Padah Cuba Selfie Dengan Gajah Lelaki Cedera Parah Dipijak


Padah Cuba “Selfie” Dengan Gajah, Lelaki Cedera Parah Dipijak
Gajah merupakan salah satu haiwan yang sentiasa mendapat perhatian ramai kerana ia mempunyai keunikan yang tersendiri. Selain saiznya yang besar dan tinggi, gajah juga dikenali sebagai haiwan yang mempunyai kecerdasan dan emosi yang sangat kompleks.
Tidak hairan jika ia dikerumuni pengunjung di zoo atau safari. Kebiasaannya, gajah-gajah disitu akan dijaga dengan baik dan dilatih, menjadikannya sedikit jinak.
Namun berbeza pula jika di luar iaitu di kawasan hutan, kebanyakan gajah-gajah liar akan merasa terancam dengan kehadiran manusia.
Baru-baru ini, tular satu kejadian di barat daya India yang memaparkan seorang pelancong lelaki dipijak gajah selepas cuba untuk berswafoto dengan haiwan itu.
Memetik Daily Mail, pelancong itu dilaporkan telah menceroboh hutan larangan berhampiran sebuah kuil ketika kejadian.
Rakaman video yang tular menunjukkan gajah itu berdiri di tepi jalan sebelum menaikkan belalainya dan menyerbu jalan di hadapan kereta yang sedang bergerak. Haiwan itu kemudian mengejar pelancong terbabit dan suaranya turut kedengaran sangat kuat ketika itu.
BACA JUGA: Wanita Maut Dipijak Gajah, Mayat Dihempap Oleh Gajah Sama Ketika Di Majlis Pengebumian Sedar akan bahaya yang mengejar, pelancong itu dilihat berpusing dan melarikan diri ke jalan raya yang sibuk. Bagaimanapun, ia tidak berakhir dengan baik apabila lelaki tersebut jatuh tersungkur di atas jalan.
Setelah itu mamalia terbabit memijaknya beberapa kali dan menyebabkan seluarnya juga tertanggal. Gajah terbabit berdiri di atas pelancong itu untuk beberapa ketika sebelum beredar.
Lelaki itu pula berjaya melarikan diri ke tempat yang selamat dan mengalami kecederaan parah.
Seorang saksi berkata, gajah terbabit dilihat sedang makan lobak merah di tepi jalan ketika pelancong itu menghampirinya untuk berswafoto. Gajah itu dipercayai bertukar berang selepas lampu kilat (flash) pada kamera menyala.
“Insiden ini adalah peringatan yang kuat untuk orang ramai mematuhi peraturan rizab hidupan liar dan membenarkan pihak berkuasa terlatih, bukan orang yang berjalan kaki, mengendalikan situasi seperti ini,” katanya.
Jabatan Hutan pula berkata aksi melulu seperti itu bukan sahaja membahayakan nyawa manusia tetapi juga mencetuskan tingkah laku haiwan yang tidak dapat diramalkan dan berbahaya.
Sementara itu, pelancong terbabit telah didenda sebanyak 25,000 Rupee (RM1,209) dan diperintahkan untuk membuat video bagi mengakui perbuatannya.
Dalam video itu, dia mengakui kurang pengetahuan mengenai peraturan keselamatan hidupan liar.
https://x.com/MustShareNews/status/1955531113704853549
Sumber: Daily Mail
The post Padah Cuba “Selfie” Dengan Gajah, Lelaki Cedera Parah Dipijak appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/14/padah-cuba-selfie-dengan-gajah-lelaki-cedera-parah-dipijak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Nyaris Maut Gajah Naik Minyak Lepas Cuba Ambil Gambar

Lelaki Nyaris Maut Gajah Naik Minyak Lepas Cuba Ambil Gambar

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 375 hits
Lelaki Nyaris Maut Gajah Naik Minyak Lepas Cuba Ambil Gambar Cubaan seorang lelaki untuk mengambil gambar bersama seekor gajah liar bertukar tragedi apabila dia mengalami kecederaan selepas diserang haiwan berkenaan di Bandipur Tiger Reserv...
Dua Cedera Bas Persiaran Rempuh 2 Kenderaan Di Genting Highlands

Dua Cedera Bas Persiaran Rempuh 2 Kenderaan Di Genting Highlands

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 245 hits
Dua cedera bas persiaran rempuh 2 kenderaan di Genting Highlands Dua cedera bas persiaran rempuh dua kenderaan di Kilometer 17 3 Jalan Genting Highlands Foto ihsan Bomba BENTONG Dua cedera selepas sebuah bas persiaran dipercayai terbabas da...
10 Cedera Tren Tergelincir Di Thailand

