juga bila membuka software berat, ia akan terasa jauh lebih pantas. Walaupun menukar kepada SSD memerlukan sedikit kos tetapi ia merupakan pelaburan terbaik untuk memberi nafas baru kepada laptop lama.
Ramai yang terkejut bila tukar HDD kepada SSD, terus rasa macam guna laptop baru walaupun spesifikasi lain masih sama.
6. Kurangkan visual effects Windows memang suka nampak cantik dengan animasi, bayangan dan efek-efek grafik yang halus. Memang sedap mata memandang, tetapi semua itu ada harga yang perlu dibayar iaitu prestasi.
Laptop dengan spesifikasi sederhana atau rendah akan bekerja lebih keras hanya untuk memaparkan animasi yang sebenarnya tidak begitu penting. Cara mudah untuk ringankan beban laptop ialah dengan kurangkan visual effects.
Caranya, buka System Properties > Advanced > Performance Options, kemudian pilih “Adjust for best performance”.
Memang laptop anda mungkin nampak lebih kosong tanpa animasi fancy tetapi percayalah perbezaan dari segi kelajuan memang terasa. Bagi yang lebih mementingkan kelancaran kerja daripada rupa, ini adalah trik wajib cuba.
7. Gunakan cooling pad atau kawal suhu laptop
Pernah tak anda perasan laptop jadi semakin perlahan bila sudah lama digunakan tanpa henti? Itu biasanya sebab suhu meningkat.
Bila laptop terlalu panas, sistem akan secara automatik menurunkan kelajuan CPU untuk elakkan kerosakan. Istilahnya dipanggil “thermal throttling”. Sebab itu, laptop terasa berat dan lembap.
Untuk atasi masalah ini, anda boleh gunakan cooling pad yang membantu menyalurkan udara sejuk tambahan ke bahagian bawah laptop.
Pastikan juga ruang ventilasi laptop tidak tersumbat dengan habuk. Laptop yang berada pada suhu sejuk lebih stabil, boleh bekerja lebih lama dan prestasinya lebih konsisten.
Jadi, jangan pandang remeh soal suhu kerana ia sangat mempengaruhi kelajuan laptop. Oleh itu, laptop lembap bukanlah satu masalah yang tak boleh diselamatkan. Selalunya ia berpunca daripada cara kita menggunakan dan menjaga laptop itu sendiri.
Dengan mengamalkan teknik-teknik yang kami kongsikan seperti di atas, anda sudah boleh lihat perubahan besar tanpa perlu berbelanja besar untuk beli laptop baru.
Jadi, sebelum anda buat keputusan drastik untuk menggantikan laptop lama, cuba dulu langkah-langkah rare untuk mengatasi masalah laptop lembap ini.
Siapa tahu laptop yang anda anggap sudah tidak berfungsi dengan baik sebenarnya masih boleh kembali laju dan bertahan lama.
BACA : Rare Tapi Menjadi, Ini 7 Cara Halau Lipas Dalam Kereta
Sumber : lenovo, hellotech
The post Laptop Lembap? Cuba Buat “Setting” Ni, Jadi Laju appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/25/laptop-lembap-cuba-setting-rare-ni-confirm-jadi-laju/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayah Cuba Selamatkan Murid Darjah 1 Lemas Selepas Dikejar Lembu

Ayah Cuba Selamatkan Murid Darjah 1 Lemas Selepas Dikejar Lembu

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 125 hits
Kejadian yang meruntun jiwa buat ibu ayah yang kehilangan anak tersayang Begitulah yang berlaku apabila suasana petang yang tenang di Sungai Kaabah Kampung Kelaweh Machang bertukar menjadi detik ngeri yang takkan dilupakan Tawa riang empat ...
Kambing Paratal Bersantan Gabungan Rasa Padu Sekali Cuba Terus Jatuh Cinta

Kambing Paratal Bersantan Gabungan Rasa Padu Sekali Cuba Terus Jatuh Cinta

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 184 hits
Orang kita bila bab makan kambing memang nombor satu Resipi yang dikongsikan ini memang akan kena dengan tekak orang Melayu kita Resipi kambing paratal olahan bersantan yang dikongsikan Ben Safwan ini menggunakan kerisik daun pandan santan ...
Resipi Chocolate Cheese Brownies Paling Padu Sekali Cuba Pasti Repeat

Resipi Chocolate Cheese Brownies Paling Padu Sekali Cuba Pasti Repeat

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 116 hits
Wow Nampak sedap Chocolate Cheese Bakar perkongsian saudari Azza Ahsani ni Menurut beliau resipi yang dikongsi ini adalah Brownies versi bakar namun memounyai rasa yang sangat sedap gebu dan juga tidak kering Sangat sesuai dicuba bagi anda ...
Padah Cuba Selfie Dengan Gajah Lelaki Cedera Parah Dipijak

Padah Cuba Selfie Dengan Gajah Lelaki Cedera Parah Dipijak

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 141 hits
Padah Cuba Selfie Dengan Gajah Lelaki Cedera Parah Dipijak Gajah merupakan salah satu haiwan yang sentiasa mendapat perhatian ramai kerana ia mempunyai keunikan yang tersendiri Selain saiznya yang besar dan tinggi gajah juga dikenali sebaga...
Gangguan Politik Pembangkang Terus Cuba Gugat Perjalanan Negara

Gangguan Politik Pembangkang Terus Cuba Gugat Perjalanan Negara

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 131 hits
KENYATAAN MEDIAGangguan Politik Pembangkang Terus Cuba Gugat Perjalanan Negara1 Isu Lama Motif PolitikTindakan Waytha Moorthi yang di dukung oleh parti pembangkang PN termasuk Pas Bersatu dan Pejuang mempersoalkan kelayakan Perdana Menteri ...
Man Arrested After Setting Jb City Council Tow Truck On Fire

Man Arrested After Setting Jb City Council Tow Truck On Fire

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 112 hits
Police say the suspect 31 didn t have the money to pay the compound to release his car which had been towed away the day before CCTV footage showed the suspect pouring petrol over an MBJB tow truck before setting it on fire causing damage w...
Wanita Mengaku Tak Salah Langgar Cuba Bunuh Anggota Polis

Wanita Mengaku Tak Salah Langgar Cuba Bunuh Anggota Polis

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 209 hits
BernamaKUALA LUMPUR Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan cuba membunuh seorang anggota polis dengan melanggarnya awal bulan ini Cham Shan Jer 31 didakwa melanggar Muhamad Fahrulradi Sabran menggunak...
Lelaki Nyaris Maut Gajah Naik Minyak Lepas Cuba Ambil Gambar

Lelaki Nyaris Maut Gajah Naik Minyak Lepas Cuba Ambil Gambar

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 127 hits
Lelaki Nyaris Maut Gajah Naik Minyak Lepas Cuba Ambil Gambar Cubaan seorang lelaki untuk mengambil gambar bersama seekor gajah liar bertukar tragedi apabila dia mengalami kecederaan selepas diserang haiwan berkenaan di Bandipur Tiger Reserv...
98 Warga Bangladesh Diusir Dari Klia Cuba Masuk Guna Tempahan Hotel Palsu

98 Warga Bangladesh Diusir Dari Klia Cuba Masuk Guna Tempahan Hotel Palsu

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 145 hits
KUALA LUMPUR Seramai 98 warga Bangladesh dihalang memasuki negara selepas gagal mematuhi syarat kemasukan dalam operasi pemeriksaan awal pagi di Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA Terminal 1 hari ini Operasi Awal Pagi Agensi Kawalan dan Perli...
Tajuddin S Merdeka Reflection In A Sea Of Faces I Was Never Apart

Rxz Members Dakwaan Wujud Pasukan Sorak Tidak Berasas Setiausaha Politik Mb Terengganu Utusan Malaysia

Klia Airspace To Close August 26 31 For Merdeka Malaysia Airlines Retimes Flights Urges Passengers To Arrive Early

Terkini Voge Sr250gt Masuk Malaysia Tahun Ini 25 5hp 23nm

Easy Beef Jerky Ramen Noodles Recipe

Tvet Pilihan Kerjaya Masa Depan Di Promasterskill Academy

Moringa Oleifera Alternatif Semula Jadi Dalam Pengurusan Kesihatan Mental

Pemilihan Pas Haim Mahu Bawa Naratif Nilai Islam Sejagat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Harapan Yang Hidup Hati Yang Sabar

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Rempuh Kenderaan Ketika Cuba Larikan Diri

Drama Rumah Tanpa Luka

Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly