Laporan Sprm Tok Mat Rasuah



LAPORAN KES TERHADAP BEKAS MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan (Tok Mat) telah menerima suapan (rasuah) daripada Teh Ho Ann (Teh) berhubung dengan kerja-kerja pembalakan di Negeri Sembilan dan pajakan tanah di sekitar Negeri Sembilan bagi projek ladang kelapa sawit. Terdapat hubungan rasmi di antara Teh dan Tok Mat dimana Tok Mat ada memberi kelulusan projek kepada Teh di Negeri Sembilan.
Teh merupakan pengarah bagi beberapa syarikat yang menjalankan perusahaan pemprosesan kayu dan pengusahaan kelapa sawit di Melaka dan Negeri Sembilan. Selain daripada itu terdapat juga syarikat yang menggunakan proxy Teh di dalam syarikat tersebut sebagai pengarah. Dari tahun 2008 hingga 2010, Syarikat-syarikat yang di bawah kawalan Teh yang menjalankan perusahaan pembalakan dan kelapa sawit di Negeri Sembilan.
Pengarah-pengarah dalam syarikat tersebut telah dimasukkan sebagai proxy yang terdiri daripada saudara, pekerja-pekerja dan juga sekutu Teh. Teh juga telah membuat permohonan projek dan telah diluluskan oleh Tok Mat dengan menggunakan syarikat-syarikat proxy kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Yayasan Negeri Sembilan (YN9) yang mana kedua-dua badan berkanun ini dipengerusikan oleh Tok Mat.
Projek yang dipohon di MAINS adalah berkenaan pajakan tanah bagi projek ladang kelapa sawit, manakala projek yang dipohon di YN9 adalah projek mengeluarkan saki baki kayu balak di Hutan di Negeri Sembilan. Bagi projek mengeluarkan kayu balak, kelulusan dan permit pula perlu diperolehi dari Pejabat Perhutanan Negeri Sembilan yang mana Pengerusi Lembaga Mesyuarat Perhutanan Negeri Sembilan juga adalah Tok Mat sendiri.
Berikutan dari itu, Tok Mat telah menerima bayaran sebanyak RM10 juta daripada Teh. Teh telah memberi wang tersebut secara tunai melalui tiga buah beg kepada Tok Mat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan Di Jalan Keliling Seremban, Negeri Sembilan.
Teh telah menyatakan wang tersebut merupakan pinjaman daripada Teh kepada Tok Mat dan menyatakan terdapat perjanjian yang dibuat antara Teh dan Tok Mat pada April 2008, walaubagaimanapun, keterangan Tok Mat kepada Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan perjanjian itu tidak disediakan pada April 2018 sebaliknya perjanjian itu telah dibackdate semasa siasatan oleh BNM dijalankan.
Perjanjian ini juga adalah tidak dimeterai secara sah yang mana definisi pinjaman juga termasuk dalam maksud rasuah berdasarkan Akta ASPRM 2009.
Wang rasuah yang diperolehi oleh Tok Mat daripada Teh digunakan bagi membeli aset di luar negara. Hasil daripada Wang Rasuah RM10j uta yang diperoleh terdapat duit yang dipindahkan ke akaun Tok Mat di UK melalui syarikat money changer, iaitu Salamath Ali Money Changer. Salamath Ali Money Changer telah membuat tiga transaksi yang mana setiap transaksi adalah berjumlah £500,000 (Pound Sterling) yang menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak £1,500,000.00.
Melalui transaksi ini, duit-duit tersebut telah digunakan oleh Tok Mat bagi membeli satu apartment bernilai £1,400,000  yang beralamat di Flat 50, Richbourne Court 9, Harrowby Street, London, United Kingdom.