10 Cedera Tren Tergelincir Di Thailand

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 140 hits
BANGKOK Sekurang kurangnya 10 penumpang cedera apabila sebuah tren menuju Bangkok tergelincir di Kui Buri wilayah Prachuap Khiri Khan awal pagi Sabtu lapor Xinhua memetik media tempatan Menurut Keretapi Negara Thailand tiga gerabak tren ber...
Kanak Kanak Balik Tabika Cedera Dilanggar Van Sekolah

Kanak Kanak Balik Tabika Cedera Dilanggar Van Sekolah

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 254 hits
Kanak kanak balik tabika cedera dilanggar van sekolah SEREMBAN Kanak kanak berusia enam tahun cedera di beberapa bahagian badan selepas dilanggar van sekolah yang menghantarnya di Jalan Mantau Indah 3 4 Taman Mantau Indah 3 di sini pagi Isn...
Bomba Selamatkan Dua Lelaki Cedera Di Air Terjun Taman Eco Rimba

Bomba Selamatkan Dua Lelaki Cedera Di Air Terjun Taman Eco Rimba

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 173 hits
Bomba selamatkan dua lelaki cedera di air terjun Taman Eco Rimba Dua lelaki termasuk seorang remaja warga Indonesia berusia 19 tahun cedera ketika mandi di air terjun di Taman Eco Rimba Jalan Kanching di sini hari ini Foto Bomba RAWANG Dua ...
2 Jam Bawa Turun Pendaki Cedera Di Lata Medang

2 Jam Bawa Turun Pendaki Cedera Di Lata Medang

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 156 hits
2 jam bawa turun pendaki cedera di Lata Medang Anggota bomba membawa turun seorang pendaki lelaki yang cedera selepas terjatuh di Lata Medang Kuala Kubu Bharu hari ini Foto NSTP Ihsan BOMBA HULU SELANGOR Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysi...
Messi Pulih Dari Cedera Inter Miami Bungkam La Galaxy 3 1

Messi Pulih Dari Cedera Inter Miami Bungkam La Galaxy 3 1

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 271 hits
Ikuti analisis dan berita bola terkini dari Eksklusif di LigaKampung com Ligakampung com Miami Lionel Messi kembali tampil setelah absen dua pekan akibat cedera kaki Comeback megabintang Argentina itu langsung berdampak positif dengan satu ...
Nyaris Maut Wanita Cedera Ditimpa Jubin Granit Dari Tapak Projek Di Bukit Damansara

Nyaris Maut Wanita Cedera Ditimpa Jubin Granit Dari Tapak Projek Di Bukit Damansara

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 453 hits
KUALA LUMPUR Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengesahkan insiden seorang wanita cedera selepas kepingan jubin granit dari tapak pembinaan kondominium The Cedar Bukit Damansara terjatuh menimpa rumahnya petang semalam Menurut DBKL kejadian berl...
Pegawai Polis Cedera Dirempuh Peserta Perhimpunan Di Jalan Parlimen

Pegawai Polis Cedera Dirempuh Peserta Perhimpunan Di Jalan Parlimen

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 272 hits
Pegawai polis cedera dirempuh peserta perhimpunan di Jalan Parlimen Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus Foto fail NSTP Mohamad Shahril Badri Saali KUALA LUMPUR Pegawai polis cedera dirempuh peserta perhimpunan yang membuat kekecohan...
Doa 5 September 2025 12 Rabiulawal 1447h Salam Maulidur Rasul

Cuti Umum Salam Maulidur Rasul

25 Ucapan Maulid Nabi Muhammad Saw Yang Menyentuh Hati Pembaca

Pm Urges Muslims To Emulate Prophet Muhammad In Nation Building

Jadikan Rasulullah Teladan Dalam Hadapi Cabaran Bina Bangsa Negara Pm Anwar

Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Tabung Haji Chairman Abdul Rashid Named Tokoh Perdana Maulidur Rasul Award Recipient

British Teen David Balisong Found Safe In Kl Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hukum Membeli Barang Kemas Secara Ansuran

Inflasi Makan Nilai Duit Tukar Kepada Emas

Sap User Experience Management Malaysia Enhancing Digital Adoption

Majlis Resepsi Perkahwinan Juita Dan Faiq Di Hotel Concorde Shah Alam

Ibu Penat Tapi Ibu Sayang Buku Parenting Santai Yang Dekat Dengan Hati Ibu

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang