Laporan Penambahbaikan Tasik Chini Sudah Siap Dan Akan Di Hantar Kepada Pihak Unesco Dalam Masa Terdekat Ini


 
PEKAN - Laporan yang mengandungi penambahbaikan di Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini, di sini, sudah siap dan akan dihantar kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris dalam masa terdekat.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata laporan berkenaan akan dihantar sendiri oleh kerajaan negeri yang akan diwakili Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.
"Saya difahamkan kerajaan Pahang telah siap buat laporan terkini dan akan dihantar sendiri ke pejabat UNESCO di Paris yang uruskan perkara ini.
"Kita yakin status UNESCO kepada Tasik Chini tidak terjejas dan kita akan berikan penjelasan seperti diperlukan oleh pihak mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Penanaman Pokok dan Pengayaan di Tasik Chini di sini, hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
UNESCO memberi tempoh kepada Malaysia hingga 30 September ini untuk memaklumkan badan dunia itu mengenai perancangan bagi merawat dan memulihkan Tasik Chini serta tanah lembap di sekelilingnya supaya kembali sihat.
Tasik Chini yang berkeluasan 6,922.97 hektar adalah Tapak Rizab Biosfera pertama di Malaysia yang diiktiraf UNESCO menerusi Program Man and the Biosphere (MAB) pada 26 Mei 2009.
Selain Tasik Chini, Malaysia turut mendapat pengiktirafan UNESCO bagi Banjaran Crocker, Sabah pada 12 Jun 2014 dan Bukit Bendera, Pulau Pinang pada 15 September 2021.
Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan bagi memelihara dan memulihara kawasan Tasik Chini.
Beliau berkatar, antaranya ialah penghijauan bumi itu sendiri, iaitu dengan penanaman pokok selain melaksanakan penguatkuasaan dan menghentikan aktiviti melombong.
"Kita telah menerima bukan teguran, tetapi saranan daripada pihak yang beri pengiktirafan supaya kita laksanakan penambahbaikan, tidak ada apa-apa pelanggaran.
"Justeru, kerajaan menerusi kementerian dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah ambil tindakan untuk berikan penambahbaikan di Tasik Chini ini," katanya.
Mengenai program hari ini, beliau berkata 1,000 pokok pelbagai spesies telah ditanam dan setakat ini menerusi kempen penanaman 100 juta pokok, Pahang telah menanam 4.9 juta pokok.
"Di seluruh negara pula kita berjaya tanam lebih 40 juta pokok, dan kita yakin bilangan itu akan bertambah, cuma saya lihat ada negeri yang kurang aktif.
"Justeru, kementerian menerusi JPSM akan susun program supaya ia dapat diaktifkan lagi," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/09/laporan-penambahbaikan-tapak-rizab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laporan Penambahbaikan Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini Sudah Siap

Laporan Penambahbaikan Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini Sudah Siap

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 340 hits
nbsp PEKAN Laporan yang mengandungi penambahbaikan di Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini di sini sudah siap dan akan dihantar kepada Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu di Paris dalam masa terdekat
Tasik Chini Report Completed Unesco Status Not Likely Affected Takiyuddin

Tasik Chini Report Completed Unesco Status Not Likely Affected Takiyuddin

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 221 hits
The report on improvements made at the Tasik Chini Biosphere Reserve has been completed and is expected to be sent to the United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation in Paris soon Energy and Natural Resources Minister Ta...
Pahang Mb Proposal To Expand Tasik Chini Biosphere Reserve Ready

Pahang Mb Proposal To Expand Tasik Chini Biosphere Reserve Ready

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 252 hits
The proposal to demarcate new boundaries of Tasik Chini Biosphere Reserve in Pekan from 6 951 44 hectares to 9 142 62 hectares is one of the main points of the Draft Special Area Plan of Tasik Chini Pahang Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail...
Kerajaan Pusat Sedia Peruntukan Untuk Bantu Pulihara Dan Pelihara Tasik Chini

Kerajaan Pusat Sedia Peruntukan Untuk Bantu Pulihara Dan Pelihara Tasik Chini

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 221 hits
PEKAN Kementerian Tenaga dan Sumber Asli menerusi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia perlu memastikan kempen penanaman 100 juta pokok dapat terus aktif sepanjang tahun Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata...
Surat Penambahbaikan Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat Pegawai

Surat Penambahbaikan Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat Pegawai

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 646 hits
Surat Penambahbaikan Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat Pegawai Sepertimana yang diumumkan pada Majlis MAPPA XVIII pada 30 Ogos 2022 lalu kerajaan bersetujuan untuk membuat penambahbaikan bagi Kemudahan C...
Rasmi Bkm Fasa 3 Akan Mula Diagihkan Dalam Masa Terdekat Semak Sekarang

Rasmi Bkm Fasa 3 Akan Mula Diagihkan Dalam Masa Terdekat Semak Sekarang

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 970 hits
Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri baru baru ini telah mengeluarkan jadual tarikh tuntutan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia bagi bulan September 2022 Tarikh pembayaran ini adalah bagi pembayaran fasa 3 dan tuntutan bayaran secara tunai di Ba...
Kalau Pm Bubar Masa Banjir Pun Kita Sanggup Redah

Kalau Pm Bubar Masa Banjir Pun Kita Sanggup Redah

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 217 hits
malaysiakini comBN sedia meredah banjir mahupun hujan lebat jika Pilihan Raya Umum Ke 15 diadakan tahun ini kata Pengerusinya Ahmad Zahid HamidiJelasnya isyarat daripada akar umbi yang mahukan PRU diadakan tahun ini adalah jelas dan nyata t...
Penjarakan Pihak Ugut Bunuh Ahli Parlimen

Penjarakan Pihak Ugut Bunuh Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 245 hits
Penjarakan pihak ugut bunuh Ahli ParlimenPosted By on August 30 2022Ugutan bunuh ke atas Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir wajar disiasat segera dan individu atau kumpulan yang terlihat seharusnya dihukum lebih tegas bagi mengelakkan in...
Ultimate Best Beef Burger Recipe Uk Bbc Good Food

Kelantan Ambil Nyawa Sendiri Lepas Pukul Anak Saudara Dengan Tukul

Jjcm Sarapan Pagi Di Warung Ngarai

Firdaus Cerita Gunting Rambut

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek

Teruskan Bersabar Nona

Macam Mana Filem Ni Boleh Dapat Nama Badak Pengarah Dah Jelaskan

Punca Guru Bersara Awal Yang Ramai Orang Tidak Tahu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raja Muda Selangor Titip Ucapan Romantik Buat Bakal Isteri

300 000 Anggota Tentera Dan Polis Mula Nikmati Inisiatif Budi95 Tengah Malam Ini

House Jacaranda By Ram N Esteve Estudio Lights Shadows And Stone In Valencia

Ph Free To Choose Allies Says Saifuddin On Sabah Polls

Being Civil Is About Honouring Ourselves And Others

Malaysia S Food Laws Need Urgent Reform