 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/04/04/laporan-sprm-tok-mat-rasuah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Diminta Siasat Dakwaan Rasuah Tok Mat

Sprm Diminta Siasat Dakwaan Rasuah Tok Mat

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 290 hits
Sebelum ini sebuah portal berita Malaysia Today mendedahkan Mohamad yang ketika itu Menteri Besar Negeri Sembilan didakwa menerima suapan bernilai RM10 juta daripada seorang pengarah syarikat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diminta m...
Isu Rasuah Tok Mat Dan Isu Derma Rm2 6 Bilion

Isu Rasuah Tok Mat Dan Isu Derma Rm2 6 Bilion

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 297 hits
Rakyat Malaysia keliru tentang isu sebenar yang berkaitan dengan kes rasuah Tok Mat dan derma RM2 6 bilion dari Putera Arab Saudi
Rasuah Projek Petronas Sprm Tahan 9 Orang

Rasuah Projek Petronas Sprm Tahan 9 Orang

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 261 hits
Rasuah projek Petronas SPRM tahan 9 orang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan telah menahan sembilan individu sejak 8 April lalu bagi membantu siasatan isu rasuah projek di Petronas Carigali Sdn Bhd Dalam kenyataan media hari...
Kerjasama Dengan Pembangkang Sebenarnya Sangat Sukar Tok Mat

Kerjasama Dengan Pembangkang Sebenarnya Sangat Sukar Tok Mat

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 209 hits
Kerjasama dengan pembangkang sebenarnya sangat sukar Tok Mat Kerajaan perlu menilai semula kedudukan kerjasama dan Memorandum Persefahaman bersama Pakatan Harapan selepas pembangkang menentang usul melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4...
Isu Jual Tanah Lapangan Terbang Sprm Sahkan Terima Laporan Rasmi Dari Asmuni

Isu Jual Tanah Lapangan Terbang Sprm Sahkan Terima Laporan Rasmi Dari Asmuni

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 252 hits
April 6 2022 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia negeri akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung penjualan tanah untuk pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar Perak Tengah Pengarah SPRM Perak Dat...
Tok Mat Implicated In Bribery And Money Laundering

Tok Mat Implicated In Bribery And Money Laundering

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 360 hits
That file has now been reopened and Tok Mat may be facing criminal charges after all And this is the reason why Tok Mat needs to oust Ismail Sabri Yaakob and take over as the prime minister NO HOLDS BARRED Raja Petra Kamarudin Back when Pak...
Pak Mat Tak Payah Bagi Tau Pun Rakyat Dah Tahu Dari Bawah Sampai Atas Sapu Kah

Pak Mat Tak Payah Bagi Tau Pun Rakyat Dah Tahu Dari Bawah Sampai Atas Sapu Kah

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 209 hits
Envelope putih Tok Mat dedah budaya rasuah dalam UmnoMarch 21 2022 Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan membayangkan kegiatan membeli sokongan dalam kalangan pemimpin dan ahli parti masih terus berlaku ketika ini Berucap semasa penggulungan...
Ruu Anti Lompat Mat Sabu Ugut Turun Ke Jalan

Ruu Anti Lompat Mat Sabu Ugut Turun Ke Jalan

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 257 hits
Mohamad Sabu menggesa kerajaan membentangkan segera Rang Undang undang Anti Lompat Parti di Parlimen atau beliau dan Ahli Parlimen pembangkang akan turun mendesak ke jalan raya Beliau berkata ia berikutan kerajaan seperti tidak mempedulikan...
Nostalgia Kedai Gunting Rambut Pak Mat Di Pekan Penanti

Nostalgia Kedai Gunting Rambut Pak Mat Di Pekan Penanti

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 309 hits
Bisnes gunting rambut dah wujud sejak dari dulu zaman saya kecil sampailah sekarang masih tetap ada Kedai gunting rambut yang paling awal saya kenal masa kanak kanak di kampung adalah Kedai Gunting Rambut Pak Mat Kedai gunting rambut itu ke...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Menteri Kesuma Umum 4 Perkara Berkait Keselamatan Sosial

Juruteknik Didakwa Melakukan Amang Seksual Merakam Video Terhadap 3 Kanak Kanak