Laporan Maszlee Silap Susu Kotak Ps1m Tak Hilang


Diterbitkan 18 Nov 2018, 12:44 tengah hari

Laporan Mingguan Malaysia hari ini menyangkal kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik bahawa Program Susu 1Malaysia (PS1M) penuh skandal dan gagal.

Menurut laporan akhbar itu yang memetik sumber, semua lima syarikat pembekal susu yang dilantik pentadbiran lalu telah menghantar bekalan kepada lebih 7,000 sekolah yang terlibat dalam program itu, bermula Ogos hingga Oktober 2017.

Sumber yang dikatakan terlibat secara langsung dalam program itu mendakwa, proses pembekalan telah mengikut prosedur, termasuk mempunyai dokumen yang lengkap seperti surat setuju terima (SST), surat akuan penerimaan (SAP) dan invois tuntutan pembayaran.

“Kalau macam itu (susu tidak dihantar), penolong kanan serta guru besar juga perlu disiasat dan ditahan memandangkan mereka yang menandatangani SAP selepas bekalan tersebut dihantar ke sekolah,” katanya seperti dipetik.

Pada 8 November lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa PS1M bagi tahun 2018 yang sepatutnya berjalan tahun ini dan telah diluluskan peruntukan, tidak diketahui kedudukannya.

Dalam laporan itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Harry Tan Huat Hock mendakwa bekalan sepatutnya diedarkan ke sekolah melalui dua fasa, iaitu pada Mac dan Jun, bagi memenuhi keperluan murid dalam tempoh setahun.

"Bagaimanapun sejak awal tahun ini sekolah tidak menerima susu kotak tersebut. Memang ia tidak ada sebelum 9 Mei lagi," katanya ketika dihubungi.

Berhubung perkara itu, sumber yang dipetik akhbar itu berkata PS1M tidak diteruskan untuk tahun ini selepas peralihan kuasa pasca-PRU ke-14.
"PS1M 2018 sudah dibincangkan tetapi tiada kontrak dikeluarkan, maka untuk tahun ini memang tiada susu dibekalkan tetapi tahun lepas semua telah selesai,” katanya.

Terdahulu, Maszlee berkata program itu sudah gagal dan bekalan "hilang selama setahun".

"Apabila kita periksa kita pun tak tahu ke mana perginya, dan bukan itu saja (skandal yang ada)," katanya yang menjamin akan menyiasat penyelewengan yang berlaku dalam kementeriannya ketika pentadbiran terdahulu.

Bekas menteri pendidikan, Mahdzir Khalid, yang sebelum ini berkata "tidak tahu" tentang masalah itu, hari ini berkata punca PS1M tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini kerana kegagalan kementerian kewangan mengeluarkan waran untuk tender pemerolehan susu kota.

Menurut Mingguan Malaysia, beliau berkata wang peruntukan program itu tidak hilang tetapi masih di bawah seliaan kementerian kewangan.

PS1M merupakan program di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang sepatutnya mengedarkan susu kotak kepada murid miskin di sekolah.

Untuk rekod, perlaksanaan RMT telah menerima peruntukan RM299 juta daripada kerajaan BN seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2018.

Lima syarikat pembekal yang terlibat dalam pengedaran susu kotak pada tahun lalu ialah Konsuma Sdn. Bhd, Sabah International Sdn. Bhd, Dutch Lady Milk Industries Bhd., Hybrid Allied Dairy Company Sdn. Bhd. dan Holstein Milk Company Sdn. Bhd.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/laporan-maszlee-silap-susu-kotak-ps1m.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maszlee Serah Isu Susu Ps1m Pada Sprm

Maszlee Serah Isu Susu Ps1m Pada Sprm

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 250 hits
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyiasat isu kehilangan bekalan susu di bawah Program Susu 1Malaysia Loading Kita serah kepada SPRM untuk membuat apa apa komen Saya tidak ...
Program Susu 1malaysia Maszlee Menipu

Program Susu 1malaysia Maszlee Menipu

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 199 hits
KUALA LUMPUR 17 Nov Dakwaan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik bahawa Program Susu 1Malaysia gagal memandangkan tiada bekalan susu dihantar ke sekolah seluruh negara pada tahun lalu dianggap tuduhan liar dan tidak berasas Siasatan Mingguan...
Isu Ps1m 2017 Maszlee Tetap Pendirian Serah Pada Sprm

Isu Ps1m 2017 Maszlee Tetap Pendirian Serah Pada Sprm

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 180 hits
Imej via nst com my KUALA LUMPUR 19 Nov Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik tetap dengan pendirian beliau berhubung isu kegagalan Program Susu 1Malaysia dan telah menyerahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kita ser
Dr Maszlee Kencing Susu Rupanya Semak Dulu Kenyataan Ph

Dr Maszlee Kencing Susu Rupanya Semak Dulu Kenyataan Ph

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 532 hits
SEBAHAGIAN murid menikmati bantuan susu di bawah Program Susu 1Malaysia bagi 2017 Rupanya Dr Maszlee kencing juga pasal susu sekolahLaporan Mingguan Malaysia hari ini menyangkal kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik bahawa Program S...
Mana Susu Kotak 1malaysia Untuk Murid Miskin

Mana Susu Kotak 1malaysia Untuk Murid Miskin

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 278 hits
Diterbitkan 8 Nov 2018 5 03 petangSemasa Belanjawan 2018 dibentangkan kerajaan BN memperuntukkan RM299 juta untuk pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan yang di dalamnya ada Program Susu 1Malaysia Bagaimanapun setahun berlalu namun skim PS1...
Susu Hilang Setahun Bila Semak Tak Tahu Kemana Pergi

Susu Hilang Setahun Bila Semak Tak Tahu Kemana Pergi

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 313 hits
Isu Program Susu 1Malaysia yang hilang dari sekolah hanyalah satu daripada banyak skandal dalam kementerian pendidikan ketika era BN kata menterinya Dr Maszlee Malik Dan beliau berikrar akan terus mendedahkan apa yang berlaku dalam kementer...
Susu Tak Hilang Kami Hantar Semua Ke Sekolah Pembekal

Susu Tak Hilang Kami Hantar Semua Ke Sekolah Pembekal

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 377 hits
KUALA LUMPUR 17 Nov Dakwaan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik bahawa Program Susu 1Malaysia gagal memandangkan tiada bekalan susu dihantar ke sekolah seluruh negara pada tahun lalu dianggap tuduhan liar dan tidak berasas Siasatan Mingguan...
Bancuh Susu Anak Jangan Sampai Khasiatnya Hilang 5 Langkah Ini Baru Betul

Bancuh Susu Anak Jangan Sampai Khasiatnya Hilang 5 Langkah Ini Baru Betul

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 352 hits
Semua tahu memberi anak minum susu ibu adalah makanan yang terbaik kepada mereka Bagaimanapun tidak semua ibu berpeluang melakukannya atas sebab sebab tertentu Tak mengapa kerana anda tetap dapat memberikan si manja minum susu iaitu menggan...
Setiap Hari Gosok Rosak Juga Bukan Susu Je Tapi Ada Lagi Faktor Lain Penyebab Karies Gigi Anak

Setiap Hari Gosok Rosak Juga Bukan Susu Je Tapi Ada Lagi Faktor Lain Penyebab Karies Gigi Anak

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 1133 hits
Gosok gigi setiap hari tapi gigi anak rosak juga Apa punca sebenarnya Ini antara persoalan yang selalu di tanya oleh ibu bila berdepan masalah ini Ada yang kata sebab minum susu botol Tak kurang juga yang kongsikan salah satu puncanya sebab...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau

Alya Iman Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla Di Viu